2nd half

saje je

wahh dah masuk julai.tandanya dah masuk separuh masa kedua.kalau bola ada la juga masa kecemasan.tapi kes tahun ke tahun ni takat masa kedua la.kalau terlepas,akan masuk tahun yang baru.reset balik azam tu.adoi

semenjak dua ni rasa masa berlalu cepat sangat.kejap je dah hujung minggu.sedar2 dah masuk bulan baru.bulan depan dah puasa.rasa macam baru je sambut raya tahun lepas.sibuk persiapan nak bertunang dsbg.cepatnya masa berlalu.tak terkejar.beberapa bulan mendatang kena pergi assessment lagi.macam baru sangat tersenyum lega dah habis assessment.ni lagi seround.wah

azam pulak dah tercapai takat mana.eh chop.saya ada wat azam ke eh awal tahun.hik3.tengok,itu pun tak pasti.adoila.oh bercakap tentang azam,beberapa bulan ni tah kenapa wishlist saya bertambah mencanak2.nak melancong ke sana sini la.nak target saving banyak ni la.nak buat ni.nak buat itu.nak beli macam2.kalau nak senarai tu,memang tak akan habis.tiap minggu ada je tambahan.tu pun boleh jadi senarai azam.tapi azam-yang-hanya-Dia-tahu-bila-boleh-tercapai.huhuh

saya dalam usaha menjadi orang yang lebih baik dari tahun lepas.siapa tidak kan.sememangnya hidup selepas berkahwin banyak menjadikan saya matang secara tidak lansung.sikap kanak2 kena buang jauh2.walau takde dalam azam.merajuk pun bila perlu.selalu sangat nanti diri sendiri pun jadi menyampah.haha.kemudian belajar untuk terima dan telan.walau pahit.buat dan sabar.walaupun penat.senyum dan gembira.walaupun terkadang terpendam sedih.terpaksa rajin.walaupun malas.sebab memang tanggungjawab.dan seterusnya.bila difikir balik,7 bulan lepas saya bukan seperti saya sekarang.saya dahulu lebih suka emosi.err sekarang ade juga emosi tapi sedang belajar untuk kurangkan.emosi tu perlu sekali sekala untuk trigger sensitiviti pasangan kita.tetibe.haha

apapun.saya doakan yang terbaik untuk kita semua di separuh masa kedua ini.semoga kita enam bulan mendatang lebih baik daripada kita sekarang.dan semoga apa yang kita impikan sekarang dapat dicapai enam bulan mendatang(walau mungkin tidak semua) inshaallah.kita merancang,Dia merancang.perancangan Dia yang terbaik.kita harus usaha.ayuh!

health security

we often talk about money security.things like what if our EPF will soon drain out after 10 yrs of retirement.how we should prepare ourselves for rainy days.how confident are we to survive in this economic crisis.do we have enough saving for future.in case we are the victim of retrenchment,are we ready financially.how to retire young and so forth.

but i never heard about health security.until last friday, i was invited by this hotel for their free medical checkup and entitle me a 2D1N stay at their hotel.i was like,no harm done,just give it a try lah.yeah well ppl talk about scam and all but i wholeheartedly trust the hotel.hwa3.ok,after trying so so so hard convincing my other half,off we went to the hotel after work.

———————————————-

hmm do you know that…
– it is important to have health screening every year
– most of critical illnesses detected when its already at stage 3 where its impossible to cure
– typical medical checkup only covers on the surface and not every detail of your organs
– there’s not a single company give full health screening for their staff (as far as i know lah).the most thorough is x-ray,urine test,normal blood test,eye test…oh u get the picture ;p
– health screening is income tax rebatable (max rm500)
– blood test in full health screening can detect up to 100 types of disease
– via health screening, cancer cells can be detected up to 2 yrs earlier (allahua’lam.but if its true,awesome huh)

HOWEVER, do you know that…
– not many ppl are aware of this
– full health screening costs at approx rm3500!

well that were basically what we’ve been lectured for almost 2 hours.phew.and then comes the promo.haha.i knew it.even masa dia dok cite2 tu kami dah macam boleh bajet what he’s heading to.but, we were trying not to be skeptical as our jaw dropped when we totally agree with all his points.and you know what..right after having the discussions and all, we signed up for…

…annual health screening for 20yrs and it costs us less than rm600/session(not rm3.5k as quoted by other medical centre.phew).so technically we only pay less than rm100 for annual health screening – after we deduct the income tax rebate.btw we now have 40 sessions for 20yrs…

the beauty of this scheme are..
1. it is upon invitation.they dont entertain walk in if im not mistaken as they want to maintain their standard.they dont open this to public.tun mahathir+wife are among the first group doing their health screening here
2. since we have to fast the night before screening, they’ll provide us healthy breakfast in between test and while waiting for the results, we can have our lunch at their cafe for FOC
3. they will limit session to only 30sessions/day so the place wont be congested with ppl heh
4. we can always give the session[s] to other person eg our parents,siblings or whoever we think need the screening.masa dia kata ni, terus je saya teringat kat mak ngan abah.i really want them to have this health screening…huhu
5. when the results are ready,the doctor will explain the results in detail and there will also be dietitian to advise what we should consume or not based from our organs’ condition and compatible with our blood type
6. the results will be given in a cd that can easy to  bring anywhere
7. oh and if something is detected in the results, the doctor will write a letter to our panel hospital and any surgery whatnot will be advised
8. done with the session, they will issue us with letter for us to claim our rebate of rm500.yiehaa
9. the scheme is more towards prevention than cure
10. the results will be ready within approx 2hrs after the checkups as the lab is in the centre itself.cool huh
11. all the terms and conditions are spelled out in the 10pages(kot) agreement.rupa ala2 S&P nak beli rumah.siap stamping bagai

we are yet to undergo our first session.i’m quite excited tho am quite afraid of the outcomes/results.oh and the advise that’ll be given by the dietition ie taleh mkn itu ini dsbg ;p

apart from the health screening, we are also entitled with several benefits which i dont think i want to reveal ’em here cause it is not related with health security ;p well everything needs money and so does this scheme.but we brainwash our brains not to be so berkira when it comes to health.huhu

ahaha.dah macam promoter lak saya.kui3.well this is not MLM mind u.i just want to share the importance of health security.if you are interested in this scheme, pls inform me and i will propose your name to our ‘agent’ as this is by invitation only.and we can invite few number of nominees only.sad.in our case, we want to share this with our parents/family.we never know what ‘happen’ to our organs inside.huhu.personally, i want to know about my appendix,why i get senggugut everytime i got my periods and so forth.this screening tells all,inshaallah.
oh if you are invited, and after the explanation you have no confidence with the program, no pressure, u are still entitled for one night stay at their hotel.haha..menarik kan.ala orang mesia memang suka benda free.kui3

okelah.apa2 je lah saya mengarut.harap kamu faham.hehe.yang penting adalah doa dan ini adalah sebahagian daripada usaha.selain daripada itu,kita serahkan padaNya..wallahua’lam

sekian

grass is greener

rumput lebih hijau di tempat orang lain.kan?selalu sangat terfikir camtu…err saya lah.orang lain mungkin tidak huuu

spring 2008

bila duduk kat pejabat kebosanan,terkenang kawan yang ada kat site belajar macam2.kadang rasa agak tertekan.rasa macam nak tukar tempat ngan dia.rasa macam nak jadi macam dia..

bila tinggal sekali dengan suami,selalu rindu2kan adik beradik,mak abah kat shah alam.rasa macam kan best kalau dapat tinggal serumah macam dulu2.bawak suami tinggal dengan family.macam ada kawan tu.rasa macam nak jadi macam dia…

bila tengok kawan ni gaji seolah2 tak luak,rumah besar,kereta idaman,anak dah cukup sepasang pada umur lebih muda dari sendiri,boleh melancong sini sana dan bershopping tanpa had,rasa macam kenapa kita tak boleh jadi macam dia…

bila tengok teman buat business sendiri pada umur muda,dan sukses pula tu,rasa macam nak ke arah itu juga.supaya dapat berhenti kerja,tak perlu makan gaji dan pada masa yang sama ada banyak masa untuk uruskan rumahtangga.rasa macam nak jadi macam dia…

bila fikir2 balik saya selalu nak ada lebih dari apa yang saya ada.tapi mungkin juga, Dia tak beri sebab mungkin saya tak mampu nak tangani semua nikmat itu.mungkin sebab Dia BELUM nak beri saya.mungkin Dia nak simpan semua nikmat tu untuk nikmat yang lebih besar dan bermakna di masa mendatang.mungkin itu semua bukan mungkin.Dia memang dah tetapkan semua itu.apapun saya kena bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.inshaallah.

err tapi tak salahkan untuk angan-angan?hehe

sekian segmen monolog kali ini

tentang udang

saya suka makan udang.saya paling suka makan udang yang telah dikopek sepenuhnya.kalau saya ke restoren,kalau macam nak order sambal udang misalnya,saya akan pastikan udang tersebut telah siap berkopek.kalau tak,saya akan order apa2 yang tak ber’udang’.jadi,kalau saya masak apa2 masakan bermotifkan udang,saya akan kopek kesemua kulitnya supaya bila nak makan nanti senang dan comply dengan citarasa saya

tapi…

1. bila kulit2 udang ini dibuang dalam tong sampah kat dapur tu,bau dia mashaallah…satu rumah ‘semerbak’.maklumlah rumah kecik.walaupun dah letak dalam plastik dan bungkus dengan berlapis2 suratkhabar.tambahan pula tong-sampah-centre kat apartmen ni jauh nun di hujung dunia, maka kami hanya buang sampah sekali seminggu.tak larat weh hari2 nak pi buang kat ‘tong-sampah-centre’ tu.huuuu.so masak udang memang dikurangkan kerana faktor ini sobs

2. kulit tangan saya sangat sensitif dengan udang dan yang sewaktu dengannya (baca:makanan laut).kalau saya mengopek udang,konfirm lepas tu saya akan mula menggaru seperti tiada penghujung (like no end).

tapi…

untuk masalah no 1,
saya pernah dengar petua untuk hilangkan bau udang.sebelum buang sisa2 kulit udang dsbg, rebus sampai masak kmudian tapis dan barulah buang macam biasa.tapi saya tak pernah cuba.sebab malas beberapa minggu lepas tu (lamanye), saya dapat idea ini,

i. sesudah saya melenjan mengopek udang2 itu,kulit2 udang tersebut saya masukkan semula dalam plastik.jangan gunakan plastik yang sama.ambil plastik yang kering/baru supaya air udang  drp plastik lama tidak menitik2.kang  lantai dapur lak bau udang.adeh.itu u kena mop lantai la.i takde cara malas lain

ii. kemudian simpan di dalam peti sejuk (bhgn ais tuh.atau orang putih kata freezer)

iii. bila sampah nak dibuang ke tong-sampah-centre,katalah hari sabtu,barulah letak kulit udang (yang telah beku) td ke dalam plastik hitam bersama2 sampah lain dan di buang jauh2

iv. maka wangilah tidak busuklah dapur dan rumah saya dek kerana kulit udang2 yang hensem itu dan bolehlah saya memasak udang setiap hari nangesla hasben saya membaca ini

nota : oh tapi kalau anda takesah udang tak berkopek,masak je dengan misai2 segala.kan sonang.takyah ekau poning2 nak buang mano kulit2 eh

oh untuk masalah no 2,
saya atasi hanyalah dengan menyapu ubat Elomet.ubat yang sangat popular dikalangan ahli keluarga saya kerana kami semua memang diberikan kelebihan kulit mudah gatal ini.pertanyaan “elomet mana?” dan “ada sape2 nampak elomet” dan “sape last pakai elomet” adalah bentuk2 pertanyaan yang tidak dapat dipisahkan daripada keluarga kami.elomet ada jenis cream(cream-like,putih2) atau ointment(jernih2).rupa dia macam tiub ubat gigi saiz kecil.boleh didapati di farmasi2 seperti guardian.dan sekarang saya mempunyai elomet saya sendiri di rumah!hehe.ubat ni bagus sebab kalau disapu pada tempat2 gatal tu tak sampai seminggu boleh baik.tapi macam saya ni,seminggu sekali je baru teringat nak pakai makanya tah bila nak baik

oke dah offtopic.baik aku berenti

sekian.selamat mencuba!

dilema bergaya

ohohho

pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat…

“cantik sangat la baju laling ni.nanti ada orang ngorat isteri saya” – – –  laling tu saya exagerate saje.ha ha
“okeh.lain kali saya tak pakai dah” sambil tersenyum.ikhlas
“eh bukan macam tu maksud saya”

pulak…

petang tadi semasa ambil wudhu’ utk zohor…

“kau ni aku tengok pakai tudung cam budak sekolah lagi.warna pun putih.dah kahwin ni pakai la lilit2 camni” – – – sambil menunjukkan tudung beliau yang dililit seperti trend2 terkini
“ala kak.saya ni takde keberanian la nak pakai camni.boleh je.tapi kerja saya ni pun kebanyakan kat site.mana nak lilit,pakai coverall ngan helmet segala” – – – saya memberi hujah
“kan sekarang dah kat pejabat.cubalah sekali sekala.haa tgk.baju cantik tp pakai kasut camni je?” – – – sambil menuding kepada kasut flat hitam multipurpose saya

pulak dah….

saya pun sudah konfius.memang dahulu masa sebelum ke site saya boleh la nak melawa ke ofis.lagi pulak masih bujang gitu.suka wat koleksi skirt dan blouse.lepastu mismatch kan.memang suka sangat.tapi sejak pulang dari bertapa di site selama setahun, tambahan semenjak kahwin ni,mood ‘melawa’ saya seakan2 berkurang.kalau ke ofis samada baju kurung atau seluar dan blouse yang diulang2 pakai.lepas tu muka pun kadang2 tak berbedak pun.hehe.memang macam tu ye lumrahnya?

tapi ada segelintir(eh,ramai jugak sebenarnya) rakan-rakan saya yang lepas kahwin makin pandai bergaya.bagus,kan?huhu.terbalik dengan saya ni.hik2.takpelah.terpulang la pada masing2.macam budak sekolah pun macam budak sekolah lah.yang penting,kita menjaga maruah suami.oh,dan kita sentiasa kelihatan comel & jelita di mata suami kita….;p *okay boleh muntah sekarang*

rezeki

seringkali kita perkatakan tentang rezeki…

“rezeki masing2…”

“rezeki tu datang pelbagai bentuk.kadang2 musibah juga rezeki kerana itu adalah pintu untuk kita peroleh ganjaran pahala”

“murah rezeki dia..”

dan seterusnya.

tapi yang paling best saya pernah dengar tentang rezeki adalah rezeki bererti 3 perkara di bawah ;

pakai dan buruk
kita beli sesuatu,kita pakai sampai benda tu buruk.buruk dalam erti kata kita gunakan dengan sungguh2/selalu.kalau kita beli,pakai sekali dan simpan,itu bukanlah rezeki

makan dan telan
kita makan dan makanan tu sampai ke perut.kata lah kita makan dan separuh jalan terkeluar balik (ie muntah) maka makanan tu bukanlah rezeki kita

dapat dan sedekah
bunyi mcm straight fwd kan.tp kata teman saya tu,rezeki bukan apa yang kita ada.tapi apa yang kita beri/sedekah.sebab yang kita beri tu yang akan beranak pinak pahalanya.yang kita simpan,kalau kelak kita bertemu ajal,akan tersimpan saja lah.takda apa2 manfaat pun.itu yang dikatakan rumah kereta tanah bukan leh bawak masuk kubur hehe

(ingat lagi.elok saya dengar pasal teori kat atas ni,balik rumah terus saya cerita kat mak dan adik2 saya.saya rasa teori tersebut ada betulnya.hehe.kira macam terkena batang hidung sendiri bila beli baju ke ape ke pakai sekali je pastu perap dlm almari.huuuu)

————————–
tentang yang nombor 3, saya pernah terbaca nota yang pernah saya tulis ketika menghadiri ceramah pengurusan kewangan suatu ketika dulu.antara isi2 yang saya ingat,

a. simpan sekurang2nya 10% daripada pendapatan tiap2 bulan
b. asingkan 10% daripada pendapatan untuk ibubapa (dalam nota saya kata : terutama untuk ibu)
c. peruntukkan sekurang2nya 10% untuk bersedekah ie tak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun.zakat pendapatan mungkin salah satu daripadanya 🙂

jika a,b dan c kat atas ni diamalkan,inshaAllah kita takkan merasa tidak cukup tiap bulan.inshaallah kita takkan merasa miskin.jom sama2 cuba.well kata orang,periuk besar kerak pun besar,takpelah.perlahan2.tak sikit,banyak.tak banyak,sikit….ye tak?

peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya ;p

wallahua’lam

termuntah ke

i have lotsa friends
one of ’em is pakwan
he owns a blog
i love this entry by him
well pakwan, i 100% agree with you
oh and i hate to say this
but i so disagree with our culture.. “biaselah tu..baru2 kawen…”
why not you say… “hope diorang hepi camtu sampai bila2”
that’d much better,no?
btw i’m not talking from my own experience
alhamdulillah
let us respect each other and share the love~

p/s : pakwan,if u’re reading this,i’m ur silent reader hehe.keep writing yea!;)

hair treatment,anyone?

sebetulnya setahun jugak la saya mencari2 kedai rambut utk wanita bertudung.yang tertutup.so saya sebagai google queen(gelaran yang diberi oleh rakan saya) maka terjumpa la tempat ni..dan baru hari ni berkesempatan nak memanjakan diri sendiri.hik2.kepada mereka yang sewaktu dengan saya, yakni mencari salon tertutup utk hair treatment,steaming,potong rambut ke blow ke…saya mengesyorkan..

dsc05744

nama : arabic beauty house
lokasi : no 5,tingkat 1, jln tengku ampuan zabedah,E9/E,sek 9 shah alam (sebelah secret recipe,sederet dengan Mcdonalds). ada juga cawangan di jln sultan ismail,kl 🙂
rawatan yg sy pilih : hair steaming
produk yg digunakan : mustika ratu
harga : dari rm40 ke atas (bergantung pada ketebalan dan panjang rambut)
durasi : 1 jam setengah
lain-lain rawatan : inai rambut,rawatan kelemumur,facial,spa,urut,body whitening dsbg
komen : saya suka!selain privasi(perempuan sahaja),pekerja nya pun friendly.lepas ni nak cuba rawatan creambath pulak.sama macam steaming tp mahal sikit sebab ada urut lengan tengkuk bahu dan rawatan kelemumur, bak kata sales assisstant.tapi hair treatment ni tak boleh terlalu kerap kerana khuatir rambut rosak pula.kalau sebulan sekali oke la.ada bajet lebih sikit,2 mggu sekali 😉

tak salah kan menjaga rambut walaupun bertudung ;p

rindu nak menaip

sedar tak sedar, esok genap sebulan saya di bintulu.alhamdulillah,dapat pulang 2 kali untuk cuti akhir tahun 2008 dan kenduri kahwin puan amirah(wah!congrats dear:))..

banyak kisah pahit dan pahit disini.erk,pahit tersebut 2 kali.hik2.tapi syukur,sudah tiba ke penghujung.segala yang pahit-pahit itu berakhir dengan senyuman saya yang ke telinga apabila semua panel di uji dengan jayanya!syukur alhamdulillah.sememangnya pengalaman disini mematangkan saya.saya belajar untuk mengawal stress yang tidak terjangkau hebatnya.sungguh!

sebagai penenang hati,saya cuba sedaya mungkin untuk memujuk hati saya.seteruk2 stress saya disini, tak seteruk mana jika dibandingkan mereka yang diuji di Gaza (nauzubillah).tak sehiba mereka yang kehilangan keluarga dan sanak saudara kerana kezaliman ISRAEL LAKNATULLAH.tak sehebat mereka yang dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi.sekurang2nya saya masih mempunyai sumber pendapatan (alhamdulillah) dan masih di dalam negara yang tidak diserang pengganas dunia.syukur sangat.apalah sangat stress kerja itu.huhu.

wah.jauh menyimpang pula entri kali ini.saya cuma nak tunjuk gambar-gambar yang saya ambil disini.buat2lah faham dan tumpang gembira ye ;p

bocc

syukur semua berjalan lancar dan selesai mengikut jadual yang ditetapkan.tinggal lagi mahu minta cuti dari tuan boss.berdebar sungguh.inshaallah semua berjalan lancar

esok…selesai
lusa…pulang

doakan jua kelancaran untuk seminggu selepas ‘lusa’ ini ye.sangat teruja.tapi takot.huhu.tapi teruja.tapi—- haih semoga dipermudahkan semuanya.amiiin 🙂

7 perkara

7 perkara yang membuat saya gembira sehari dua ini :

1. saya telah jumpa 2-3 buah kedai restoran melayu yg berdekatan dengan kediaman saya di sini.yippie!tak perlulah makan marrybrown saban hari huhu

2. barang-barang untuk kerja modifikasi telah selamat melepasi kastam di pelabuhan bintulu

3. sarapan di kafe sangat sedap rupanya.baca:waffle SAHAJA.lain2 tidak termasuk huhuhu

4. memandangkan 2 hari yang lepas premis hotel ini mengalami masalah internet, maka saya telah berjaya menyiapkan sebahagian projek filing saya he he

5. oh, saya juga telah menyiapkan deraf senarai jemputan untuk majlis nanti!

6. kerja modifikasi telah konfirm dimulakan pada 2 januari!:) moga tiada aral melintang patah lagi.amiiiinnn

7. tak sampai sejam yang lepas, 2 orang rakan saya telah selamat bergelar pengantin baru.tahniah adilah(classmate dari darjah 1 ke ting 5, shah alam) dan suami. Serta pokchet(pipemate, kedah) dan isteri.

oh senarai di atas cuma nota untuk saya di kemudian hari.maaf jika anda tidak faham.hehe.oh,lg satu saya percaya kepada law of attraction.saya perlu berfikiran positif supaya semua yang positif akan mengekori saya hehe.tak percaya?cubelah;)

p/s:comel pulak tgk mawi-ekin kat ria mlm semalam hehe..sweet je~