kami ambil masa 2 bulan jugak nak buat keputusan untuk pindah.tah kenapa ada satu hari ni saya kat bintulu,tetiba je saya naaak sangat pindah ke rumah baru tu.tak tau angin apa.mungkin Dia bagi gerak hati untuk saya berfikir sebegitu.hehe.maka saya suarakan pandangan saya kepada suami dan dia pun menyokong cadangan saya.oh tak,sebenarnya dia tunggu saya cakap ‘ya’ sebab dia memang nak pindah sejak hari dapat kunci rumah baru.haha!
ok jadi berikut adalah yang kami buat..
senarai kerja reno
kami senaraikan la apa yang kami nak buat.dari sekecil2 menda,sampai la sebesar2.kami tak beli perabot baru.benda yang kami bakal buat kat rumah tu memang semua orang pun buat.ada la dalam beberapa benda wajib dan benda yang sunat hik2. tips : yang wajib adalah seperti grill, lampu2, kipas2, new wiring/powerpoint, kalau nak letak aircond,suruh hack siap2.dan kalau dinding tu dah kena hack,kenalah rumah tu di cat baru ye.atau boleh je mintak kontraktor tu plaster dan touch up semula
bajet
selesai buat senarai,maka perlulah mengira bajet dan kewangan ye kawan2.dan ketika ini,ada beberapa dalam senarai kat atas tu perlu distrike out kan mengikut keutamaan.mana yang kurang penting harus di tolak tepi dahulu.atau diganti dengan yang baru.tips : sebelum buat bajet,pastikan kita tahu harga semasa supaya bajet tu berguna.kalau bajet melulu takde basis,memang akhirnya nanti kita yang ternganga sebab bajet lari huhuh
timeline/schedule
ada 2 jenis
1. tempoh singkat : ini kalau kita pakai kontraktor yang sama,buat semua kerja.dari buat grill,sampai la ke kabinet dapur.sebab,kita cuma berurusan dengan satu orang je.bawah dia ada team buat wiring, team cat, team plaster siling dsbg.jadi,kita cuma bagi dia skop kerja dan dia akan tetapkan bila dia boleh siapkan semua tu
2. tempoh yang lama : ini sesuai kalau kita bukan nak pindah cepat.macam nak take our own sweet time.dalam hal ni,kita kena bijak susun sequence kerja reno.kontraktor mana masuk dulu.contoh,wiring kena buat dulu, cat last sekali.kalau buat kabinet dapur tak ganggu kerja wiring,bolehla dibuat serentak dsbg.so bila setel satu kontraktor,baru bawak masuk kontraktor utk kerja2 lain.dan seterusnya.sampai la kerja semua siap
cari kontraktor
kami ada berjumpa dekat 10 orang kontraktor.begini kesahnya.ewah
calon #1
jumpa email orang ni kat forum.so emel dia minta quotation.beberapa hari kemudian dia emel saya quotation.dia dapat pelan rumah saya dari internet.barulah saya tau yang kompeni ni buat interior design.masa tu saya rasa harga dia memang mengarut.siap ada caj untuk konsultasi.jadi weekend tu kami jumpa untuk diskusi dan kami pun minta la kurang kan skop dan ekjas quotation tu mana yang patut.kami bagi bajet kami dan mintak dia ekjas.selesai miting, dia pun kata akan email semula dlm 2-3 hari.sampai sekarang tak email2.boleh?
calon #2
uncle ni dia datang 15 minit awal dari kami.janji kul 6,kul 5.45 dah sampai.kami pulak tersekat kat jem.sampai 6.15 camtu.elok sangatlah.sampai tu,bincang sikit2.pastu bila kami kata kami nak pindah akhir tahun ni.terus dia ckp,”uncle bukan apa.uncle cuma nak terus terang.uncle byk job sikalang.takut tak dapat buat.uncle ckp betul2 ni.tapi kalau tahun depan uncle boleh”.kami pun macam kagum sebab uncle ni terus terang.ye la,kalau org tamak,boleh je dia senyapkan kan.tapi kami mintak jugak uncle tu ukur2 dan quote utk kami.tp uncle tu tak email2 pun quotation sampai sekarang.haha!
calon #3
uncle chia ni buat rumah kawan seofis saya yang tengah reno jugak bulan lepas.jadi saya mintak uncle ni datang tengok rumah saya.janji dgn dia hari ahad.sekali datang bawak satu family.dengan isteri dan anak 3 orang.hehe.kata dia “today is family day”.tapi bisnes tetap bisnes.bagus uncle ni.so bincang2, dia pun mula ambil ukuran.anak dia tolong ukur2 sekali.tulis2 conteng2 kat buku dia.dia pun janji nak email quotation selasa tu.hari isnin,uncle ni call dan bagitau dia ada pergi showunit kat area aparment kami(tingkat atas) dan kontraktor kat showunit tu bagi harga jauh lagi murah dari harga yang dia boleh quote.jujur tak?siap kata dia tak sampai hati nak quote saya mahal2 sebab nanti kalau saya borak dengan jiran,saya nye harga paling mahal,dia rasa tak patut.lepas tu,dia sms saya no kontraktor yang kat showunit tu.suruh saya call dan pergi tanya sendiri.saya memang terharu sungguh la dengan uncle ni.jujur betul
calon #4
nama dia patrick.suami saya jumpa dia kat forum kabinet dapur.ramai orang suka dengan hasil kerja dia.maka kami pun panggil dia untuk datang buat ukuran dan quote.boleh tak,dia ukur,lepastu dia kuarkan kertas A4 kosong,pembaris dan pen(baca:bukan pensil) dan mula lukis kabinet dapur kami dlm 2D.dalam masa tak sampai sepuluh minit, dia siap lukis.lima minit lepas tu, dia quote.siap dengan quotation kombinasi table top dan kabinet.wah.kagum2.sebelum balik,sempat dia bagitau yang kalau kami call dia dulu,dia akan bagi diskaun lagi.he he.lukisan dan quotation tadi dia email 2 hari lepas tu.memang superb.tu free of charge tu.baguskan.bisnes punya pasal
calon #5
uncle lim plaster ceiling.kawan suami ada rekemen dia.dia memang buat plaster siling sahaja.datang naik lori je.hehe.ni pun sama.ukur2 dan lukis on the spot.tapi dia pakai pensil la.tak macam patrick tadi.heheh.tak sampai 10 minit dia quote.oh memang berpatutan harganya.sapa2 nak buat plaster siling,kami boleh bagi no dia.quote for free
calon #6
ha yang ni kami tak jumpa pun.saya jumpa no email dia dari internet.so dia email kata hubungi dia kalau nak buat apoinmen.ok lah.satu hari tu saya call dia.nak set apoinmen hari ahad sebab tu je yang kami boleh.kalau hari bekerja takut sampai2 dah malam jadi tak boleh nak ambil ukuran sume(kan rumah baru,lampu pun takde.magrib je rumah tu gelap).dia mcm diam lama jugak.boleh tak dia cakap tak boleh sebab hari ahad ni hari cuti.saya adalah turned-off serta merta.dia adalah bagitahu nak tanya bos dia macamane kalau jumpa kami hari ahad(masalah claim la tu) tapi saya dah tawar hati so cakap takpelah incik.kita set apoinmen lain kali.lepas tu dia ada call beberapa kali tp saya dah tak berminat.bukan apa,saya macam agak pelik.sebab sepatutnya bisnes mana ada cuti.apatah lagi kontraktor kan.ahad memang off day.tp kalau ahad tu adalah masa yg kebanyakan pelanggan boleh jumpa,tak ke dia rugi.kalau 10 pelanggan dia tak nak jumpa,susah beb bisnes nak jalan.hhuhu
calon #7
yang ni pulak berapa kali suami saya cuba setkan apoinmen.akhirnya dapat jugak.dia datang ambil ukuran dan 2-3 hari kemudian,dia email quotation.biasa saja.tak banyak hal
calon #8
kedai kabinet dapur.masuk2 kedai je rasa cam tak dialukan pun.mungkin nampak kami ni macam jalan2 window shopping kot.hik2.so akhirnya ada lah sorang akak ni datang mintak pelan dapur.kami pun bagi.diskas2 sume ie mana nak letak peti sejuk,dapur,table top apa. jadi dia pun kata nanti dia email quotation.boleh tak sepanjang jumpa tu dia tak senyum lansung.saya rasa macam nak keluar cepat dari kedai tu.huhu.oh harga yang dia quote agak mahal maka adalah suka sebab tak perlu deal dengan dia haha
calon #9
ni nama dia ah chai.kontraktor dekat showunit.so kebanyakan rumah kat apartmen kami tu ambil dia sebagai kontraktor.so ada byk unit dia tgh buat dan dia bawa kami pergi tengok.senang nak cari idea.so habis jelajah rumah2rumah orang,kami pun duduk bincang apa nak buat.haha pakcik ni la.dia quote on the spot.tapi macam musykil sebab bila kami cakap nak buat camtu camni,dia tekan2 kalkulator dia lepas tu letak satu figure.macam biar benar.patut buatlah jalan kira supaya kami faham.cth cornice kan.berapa ft x price/ft.ini tak.dia tekan2 pastu tulis final figure.selamba.tapi satu la masalah ah chai ni.dia paling pantangggggggg kalau kita cakap kita nak bawak masuk kontraktor lain.wooo panjang ceramah dia.cth dia buat semua kecuali kabinet dapur sebab kami nak mintak orang lain buat.dekat setengah jam jugak kena sekolah dengan dia.dia tak marah.cuma ayat dia macam”kontraktor tu bkn bagus pun.kalau u bawak dia masuk,kalau anything tak match ke apa u jangan salahkan i” kinda thing.tp uncle ni memang dedikasi.nak jumpa bila2 pun boleh.maklumla dia keja kat bangunan tu pun
calon #10
bukan kontraktor pun.tapi kedai aunty buat langsir.kami mmg dah aim nak ambil dari kedai sebelum ni kami buat langsir.tapi ternampak kedai aunty ni.jadi masuk saja2.so belek2 kain dia.pastu nampak roller blind untuk dapur.maka berminat dan aunty ni terus tanya nak buat langsir ke.so kami pun kata nak buat langsir hall dengan dapur.dia pun conteng2 atas kertas buat kalkulasi dan bagi final harga, ikut kain yang kami suka waktu tu.kami pun cam ok la murah jugak siap bagi free barang lagi.tapi sebab kami ni bukan bertujuan nak lock terus, dan berhajat nak ambil banyak2 quotation dan banding harga,maka kami pun memang bincang sekadar bincang.dekat setengah jam bincang.lepas tu aunty ni keluarkan buku invois dia.”apa alamat rumah u”.kitorang tersedak.”err aunty kami belum lagi nak beli ni.baru tanya2″.aunty tu kata,”takpa.u bg deposit sikit,lepas tu bila u nak pindah kami hantar orang pasang”..”err aunty…”.masa ni saya laga lutut saya dengan suami saya mintak dia pujuk aunty tu”.masa ni muka aunty tu dah kelat “i ada apoinmen sekarang tp i tunggu u.takpe je.u bagi deposit”.kitorang macam,eh ini dah satu paksaan.pastu suami aya kata takpelah kami ada urusan lain dan lainkali kami datang.taktahu dah nak cakap camna lagi.pastu aunty tu cakap “i dah kasi banyak murah u lagi mau pikir.lain kali u datang i tak boleh kasi ini macam punya harga”.ok so what.tetibe saya nyirap.dlm hati.heh.ha time ni la,aunty ni tinggalkan kitorang dan pegi kat depan tanpa kata sori mintak diri apa2.kami terdiam beberapa minit.aunty tu merajuk okkkkk.dan macam marah.kami adalah tak faham.tak pernah jumpa orang sales yang merajuk.kami tak salah.so dia buat macam tu,suami saya mintak maaf dan kami pun keluar dari kedai.aunty tu tak tengok pun kitorang.boleh?kalau saya seorang,saya tak mintak maaf pun.sebab saya tak rasa saya salah huhuh.tapi suami saya ni lembut hati sikit hik2
tu je kot yang teringat.ada banyak lagi jenis orang yang kami jumpa.orang jual ekon,org jual lampu,kipas dsbg.nak cerita satu memang tak habis hehe
bila jadi macam ni,banyak benda saya belajar.masa rancang sebelum ni,memang terfikir,jumpa sorang sudah la.tak payah banding2 harga.takyah buang masa.tapi bila kita jumpa lain orang,kita tambah ilmu kita.kalau nak grill,kena buat emergency door utk bomba,kalau nak letak downlight kena turunkan siling berapa inci,kalau nak cat kena buat berapa lapisan,kalau cat warna gelap makin mahal,kalau nak buat kabinet dapur sinki kena alih bawah sikit,hood hob semua tu.kalau kami jumpa sorang kontraktor terus lock,memang banyak benda kami blur.so jumpa macam2 orang,macam2 diorang cerita.itu ini,kalau buat ni kena buat macam tu dsbg.elok juga pengetahuan ni.untuk masa depan supaya tak kena kelentong dengan kontraktor hehe.pengalaman yang bagi saya amat menarik.walaupun memenatkan dan menensyenkan huhuhhh
lagi satu, sebahagian orang sales ni paling tak suka kalau kita nego harga beriye,tapi last sekali kita tak beli dengan dia.ada orang boleh terima.tapi ada orang agak sensitif.jadi kalau nak nego tu berpada2lah.kalau kita memang dah suka dan nak ambil dia,nego lah sampai nak nangis pun.tapi kalau kita bukan suka sangat atau ada pilihan lain,nego sekali dua cukuplah.then dah2 la tu sebab takut termain dengan emosi orang huhu
lepas tu kita jangan terlalu cepat bond dengan sales assistant.gurau2 semua sebab nanti susah kita nak say no.kita keep it as firm as possible supaya senang nak keluar dari situasi ‘terpaksa beli’
ni ah chai ajar.kalau masuk kedai mana2 jangan tunjuk macam suka gila.macam waaaaaaaahhhh cantiknya sofa niiiiiiiiiiiii.sebab ini akan bagi impresi kat SA tu yang awak memang naaaaaaaaaaaaak sangat sofa tuh.jadi kalau harga tu boleh turun lagi pun dia takkan turunkan sebab dia yakin awak akan amik sofa tu.haha!lepas dia pesan tu,kalau masuk kedai pastu saya excited semacam,nanti suami saya hep!dah2 keep it low.haha!
kalau masa first meeting dengan kontraktor lagi,gaya dia kita macam tak berkenan ie suka bagi alasan,datang lambat,berlagak diva(selalunya ID) maka lupakanlah.cari je kontraktor lain huhuh
hmm begitulah pengalaman kami.taktahula rumah kami tu jadi apa sekarang.kami ambil ah chai jadi kontraktor sebab tengok hasil kerja dia elok.ah chai dah buat sejak isnin lepas.tiap hari call.nak siapkan dalam 2 minggu katanya.semangat.petang ni nak pergi site visit setelah seminggu tinggalkan mereka bekerja.harapnya memuaskan hati huhuh
kabinet dapur pula kami ambil dari patrick inshaallah.mungkin awal bulan depan mula dan tengah bulan boleh datang pasang
kalau semua berjalan lancar,kami kena book tarikh untuk pindah rumah.maklumla apartment.lif pun kena book.takut bertembung dengan orang yang nak pindah pada tarikh yang sama 🙂
ok lah panjang sudah.catatan untuk saya baca di hari tua 😛 sekian