Alternatif Untuk Kolagen?

Saya faham ramai sebenarnya yang masih belum bersedia nak berkolagen. Nak tapi teragak-agak. Kan?

Faham sangat. Sebab saya sendiri ambil masa lebih dari setahun sebelum ambil langkah pertama. SETAHUN ok!

Tapi takpe. Alang2 nak tunggu seru datang, apa kata mulakan dengan ESP & GLA Complex dulu. 2 beradik ni dikatakan boleh memberikan kesan yang seakan-akan sama seperti mengambil kolagen! espgla

Jom kita tengok fungsi masing2…

ESP :
• merangsang regenerasi kulit, pertumbuhan sel2 baru
• mengurangkan kedut, menghilangkan parut
• membaiki masalah pigmentasi

GLA Complex :
• mengawal ketidakseimbangan hormon
• menggalakkan kulit sihat
• 3x lebih berkesan dari evening primrose oil (EPO)
• melambatkan menopaus
• memperbaiki tekstur rambut
• memperbaiki inflamasi kulit eg alergi, kulit kering etc

DAN yang paling best gabungan 2 produk ini adalah hampir 60% LEBIH MURAH dari Shaklee Collagen Powder (untuk sebulan pengambilan)! Haaaaaaaa set bajet-utk-cantik la kira. Eh bukan bajet cantik ok. Tetttt.

Klik di SINI untuk pembelian 2 produk ini. Atau boleh hubungi saya untuk diskaun ya.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Set Berpantang yang Perfect!

Masih ingat lagi zaman mak saya dulu saya suka belek Jamu Selapan yang mak makan setiap kali dalam pantang. Masa tu tak tau pun pasal jamu lah pilis lah kan. Bila zaman saya pulak berpantang, rata-rata kawan yang saya tanya pendapat akan terus cadangkan Shaklee. Antara sebab mereka cadangkan Shaklee dan bukan M*ustika Ra*tu atau N*ona Rog*uy adalah;

• boleh terus ambil seawal beberapa jam selepas bersalin
• selamat untuk ibu yang menyusukan
• sesuai utk yang bersalin normal mahupun caesarian
• tiada campuran bahan kimia
• pilihan ibu-ibu moden
• boleh digunakan sepanjang penyusuan anak sampailah anak 2 tahun

Terus saya order dan-dan tu jugak. Almaklumlah anak pertama semua first time dan nak kena selidik dalam-dalam. Alhamdulillah sangat membantu proses penyembuhan luka episiotomi, penghasilan susu dan juga penyusutan berat badan. Hihi. Seawal 2 minggu berpantang saya dah boleh pakai jeans pre-pregnancy saya semula. Gitu ;p

pantangshaklee

*gambar ihsan google*

Bagaimana set ini membantu para ibu berpantang secara sihat?

1. BComplex : Mengawal stress. Maklumlah kadang terkena simptom babyblues. Ini memang sangat common. Pengambilan BComplex dapat mengawal stress level itu agar tidak sampai tahap ‘meroyan’

2. Vita-Lea Iron Formula : Multivitamin lengkap yang dapat memberi tenaga tambahan kepada para ibu. Nak jaga anak lagi. Nak sesuaikan dengan rutin baru lagi. Ada tu yang berpantang pun kena masak dan uruskan anak2 lain serta suami. Jadi penting tau si ibu ada vitamin yang lengkap.

3. Sustained Release VitC : Kekalkan imun si ibu di tahap yg baik agar tidak demam atau jatuh sakit. Sebab bila si ibu sakit, potensi untuk berjangkit kepada anak yang baru lahir amat tinggi sebab hampir setiap masa ibu bersama bayi kan.

4. Ostematrix : Untuk atasi masalah sembelit yang amat biasa dialami oleh ibu yang baru bersalin. Lancarkan sistem pencernaan. Juga sumber kalsium yang optimum utk penghasilan susu ibu yang baik tanpa ‘curi’ kalsium si ibu!

5. Zinc Complex : Percepatkan penyembuhan luka pembedahan mahupun episiotomi. Juga luka-luka dalaman. Zinc juga bagus untuk atasi masalah keguguran rambut para ibu yang baru melahirkan. Wahhh 10 dalam 1 gitu.

Perasan tak item 1 hingga 4 adalah termasuk dalam set Hamil juga. Bermaksud, jika sejak hamil anda memang ambil Shaklee maka untuk berpantang anda cuma perlu top-up je mana yang dah habis. Pastu beli Zinc Complex tu sebotol. Alahaiiiiiiiiiii berbaloi sungguh!! Boleh order set Hamil di SINI.

Oh boleh juga add on ESP bagi mereka yang mahu,
– percepatkan lagi penurunan berat badan kerana ia sumber protein yang bagi efek kenyang lebih lama. Juga sebagai meal replacement
– penghasilan susu ibu yang lebih pekat. Bayi kenyang lebih cepat
– pembaikian sel-sel dalaman

Saya Suka Set Berpantang Shaklee! Klik di SINI untuk tempahan ya!

Atau hubungi saya untuk diskaun 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Cerita Raya

Selayang – Rantau – Tampin – Baling – Taiping – Cameron Highlands

Tu lah cerita raya kami secara ringkas. Ahaks. Hasilnya, 5 round basuh baju yang masih belum settle lagi ke saat ini. Haha. Tapi alhamdulillah rasa seronok raya tahun ni sebab dapat jumpa almost all my uncles and aunties daripada belah saya dan suami. Penat tapi seronok.

Raya pertama kami di rumah atok abah di Selayang. Raya kali ni ‘Aaqil sangatlah sporting nak pakai songkok dan samping lengkap sampai ke petang haha. Seronok amik gambar dia. Main dengan cousins. Makan nasi impit sup tulang, nasi beriyani udang etc etc. Kuat makan anak ummi ni alhamdulillah. Mood ‘Aaqil sepanjang raya ni sangat cemerlang dan sihat tak demam so sebab tu ummi walid pun otomatik jadi happy jugak hehe.

Oh kemudian seterusnya macam biasa ikut tradisi beraya di Negeri Sembilan pada raya ke-2. Lompat-lompat rumah tok nek sedara dan berakhir di rumah atok mak di Tampin. Sampai dah maghrib pun. Makan2 mandi2 then patah balik Setapak. Zombie gila sbb smpi Setapak dekat kul 2 pagi! Esoknya nak bertolak ke Baling, kampung suami pulak.

Dari Baling kami tidur di Taiping satu malam sebelum berhoneymoon kali ke-18 di Cameron Highlands. Percaya tak ni kali pertama suami pegi CH. Padahal CH dengan Taiping tu takde lah jauh sangat. Saya pulak dah 10 tahun tak naik CH. Tak teringat betapa mencabarnya perjalanan nak kesana!. Dahlah kitorang bertolak pun agak lewat dari Taiping. Elok nak naik tu hari dah gelap. Tak sangka perjalanan naik ke atas tu hampir 2 jam! Ya Allah dlam gelapnya dgn jalan pulak macam ular kena katok. Huihhh saspen woooo. Doa je banyak2 moga selamat sampai, kereta tak buat hal tengah jalan. Sampai pekan Brinchang dalam kul 9pm jugak. Tapau KFC sebelum check in hotel.

photo 1 photo 2 photo 3 photo 4 photo 5

photo 1 photo 2 photo 3

Ok sambung di lain entri. Kita buat entri CH nanti ya.

Alhamdulillah 🙂

Promosi Ogos 2014 : GLA Complex

Segala-galanya berpunca dari HORMON!

Senggugut?
Jerawat?
Hormon tak stabil?
Period tak regular?
Cyst?
Fibroid?
Ketidaksuburan?
Gejala menopause?

GLA

Bulan ni adalah bulan istimewa untuk anda yang mengalami permasalahan di atas. Inshaallah dengan pengambilan produk ini secara konsisten masalah tersebut dapat diatasi. Bagaimana secara generalnya GLA Complex ni dapat membantu? Fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Haaa bila hormon kita dah stabil, maka permasalahan berkaitan juga dapat dikontrol agar tidak melarat.

Sebagai contoh kan, bila hormon kita tak stabil maka mulalah jerawat timbul, period pun tingtong. Bila period tak menentu sukar untuk merancang kehamilan. Stress juga boleh berlaku yang merupakan penyebab berlakunya cyst. Haaa berkait kan semua tu.

Jadi ‘rawati’ punca permasalahan yakni HORMON anda!

Saya paling suka bercakap mengenai set promosi BELI 6 PERCUMA 1 ni kerana;

1. Boleh stock up untuk 7 BULAN terus sebab sebotol ni boleh tahan sebulan!
2. Atau boleh berkongsi dengan adik beradik, mak, mak mertua, iparduai dan biras. Malah dengan suami pun bolehhh

Penjimatan yang sangat hebat bila ambil satu set promosi terus. Jika fizikalnya wanita perlukan make-up, anggaplah GLA Complex ni sebagai ‘make-up dalaman’ anda. Bila dalaman sihat dan stabil, inshaallah terserlah di luaran anda juga. Silap-silap tak perlu pakai make-up dah. Hehe.

Hubungi saya untuk pesanan!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Salam Aidilfitri dari Admin

Alhamdulillah lebaran tiba lagi. Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andainya ada entri kami yang mengguris hati pembaca. Maaf Zahir Batin 🙂

Moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan. Amiin

20140805-083727-31047054.jpg
Persediaan Syawal kami agak sederhana tahun ni. Baju raya saya pun sempat beli sepasang je sebab banyak lagi baju kenduri la tempah saje suka2 la, baru pakai sekali hihi. Baju anak pun banyak yang orang bagi baru muat nak pakai tahun ni hehe. Alhamdulillah. Kuih raya banyak beli kerepek saje. Sebab family saya tak layan sangat biskut raya. Takut last2 biskut lemau tak bermakan sampai ke hujung Syawal hehe

Dalam pada kemeriahan Syawal, mari kita,
• panjangkan doa kita kepada saudara kita di Palestin
• teruskan amalan Ramadhan kita agar istiqamah
• sambung puasa enam Syawal

Salam EidFitr!!! ❤️❤️❤️

Ingin Sertai Keluarga Jutawan?

Bercerita mengenai keluarga besar Shaklee saya membuatkan saya sangat-sangat teruja! Mana taknya, saya berada di bawah susur galur Jutawan yang diketuai oleh seorang jutawan muslimah! Dan di bawah beliau ada beberapa lagi muslimah hebat yang sudah pun bergelar jutawan. Beliau adalah Master Shareeza atau lebih dikenali sebagai PM Cery Mamafaiz. PM tu adalah rank beliau sekarang iaitu Presidential Master.
Berikut adalah susur galur kumpulan saya,
STYLo (Supervisor Kausar) – LiSA (Master Aishah) – Puteri&Friends (Master Puteri) – Supermommies (Master Azlin) – Jutawan (PM Cery)

Haaa nampak tak aura Masters disitu. Saya dipimpin oleh 4 orang Masters di atas saya. Untuk pengetahuan anda yang masih hijau dengan dunia Shaklee, Master atau Master Coordinator ni merupakan rank tertinggi dalam business Shaklee ini. Mereka telah melalui rank-rank berikut sebelum selesa bergelar Masters,
Distributor – Supervisor – Senior Supervisor – Coordinator – Senior Coordinator – Key Coordinator – Senior Key Coordinator – Master Coordinator
So PM Cery ni bawah dia kalau tak silap saya ada 47 orang Master Coordinators! Itulah yang membuatkan PM Cery ni berada di rank yang lagi atas. Dan setakat National Conference tempoh hari, ada 3 orang lagi Presidential Master yang dilahirkan di bawah kumpulan Jutawan di bawah PM Cery. Subhanallah saya amat berbangga melihat rakan seagama kita berada di pencapaian ini. Bangga juga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini alhamdulillah…
Bercerita mengenai kumpulan setakat ‘granny’ saya yakni PAF (Puteri&Friends) dan ‘mommy’ saya LiSA (Leaders in Shaklee with Aishah), kami diberikan panduan yang berterusan melalui coaching mingguan secara online, penyertaan di dalam fb secret group di mana kami diajar etika berbisnes, bagaimana untuk kekal di dalam bisnes ini dan sebagainya.
Kelas secara face to face juga diadakan sebulan sekali yang dinamakan Start Bright Series(SBS) yang EKSKLUSIF untuk mereka di bawah PAF sahaja. Baru-baru ini ada satu lagi kelas yang diadakan untuk warga LiSA pula iaitu Blogging for Millionaires(BFM) yang dilancarkan pada bulan lepas! Saya telah hadiri kelas ini dan sangat pernuh informasi. Selama ni saya cuma berblog secara ‘tanpa-hala-tuju’, tetapi setelah hadiri kelas BFM ni, baru saya nampak kepentingan trafik, blogwalk, SEO dsbg.
Kalau tak silap saya banyak lagi perancangan yang telah dirangka untuk kami di bawah susur galur PAF dan LiSA agar kami terus bergerak ke depan atas landasan yang betul.
Di sini saya ingin tawarkan 3 tempat kosong untuk sertai bisnes Shaklee di bawah STYLo yang melayakkan anda sertai apa jua aktiviti yang dijalankan oleh keluarga besar Shaklee kami dan semestinya personal touch dari Master Coordinators sendiri 🙂 Hubungi saya untuk keterangan lanjut, hanya RM75 (termasuk RM10 untuk kos penghantaran kit keahlian) untuk daftar keahlian Shaklee, tiada caj tersembunyi ;p

Bawah ni koleksi gambar-gambar aktiviti biz Shaklee kami untuk tatapan anda.  photo 2 photo 3 photo 4 photo 5Btw, kami TIADA MESYUARAT LEWAT MALAM. Aktiviti kebanyakannya di anjurkan hujung minggu, dlm 2-3 jam sahaja.

Jom berbisnes Shaklee! 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Tolak Tambah

Dunia dan ujian.

Kehidupan orang lain sentiasa kelihatan lebih bahagia dari kehidupan kita. The grass is always greener on the other side. Sebab kita tak nampak ujian yang ditimpa ke atas orang lain. Kita hanya nampak yang best je. Macamtulah fitrah manusia yang sebolehnya impikan kehidupan yang perfect tanpa masalah, bed of roses, segalanya ikut perancangan kita. Plan je jadi.

Allahuakbar tiada seorang pun yang memiliki kehidupan yang perfect. Saya amat tersentuh dengan perkongsian Neelofa berkenaan penghijrahan beliau. So humbled with what she has gone through prior to penghijrahan. Antara yang bagi saya amat menarik adalah apabila Neelofa kata betapa dia dah ada segalanya yang dia nak in life tapi ada satu kekosongan yang belum terisi. Bagaimana media portray kehidupan selebriti itu sempurna, cantik bijak berbakat berharta populariti tetapi pasti Allah TAKKAN BERIKAN SEMUA. Allah uji Neelofa dengan keresahan.

Saya cuba kaitkan dengan diri saya. Betapa saya amat risau jika perjalanan hidup saya perfect kerana saya tau akan datang sesuatu yang menguji. Ada suatu ketika saya rasakan saya dah ada segalanya, I have a loving husband, a son, supportive family, good friends. Bila perjalanan hidup kita tersangat teratur kadang membuatkan saya terdetik apalah ujian yang bakal menimpa saya/keluarga. See saya diuji dengan ‘keresahan’. Hukum alam kan. Bila hujan pelangi akan datang. Bila panas hujan pulak mai. Segalanya akan Allah tambah tolak dalam hidup kita.

Banyak momen dalam hidup saya berkisar tentang tolak tambah. Allah ambil nyawa ibu mertua, Allah beri kami berita gembira kehamilan. Allah beri kami ‘Aaqil, masa tu jugalah Allah takdirkan suami bertugas/tinggal di luar Malaysia. Allah beri saya handphone baru, Dia takdirkan hp lama saya (yang masih elok) hilang. Banyak lagi kejadian kecil tolak tambah yang buat saya berfikir untuk tidak terlalu taksub dengan nikmat dariNya dan banyak muhasabah. Segala pemberian nikmat, ‘penarikan’ nikmat adalah hak mutlak Allah.

Sekadar coretan sebagai peringatan buat diri. Jangan terlalu resah terhadap kesenangan orang lain kerana kita taktau apa yang dia sedang atau telah lalui seiring dengan kesenangan yang Allah beri pada dia. Hatta seorang itu berpendapatan 6 angka sebulan, jutawan, hidup serba lengkap, anak cukup sepasang, tapi little that we know what they been through. Satu nikmat yang kita tak tahu adalah – KETENANGAN HATI. Fizikalnya kita nampak kesenangan orang tapi siapa tahu dia sebenarnya tak tenang dan sentiasa resah. Siapa tahu ketenangan yang kita miliki sekarang adalah sebenarnya nikmat yang (kalau orang tau) semua orang nak jugak.

Kita sebagai hambaNya yang kerdil perlu banyak berdoa dan beristighfar agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian nikmat dan musibah. Sesungguhnya ujian nikmat itu sangat-sangat besar TETAPI halus. Kita sukar nak nampak ia sebagai ujian, berbanding bila kita didatangi musibah. Zikir dan istighfar sahaja penguat jiwa kita.

Bersempena 10 hari terakhir Ramadhan, marilah kita perkuatkan hubungan kita dengan Allah agar Dia berikan kita yang terbaik, dikurniakan kesabaran, menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur. Moga ia menjadi titik tolak perubahan dalam diri kita.

Be thankful, Be happy now, Be happy here 🙂given

“SYUKUR itu lebih sukar daripada SABAR”

P/S : Saya taktau kenapa saya amat terkesan dan ‘cemburu’ dengan Neelofa yang diberikan hidayah yang mungkin kita memang dah lama berhijab ni pun tak dapat lalui. Sebab dia cari, maka Allah beri. Kan?

Wallahua’lam…

Tips Elak ‘Sagging Face’

Minggu lepas saya sempat menonton rancangan realiti Giuliana&Bill. Episod berkenaan Giu yang sangat risaukan muka dia yang dah mula aging. So dia berkira-kiralah nak buat pembedahan plastik. Dia pun pergi la jumpa plastic surgeon ni. Surgeon duk belek muka Giu pastu cakap pasal 3 faktor utama mengapa orang tu boleh kelihatan tua (aging),

1. Garis kedutan (wrinkles)
2. Kulit kendur (dropping/sagging face)
3. Pigmentasi (pigmentation)

Ini mengikut ingatan saya lah hihi. Kata doktor tu lagi tak lain dan tak bukan, punca ketiga-tiga kejadian ngeri ini adalah berpunca dari KEKURANGAN KOLAGEN dalam badan. Dalam kes ni, pada kulit la kan. Jadi kita tinggalkan kejap kisah Giu tu tadi dan saya just nak share melalui pembacaan saya.skin-sagging-aging

Saya nak bercerita mengenai faktor yang kedua tu, DROPPING/SAGGING FACE. Sebab orang dah biasa sangat cerita pasal kedutan (no 1). Kalau anda perasan, sesetengah orang kita boleh tau dia sudah menjangkau 40-an (contohnya) kerana faktor ini. Kulit mungkin masih belum ada pigmentasi, garis halus pun tak banyak. Tapi dah boleh nampak aging tu.

Sagging Face ini asalnya berpunca dari kehilangan kolagen, elastisiti dan ketegangan otot disebabkan umur yang semakin meningkat. Bukan sahaja disebabkan penuaan, malah bila muka terlalu kerap terdedah dgn cahaya UV juga boleh mempercepatkan proses peleraian ikatan tisu di dalam kulit. Masa kita muda remaja dulu, lemak di bahagian muka kita terbahagi sama rata, ada cheeckbone sikit, dagu runcing, kawasan mata, mulut, pipi semuanya sekata dan kelihatan tegang. Apabila umur semakin lanjut, lemak kita hilang ‘volume’, mula berkumpul, memberat ke bawah, jadi bahagian yang dulunya tegang mungkin jadi ‘runtuh’, yang licin dan tegang menjadi kasar dan ‘jatuh’. So lemak-lemak tu lebih suka berkumpul ke bahagian 2nd lower of our face, bahagian bawah dagu. Haaa begitulah serba ringkas mengenai fenomena Sagging Face yang berpunca dari kekurangan kolagen…

Bila kolagen dan elastisiti ni merudum, bukan sahaja kulit makin kurang firm malah ia menjadi MENIPIS! Haaa percaya ke tidok. Inilah yang menyebabkan kulit mengalami discoloration dan jerawat dikalangan orang tua. Luka pun mudah sangat terjadi sbb kulit makin tipis. Sesetengah orang boleh terjadi kurang kolagen dan elastisiti ni disebabkan kekurangan vitamin. Contohnya Vit C, SANGAT PENTING dalam kesihatan dan pembentukan kolagen. Tanpa Vit C, pembentukan kolagen akan terbantut.

Tapi matsaleh ni simple je, kalau jadi macam ni, mereka akan opt for laser, botox, facelift atau kalau banyak duit lagi akan pergi buat pembedahan plastik. Jarang sekali mereka ‘repair’ secara semulajadi. Ciptaan Allah dah benar-benar sempurna. Tu yang bila dia tarik kulit muka tang kening, tang mulut, tegang dia lain macam kan. Muka nampak terik je. Kalau botox pulak hingga menyukarkan seseorang tu membuka mulut nak bercakap. Sebab kepakaran manusia sangat terhad. Kos plastic surgery pun boleh tahan… USD7000 untuk bayar doktor sahaja. Belum kos prosedur lagi. Total boleh jadi RM60k!!

So macam kita-kita ni eloklah guna kaedah natural je. Contohnya,
1. Banyakkan minum air masak
2. Kurangkan merokok atau minuman keras (nauzubillah)
3. Elakkan pengurangan berat badan secara drastik
4. Regenerasi kulit – pergi spa, pengelupasan kulit etc
5. Tinggikan muka semasa tidur
6. Sapukan sunscreen sebelum keluar
7. Ambil Vitamin C dengan cukup!

Jomlah kita go for natural. Selamat, inshaallah berkesan walaupun makan masa yang lama sedikit berbanding pembedahan plastik. At least muka nampaklah glowing secara natural kan. VIVIXKOLAGENSRVITCDari Shaklee pula saya sarankan anda pilih set Shaklee Collagen Powder + Sustained Release VitC Plus + Vivix! ATAU 3 kotak Shaklee Collagen Powder untuk bekalan kolagen selama 6minggu.

Kombinasi produk ni bagi saya sangat bagus untuk age gracefully bukan sahaja dari segi penampilan, malah dari segi kesihatan seseorang yang bakal melalui usia emas 🙂

Klik SINI untuk membeli COLLAGEN POWDER sekarang!
Klik SINI untuk membeli SR VITA-C PLUS sekarang!
Klik SINI untuk membeli VIVIX sekarang!

Hubungi saya untuk membeli produk di atas secara set untuk dapatkan keahlian PERCUMA!!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

‘Aaqil Putus Susu, Akhirnya!

Alhamdulillah akhirnya tamat episod menyusukan ‘Aaqil yang kini berusia hampir 2 tahun setengah. Haaa lambatkan putus susu. Memang agak sukar sebenarnya. Sukar bagi saya, sukar bagi ‘Aaqil…

Apa yang membuatkan saya nekad nak wean ‘Aaqil adalah sebab dia dah mula kuat mengempeng dari sebelum ni. Dulu at least bila mata dah lelap tu dia akan stop. Tapi sekarang taknak lepas2. Malah kalau saya masukkan jari sebab nak bagi dia ‘lepas’kan saya makin kuat dia gigit!! Dah la gigi taring dia tajam. Kadang2 sampai nangis saya dibuatnya… Lagi satu faktor adalah sebab dia dah besar. Cukup besar untuk faham apa itu MALU. So saya nekad untuk wean disebabkan faktor ini. Saya tak la sesayu masa awal-awal dia cecah 2 tahun dulu hihi

Strategi? Saya gunakan limau nipis. Mujarab sangat sampai dia cakap uwekkk pastu termenung panjang. Haha. Mungkin sebab pelik kenapa masam sangat. Sekali tu je lepastu terus dia dah taknak dah sebab masih teringat rasa masam tu. Saya akan ingat tarikh ini, 29 Jun 2014 , bersamaan 1 Ramadhan 1435H sebagai tarikh bersejarah saya berjaya wean ‘Aaqil. Ya, bagi saya ia satu pencapaian seorang ummi. Alhamdulillah Allah beri keizinan 🙂

Bunyi macam mudahkan? Oh silalah baca post-wean withdrawal Muhammad ‘Aaqil iskkk. Malam pertama tanpa susu ummi adalah sangat horrorrrr. ‘Aaqil dah taktau nak lelap sendiri tanpa mengempeng. Untuk pengetahuan semua, sejak saya bercuti tanpa gaji, ‘Aaqil dah tak minum botol sebab dia minum memang directfeed dengan saya. Kalaupun dia minum freshmilk dia akan minum melalui botol berstraw. Kami cuba nak introduce semula botol berputing masa saya kembali bekerja Januari lepas tapi gagal. Sebab dia kekok.

Jadi bayangkanlah malam-malam dia takleh minum botol. So malam first tu memang dia tak keruan. Dia tau dia taknak susu ummi. Ummi pun kena strong takleh menyerah kalah dengan kesayuan dia. Dia mintak lori, milo, vitagen, air kosong, traktor, macam-macam…Saya turun dekat 10x duk amik barang yang dia mintak. Baring kul 11pm kul 2pagi tak tidur lagi buat request pelik2 diselang seli dengan rengekan. isk. Rutin ni berulang setiap malam selama hampir seminggu. Ada beberapa malam ‘Aaqil terpaksa tidur dengan mak abah sebab nak bagi saya tidur sbb esoknya kerja…

Seminggu lepas tu, weekend, saya nak bagi ‘Aaqil tidur petang. ‘Aaqil ‘ajar’ saya step by step macamana nak tidurkan dia macam ticer dia kat skool tidurkan dia! Subhanallah, amaze sgt. Dia mintak ‘susu ticer’ maksudnya freshmilk dalam botol straw yg dibawa ke skool dia. Dia baring mengiring dan minum lepastu mintak ummi peluk. Tepuk sampai tidur. Memang menjadi! Cuma sekarang ni kena tambah dengan ‘bedtime story’ sebelum dia betul-betul lena. Alhamdulillah. Lepas ni ummi kena kumpul dan hafal banyak2 bedtime story. Bila ‘Aaqil dah fasih cakap nanti boleh ajar doa dan surah ringkas inshaallah… Sekarang ni ‘Aaqil dah kurang bangun tgh malam. Kalau bangun pun, bila tepuk dia akan lelap balik.

Withdrawal untuk saya pulak dah tentu saya sedih dan stres awal-awal tu. Hampir giveup sebab penat layan permintaan dia sebelum tidur. Semua serba tak kena. Letih pun sama sebab tak cukup tidur. Jadi zombie pegi ofis. Lagi-lagi bulan puasa, kalau tidur kul 2pg bgn kul 5 nak sahur berapa jam je dapat tidur. Engorge is another thing. Lasts for almost a week. Sampai leaking2 susu. Bengkak yg sakit macam zaman berpantang dulu huhu. Lepas seminggu dah ok…

Whatever it is, I will treasure every moment of breastfeeding. Dan saya berdoa agar saya dikurniakan peluang lagi untuk menyusukan anak-anak saya selepas ini, amin.

e-SELL Aplikasi Terbaru Shaklee

*STICKY POST! Scroll down for more entries!*

Saya rasa ramai yang sedia maklum berkenaan e-sell yang memudahkan pengguna Shaklee untuk membuat pembelian produk dan transaksi wang yang lebih selamat dan terjamin.

Jika sebelum ni anda perlu berhubung dengan pengedar/SID untuk mendapatkan maklumat harga produk, pembayaran melalui akaun bank SID dan sebagainya, kini dengan e-sell semua dah short cut. Hanya perlu klik pada link pembelian dan anda akan terus dibawa ke laman pembelian dan lakukan transaksi secara sendiri!!
photo (6)

Berikut adalah senarai produk dan SET pilihan saya yang anda boleh shopping melalui e-sell. Saya juga telah letakkan link ini di bahagian sidebar wesite ini untuk memudahkan pengunjung membeli-belah produk Shaklee!
Vivix
Collagen Powder
Phytocol-ST
Nutriferon – Immune Booster
Omega Guard
Set Mighty 3 Gems
Set Kanak-Kanak Bijak
Set Subur Optimum
Set Subur Isteri
Set Subur Suami
Set Hamil Optimum
Set Hamil Budget
Set Bersalin Optimum
Set Breastfeeding Optimum
Set Breastfeeding Budget
Set Breastfeeding – Slimming
Set Slimming I
Set Slimming II
Set Slimming Budget
Set Sakit Sendi
Prosante (Kesihatan Rambut)

Saya akan tambahkan lagi link dari masa ke semasa untuk memudahkan pelanggan serta pengunjung kau5ar.com. Kini segala-galanya dihujung jari!

Jika anda sebarang pertanyaan atau lebih berminat untuk membuat pembelian melalui saya, tiada masalah. Saya sentiasa sedia membantu anda 😉

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC