tentang strata title

surat dah sampai…sebenaqnya ni surat reminder sbb dulu developer pernah hantar tapi ter’ignore’ oleh diriku huhu

20130117-133415.jpg
so alkesah strata title ni pemilik rumah(apartmen/kondo/sewaktu sgnnya) akan dpt lebih kurang 2 tahun lps dpt kunci(kalau pemaju hampeh lg lmbt la dpt)

maka sila bersedia financially,

1. bayaran caj guaman – mortgage (peguam loan)
2. bayaran caj guaman – MOT (peguam pemaju)
3. duti stamp

caj2 kat atas tu bergantung kpd harga property.sama la mcm masa mula2 beli rumah dulu…

contohnya rumah harga almost RM200k, total ketiga-tiga caj diatas adalah hampir2 RM6k…

detail utk pengiraan boleh semak google atau peguam2 anda.heh

untung gila kot jd lawyer.prepare doc gitu2 je dpt bedebuk riban2 huhu…

kargo selamat sampai

alhamdulillah, barang2 yang total beratnya lebih 300kg telah selamat sampai di rumah kami di sana…

20130115-133956.jpg

mula2 memang risau sebab kawan2 suami ada problem kat kastam.sangkut sebab byk sangat bwk makanan.bukan ada rules ke hapa cuma pegawai kastam sana mintak duit suap mencecah usd1000!!kalau tak, barang tak lepas.sudahnya member suami ni taknak bayar dan barang dipulang balik msia.huhu…

jadi bila turn kami memang agak berdebar lah.kalau kena caj semahal tu, harga setin sardin pon boleh jadik rm30.mau nangis2 time makan nanti feeling2 mkn harga mknn kat hotel…

ni gambar barang2 yg dikargokan, subalipack datang umah kami 27dec hari tu.5 jam gak aa nak setelkan 16kotak(kalau xsilap) kesemuanya…

20130115-134826.jpg

20130115-134901.jpg

satu cerita gak nak unpack nanti.suami kata dia dah buat sikit.thanks dear ❤

p/s : tarikh fly nya belum ada lg.penat dah jwb soalan cepumas ni.semua tak sabar i pergi ke? T.T

in my head

nak tulis macam2.tapi dah banyak kali taip3, akhirnya padam3 dan tak berpublish pun

so much of new years resolution blerghhh.takpelah kita cuba sekali seminggu dulu yek….

ni dah kira entri lah

kah kah.kah

hello 2013!

how can i describe 2012 in few words.hmm,

• motherhood
• goodbyes
• distances
• letting go’ s
• goodnews
• survival

and last but not least,

• redah je!!!!!

seriously, that’s how i survived 2012.didnt overthink in most occasion, i chose to just go with the flow and alhamdulillah it worked ;p

so 2013, hope u’ll be awesome too…!

bring it on!

❤❤❤

off to labuan

jadi ummi terpaksa akur yg kerja ummi ni takleh mengelak dari outstation.tapi ummi syukur sebab ada satu projek baru ummi ni bukan projek offshore.so kurang risau sikit…

kebetulan adik ummi, raiyan baru habis xm dan tengah bercuti.so apa lagi ummi pun plan utk bawak ‘aaqil sekali dan raiyan tolong jaga ‘aaqil sementara ummi kerja

ada site visit di labuan.4 hari la jugak sebab tu tak sampai hati nak tinggal.so ini adalah kali pertama ‘aaqil naik flight dan tidur hotel yay!!even flight yg mengikut not paid for, tapi alhamdulillah ummi ada enrich miles yg cukup utk ummi jimat rm1k lebih!bayar tax je tak sampai rm300 hehe

20120709-165109.jpg

ni gambar2 semalam.dua2 gambar tidur tu masa takeoff and landing.goodboy sayang! ❤

ok nanti stori lagi aktiviti kami di labuan kalau rajin hehe

his first fever

…was yesterday, at 4m8d of age.
Tak perasan pun badan ‘aaqil panas masa susukan dia sebelum pegi ofis. Masa kat ofis dlm kul 11pg camtu mak msg tanya mana letak paracetamol(pcm) dia sbb badan dia panas. Call mak pastu mak kata temp dia 39.3degc! Macam nak pengsan dengar. I cried a bit tapi kontrol la kan ofismate dgr srott sssrrroottt hidung huhu…

Balik dari ofis mak kata dia dah better la. He looks better too cuma lembik lagi. Mak kata masa pagi tu lagi la kepala pun lentok je alahai…;(

Malam semalam amik temp lagi. Dah 38.3degc. Temp turun masa lepas bagi pcm je. So continue pcm lagi. Dan buat sponging letak kain basah atas kepala. Dan juga basahkan kepala dia dengan air asam jawa supaya sejuk sikit…

Tapi alhamdulillah everything happens,

– dia still minum susu dan tak keluarkan balik ie muntah
– dia suka gila ok pcm tu siap jilat2 bibir sexy dia
– kebetulan nak jadi masa walid dia ada kat Msia, huhu

Paling kemungkinan dia dpt demam tu daripada yours truly. Sebab elok the day after he took his 4mos jab, ummi dia yg demam. Bila ummi dah sihat baru dia demam. Pandai amik turn

top of the chart

semalam pergi utk checkup dan immunisation jabs utk 4 bulan…

– amik 2nd dose pneumococcal, 2nd dose 3serangkai(tetanus/polio/??) dan juga rotavirus(oral)

– ‘aaqil is now 7.8kg and 66cm long.alhamdulillah.paed kata he’s top of the chart.but takyah risau sbb berat dia proportionate dengan tinggi…
20120530-162557.jpg
– kesahnya punya lama tunggu.lebih sejam.masa kat rumah dah susukan dia siap2 supaya tak meragam dalam kereta.sekali dah turn lambat, ‘aaqil tak senang duduk.plan taknak bg susu few mins before amik rota sbb bc kat intenet takut baby muntah(rugi rm200 kalau muntah).tu yg hold2 dari bagi dia susu.bawak jalan pusing2 naik stroller.kesian nya pasal bg jugek la.elok dia tlelap lepas bf, nurse panggil.walawei camno?so sebelum bagi rota, paed tiarapkan ‘aaqil supaya burp.pastu baru bagi sikit2.alhamdulillah tak muntah lepas tu 🙂

next checkup adalah lagi 2 bulan ie 6 months 🙂

‘aaqil dah 4 bulan!

alhamdulillah pejam celik pejam celik (ayat cliche) ‘aaqil dah pun genap 4 bulan semalam…tiap hari rasa excited je nak tgk dia membesar.subhanallah the joy of motherhood is beyond words ❤

20120521-162927.jpg
so marilah kita recap apa yg progress ‘aaqil sebelum ummi ‘aaqil lupa haha

– masih mandi dalam bathtub baby dia tu.tapi dah up sikit aar.now dah mandi dlm toilet.lama gak ah ummi nak kompiden mandikan kt dalam toilet.penah sekali test mandi kat sink tp gelabah namapos.gelabah adalah merbahaya ye bila handle baby.so i settle at toilet je for now.air pun kena suam2 gitu kalau tak tjerit anak bujangku pakai air paip saje huhu.mungkin bila kaki ‘aaqil dah kiat sikit baru kompiden nak mandi kat sink inshaallah

– suka hisap penumbuk (spt entri sebelum ni).sampai berdecap2 la.kadang dia jolok jari2 dia dlm mulut sampai nak termuntah huhu.mungkinkah gusi beliau mula gatal??hmm

– rashes aritu dah hilang lepas beberapa hari sapu earth mama balm tuh.alhamdulillah.rasanya bukan eczema sebab lepas dah baik tu try gak makan udang/seafood, tgk ok je kulit dia.inshaallah

– suka borak2 dgn jayanya.especially pagi2 kul 8 or 9.murah dengan senyuman dan tawa ewaahhh

– suka dgn bunnies handmade by makcik dia.suka sgt sampai kena bawak travel.letak je depan dia terus senyap dan borak2 dgn bunnies tu.boleeyyh??

20120521-163525.jpg
– kalau time bf, dan dia tak berapa lapar, dia akan suck, pastu lepas pastu pandang ummi dia gelak2, pastu sambung suck balik.dia buatlah macam tu sampai dia mmg dah taknak dah.sebabtu penting letak napkin bawah mulut dia kalau tak memang lencun ummi dgn dia2 sekali.tp kalau lapar toksah ckp aaa.minum tak lepas2 (kecuali kalau overflow) huhu

– sekarang minum 18-20oz masa ummi gi keja.alhamdulillah.grow baby grow 🙂

– yakyak pun alhamdulillah kebabom.bau pun kebabom haha

– dalam seminggu ada la 3-4 malam ‘aaqil tido dari kul 12 sampai subuh baru bangun.malam2 lain tu dia bangun sekali je kul 3 atau 4 pagi.tu pun minum kejap them tido balik.berkat ummi kuat tido masa pregnen #ehyeke ;p

– meniarap?haha tak lagi.kena tolak vontot dia baru la nak cuba2 niarap.mungkin sbb dia selalu duk dlm rocker.so jarang prektis.so aritu kasi dia prektis tp nak kena jugak kita tolak vonts dia dulu hehhe.cuma time malam je tgh mamai2 tu nanti dia rengek2, then angkat kaki dia tinggi2 pastu nak golek.tapi tangan terhimpit pastu uwekkkk nangis.tp tu masa mata terpejam la hihi…

– suka ok lagu twinkle2 little star.sejak seminggu lepas kot.kita nyanyi ke youtube ke dia mmg suka.kalau tgh badmood nyanyi je kt dia mesti senyap.try jugak tunjuk lagu wheel on the bus tapi tak benti nangis.nak twinkle2 gak hihi

– suka gelak sambil jerit high pitch kalau happy sangat atau tengah borak dgn orang

20120521-163131.jpg
– pandai nak berkawan.contoh bila kazen dia kak izzah atau abglong ‘athif nak main ngan dia haaa kemain lagi gelak2 terkekek2 jerit2 hihi

– ni pun baru a week ago perasan.’aaqil suka pegang jari kaki dia sambil tarik kaki ke atas.nasib baik tak sampai lagi masuk mulut huhu…kadang2 sampai dua2 kaki dia naikkan sabau je lah

– haaa ni baru semalam discover.ummi tak puas hati ‘aaqil taleh niarap lagi.so ummi pun dirikan dia.punyalah excited sengih2.lama lak tu kaki dia boleh tahan.lepas seminit 2 minit baru dia longlaikan lutut dia.hihi gudboy anak ummi 🙂

laju sangat baby ni membesar.’aaqil minggu lepas akan berbeza dengan ‘aaqil minggu depan..alhamdulillah, moga anak ummi membesar dengan sihat dan bijak dan comel, amin 🙂

ruam ke

sejak 2-3 hari lepas kaki dan tangan ‘aaqil naik macam rashes.tapi tak obvious.bila sapu tgn kat situ baru rasa cam gerutu2..
sejak semalam baru perasan kat muka dah naik jugak.lebih kurang macam ruam susu tapi macam all over the face
risau pulak.mula la fikir eczema.sejak habis pantang aritu mmg slow2 makan udang, takde apa.sotong, pun xde apa.ayam ok semua ok.tapi ni baru nak naik.kalau betul la eczema kan.mak kata bukan.hmm

20120412-234925.jpg
lagi satu kemungkinan adalah heat rash.sebab skrg ni mmg panas.malam je peluh2…boleh jadi jugak

hari ni, perasan kat perut dia pulak ada merah biji2!huwaaaaa kenapa ni…

ingat kalau tak reda2 wiken ni nak bawak pi klinik.huhuh.HR ni pon satu da dekat 3bulan apply ING card tak siap2 lagi.huh

harapnya bukan eczema la.dulu time baby pon ada gak rashes gini tapi kejap je hilang.cian oh tgk budak ada eczema.kalau pun ‘aaqil ada, tunggu la besar nanti…huhuhu