Masa bulan puasa lepas saya ada mendengar satu tazkirah di ikimdotfm. Sedang bincang isu MH17, ustaz tu kaitkan musibah kehilangan orang tersayang dengan 10 malam terakhir Ramadhan.
Kata ustaz, mesti semua orang akan cakap yelah ustaz tak rasa apa yang kami (keluarga mangsa MH17) rasa ustaz bolehlah nasihat itu ini. Kemudian ustaz tu bacakan surah Al-Asr dan maksudnya,
“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah al-‘Asr; 1-3). Surah yang kita baca tiap hari masa zaman sekolah. Dan juga tiap kali dlm solat sebab surah paling pendek.
Tafsir ayat ini adalah kita sesama insan berhak untuk berpesan kepada kebenaran atau kesabaran walau dlm apa jua situasi kedua belah pihak. Maksudnya bukan kita perlu jadi baik baru nasihat kawan kita. Tapi kita berpesan agar kita juga mengingati diri kita sendiri. Err paham ke?
Lepas saya dengar tazkirah ni, saya terus mcm, okay lepas ni kalau saya dapat ilmu baru saya akan kongsikan dengan semua biarpun orang mungkin akan katakan “eleh dia ni cakap je lebih padahal…”. Dan persepsi saya juga berubah terhadap orang yang mengingatkan saya berbuat baik atau banyakkan bersabar (walau dia tak melalui apa yang saya rasa) kerana ayat dalam surah Al-Asr tersebut. Sebab kalau kita nak tunggu sampai semua orang ALAMI MACAM KITA atau LEBIH BAIK DARI KITA memang masa tu takkan sampai. Kadang-kadang kita terlalu nak menjaga hati seseorang sampai kita lupa ada benda kita perlu sangat kongsikan.
Sedikit selingan hihi. Jujurnya saya sebagai pengedar suplemen tak terlepas dari kadangkala merasakan kulit saya ni belum cukup cantik untuk saya promosikan set kecantikan. Tapi saya masih mahu berkongsi info dengan orang lain maka saya tetap akan kongsi biar apapun kata orang nanti, ewah. Berpesan-pesan kepada kebaikan.
Moga lepas ni kita takkan ‘teragak-agak’ untuk bagi nasihat atau berkongsi ilmu/informasi yang kita ada untuk kebaikan orang lain walaupun sebenarnya itu adalah peringatan untuk DIRI SENDIRI. Dan kalau orang tegur kita marilah ambil secara positif dan berlapang dada. Inshaallah!
Wallahua’lam
Via WordPress







Haaa dalam Phytocol-ST ni ada fitosterol yang mana ia membantu pembentukan ‘pagar’ di dinding salur darah. Maka kolestrol tak dapat masuk ke dalam dan terus diflush out dari sistem badan. Menarik kan.
Fitosterol ni akan bersaing dengan kolestrol untuk diserap dalam badan. Jadi lebih byk fitosterol diambil, makin kuranglah kolestrol dapat diserap oleh badan! Cuba anda google ‘fitosterol’, anda mesti dapat byk artikel berkenaan ini.
Yes, at less than 3yrs old okayyy. Haha ummi sampai ke umoq sekarang tak pernah jejak balai bomba. So balik dari trip tu lagi lah dia semangat cerita. Now one of the bedtime stories dia adalah BOMBA. Sekarang pantang nampak firetruck dia akan alert dan buat bunyi nenoneno lagi hihi















Moga dgn pengambilan suplemen CoQ Health Plus dari Shaklee ini dapat membantu penghasilan sperma & ovum yang berkualiti, dan meningkatkan peratus kejayaan untuk pasangan ini bergelar IBU dan AYAH!