europe trip part 2

ok.mari kita mulakan cerita tentang P.A.R.I.S!! 🙂

sambungan daripada entri sebelum ini,kami bertolak dari bahrain pd jam 2pg waktu bahrain.perjalanan mengambil masa selama 7 jam lebih.kalau difikirkan,penerbangan yang lama memang tidak menarik.tambahan pula hanya berpuas hati dengan kelas ekonomi yg tempat duduknya agak kurang selesa dan sempit.tapi itu semua tidak penting.keseronokan kami mengatasi segalanya.adalah beberapa kali we went like, “omg,we’re going to paris!”.hehe.gedik,i know.

kami mendarat lebih kurang jam 7.40pagi 25 Jan, waktu paris.disebabkan sekarang ni musim winter,maka mentari belum muncul dan tak dapatlah menengok first glimpse of paris from the airplane.sebab ketika tu memang masih gelap.untuk pengetahuan,matahari terbit kurang lebih jam 8.30pagi 🙂 sesampai di lapangan terbang antarabangsa charles de gaulle(atau lebih dikenali dengan CDG), kami pun mengikut langkah penumpang yang lain,ke arah kaunter imigresen.dan yeah!berjaya dapat kan stampchop yang menandakan kami pernah sampai di paris!(gedik lagi.sila jgn muntah).TAPII…..stamp2 nye kurang jelas.maka kami bercadang untuk memekatkan sendiri dengan ballpen berwarna hitam setibanya di hostel nanti.ok,sudah mengarut.ekceli,ada bercadang untuk buat demikian tapi kami belum tak buat.hehehe.oh,kami sering mendengar mitos tentang kesombongan masyarakat perancis dsbg.tapi impresi pertama kami dengan layanan polisi imigresen — ok jeh derang ni.coolness.idak sumbung pun:)

kemudian kami pergi ke tuntutan bagasi.dan menunggu beg sambil berfoto2an.syukur semua beg selamat sampai dalam kondisi yang sama seperti check in.maklumlah.jauhkan perjalanan beg2 ni.huhuhu.lantas kami keluarkan winter coats,gloves dan semua yang patut untuk menghadapi cuaca yang pasti sejuk itu.kami sudah menggoogle dan cuaca ketika itu kurang lebih 4degC dan boleh mencecah bawah paras beku.

agak berdebar kerana kami bukanlah seperti pelajar lulusan luar negara yang biasa bersiar2 di negara orang.tambahan pula di negara yang english bukan lingua franca nye.maka kami tidak mempunyai ekspektasi yang spesifik.kalau ada pun,cuma hasil daripada input mereka yang pernah melawat ke sini atau hasil bacaan di internet.selain daripada itu,mmg kami redah ajer.hehehe

maka nak dijadikan cerita,kami menaiki shuttle untuk ke terminal yang ada disediakan train (seperti klia ekspress) ke pusat bandar paris.sesampai di terminal tersebut,kami tidak berfikir panjang.terus menerus bertanya mengenai tiket pas harian metro,harga tiket perjalanan 2 hala ke disneyland, dan sebagainya.sudahnya,orang kat kaunter pun pening dengan pertanyaan kami dan kami juga pening dengan pertanyaan kami sendiri.maka,kami bercadang membeli satu tiket dahulu ke pusat bandar paris dan membeli tiket selebihnya di sana.perbincangan tentang tiket2 yang bakal dibeli di buat semasa di dalam tren.harga tiket daripada CDG ke pusat bandar paris, Gare du Nord adalah EUR8.40/kepala.

paris2

perjalanan ke Gare du Nord mengambil masa kurang lebih 30minit.sangat lawak kerana kami kurang fasih sistem platform nya dan bayangkan kami mengheret luggage ke sana ke mari.haha.nasib takda ramai orang ketika itu.kalau tak,boleh buat free show kanak2-riang-yang-tiada-halatuju-beserta-muka-ketat.pemandangan sepanjang perjalanan amatlah breathtaking dan mengujakan.barulah tau camane rupa winter di negara orang.erk negara sendiri mane ade winter.wakaka.oh kemudian lagi satu kejadian lawak adalah kami terlepas stesen!tidak,bukan salah kami.salahkan nama stesen yang sepatutnya Gare du Nord tetapi di stesen tertera nama Paris Nord!how laa tak tally.itu adalah kesilapan paris yang pertama.boleh takk ;p so kami ke depan satu stesen dan berpatah balik dan kemudian turun dengan jayanye.agak melucukan bile difikirkan balik.tapi waktu tu tidak lucu ok.semua mcm dah ala2 stres sebab permulaan backpacking(kunun) yang janggal.hahah.

oh,kami berjaya mendapatkan tiket2 berikut di kaunter tiket Gare du Nord;

1. pas harian metro/RER utk 25 jan(zon 1 dan 2)
2. pas harian metro/RER utk 26 jan (zon 1 dan 2)
3. pas 2 hala ke disneyland utk 27 jan (hingga zon 5)

alhamdulillah.pekerja di kaunter tu amat mesra alam dan mesra pengguna.kami terus suka dengan layanan orang paris walaupun tu baru layanan yang pertama.tahpape je haha total harga tiket adalah EUR 22.40/kepala.metro tu umpama lrt(stesen dekat2) dan RER tu umpama komuter(stesen makin jauh ke luar dr bandar).zon pulak dikategorikan mengikut jarak dengan centre paris.makin kecil nombor,makin dekat dengan centre paris.so disneyland tu kira paling hujung kerana zon ada 1 hingga 5.disneyland di zon 5:)

maka kami pun mulakan perjalanan ke hostel yang telah kami book,Le Village hostel yang terletak di montmarte, berdekatan dengan stesen anvers 🙂 kami tiba seawal jam 10pg(awal ke?) malangnya paling awal kami boleh cek in adalah pada jam 4pm!kesedihan,kami pun merayu tuan hostel untuk memberi kami satu bilik untuk kami mandi dan bersiap kerana kami sudah 2 hari tidak mandi.pastu takkan nak pakai baju+tudung yang sama macam kat bahrain kan.tak feel.hahaha.oh,tuan hostel sangat bermurah hati utk meminjamkan satu bilik mandi untuk kegunaan kami.maka kami pun bergilir bersiap.the rest are all history ;p

hanya jam 1130am kami sudah merasa segar dan wangi dan luggage2 ditinggalkan di luggage room Le Village.bersedia untuk berjumpa paris!sehingga lain waktu,daaaa~

gaya penceritaan ini boleh menjadikan kesah europe sehingga part 500.nasibla.wahaha

europe trip part 1

hmm.how should i start this entry.oh,first,alhamdulillah syukur that we made it.2nd,it was one of the best trip ever.very challenging i must say.hehe.we learned a lot about ppl in the other side of the world.some of the myths are verified wrong and so forth ;p

i’ve been thinking on how to put the looong journey in writing.nevermind.lets just go with whatever cross in my mind..

at first,i was planning to go for europe backpacking.envy my sista.however,with my nature of work and budget ie hard to get long leave and very high budget for long trip,i must satisfy with a week of visiting 2 popular europe cities, paris and barcelona!and alhamdulillah He permits despite the haywire schedule i have.haha.

KUL – BAH
so off we flew from klia on 24th jan morning.there was a bit miscommunication breakdown at gulf air check-in counter (that exec really pissed us off) that makes 4 of us had scattered seats on our way to bahrain.oh,its approx 7 hours journey by the way.lucky that we had perfect seats on our way to paris 🙂

initially bahrain was not in the picture as our main aims were paris and barcelona.however looking at the 12-hours transit at bahrain,we think why dont we have another country/city covered.and luckily,the travel agent provide lunch,dinner,transportation and accomodation for all transfer passangers!(for more than 6hrs transit).and plus,we dont need to pay for the visa(BD20 equiv RM180) coz it was also covered in the accomodation.hehe.so basically we get half day and half night bahrain trip for free.and the stamp on our pasport,of course.did i tell u that the visa/immigration stamps are also in our must-have list?saiko.alhamdulillah.

BAHRAIN (12 hours)
bahrain is a very nice city.typical middle east country,with the squarish-type of building.the bahrain international airport is located in the muharraq island, which is located approx 15mins away from the manama city,connected via a bridge.oh, we touched down at about 1.15pm bahrain time.it took almost an hour to settle the accomodation voucher,visa application and photo session.we hop on the provided mini bus and headed towards concord hotel(mind the missing ‘e’) with other transit passengers.the weather was quite windy and sunny, 14degC.very breezy city 🙂 we then checked in to a very cosy apartment c/w living hall,2 rooms,a kitchen and a bathroom.after had our lunch,performed our prayers,we browsed through the map taken at the airport.we decided to have a leisure walk around the city and to make sure that we get back to hostel before dark.so we walk down the main road,thru the backstreet—– only then we realized that there was not a single woman on the street.NADA.maybe the culture here i suppose.so it was a bit awkward for all 4 of us,girls,(bukan women ye) to walk around the city tanpa halatuju.we arrived at bab al bahrain,one of the main tourist attraction, when we heard the maghrib azan.so we decided not to panjangkan lagi langkah as the hotel is now half an hour away from where we were.so we headed back and its already dark when we arrived at the hotel.well the map was very useful as we get to know some of the buildings here and there across the street and so forth.i mean,for an unplanned trip,map is very important ya know 🙂 at least unintentionally,u get info while walking without knowing where to go ;p

well,here i share some of the pix..

bahrain1

bahrain2

the bus was ready to fetch us from the hotel at about 12mdnght and we headed to the airport.mentally and emotionally prepared for europe!

peeps,i dun hav the courage to write about paris yet.as paris is by far,the best city that i have ever been to.dont know where to start.its just amazing how i instantly  fell in love with paris. oh, and the disneyland.marvellous.happiness.alhamdulillah.will continue the story mory later yeah…

sneak preview..

paris1

*malas mau masuk ofis.isk*

later

inilah yang dinamakan…

spanish + english = S.P.A.N.G.L.I.S.H       

spanglish

basically, joke of the week ;p

nyways,touched down exactly 0900hrs yesterday.alhamdulillah..thanks to all my travelmates for making this bachelor vaykay(hahah) memorable indeed!syukran,merci,gracias mucho,terima kaseh;p

oh my,its almost 3.00am!and am not sleepy.jetlag ke.tak kot -in denial- haha

later peeps 🙂

makanan kegemaran saya

saya sebenarnya dah lama nak buat entri ni.like since a year back kot hehe

1. nasi timbel lengkap

1213530241timbel20komplit

pertama kali rasa masa berpeluang ke bandung pada tahun 2005.lepas rasa tu,tiap restoran saya pergi kat sana saya akan pesan hidangan ni.presentasi nya menarik dan rasa nye walllah!sebijik macam gambar di atas.hehe.nasi timbel ni terdiri daripada nasi,tempe dan tahu goreng,ayam goreng dan sayur asam.saya tak berapa gemar sayur asam ni.tapi overall makanan ni memang superb.boleh ditemui di restoran sekitar bandung,kalau anda ingin mencuba hehe

 2. ayam penyet/pecel lele

penyet

hidangan masa kenduri mawi di felda taib andak.pertama kali rasa awal tahun 2008.hidangan ni memang top in the list masa saya di johor.kat jb atau pasir gudang memang senang nak jumpa restoran yang menjual ayam penyet/pecel lele.pecel lele ni kira ayam penyet versi ikan keli.terdiri dari nasi,ayam yang diperap kemudian digoreng dan kemudian diketuk,sambal yang sedap+pedas gile,ulam2an,tempe+tahu goreng serta sup.dalam seminggu sekurang2nya sekali mesti makan ayam penyet.feveret saya dan teman2 adalah di zona ayam penyet.restorannya bertentangan dengan pelangi mall JB, tingkat atas kedai mamak.ada lagi satu cawangan zona ayam penyet iaitu berdekatan dengan jusco tebrau dan daiman bowling centre.kalau dulu restoran kat depan pelangi tutup, kami sanggup redah jem untuk ke tebrau semata2 nak menikmati ayam penyet tersebut.hehe.kira purata 2 pinggan sekali makan.ehem.kisah speselnya,tauke kedai ni dah hafal muka kami dan selalu kami dibelanja oleh beliau.kira pembakar semangat untuk kami datang dan datang lagi…haha!amazingly,saya tak pernah sempat ambil gambar zona ayam penyet kerana belum sempat nak snap dah habis.begitulah penangan ayam penyet bagi saya ;p

 3. nasi lalapan

dsc04770

makanan ni diperkenalkan oleh kak ila,di miri.restoran berdekatan dengan mega hotel.nasi lalapan ni sebijik macam ayam penyet.cuma lalapan ni boleh pilih nak daging,ikan selain ayam sebagai lauk utama.lain2 adalah ulam2an,sambal dan sup.kalau di bintulu pula ada 2 kedai yang saya tau menjual nasi lalapan.di kafeteria aliiya (berdekatan dengan park city mall) dan juga di restoran selera kampung(berdekatan dengan pasaraya farley).nak dijadikan cerita, tiap malam sebelum pulang ke hotel, saya akan singgah tapau nasi lalapan di kafeteria aliiya.sampai ke suatu hari,saya sampai2,sorang pembantu restoran terus tanya “lalapan ayam dan air soya bungkus?”.regular customer katanya hik2

sebenarnya yang membuatkan ketiga2 makanan ini istimewa adalah kerana sambalnya.memang memainkan peranan penting.sampai tak tidur malam dibuatnya.over oke entri ni.exaggerate habes.elokla berhenti menaip sebelum menjadi lebih parah.

sekian

rindu nak menaip

sedar tak sedar, esok genap sebulan saya di bintulu.alhamdulillah,dapat pulang 2 kali untuk cuti akhir tahun 2008 dan kenduri kahwin puan amirah(wah!congrats dear:))..

banyak kisah pahit dan pahit disini.erk,pahit tersebut 2 kali.hik2.tapi syukur,sudah tiba ke penghujung.segala yang pahit-pahit itu berakhir dengan senyuman saya yang ke telinga apabila semua panel di uji dengan jayanya!syukur alhamdulillah.sememangnya pengalaman disini mematangkan saya.saya belajar untuk mengawal stress yang tidak terjangkau hebatnya.sungguh!

sebagai penenang hati,saya cuba sedaya mungkin untuk memujuk hati saya.seteruk2 stress saya disini, tak seteruk mana jika dibandingkan mereka yang diuji di Gaza (nauzubillah).tak sehiba mereka yang kehilangan keluarga dan sanak saudara kerana kezaliman ISRAEL LAKNATULLAH.tak sehebat mereka yang dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi.sekurang2nya saya masih mempunyai sumber pendapatan (alhamdulillah) dan masih di dalam negara yang tidak diserang pengganas dunia.syukur sangat.apalah sangat stress kerja itu.huhu.

wah.jauh menyimpang pula entri kali ini.saya cuma nak tunjuk gambar-gambar yang saya ambil disini.buat2lah faham dan tumpang gembira ye ;p

bocc

syukur semua berjalan lancar dan selesai mengikut jadual yang ditetapkan.tinggal lagi mahu minta cuti dari tuan boss.berdebar sungguh.inshaallah semua berjalan lancar

esok…selesai
lusa…pulang

doakan jua kelancaran untuk seminggu selepas ‘lusa’ ini ye.sangat teruja.tapi takot.huhu.tapi teruja.tapi—- haih semoga dipermudahkan semuanya.amiiin 🙂

motif menyepi

begini jadual saya disini saban hari

0545 : bangun pagi dan mandi
0615 : subuh dan bersiap
0630 : teksi sudah menunggu di lobi, bertolak ke plant
0650 : tiba di plant
0655 : sambar waja milik ofis dan pergi ke bangunan Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT)
0700 : tunggu kontraktor untuk minta permit
0715 : kontraktor baru sampai
0730 : berkejar-kejar mendapatkan tandatangan untuk permit
0800 : mesyuarat pagi di BCOT
0915 : mesyuarat pagi tamat
0930 : pulang ke Bintulu Onshore Coordination Centre
1000 : melihat-lihat kerja kontraktor dan kadang-kadang ke warehouse melihat barang yang diperlukan untuk projek diangkat oleh kontraktor
1230 : zuhur (kontraktor pun pi makan tengahari)
1400 : kerja bersambung
1900 : teksi menunggu di pagar
1930 : tapau nasi lalapan dan air kacang soya makanan ruji
2000 : tiba di bilik hotel dan mandi walaupun kadang2 malas nak mandi
2030 : isya’ dan makan dan lepak atas katil
2200 : konfirm dah tertido

begitulah.memang tak sempat nak buat apa2.kalau nak dibandingkan,kerja disini lebih stresfull berbanding semasa di pasir gudang.tapi kugagahkan jua demi menyiapkan projek kerna barulah mudah proses memujuk bos untuk mengambil cuti akhir bulan ni.LOL.doakan saya ye.

namun saya amat bertuah kerana
1. saya ditemukan dengan pemandu teksi wanita.jadi tak perlu risau untuk pulang malam.dulu ingat nak sewa kereta.tapi fikir2 balik,bahaya kalau pulang malam seorang.He knows best.
2. bila tiap hari jadual padat,kurang rasa rindu pada athif dan faqeh.walaupun video faqeh ketawa dalam henfon tu diulang mau dkt 10 kali sehari.hey,kira ok lah tu
3. pekerja di BCOT sangat baik hati semuanya.rasa macam satu keluarga.tapi pekerja2 lagi satu syarikat minyak ni sangat sombong dan menyakitkan hati.susah betul nak sign permit sobs
4. sini ade nasi lalapan.kira versi ayam penyet di sarawak.oh nanti saya buat entri khas mengenai ini ye ehehe
5. wifi di hotel ni kerap down.maka takdelah tempting sangat nak online.hik2

saya sudah tak sabar nak menamatkan projek di bintulu ni.semoga dipermudahkan segalanya.amiin

sejadah

kisah petang td,sekembali saya dari pejabat…

sjadah

1. di sini alas saya solat biasanya.tak sempat nak lipat

2. balik2 je,nampak almari terbuka luas.haih,apehal pulak orang housekeeping nih wat keje tak habis…diriku mencomel mengomel

3. ooohhh….”dik,sejadah ade ni haaa..kenapa pakai tuala lak jadi sejadah…”.kata orang housekeeping itu dalam hati

timekaseh ye kak housekeeping.kalau bukan muslim,saya doakan dikurniakan hidayahNya.kalau muslim,mohon ditambah pahala.amiiin

p/s:suke2 je nak post entri sebab nak tengok camane rupa entri kat skin baru….lalala~

welcome 2009

its new year again,he he.how time flies,huh?

personally, it has been a great year indeed.as usual,i didnt achieve some of my 2008 resolutions.huhu.well,maybe this year i wont be too ambitious so that all resolutions are achievable.then only i can give a pat on my back when the 2009 curtains fall ;p

so here goes the highlights of year 2008,in random..

1. having blast being attached at the fabrication yard for more than 10 months.i’ve learned a lot.despite the slow learner that i am.but i coped quite well alhamdulillah 🙂 looking forward for next cycle of this project which is the hook-up and commissioning stage,inshaallah

2. for the very first time, i went for the skill gap assessment.its a good preparation for the ACD beginning next year.ACD is like the hot topic of this year as it will be implemented to our SKG in 2009.hope everything will be fine huhuh

3. the arrival of my 2nd nephew, muhammad faqeeh 🙂 umur sudah 9 bulan+.gigi sudah dua batang dan sangat suka ketawa ha ha ha

4. oh how i can forget the assignment at norwich,uk.cool experience indeed.i travelled from kl to amsterdam and from norwich to london alone.i went for a walk in the busy city of london for one whole day;) i wish i can do that all over again

5. not all my siblings got the chance to travel by airplane.last school holidays in june, i bought 8 airasia free seat tickets kl-jb for my siblings.they’re having blast.i think la ;p.and we enjoyed staying at Grand Bluewave Hotel for a night.went for ayam penyet, sup gearbox and danga bay.short yet memorable holiday 🙂

6. got engaged to my dear fiance.looking forward for our next milestone inshaallah 🙂

i wont put too much hope in 2009.it’ll be the most challenging year i guess, looking at the financial crisis,economic downturn and what more the unstable fuel price.hmm..

however,regardless i’m still looking forward for 2009 because,

1. it will be my wedding year!

2. my first experience to the europe countries

3. will be getting my first baby——>apartment la oi.haha

4. and so much more!cant wait:)

inshaallah.let us pray for the best.pray for His blessings.and for His love.2009 will be a better year for all of us.oh and better us,inshaallah..amiiinn

.Goodbye 2008.Welcome 2009.Enjoy the new skiN.

nervous

30884418_17da35716e

i flipped thru the going places magz few days back.it mentioned,2 mistakes that ppl normally do when they go travelling that requires loads of walking and running/long hours flight/vacation ;

1. wear high heels or improper shoes
2. overpacking

countdown : 24 days