Boo. What hormones can do to you. Ehem I mean to your bank account.
Becareful ladies.
Dont. Ever. Visit. Their. Store. Its. At. Pavillion. Btw. Level. Six.
Bismillah. Yes, Im pregnant again, syukur.
First trimester just ended today. Phew, alhamdulillah. This time around has been more or less the same macam masa aaqil dulu.
Ada la beza sikit compared to last time terutama sebab kali ni dah takleh manja sangat. Husband is only around during weekends, so…yeah. Let me recap,
– no vomitting syukur. Tapi mual tu normal la. Same cam dulu
– ohoi kali ni takde craving (so far). Cuma ada satu time tu selera nak western je. Imagine nasi berlauk pun boleh memualkan. Scroll ig penuh gambar food pun rasa mual haih
– timing 6 ke 10wks tu masa bulan puasa. So go figure. Penat ngantuk lapar mual semua bersatu. Alhamdulillah Allah beri kekuatan utk puasa penuh. Tapi puasa 6 tak dpt kali ni. Sungguh mencabar itellyou
– syukur juga diberi kekuatan nak buat housechores on weekdays. Aaqil pun dah besar dan faham ummi tak larat. Buat susu sendiri, gi toilet sendiri, mandi sendiri, kemas toys sendiri. Walau kadang kena jd mommymonster haha
– kali ni takleh minum air masak. Rasa mual. Nak air manis dan berperisa je.
– bab memasak boleh je cuma malas. Takde isu bau tumisan pun cuma isu malas nak masak. Dalam seminggu tu mungkin 2-3x je masak
– bertenaga di hari bekerja tetapi elok suami sampai rumah jumaat malam, terus tetiba nak baring lebih. Lembik. Blame the hormone hihi
– bau kereta masih tak menyenangkan. Stat enjin je terus bukak semua tingkap. Fresh air fresh airrrrr
– bau bilik sendiri yg sangat xbest. Sampai ada satu time tu tukar cadar tilam bantal semua. Tapi sama jurrrrr
– rasa mual bila perut kosong dan bila perut terlampau kenyang. Kena makan tiap 2jam tapi takleh lelebih
– lately selalu pening lebih. Muka pucat. Bibir kering. Bila pregnancy glow nak mai ni ;p
Not whining. Just my notes for future. We are beyond happy with this pregnancy. Waited for years (plus we were and still on long distance). Thank you Allah for this miracle. Buku merah dah buat minggu lepas hihi. Milestone!
Ultrasound scan at 12wks☺️ #abangsikatbelahtepi
Do make du’a for us. May Allah protect the baby(and us) and bless this journey ❤️
hari tu berkobar2 nak tulis entri.lepastu balik pantang kat rumah tak datang pulak mood nya huhu
so sekarang ada mood suam2 kuku ni think better i write something before i forget everything hihi
pagi khamis 19 Jan 2012 (sehari sebelum hari kelahiran) memang takde tanda.in fact pergi ofis macam biasa, siap breakfast nasi lemak kedai mesra 2 bungkus.hehe.lepastu buat lah kerja macam biasa.disebabkan keesokannya dah plan nak mintak mc dari Dr Seri (appointment at 38wks), jadi hari ni jugak hari 2nd last kerja lah.kononnya.so setelkan kerja ie drawing vendor, handover notes etc2
menjelang tengahari tu tah kenapa rasa letihhh yang amat.elok kul 12 tu masuk filing room(aka surau) pi tidur.lebih kurang sejam lepastu mamai2 bangun sebab kena jugak lunch.haaaa masa ni dah mula start sakit badan.especially kat area pelvic.tp tak bajet pape la sbb duk bayang ‘ni mesti baby dah selamat masuk laluan ni’.so rasa happy gitu…
turun beli lunch kat kedai mesra.pastu join officemates lunch kt office.tgh lunch tu borak2 pasal my due date la.pasal beranak la.haha
masa solat zohor dah mula rasa badan berat gila.lain macam.tapi buat mcm biasa sbb dlm hati kata ‘mcm ni la kot kalau baby dah engaged’…
petang tu sambung kerja tapi rasa letih sangat.so ckp kat suami yg sgt2 tak larat nak balik sendiri so nak tunggu je dia balik sekali.selingan; fyi,start me 36wks, suami sangat lah kebizian, tiap hari balik lepas isya’.disebabkan tak larat nak tunggu, balik sendiri naik lrt+taxi tiap hari.tapi hari tu mmg nak jalan pun tak larat.so tunggu je la suami siap kerja…
alhamdulillah tunggu tak lama.kul 6.30pm mcm tu suami dtg amik kat lobi.elok masuk kereta je, mula rasa sakit mcm period pain yg kejap2 tuh.tp time tu in denial.bgtau hubby tapi nak sedap kan hati, ckp kat dia ‘braxton hicks je ni..jap lg okay lah…’
dah sampai jln semarak tu suami tanya larat ke nak masak atau nak singgah makan dulu.so we decided to eat kat gerai tepi tasik.along the way ni sakit tu datang dan pergi.lepas dah decide tu, sakit dtg balik.so ckp dgn suami balik terus je la.nanti order la pizza ke hape ke.but I told hubby i want to tapau air kelapa muda(yg buah) kat gerai area tasik tuh.ok lepas tu sakit tu pergi balik.masa ni tgh jem kat jln semarak so sempat la tukar decision byk kali hahahha.elok bbrp minit lepastu, sakit dtg lg.ok terus ckp kat suami ‘takyahla saya tak larat sangat kita balik je lah’ hihi.pening kepala suami melayan karenah isteri…
little that we know that the intermittent pain is THE contractions…our son trying to tell us that e’s ready to meet the world, subhanallah!:)
as mentioned in my previous post, i start to time my pain/contractions once i arrived home.masa tu dah maghrib.bgtau suami yg mungkin masanya dah sampai dan decide nak tgk berapa jarak antara tiap kontraksi.sah la konsisten timing nya.masa tu jarak 10-15minit.tak sedap hati punya pasal,bgtau suami kita pegi emergency la mlm ni.
jadi dah tau bakal di admit mlm tu, cepat2 capai towel dan mandi puas2 dan syampoo rambut etc.lepastu potong kuku, lipat2 baju, kemas rumah, dan mula pack utk pantang kat shah alam.hubby pulak masak maggi spesel as dinner.buat semua2 tu dlm keadaan sakit yg dtg dan pergi…
sempat separuh jalan je packing utk pantang.suami suh stop buat keje dia kata nnt kalau konfem beranak nnt dia sambungkan pack.packing utk g hospital mmg dah ready since 2wks before so xrisau sgt…
setel semua dlm kul 11pm.ingat lg masa tu kitorang sangat2 letih dan mengantuk.so i told hubby ‘saya nak tido jap lah.nanti 11.30pm kita siap2 pegi hospital…’.suami ok kan je.tapi belum sempat nak lelap mata,dgr bunyi something from my v and tetiba air yg suam2 keluar dari my v nonstop.gush of water!my water broke!dahla masa tu atas katil kan haha.tried not to be panicked terus siap2.i dah tak gerak dah sebab taknak air kuar lg byk.so hubby tolong amikkan baju n tudung.main sarung je jubah n tudung ariani tuh.kalau tak silap suami turun dulu hntr barang kat kereta.sambil tu i smsed abah,mak,kaklong n angah…
suami bagi tuala la sub kepit kat celah kangkang sbb takut meleleh kan.hah takde maknanya.air tu mcm air terjun dah.banjir air ketuban dari katil smpi ke pintu rumah.tuala pun lencun…kat kereta suami dah lapik kan dgn newspaper siap2.mmg pasrah je.jubah pun dah basah sgt2…
otw nak pi prince court boleh pulak jalan tun razak tu jem.padahal dah midnite tuh.rupanya satu lane tutup sebab depa duk potong pokok ka baiki jalan ka apa tah.mak siyes tak ingat sbb masa tu pk anak je dlm perut tu takut lemas huhu
sampai2 kat emergency, suami papah i masuk.jalan masa tu mmg kepit2 la haha.kepit tuala yg dah lencun.tapi kalau takde tuala tu mmg lg laju kot air tu keluar huhu.staff PCMC nampak je, terus sorong wheelchair.dia interview sket2.then terus call labour room.lawak sbb time tu ada patient lain kat kaunter.dia dok ckp goodluck.yg lain2 tu usha2 baju i yg dah basah huhu
masuk2 labour room misi bagi baju n pad.and then suruh baring.dia prepare apa yg patut few minutes after that dia masuk bilik cakap nak buat ve(seluk/cek bukaan).haha berdebar weih sebab ni antara perkara yg manggerunkan dalam proses kelahiran hoho.first time dlm hidup kena seluk was not that bad.maybe sebab dlm kepala dah prepare for the worse.ai bajet dia seluk pakai 2jari tp suami ckp dia nmpk yg keluar lima2 jari.maknanya mmg satu tangan tgn masuk.tp mmg masa kena seluk tu dlm hati ckp ‘woiiiiiii macam tu keeee??’ haha.so anyways, masa tu dah 3cm.woottt!!mak happy gila ok sbb dah 3cm dan dah nak beranak.kalau ikut pembacaan/study anak first adalah 1cm tiap sejam.masa tu kul 12midnite.so bajet dlm lepas subuh konfirm baby kuar(yakin je kan)…
tapi salah tekaan ku……. (to be continued sbb entri ni dah panjang benor)
p/s : my lil miracle is one month today, alhamdulillah 🙂
this was when i timed my contractions on Thurs 19th in my iPod…
sebenarnya dah mula dari dalam kereta otw balik dari ofis lagi tp ingat braxton hicks biasa.balik rumah tu baru decide nak time kan sbb konsisten sakitnya…
and 11.15PM was when my water broke … (dan lepastu iPod tah ke mana heh)
to be continued…
fresh from the ‘oven’…
pic taken few minutes after the delivery…baby boy, Friday 20th Jan, 1151hrs, 2.85kg 🙂
facts!
1. born 11days earlier than the due date
2. all 3 labor signs appear ; regular contractions, broke waterbag, blood shows…in sequence.all happen within 4hrs
3. almost 17hrs contraction pain, 7pm 19Jan till the final push
4. we were supposed to meet Dr Seri for 38wks checkup on 20th noon itself to check whether baby already engaged or not.so xsempat tau pun baby engaged masa admit tu
5. tak sempat sign up dgn stemcell bank.nasib baik ada kit ready kat hospital.decide amik cryocord time yours truly tgh contraction yg peak tu.voleyhh??
6. my last meal before the big day was maggi mee specially cooked by chef kemal.thanks dear.sbb tak larat nak singgah tapau food before balik ofis sbb masa tu kontraksi dah mula kicking in
7. tak sempat handover keja.my last day at work patutnya on the 20th itself.siap ada meeting lg kul 10pg.so dalam labour room sempat hantar2 email thru iPod, till i was 5cm open.lepastu i dah macam orang gila siap tarik2 tshirt suami tahan sakit huhu
alamak dah macam karangan birth story lak.no lah, just random things about the d-day.takut lupa.btw baby belum ada nama sebab initially plan nak finalize masa cuti CNY.kah3 so sampai sekarang masih duk figure out lagi…
ok til nxt entry, ummi checking out;p
p/s : baby jaundice sikit so tonite tak rooming in.hubby lak balik rumah jap family in laws baru sampai dari Taiping.so now alone in the room…leh godek blog japs:)
semenjak dua ni…
• tak sanggup tgk perut kat cermin.berkilat2 mcm nak meletup dah hihi
• nesting instinct yg agak melampau.weekend baru ni habis semua yg boleh di masuk mesin basuh tu saya basuh.dari comforter sampai ke alas kaki.tinggal langsir je tak join sekali huhu.lepastu pantang nampak air ke sos ke kuah menitik saya akan tarik muka stres.suami pun dah faham sgt…huhu.harapnya ni kejap je la.bak kata newsletter, allow your house to be dirty when u’re on maternity…uhuk…we’ll c…
• masih clumsy.tapi dah berkurang.beberapa minggu lepas lagi teruk…
• alhamdulillah tidur nyenyak mcm biasa.cuma posisi tu takleh lama2 mengiring.sleeping on my back lagi selesa
• ada tinggal satuuuu je maternity pants yg selesa dipakai.i beli tiga je pun.satu jeans 2 working pants.jeans tu pun dah tak selesa.sebab?jerut dia tu dah melorot ke tgh perut.biasa letak atas perut (bwh breast).ni dah tak sampai.so kena ekjas bagi jerut tu stay bawah perut pulak.mmg tak selesa.pakaian paling selesa sekarang adalah jubah…
• minggu lepas punya checkup baby dah nak engage.so kena jalan lebih sikit.harapnya next appointment minggu depan baby dah masuk laluan,amin3…
• kalau ikut graf tumbesaran baby, dia mcm tak folo seperti sepatutnya.below line.so tanda kena makan lebih sikit la ye…btw as of last week, baby dah 2.7kg…berat yours truly dah naik 10kg…
• rasa2 mcm ada potensi kena seluk next checkup
• rajin minum air kelapa.pantang jumpa.weekend aritu minum sampai kembung perut hohoh
• mimpi mengarut tiap malam toksah ckpla.tp tidur tetap nyenyak..selalu gak mimpi baby.suami pun.neves letteww
• ada beberapa tshirt suami yg jadi fav utk dipakai kat rumah memandangkan baju saya dah ketat metat…berebut tshirt lak tetiba khennnn
• sistem makan stail 1st tri yakni makan sikit tp selalu.bukan sbb nausea.tp sbb cepat kenyang.perut dah sempit gamaknya
ok sekian.esok dah 37wks..full term eh?ke prev week lagi dah full term ek.hihi..
p/s : btw our fren, azwa yg beza 2wks from me dah selamat deliver minggu lepas at 38wks.sonoknya… 😉 dia pun 1st baby, after 4yrs of marriage..
haa berbelit lidah nak baca kan.sebenarnya nak cite pasal pegi parentcraft class sebulan yang lepas.biasanya dipanggil antenatal class tapi kat PCMC ni lain sikit namanya.mungkin sebab ada tunjuk ajar memandikan dan mengurut bayi.juga tentang breastfeeding.lain2 sesi berkait dgn pregnancy dan delivery…
kelas ni dari pagi sampai ke petang.tapi tak terasa pun sebab seronok dan menarik.azwa pipe4 dan gina (kwn scholar) pun ada…
banyak info penting yang rasa2nya memang boleh dapat kat internet cuma bila pergi kelas macamni lagi interaktif dan best.lg pulak suami pun join sekali so secara tak lansung suami pun boleh faham apa yg telah dan bakal dilalui oleh isteri mereka.get them involve kekdahnya…
antara yang menarik,
1. talk on breastfeeding
2. food/nutrition throughout pregnancy
3. talk on epidural (ehem). anaestathist tu siap bawak epidural kit tu ;p doc ni kelakar suka buat lawak hihih
4. newborn hearing test : will be conducted after delivery, before discharge. to determine the baby’s hearing/talking defect if any
5. senaman ibu mengandung.hihi.selalu dulu joke around pasal ni.ha, ni bersenam la betul2 ;p
6. signs of labour, stages of labour up until delivery
7. melawat2 labour room : time ni bolehla gelak2 dlm labour room kan…
terutama buat first time mothers, disarankan utk pergi kelas sebegini.sekurang2nya kita tau apa yg nak dijangka.dan kalau tak faham boleh terus tanya.lain hospital lain kelas yang diberi.tapi inshaallah tak rugi kalau pergi sbb yang beri talk tu biasanya memang orang2 yang expert.bawak sekali suami utk mereka ambil bahagian sekali ok… 🙂
ada satu talk tu diberi oleh my previous gynae, Dr Tan.dia terkejut nampak kitorang kat kelas tu dan tumpang happy sebab i manage to conceive 😉 lepas last appointment dgn dia tu mmg senyap je sepi tanpa berita so dia kata dia wonder juga what happen to me.so cerita berjela2 kat dia lepastu cakap la now I’m under Dr Seri…anyway seronok jumpa dia balik.Dr Tan sgt thoughtful…
ok guess that’s all on the parentcraft class.balik tu takde pun buat senaman ibu mengandung.hishhh hari ni dah 36wks rasanya kena la start exercise kasi senang nanti.inshaallah…
makanan favorite ketika ini : pisang, jagung, ice cream, roti canai, yogurt, tempe, tauhu, maggi
minuman favorite ketika ini : ribena, orange juice, milo dinosour (ni plg latest), apple w aloevera, juiceworks, air kelapa muda
yg pisang dgn jagung tu buat jadi apa2 pun sedap.kek pisang ka, jemput2 ka, makan gitu je ka.jagung lak yg corn in cup, jagung bakar pasar malam, jagung rebus sendiri, semua ai telan.sedapnyalahhh….
juiceworks tu dperkenalkan oleh zulida.bulan nov aritu jadi member.kebetulan my birthday month.so any drinks 20% off.setiap hari minum juiceworks.rasa sihat sebab minum buah+susu+cereal+eskrem.tapi bulan dec mcm culas sikit sebab tiap hari nak balik awal so tak berjalan sangat kat suria tu #iptimetrack…
buah dan air utk breakfast hampir saban hari
roti canai mamak tak minat.mesti nak carik yg melayu buat.lagi gebu.kuah pun lebih pekat
milo dinosour buatan sendiri.utk stgh cawan air diperlukan 4sudu besar penuh milo.ais lagi separuh cawan.no sugar pls.sedappp
kek pisang kukus.guna pisang emas.kukus sebab malas nak guna oven.barang asas je ie pisang,telur, minyak jagung/minyak masak, gula, tepung gandum, sodaB, baking powder…
food galore lah pregnen2 ni.dah aftermath nanti sendiri mau ingat la.mana boleh pantang tu usahakanla yek…huhu