Suplemen untuk Ramadhan

Oh my kejap je masa berlalu. Lagi 3 hari je nak menyambut Ramadhan. Saya pasti antara readers saya yang terfikir suplemen terutama utk,

1. Anak-anak yang baru mula belajar berpuasa
2. Nak glowing menjelang Syawal
3. Mak ayah di kampung agar cergas dan sihat sepanjang Ramadhan dan Syawal

Haaa. Saya nak bagi cadangan la ye….

20140626-113310-41590114.jpg

SATU
Untuk anak-anak yang baru mula berpuasa, biasanya umur sekitar 6 ke 7 tahun kan. Saya cadangkan ambil set ini,

Mealshakes dan Performance Drink!

Bagaimana ia membantu? Mealshakes dapat tingkatkan selera anak ketika sahur malah mempunyai 19 zat yang diperlukan seorang kanak2 yg sedang membesar.
Performance Drink dapat elakkan anak anda dehydrated sebab seimbangkan elektrolit dlm badan. Puasa ni kritikal kat kanak2 bukan sebab lapar sgt tapi sebab haus. Betul tak? TAPI pastikan cara pengambilan betul ya. Saya akan beri cara pemakanan set ini kepada pelanggan saya dengan percuma :’)

DUA
Musim raya ni kita akan jumpa ramai orang. Selalu kita akan titikberatkan penampilan ; muka dan saiz badan. Ahaks. So untuk Glowing Menjelang Syawal, saya cadangkan semestinya Shaklee Collagen Powder! Ambil sesachet sehari selama 30 hari Ramadhan untuk kesan menakjubkan di bulan Syawal :’) Untuk ehem saiz badan pula boleh amalkan Set Mighty 3 Gems yang dapat kawal selera makan kerana efek kenyang lebih lama!! Sahur dan buka puasa tak perlu makan lebih2 inshaallah!

TIGA
Bagi orang tua kita di kampung mereka pastinya looking forward nak beribadah dengan seselesa mungkin. Vivix inshaallah dapat membantu. Cara pengambilan pun warga emas friendly sebab hanya 1tsp sehari. Tak perlu telan tablet. Sebotol Vivix tu memang untuk sebulan penggunaan. Just nice untuk Ramadhan. Kalau ambil 2 botol (hingga Syawal), boleh dapat percuma keahlian Shaklee!

Jom sama-sama raikan kehadiran Ramadhan dan sediakan ‘kelengkapan’ secukupnya agar dapat beribadah dengan selesa dan tenang…

Salam Ramadhan dari saya ❤️

Untuk tempahan Set Anak Belajar Berpuasa secara terus, sila klik sini.

Untuk tempahan Glowing Menjelang Raya secara terus, sila klik sini.

Untuk tempahan Vivix secara terus, sila klik sini.

Atau boleh juga hubungi saya di nombor tertera.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Sarapan Mudah dan Pantas

Percaya tak bagaimana kita mulakan pagi kita akan menentukan bagaimana kelancaran hari kita? Sebab tu saya yakin sarapan yang berkhasiat, pantas, mudah dan sedap amat penting untuk pagi dan hari yang lancar. Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) adalah pilihan terbaik untuk sarapan bagi mereka yang sibuk tetapi ingin terus produktif dan masih khasiat!esp

Masa zaman muda-muda dulu saya ‘rajin’ bangun lambat . Sepanjang hari tu saya rasa tak best dan lesu. Dan akhirnya hari saya tak produktif. Cuba renungkan situasi ini;

Situasi 1
Bila mulakan hari dengan awal, jalan pun kurang sesak, tiba di ofis pun awal, sempat tunaikan solat Dhuha, dan bersarapan dengan tenang. Biasanya saya akan ambil ESP sambil menyemak email, calendar harian dan senaraikan perkara yang perlu dibuat untuk sepanjang hari. Boleh pulang dengan lebih awal kerana hari berjalan lancar…

Situasi 2
Jika saya terbangun lewat, saya akan lewat sampai di ofis dan ia akan menyebabkan saya tergesa-gesa membuat semua perkara yang akhirnya meletihkan saya dan perlu pulang lewat dari ofis.

ESP sebenarnya membantu saya utk kembali kepada track asal jika saya berada di Situasi 2. Saya masih sempat untuk ‘kembali positif’ dengan pengambilan ESP. Bagaimana? Sarapan dengan ESP mudah disediakan dan sangat praktikal. Sambil buat kerja mahupun mesyuarat saya masih boleh ‘bersarapan’ dan khasiat yang berpanjangan. Tak perlu spend masa 15-30minit untuk tapau dan sarapan di pentri — hey kan saya dah lewat sampai ofis! ESP ni sesuai untuk mereka yang always on the go atau orang yang mulakan hari dgn lewat. Kaya protein dan kenyang lebih lama, sedar2 dah waktu lunch!

(Resepi ESP saya : 1.5sudu besar ESP + 250ml susu segar sejuk + 2sudu besar Milo)

Saya boleh rasakan perbezaan hari saya dan juga positiviti saya pada hari tersebut. Sebab apa jua yang berlaku di awal hari akan memberi kesan kepada emosi saya. Jika saya happy pagi tu maka happy lah dan positif lah saya sepanjang hari. Jika pagi saya bermula dengan perkara negatif (eg kelam kabut) maka ia akan efek keseluruhan hari saya…

Anda pula bagaimana? 🙂

Untuk tempahan ESP secara terus, sila klik sini.

Bisnes vs Makan Gaji

Disclaimer : Ini bukan pendapat bias kerana saya sedang ‘menyarung kedua-dua kasut’. Harap maklum.

Seronok tau bisnes Shaklee ni kerana sangat menguji ketahanan dan kesabaran diri. Ramai yang ingat bisnes ni adalah bisnes PALING SENANG DI DUNIA sebab modal RM65 je lepastu semua buat online je lepastu ramai dah jadi jutawan goyang kaki blabla… Tapi tak ramai yang tau sebenarnya sama sukarnya dengan bisnes yang bermodalkan RM20,000 mahupun RM200,000. Sebab lumrahnya perniagaan ni sama sahaja. Apa usaha yang anda letak, itulah yang anda dapat…

Contohnya kalau kerja makan gaji, kita malas ke kita rajin ke hujung bulan gaji tetap masuk kan. Walaupun kita malas nak buat kerja seminggu, mengular ke atau buat tapi dengan berat hati atau buat sambil komplen, ia takkan efek langsung kat gaji hujung bulan tu.

Tapi berbeza dengan perniagaan sendiri. Katalah seminggu tu mood down gila malas nak promosi atau tak buat apa2 yang menambah nilai, maka zero lah pendapatannya. Memang bisnes tu takkan ke mana-mana bermaksud tiadalah income yang best di hujung bulan.

Semalam sambil saya memandu pulang dari kerja saya terfikir mengapa ada hadith yang menyebut 9 daripada 10 sumber rezeki datang dari PERNIAGAAN. Berikut adalah apa yang terlintas di fikiran saya,

  1. Islam menggalakkan umatnya sentiasa menjadi RAJIN. Saya tak katakan orang yang makan gaji ni tak rajin (helo saya pun sekarang sedang makan gaji. ayah saya dulu sara kami sekeluarga dengan makan gaji. suami saya pun sara saya guna duit makan gaji) tetapi kita cenderung untuk menjadi selesa dan PASRAH dengan apa pun yang terjadi kepada nasib kita sebagai pekerja dan perkara di luar kawalan kita contohnya polisi syarikat, untung rugi syarikat, rekod prestasi tahunan dan sebagainya. Apabila kita sampai mode pasrah maka kita akan terima seadanya (sayalah tu)
  2. Keuntungan jangka masa panjang. Kebanyakan perniagaan perlukan 2 ke 4 tahun untuk betul-betul stabil. Ada yang hingga 10 tahun untuk akhirnya kita menjadi bos besar, bergantung kepada modal dan kompleksiti sesebuah perniagaan tersebut. Tempoh ‘struggle’ ni lah yang tak ramai mampu nak lalui. Tetapi jika dilihat kepada jangka masa panjang, hanya perniagaan yang akan dapat memberi pulangan pasif kepada seseorang. Pasif ini bermaksud anda sudah ada empayar sendiri dan anda sudah kurang aktiviti secara literal dan lebih kepada pengurusan di peringkat atasan. CEO lah maksudnya. Tugasan tak banyak tetapi TANGGUNGJAWAB dan AURA semakin besar kerana sudah mempunyai empayar yang memerlukan anda sebagai tunggak.
  3. Meningkatkan imej orang Islam di mata masyarakat. Sudah tentu kita nak melihat masyarakat seislam kita kaya dan berjaya kan. Jika teman berbeza agama sudah lama pilih perniagaan sebagai cabang utama mengapa tidak kita? Mungkin kerana kita sudah SELESA atau pun takut nak struggle di beberapa tahun terawal (sayalah juga tu).

Oleh kerana itu saya mula menjinakkan diri dalam bidang bisnes ini melalui Shaklee. Saya sedar yang mood saya dengan kerja 9to5 turun naik. Tapi dalam bisnes Shaklee saya banyak belajar mengenal diri sendiri, banyak belajar mengenal banyak benda yang sebelum ni saya tak dapat pelajari dalam kerja hakiki saya, alhamdulillah. Saya belajar untuk menjadi lebih positif dan berfikiran terbuka. Moga jodoh saya panjang dalam bisnes ini agar saya dapat menjadi mentor kepada lebih ramai orang dan mengemudi empayar saya sendiri suatu hari nanti, inshaallah :’) Mohon doa semua hihi

p/s : ini semua pendapat peribadi saya, tiada kena mengena dengan orang yang saya pernah kenali ataupun tidak, wallahua’lam.

.Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC  

Masker yang tidak bersemuih?

Bersemuih? Berlemuih? Hihi mana-manalah…

masker

Sejujurnya saya sangat kagum dengan mereka yang boleh disiplin dengan facialfoam-toner-moisturizer-masker-nightcream-eyecream-yadayadayada…Fuh bagi saya kalau mereka boleh buat step by step ni setiap hari, memang lah wanita sejati. Ha ha.

Beberapa hari lepas saya duk belek-belek botol Vitamin E Complex daripada Shaklee. Tertulis kat situ “…with Grape Seed Extract”. Wahhh terus teruja nak baca kepentingan ‘biji anggur’ ni terhadap kulit sebab saya ada terbaca ada orang buat produk ni sebagai MASKER. Ho ho harus ku study kelebihan bermaskerkan Vitamin E gituww..photo 1

Ekstrak yang diambil daripada grape seed (biji anggur) ni adalah dalam bentuk minyak. Memang proses nak ekstrak tu tersangat sukar dan kompleks TETAPI compare dengan efek dia perghhh mmg marveles ; ia dpt memulihkan jerawat, melembapkan kulit dan banyak lagi! Boleh apply kat kulit melalui banyak cara! 🙂

Jadi berikut adalah kebaikan grapeseed ni yang anda perlu tau,

1.Memulihkan jerawat – grapeseed oil ni mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antikeradangan yang sangat baik untuk merawat jerawat (wah rhyme haha). Minyak ini juga mempunyai asid linoleic yang sangat membantu kesihatan kulit

2.Tegangkan kulit – pergh ni yang paling syiok. Minyak ni bantu kecilkan liang roma jugak maka ia boleh elakkan liang roma tersumbat yang boleh mejurus kepada jerawat. Sangat membantu bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak

3.Mengurangkan lingkaran gelap keliling mata – ni pun best jugak. Terutamanya dialami oleh orang dewasa disebabkan kurang vitamin ataupun kurang rehat. Produk di pasaran yang claim boleh bantu pulihkan masalah ni kebanyakannya mempunyai kandungan bahan kimia yang merbahaya. Sebaliknya dengan penggunaan minyak biji anggur ini setiap hari selama beberapa minggu dapat menghilangkan lingkaran gelap ini secara semulajadi inshaallah..

4.Melembapkan kulit – menariknya minyak ini boleh juga untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia sangat membantu menyembuhkan luka disebabkan jerawat

5. Antipenuaan – pengambilan setiap hari secara konsisten dapat menghilangkan kedutan wajah dan garis halus. Elastisiti kulit juga dapat diperbaiki menjadikan garis halus kian memudar

Bagaimana cara penggunaan minyak Grape Seed ini?
– Urutan di atas permukaan kulit
– Tekap perlahan disekitar lingkaran mata
– Campurkan minyak ini dengan krim pelembap anda untuk ‘lock’ kelembapan lebih lama dari biasa

Haaa semalam saya telah pun eksperimentasi Vita-E Complex Shaklee. Hanya cucukkan sahaja kapsul yang berwarna coklat gelap ini dan picit keluar minyak yang ada didalamnya. Picit sambil sapukan ke kulit muka terutama bahagian yang berbiji2 dan bawah mata. Picit hingga kapsul tu betul-betul penyet hihi. Kemudian biarkan 30 minit sebelum bilas… Anda pun cubalah sendiri, inshaallah mana tahu menjelang Syawal nanti anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda ahaksssphoto 2

Promosi Vita-E Complex berakhir 30 Jun ini! Pembelian satu set promosi ini melayakkan anda dapat keahlian secara PERCUMA dan rebat tunai!

Untuk tempahan Vitamin E anda secara terus, sila klik sini.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC 

Ramadhan dan El Nino

Rasa macam baru je bulan Ramadhan kan. Ni dah nak Ramadhan balik. Masih teringat memori berpuasa selama hampir 17jam tahun lepas, di musim panas yang mencecah 45degc! Sangat mencabar. Imsak jam 4pagi dan berbuka jam 8.30malam. Tambah pula ‘Aaqil masih menyusu waktu tu fuhhh…Tapi disebabkan saya duk rumah sahaja dan cuaca panas/kering maka lancar je puasa alhamdulillah…download

Ramadhan tahun ni pula berbeza gaya mencabarnya kerana bertembung dengan musim El Nino. Sekarang pun kita dah mula rasakan bahang El Nino tu kan. Like literally. Keluar rumah panas, masuk rumah bahang macam oven nauzubillah. Nak menghadapi Ramadhan memang sungguh mencabar. Jadi apa persediaan anda untuk menghadapi Ramadhan kali ini yang saya pasti tak pernah dihadapi sebelum ini?

Pertama kali semestinya anda mesti pastikan anda bangun untuk SAHUR. Pentingnya sahur itu adalah kerana ia umpama SARAPAN. Anda selalu dengar kan breakfast is king? So makan pagi itu penting apatah lagi anda bakal berpuasa selama 14jam! Jadi jangan pandang rendah pada kelebihan bersahur tu ya. Tak semestinya makan banyak tapi biarlah SEIMBANG dan LENGKAP NUTRISI.

Untuk bulan puasa kali ni, cuba kita ekjas sikit menu agar kita peroleh khasiat yang lengkap serta boleh kekal bertenaga sepanjang hari seolah-olah tiada beza dengan hari bukan Ramadhan. Set Mighty 3 Gems daripada Shaklee inshaallah dapat membantu anda berpuasa dengan sempurna. Apa yang terkandung dalam set ini?photo (4)Energizing Soy Protein (ESP)

– protein lengkap yang mengandungi asid amino tinggi untuk rasa kenyang yang lebih lama
– bekalkan tenaga
– membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal

Mealshakes
-sesuai untuk semua peringkat umur malah bagi kanak-kanak yang baru mula belajar nak berpuasa
– bekalkan 19 vitamin dan mineral penting
– rasa french vanilla yang enak

Performance Drink
– minuman para atlit yang mengandungi imbangan elektrolit membantu mencegah dehidrasi, seperti minuman isotonik
– membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
– membekalkan tenaga serta merta tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah

Nampak macam sama je 3 produk ini kan tapi sangat berbeza fungsinya. Pengambilan 3 produk ini secara teratur akan memastikan kita bukan sahaja dapat berpuasa dengan sempurna dan bertenaga, malahan dapat mengelak kelesuan selepas berbuka puasa. Inshaallah boleh kekal bersemangat untuk solat tarawikh dan bangun qiyamullail…

Satu perkara yang sya amat suka dengan set ini adalah ia selamat untuk diambil oleh ibu hamil dan menyusukan. Malahan tidak keterlaluan jika saya katakan golongan ini yang paling digalakkan mengambil set ini sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Disini saya cadangkan cara pengambilan Set Mighty 3 Gems ini sepanjang bulan Ramadhan,

SAHUR
1 sudu besar ESP
1 sudu besar Mealshakes
1 sudu besar Performance Drink

BERBUKA PUASA
1 sudu besar Performance Drink (bancuhkan dan minum sepanjang berbuka hingga tarawikh)

Cara penyediaan secara terperinci akan saya berikan kepada pelanggan saya SAHAJA 🙂

So macam mana? Bestkan set ni. Satu keluarga boleh kongsi dan minum. Kalau tak sempat nak masak untuk sahur boleh bancuhkan je shake dan hidang. 5 minit siap. Tak perlu tergesa-ges dan kelam kabut. Makanan segera yang penuh khasiat dan nutrisi tanpa perlu penyediaan yang lama 🙂

You know where to find me ;p

Untuk tempahan set ini secara terus, sila klik sini.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC 

Tips kekal segar di musim World Cup

Demam Piala Dunia 2014 bakal bermula beberapa jam sahaja lagi. Mesti ramai yang eksaited kan. Maklumlah sekali je tiap 4 tahun. Sebab tu macam mana sekali pun sure sanggup untuk berjaga malam…

Saya sendiri menyaksikan suami saya yang sanggup bersengkang mata nak tonton match kalau time EPL. Kadang-kadang tu rasa geram jugak sebab nanti dia mengadu zombie kat ofis la, pening la hihi. Sendiri cari pasal kan;p Masa 2010 dulu pun suami takdelah tonton semua match. Mana yang larat atau pasukan favourite je dia akan sanggup berjaga…

fifa_world_cup_2014_wallpaper1

Banyak tips nak berjaga ni sebenarnya. Antaranya,

1. Masuk tidur awal 2 jam dari biasa
2. Pasang semua lampu kat rumah tu supaya rasa macam malam masih muda
3. Goreng jemput-jemput atau cekodok sebagai pengubat ngantuk
4. Minum teh tarik
5. Ambil nescafe segelas yang boleh beri anda kesegaran hingga 5-7 jam

Memang boleh membantu sangat. TAPIIIII,
Poin no 1 tu adalah berkaitan dengan perubahan rutin yang sangat memenatkan dan kadang-kadang akan berlaku terlajak tidur hingga ‘sedar-sedar dah subuh’…melepas satu match…
Poin no 2 pulak tidak berapa digalakkan kerana pembaziran elektrik…
Poin no 3 pula boleh meningkatkan kadar lemak dalam badan. Takkut habis Piala Dunia, dapat hadiah extra 5kg berat badan hihuuu
Poin no 4 tak digalakkan juga kerana kandungan gula yang tinggi. Tahukah anda kandungan kalori dan gula dalam secawan teh tarik sangat tinggi. Jika diambil saban malam adalah tidak menyihatkan. Tambahan pula anda akan tidur selepas itu.
Poin no 5 juga tidak disarankan kerana kandungan kafein dan kalori yang tinggi. Kafein di dalam segelas kopi/nescafe boleh mencecah hingga 150mg segelas!! Pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100mg kafein sehari

Keburukan pengambilan kafein secara berlebihan,
1. Menyebabkan peminum yang memang menghadapi masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk dan kebanyakan mereka tidak sedar ini boleh berlaku kepada mereka
2. Memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain
3. Menyebabkan dehidrasi kerana ia mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak
4. Menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium yang mempercepatkan osteoporosis
5. Menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala, lekas marah, insomnia

Kesan jangka panjang kafein pula adalah menyebabkan ulser, masalah jantung dan ketagihan.

Jadi macam mana nak stay up tonton Piala Dunia kalau semua kopi takleh minum? Shaklee ada menyediakan satu produk teh yang sangat istimewa yang dinamakan Cinch Energy Tea Mix.

cinch energy tea mix

Kenapa istimewa?
– Hanya 5 kalori satu hidangan! Sesuai untuk mereka yang sangat menitikberatkan pengambilan kalori seharian. Berbanding 100 kalori dalam the tarik semestinya anda akan pilih Cinch Tea kan?
– Terdiri dari gabungan teh hijau Matcha, teh merah Rooibos dan ekstrak teh putih yang kaya dengan khasiat dan antioksidan
– Ia selamat, rangsangan tenaga semulajadi
– Meningkatkan metabolism dan tenaga. Bukan setakat tahan ngantuk je
– Tak perlu tambah gula. Boleh mix dengan air panas atau sejuk dan terus diminum
– Dalam bentuk stick (sachet kecil) yang boleh dibawa ke mana sahaja
– Sesuai untuk berjaga malam, memandu jauh ataupun bekerja di ofis

kandungan

Semestinya Cinch Tea Energy Tea Mix ni adalah alternative terbaik bagi mereka yang mahukan minuman yang sedap tetapi rendah kalori! Malah boleh memberikan tenaga segera! Juga untuk inchloss 🙂

Harus diingat yang Cinch Tea ini masih mempunyai kafein tetapi pada kandungan yang sedikit (70mg/stick). Maka wanita hamil dan menyusu harus kawal pengambilan produk ini. Ia juga tidak digalakkan untuk bayi dan kanak-kanak.

Cara minum? Hanya bancuhkan sesachet dengan 1L (air sejuk lagi sedap) dan diminum sepanjang aktiviti yang dinyatakan. Kalau nak tengok bola, haa minumlah sepanjang perlawanan. Sekotak mengandungi 28 sachet, jadi memang sedang elok untuk musim World Cup ni. Amik sesachet je sehari ya…

Jom sama-sama kurangkan gula, kalori dan kafein di musim ‘zombie’ ini ya hihi. Untuk tempahan Cinch Tea ini secara terus, sila klik sini.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC 

saya di sini!!

*UPDATED!*

Live from Sunway Pyramid Convention Centre!

20140608-165706-61026642.jpg
This is my first NC dan happy sangat dapat naik pentas ambil award. Saya layak di bawah kategori Business Growth : New Rank Achievement, alhamdulillah!
So ni lebih kurang perjalanan saya dalam Shaklee secara ringkas,

Ogos 2013 : mendaftar sebagai SID
Nov 2013 : naik rank Supervisor

Hingga ke saat ini, STYLo sudah semakin berkembang dan mempunyai keahlian seramai hampir 50 orang! Saya sedar jumlah ini akan meningkat dan meningkat dan saya bakal melahirkan leaders (rank Supervisor ke atas) tidak lama lagi. Inshaallah mereka juga bakal memeriahkan pentas National Conference tahun hadapan amiin..

Mungkinkah anda salah seorang calon yang bakal bersinar? Berdaftarlah sekarang dengan STYLo dan mulakan empayar anda sendiri 🙂

Berikut gambar sekitar NC dan Glitters Night Star Achievers Dinner!

photo 1 with the one only PM Cery, pencetus fenomena jutawan muslimah!

photo 2

‘Aaqil khusyuk tengok lampu warna warni hihi

photo 3

with geng LiSA yang ambil award sekali

photo 4

piala pusingan 

photo 5

LiSA with Master Puteri 

photo 1

yours truly with Master Puteri

photo 2Glitter Nite pass
photo 3

Xoxo
Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

selamat berbisnes CIKGU!

Bersempena cuti sekolah yang panjang ini, saya nak ajak pembaca-pembaca saya yang budiman, yang bergelar guru untuk turut serta dengan saya berbisnes Shaklee.

Jangan taktau, ada ramai guru yang berjaya dengan Shaklee ni. Cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk anda mulakan bisnes ini! Anda lebih fokus dan boleh tahu selok belok bisnes ini sementara menunggu sekolah bermula semula.

photo

Saya juga mulakan bisnes Shaklee ini semasa saya bercuti panjang. Sebab masa yang saya ada. Dalam Islam pun tekankan 5 sebelum 5. Antaranya lapang sebelum sempit. Saya amat rasakan ‘kelapangan’ masa yang saya ada ketika itu lantas membuat keputusan untuk serius berbisnes Shaklee.

Jika anda join STYLo hari ni, saya akan rancangkan jadual anda seperti ini,

Hari 1 : Pendaftaran sebagai ahli dan jemputan ke STYLo secret fbGroup
Hari 2 : Anda layari fbgroup STYLo untuk tambah info mengenai bisnes ini
Hari 3 : Online personal coaching dengan saya
Hari 4 : Anda sudah boleh mula berbisnes!!
Hari 5 : Group coaching dengan warga STYLo yang lain

Mudah kan. Tak sampai seminggu pun. Dan dalam setiap aktiviti tu anda tak perlu pun luangkan masa seharian. Ikut masa yang anda ada dan paling penting, FOKUS. Satu jam yang FOKUS lebih baik dari 5 jam yang tidak FOKUS 🙂

Bila dah mula ke sekolah semula, anda hanya perlu kongsi dengan rakan sekerja mengenai pengalaman anda dan siapa tahu mereka pun mempunyai minat yang sama? Ramai yang ada keinginan untuk mulakan perniagaan sendiri tapi tiada platform yang betul. Nahh kami sediakan platformnya, di masa yang sangat sesuai.

Ambil langkah pertama dengan hubungi saya di nombor tertera!!

love,
mommySTYLo
Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Bulan cantik & cinta <3

Promosi bulan Jun adalah VITA-E COMPLEX, semestinya istimewa untuk pelanggan Shaklee sahaja! Apa yang terkandung dalam promosi ini? Pembelian 6 botol Vita-E, anda akan dapat PERCUMA sebotol! Memang penjimatan sehingga 30%.

photo 1

Jadi apa yang istimewanya produk ini? Selain ia sangat terkenal untuk kecantikan. Ia juga sangat membantu memulihkan kesuburan lelaki. Jom kita sama-sama kaji bagaimana produk ini membantu wanita untuk CANTIK dan membantu lelaki untuk SUBUR…

KECANTIKAN
Persekitaran kita membuatkan kita mudah terdedah dengan pancaran matahari. Jika tak berapa nak rajin tepek krim yang ber’SPF’ ie sunscreen, maka cepatlah muka kita mengalami sunburn dan seterusnya nampak lebih tua dari umur sebenar. Solusi nya adalah dengan pengambilan Vita-E ni sebij sahaja sehari! Ia menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran uv, kedutan dan jeragat. Bagaimana? Ia membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar!

photo 3 Vita-E ni juga membantu pembekalan oksigen ke seluruh badan. Jadi muka pun dah cerah, jadi bertambah ayu dengan kemerah-merahan kerana pengaliran darah dan oksigen yang sempurna…
Selain melalui pengambilan secara oral (telan tablet), anda juga boleh cucukkan sikit kaplet tu dan picit, kemudian sapukan ke jerawat, parut jerawat ataupun ke mana-mana bahagian kulit yang ingin diperbaiki. Inshaallah kesan yang lebih cepat. Kalau bosan-bosan bolehlah selang sehari makan, selang sehari picit sapu kat muka. Takde sape marah hihi

KESUBURAN
Tambahan Selenium dalam Vita-E Shaklee tidak terdapat didalam mana-mana Vitamin E yang terjual di pasaran. Tahukah anda kekurangan selenium dalam badan menyebabkan terbentuknya sperma yang tidak berekor (cacat). vitEAir mani mestilah mempunyai kandungan selenium yang tinggi untuk menghasilkan seprma yang hebat dan bermotiliti tinggi! Satu kajian menunjukkan bahawa bilangan sperma bertambah 2 kali ganda dengan pengambilan selenium. Tapi jangan terlebih dari dos sepatutnya kerana bila ambil terlalu banyak selenium, ia akan menjadi toksin. Jadi sebiji sehari je dah cukup. Untuk kesan kesuburan suami yang optimum, boleh diambil bersama Zinc Complex.

Haaa jadi kalau suami-isteri kongsi sebotol, boleh bertahan 2bulan sebab ada 120biji dalam sebotol. Kalau ambil set promo beli 6 percuma 1 tu bolehlah bertahan stok untuk setahun. Jika pengambilan secara konsisten, dalam masa setahun, tak mustahil untuk anda hamil dan dalam masa yang sama, dapat kulit yang cantik!

Untuk yang BUKAN AHLI SHAKLEE, pembelian set promo ini melayakkan anda mendapat keahlian secara PERCUMA!!

Ini baru dua kebaikan Vita-E Shaklee yang saya dapat kongsikan. Inshaallah ada masa saya akan kongsikan lagi kebaikan produk ini agar kita sama-sama beroleh manfaatnya 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Oh Vivix!

Atok saya umurnya dah menjangkau 80-an. Semenjak arwah wan takde 3 tahun lepas, atok dah tak tinggal di rumah pusaka keluarga kami di Tampin. Atok akan berpindah dari rumah ke rumah anak-anak atok. Seminggu di rumah kami, 2 minggu di rumah pakngah, hujung minggu di rumah pakcu, minggu depannya di rumah paklang. Pindah dan pindah. Dan setiap kali bertukar rumah tu la atok akan bawa bersama beg ubatnya. Dalam beg tu ada tupperware kecil berisi ubat harian/mingguan atok. Setiap malam mak akan duduk berborak sebelah atok sambil sort kan ubat atok untuk stok esoknya atau minggu seterusnya.photo (2)

Mesti korang rasa atok ku rajin makan ubat kan. Oh tidak. Atok saya adalah sangat liat makan ubat. Pernah tu dia tipu2 kata dah makan sebenarnya tak makan pun. Bila sakit baru kantoi rupanya selama ni atok tak makan ubat huhu. Kadang kasihan jugak tengok. Yelah kalau kita di tempat atok pun mana nak tahan tiap hari kena telan hampir sepuluh jenis tablet (tak pernah ambil tahu berapa bilangan sebenar.im a bad granddaughter). Saiz pun macam-macam. Warna warni. Tapi itu yang membuatkan atok tak sakit. Ya ubat untuk warga emas terutama umur macam atok bukan untuk tambahkan sihat, tapi lebih kepada supaya tak sakit. Atau kurang selalu sakit…

Saya kira atas kesedaran ini, Shaklee perkenalkan suplemen cecair yang sangat premium dan serba boleh iaitu Vivix! Malahan sesuai untuk warga emas kerana kehebatannya memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami penyakit yang berpunca dari penuaan. Penghidap penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang dan lupus(SLE) juga mengalami perubahan positif dengan pengambilan Vivix secara konsisten. Sebab itu Vivix digelar sebagai produk PREMIUM!!photo (3)

Vivix dihasilkan daripada 4 ramuan yang sangat sukar ditemui! Ia adalah campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Korang pernah terbaca tak buah2an dan sayur2an yang berwarna ungu atau merah kaya dengan khasiat? Bayangkan khasiat Vivix ni apabila semua digabungkan dalam satu botol.
Ok berikut adalah antara kelebihan Vivix yang semua orang patut tau,

• Bertindak sebagai antioksidan
Antioksidan ni berkait rapat dengan radikal bebas yg boleh membuatkan kita mudah dijangkiti penyakit dan sebagainya. Persekitaran kita yg tercemar ni banyak menyumbang radikal bebas ke dlm badan kita.

• Mencegah dan mengawal penyakit kronik disebabkan oleh faktor umur
Ni memang stetmen berani. Tapi memang dah terbukti sehinggakan Vivix boleh dikenali sebagai suplemen ajaib yang mampu :
1. Mengawal penyakit DIABETIS
2. Menjadi agen Anti Penuaan
3. Mengawal penyakit JANTUNG
4. Memastikan kesihatan badan secara menyeluruh
5. Mencegah KANSER

Baru-baru ni saya ada share tentang Vivix di fb saya. Kemudian PakDin, pakcik suami saya kongsi testimonial Vivix yang rupa-rupanya diambil oleh Tok suami saya! Kalau tak silap umur Tok dah 70-an tapi masih kuat berjalan ke sana ke mari. photo
Sebelum ni pun memang kuat cuma ada la kadang-kadang sakit sikit-sikit. Nampaknya Vivix serasi dengan Tok suami saya. Alhamdulillah.

Hanya pengambilan 5ml setiap hari, sebotol tu ada 150ml. Memang berbaloi dibeli untuk tok nenek mak ayah atau untuk diri sendiri! Kalau tak sakit nak makan pun boleh sebab Vivix ni juga baik untuk antipenuaan. Lagipun kita tak tahu bila sakit nak datang kan jadi elok dicegah seawal mungkin. Moga kita tak perlu telan ubat bertablet2 di kemudian hari…

Untuk tempahan Vivix secara terus, sila klik sini.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC