dua enam

To : The Love of My Life

happy 26th birthday ๐Ÿ™‚

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.happy2 selalu ok ๐Ÿ™‚ stres itu tidak kool ๐Ÿ˜› nanti kerut2, kedut bertambah2 lepas tu tampak 10 tahun lebih tua dari umur sebenar.macam mana nak berganding dengan saya yang dikatakan underage ni (u get the joke.boohoo).just so u know,i always adore your maturity.hope all your wishes come true.well u have achieved one of it ehem*kembang idung*..more to go inshaallah.strive hard and always trust in His rezeki.love u regardless!

semoga setahun yang bertambah ini akan menjadikan sayang lebih matang dan paling penting, menjadi hambaNya yang soleh inshaAllah..

song for u ๐Ÿ™‚

the lyrics so meaningful eh ๐Ÿ™‚ i love u so much, err u know that he he *hugs and kisses*

From : The Wife

si comels

td rasa mcm boring kat ofis.jadi aktiviti apabila bosan adalah menelefon anak2 abg saya yang dua orang itu yakni athif si abglong dan faqeeh si adik.sejak kahwin,dlm seminggu sekurang2nya 3x call utk borak dengan budak berdua ni ๐Ÿ˜‰ย  ada tu hari2 telefon sebab bosan rindu.sampai ibu diorang pun dah naik penat agaknya ๐Ÿ˜›

selama ni sebutir ditanya,sebutir dijawab.tp td buat pertama kali athif bertanyakan soalan kepada saya…suka yang amat maklang!ngeh..

saya : athif kat mana tu
athif : umah nyang
saya : ooo bila nak blk umah wan
athif : gu abah kje
saya : bila nak g umah maklang
athif : maklang kat mana ni
(saya gelak teruja)
saya : maklang keje (sambil sengih2)
athif : apa?haih maklang kat mana ni
(dan soalan-jawapan yg sama berulang untuk beberapa kali sebab dia tak fhm jwpn saya.comel.tanya orang pastu sendiri blur hehe)

borak2,lepastu bercakap dgn si adiknya pulak.adik yang makin hari makin bijak.si faqeeh ni tak tau byk perkataan lg.jd dia byk bebel bahasa baby dia dan gelak sorang2…

hmm.kalau kat rumah mak, nampak si adik lebih diberi perhatian sebab aksi2nya yang menghiburkan dan superhyperactive.kadang kesian tengok si abang sebab dia ni lebih reserve maka perhatian yang diberi semua orang tak seperti perhatian kepada si adik.huhu.hakikatnya,semua orang sayang dua2 sama rata je ๐Ÿ™‚

rindu lah pulak ngan budak2 ni.ehe

laut oh laut

minggu lepas buat pertama kali nya dalam hidup saya tinggal di laut.selama ni daytrip je.pernah beberapa kaliย  berhajat untuk tinggal di laut tapi tiap kali mesti disuruh pulang ie cuaca buruk,tiada bilik kosong dsbg.iye,memang bagi orang lain sesyarikat kira tak heran sebab offshore adalah ofis kedua mereka ๐Ÿ˜›

mari kita lihat apa yang telah saya alami dan pelajari sepanjang berada di sana.not technically or electrically la of course kan heh

putra andika II - the crew boat

putra andika II adalah bot yang membawa saya dan team ke platform.perjalanan dari shin yang wharf di miri ke platform mengambil masa kurang lebih 3 jam.laut dan ombak sangat baik kali ini.tapi saya tetap menutupkan mata.takut2 termuntah kepeningan T_T

the room

did i tell you that i was the only girl out of hundreds on board?sepatutnya ada lagi 2 orang dari pejabat miri.akan tetapi(pergh) mereka ada urusan lain.saya pun dah buat arrangement maka nak kensel pun tak boleh.redah saja.sorang pun sorang lah.ada 4 dorm dan setiap dorm ada lorong kecil untuk ke bilik2.malangnya bilik saya terletak di dorm yang berlainan dengan teammate lelaki saya.tapi,redah saja ye kawan2.jadi ini adalah bilik untuk saya.he he.alhamdulillah ada LOCK.ye LOCK adalah sangat penting agar bilik tidak diterjah malam2 nauzubillah.dalam tu ada katil double decker,sinki,almari,ruang kecil untuk solat dan…

shared toilet

ye,toilet yang dikongsi dengan orang bilik sebelah sana.ada 2 pintu lah kira.merasalah kongsi tandas dan bilik mandi dengan kaum adam ye kawan2.tiap kali saya masuk saya seboleh mungkin tidak bersuara walaupun berdehem sebab khuatir orang sebelah tau mereka berkongsi tandas dengan perempuan.bahaya.ngeh.tapi ada satu pagi tu saya baru masuk lepastu tak sempat kunci pntu sebelah bilik lelaki,orang tu dia bukak ok pintu tu.saya menggelabah dan cakap “opps..” sambil mengnolak pintu dan kunci dari dalam.tapi saya terlupa untuk membuat suara seperti lelaki T_T.tapi jangan risau.wp mereka tau saya tengah mandi mereka tak kacau saya.he he[masa tu Allah saja yang tau betapa berderau darah saya]

the workover barge - view from my dorm

haaa.ini lah workover barge.namanya Ocean 6.ala2 adik kepada Ocean 11 dan Ocean 13.heh.workover barge ini adalah di bawah kontrak drilling team untuk menjalankan aktiviti fishing.sila google untuk mendapatkan maksud fishing dalam arena drilling.saya adalah takut untuk mengexplain kerana khuatir akan memberi ajaran sesat kepada kawan2 ๐Ÿ˜› ada satu pagi cuaca buruk/hujan lebat dari jam 4pagi.saya terus terbangun dari tidur kerana bilik bergoyang2.pening oh.mandi dan solat pun kena sambil2 seimbangkan badan kerana takut terjatuh.hu hu.cuaca kembali reda jam 9pagi alhamdulillah ๐Ÿ™‚

barge-gangway-platform

nampak tak ala2 jambatan pastu ada gap sikit tu.haa jambatan tu dinamakan gangway.untuk cross dari barge ke platform.masa air pasang oke.sebab jambatan tu bersambung.tapi bila air surut,satu akan ada kat bawah,satu lagi kat atas.makanya,kena swing menggunakan rope.swing baby swing katanya.bawah tu pulak ada jaring kot2 masa swing tu anda tergelincir dan jatuh jadi tidaklah anda terus jatuh ke laut.cara nak menaikkan orang yang jatuh di jaring naik kembali ke barge tidak pulak saya pelajari.nauzubillah.oh dan lagi satu,kalau nak melintas,kena pakai lifejacket sebagai langkah berhati2.dah sampai platform,lifejacket itu bolehla ditanggal dan buatlah kerja seperti biasa ๐Ÿ™‚

see the workover barge? :)

ni pandangan dari jauh.sebelah kiri adalah workover barge.dan kanan adalah platform minyak yang inshaallah akan berhasil lepas raya.sekarang adalah kerja2 hook up sebelum minyak dapat diflow dari telaga minyak dan seterusnya di proses dan diexport dan syarikat untung dan kami pun gembira.amiiiin ๐Ÿ™‚

sekian coretan kali ini.pengalaman yang tidak dapat dilupakan,oh jangan risau kalau anda seorang perempuan.in this industry,guys dont bite(not sure of other scenario tho).malah mereka lebih hormat dan akan jaga anda.terutama kalau mereka tahu anda disana berseorangan.percayalah ๐Ÿ™‚

tulang dah empuk kot.kena sambung memasak.ha ha

selamat berbuka puasa semua!

pra-ramadhan

1. last round bowling

2. nasi kukus ayam dara taman melati

3. cari baju raya – 1st week ramadhan

4. malinja – takut kempunan bulan puasa.tak penting pun sebenarnya heh ๐Ÿ˜›

5. apartment key handover – 1st week ramadhan

6. offshore 3rd hookup visit – minggu depan,inshaAllah ๐Ÿ™‚

7. housewarming untuk org jalan kelubi – buat time raya la noooo

8. ambil album kahwin kat candidsyndrome – sayang tolong ambil next week bulih ?:)

…..dan banyak lagi

semua tu plan sebelum ramadhan menjelang.cewah.sendiri buat checklist.tak banyak pun yang berjaya buat.itulah,kita merancang…tup2 pagi ni baru tau esok perlu ke bintulu hingga sabtu.dan kemudian ahad ke jumaat ke miri untuk offshore,inshaAllah.balik kl,lansung bersiap untuk terawikh (kalau 1 ramadhan jatuh hari sabtu)..

jadinya, tadi juga buat 2 yang distrike kat list tu.heh ๐Ÿ˜›

bebel bebel

he he.takpelah.habiskan semua yang pening penting yakni memerlukan travel(fuh) sebelum puasa.ramadhan ana yang punya.mau balik jam 4 tiap hari berramadhan sehabis baik ๐Ÿ™‚

jika tidak berkesempatan nak ber’online’ lagi,saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua keluarga jauh dekat dan rerakan yang membaca blog ini.semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua.amiiin! ๐Ÿ™‚

p/s : pertama kali bulan puasa kena masak untuk sahur.haaa now u know…T_Tย  *i love u mak.so muchh*

and…sync!

ini adalah istilah baru yang saya belajar semalam.dan saya akan kerap menggunakan istilah ini…

dari vaio ke iPod 32GB

….adalah kaedah mentransfer file atau application dari iTunes di pc/laptop ke dalam iPod Touch saya ๐Ÿ™‚ ya,betul. bukan iPhone..

kenapa?
1. sebab lambat sangat nak tunggu iPhone yang boleh support videocall
2. gambar takat megapixel rendah.ape kelas
3. saya lebih gemar hp jenama SE

tambahan pula hp sony ericsson k500i yang bluetooth pun takda saya masih tiptop.sayang pulak nak ganti baru huhu..pastu lagi 3GS tu mahal dan tak berbaloibaloi sebab tak ada 2 ciri yang pertama seperti di atas ๐Ÿ˜› ala cakap je la overbudget T_T

sebenarnya iPod tu pemberian suami.he he.oh tiada apa sambutan pun.cuma meng’qada’ hantaran kahwin.baru sekarang ada idea.patut bagi masa hantaran.tapi dua2 tak tau nak beri apa.jadi masing2 setuju untuk beri off-dulangย  lepas kahwin…he he

so saya balas hantaran(aci kan pakai term ni lalala) dengan ini…

dah macam barang rampasan kastam pulak ghopenye

masing2 senyum sampai telinga tak tidur malam ok. 5 bulan kot tunggu ๐Ÿ˜›

p/s : saya letak entri ini bawah tag ‘Pre-Wed’

“i’m pregnant”

drama sebabak di klinik idzham(bukan nama klinik sebenar) sebentar tadi…

saya ni suka perati orang.looking for real life drama katanya

jadi mata terpaku kat satu pasangan ni.duduk tak sampai 2 meter daripada kami.main cubit2 mesra gitu.yang perempuannya pakai babyT dengan seluar ketat dan pasangannya berambut panjang,berikat.saya takdelah kisah pun.macam saja je suka perati orang.heh:P

oh kemudian nama yang perempuan dipanggil untuk masuk ke bilik doktor.dia masuk sorang.2 minit kemudian dia keluar membawa sebekas kosong untuk ujian air kencing.dia berkata sesuatu dengan pasangannya dan berlalu ke bilik air.setelah menyerahkan hasil air kencing kepada pembantu klinik, dia duduk kembali ke tempat asal.

3 minit kemudian,namanya dipanggil lagi masuk ke bilik doktor.beberapa minit dia keluar dengan muka mencuka dan pergi ke arah pasangannya dan duduk.berikut adalah perbualan mereka (saya baca gerak bibir),

“kenapa”

“macam mana ni.positif.mengandung.macam mana ni”

saya adalah membuntangkan mata.terkejut sangat..:|

lelaki tu memang cuak tak boleh nak describe.ya allah,pertama kali dalam hidup saya tengok adegan tu depan mata.perempuan tu menangis tak henti.tak pandang sikit pun pada pasangan dia.dah tak kisah apa orang sekeliling fikir apa tentang mereka.yang lelaki pulak duk geleng kepala.sambil tu cuba tenangkan yang si perempuan.hu hu.kadang2 mereka berdua senyap dan mungkin berfikir2 lepas ni apa nak buat.

beberapa minit aksi yang sama.dan kemudian saya nampak lelaki tu sebut “macam mana kalau kita GUGURKAN”.saya adalah membuntangkan mata kali kedua.oh tapi laju je perempuan tu geleng kepala….

kemudian mereka ambil ubat dan berlalu keluar dari klinik dan saya pun tak pasti apa tindakan mereka seterusnya.

saya tak rasa mereka pasangan suami isteri.mengapa?

1. melihat reaksi mereka berdua tadi memang cuak tahap dewa.kalau dah kahwin kenapa perlu cuak,kan?
2. yang lelaki tak ikut masuk bilik doktor pun
3. nak gugur ape jadah?

hmm.sampai sekarang saya shock.kepada pasangan tersebut,semoga mereka belajar daripada tragedi ini dan ini mungkin kifarah untuk mereka di dunia.ya allah jauhkan la semua ini dari keluarga,keturunan dan teman terdekat saya.amiiin

p/s : btw ke klinik tadi sebab suami kurang sihat.demam.penangan team building melampau di PD ;(

benci dan belajar

tipulah kalau kita tak pernah benci seseorang.kita benci orang tu pasti sebab sikap dia kan.cuba kita bayang berapa ramai yang benci kita pulak.sebab pasti ada sikap kita yang orang tak senang kan

[tapi ada juga benci sekadar benci.takda motif pun.saja rasa nak benci.eh itu cerita lain..]

sebenarnya secara tak langsung kita boleh belajar daripada orang yang kita benci.belajar macam mana?belajar untuk tidak ada sikap dia yang kita benci dalam diri kita.hmm.katalah kita benci dia sebab dia pemarah.ok.dia tak sempurna.dia pemarah.kita ni bagus sangat ke sampai nak benci orang sebab itu.paling kurang kita boleh buat adalah dengan cuba untuk tidak jadi pemarah sebab nanti orang benci kita pulak

masih bersama saya? ;p

maknanya,lagi ramai kita benci,lagi banyak kita belajar?alamak ini sudah jadi lain.ahh kamu faham kan ๐Ÿ˜‰ kita cuba untuk convert kan benci itu kepada belajar.oo memang susah.sebab saya pernah cuba buat.nampak sangatkan suka perati dan benci orang.oops.kadang2 rasa macam nak berterima kasih dengan orang yang kita benci belajar tu ;p

cubalah sendiri!

๐Ÿ™‚

p/s : sebab tu juga kadang2 kita tengok perlakuan atau kejadian yang tak elok,kita akan cakapย  “nauzubillahiminzaalik” yang bermaksud “semoga ALLAH menjauhkan kita daripada perkara(atau sikap) itu“. sama lah tu.kan

takut apa

saya ni penakut

walau tahun lepas hampir setahun saya tinggal di hotel seorang diri, tapi sampai sekarang jika saya outstation, saya masihย  tidur dengan tv dan lampu terpasang.pernah cuba atas paksaan galakan seseorang,tapi akhirnya tetap tv dan lampu itu di on.kalau tak,alamatnya sampai ke pagi saya tak tidur.huhu.memang penakut..

sekarang saya di ruang tamu rumah.seorang diri, berfikir2 macamana nak masuk tidur.off tv dan masuk bilik tutup lampu?biar tv terpasang dan masuk bilik dan tidur?tidur atas sofa dengan tv terpasang?bawak tv masuk bilik?bawak katil ke ruang tamu?

aduh runsingnya

haih esok baru jumaat ke……………. ๐Ÿ˜

sendiri

adalah pelik sebenarnya

saya di miri dari selasa-khamis.suami pula di port dickson dari khamis-sabtu.pagi tadi suami ke ofis,park kereta di tempat biasa dan terus ke PD.petang ni saya pulang dari miri, ke ofis dan ambil kereta bawa pulang rumah.tak berjumpa pun.jadi masing2 pegang sorang satu kunci rumah dan kunci kereta

tak ke pelik ;p

tadi dalam kapalterbang dah plan.tak jadi nak balik shah alam.sebab selasa lepas tinggalkan rumah dalam keadaan tunggang langgang.maklumlah,baru balik dari kampung, sempat basuh baju semua dan sidai.hujung minggu pun tiada di rumah nak kemas rumah dsbg.jadi,ingat nak kemas rumah dan lipat baju yang menggunung kat rumah tu

balik2 tadi,bukak pintu,terkejut.rumah kemas dari biasa.semua tersusun termasuk koleksi transformers atas meja tv yang selalu tergolek2.masuk bilik,baju ada beberapa helai je belum dibasuh,baju lain semua dah siap lipat,tersusun atas katil.ke dapur,sampah semua takda.siap dibuang dah..timekaseh sayang..hu hu

suamisteri adalah melengkapi,bukan?

teringat masa pertama kali masuk rumah ni.fyi, suami tinggal rumah ni 2 minggu sebelum bergelar suami hehe.jadi saya join dia 2 hari lepas kenduri kat shah alam.masuk2 je saya perasan sesuatu.kemas sungguh.suami susun barang terletak.kemas,saya pun segan sebab saya ni takde la pengemas sangat.matilah mengaku satu dunia kan.beberapa minggu pertama tu memang kekok.jadi perfectionist kejap.sebab takut tak tercapai akalmu meet expectation.tapi lama kelamaan jadual sendiri pun tak menentu.balik lewat,masak malam,outstation tiap minggu dsbg.kerja mengemas dan laundry pun hujung minggu baru nak buat full swing

tiba2 jadi macamni saya tercuit kejap.betapa saya masih banyak kena belajar.saya akan cuba jadi lebih baik.ni baru tinggal berdua.nanti dah bertiga berempat ber13?wah anak sebelas.silalah menjawab kan ada masa ke tak huhu

semoga kita semua terus sukses ye isteri2/ibu2 yang bekerja! ๐Ÿ™‚

p/s : cepatla sabtu ๐Ÿ˜

keeyeasoo

“aku nak bagitau kau sesuatu ni”

“err ape”

“sebab aku suka kat kau,aku nak kau swing dulu nanti”

“erk.tak faham.kenapa?”

“sebab aku nak kau first girl naik pc4”

“oh.ok.thats kool”

and guess what.the first girl i am.he he.talking about kiasu huh;p

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

bot itu

there were 15 of us.3 of em are girls.departed at 7am from pulau melayu,located 15mins away from miri city .the 3-hours-journey was ohmygawd.the boat was going against the current hence the wave of almost 2.5m high!it was raining heavily.i had few experiences being on a crew boat but this is by far, the worst.imagine, most of the jump took about 3secs to fall.all i did was closing my eyes and pray hard.mulut tak berhenti berzikir esp lepas terhentak tu.takut woo.i didnt manage to take my nap.based from those who always been on the boat, the wave was ‘moderately high’.means that, thats not the worst?whoaa~ lucky that we didnt opt for chopper,it could’ve been worse,no?worst,we have to apply our HUET practical knowledge.huhuuu nauzubillah..

kecik je sebenanye ;p

we arrived at around 10am, had some food and off to work.the purpose of the visit was mainly for start up audit.the start up tentatively in few weeks time,inshaallah

at around 2pm, we were ready to go back to shore.the ride was okay since we were following the current flow.alhamdulillah.siap diorang ni layan movie.but i still cant stand the wave.so i chose to sleep instead ๐Ÿ™‚

hope i can join the 3rd mob which targeted in mid august,inshaallah.they’ll be using a bigger boat which can accomodate up to 190pax.and few rooms for ladies.cool,huh?semoga dipermudahkan.bulan puasa tu ye.hmm

p/s : dialog kat atas tu antara saya dan a hookup guy masa kat jeti.rasa macam comel je dia suruh saya swing (from boat to platform using rope)dulu ha ha

HUET : Helicopter Underwater Escape Training