dua puluh lima

tidak.umur saya bukan 25…

beberapa bulan lepas saya telah ditag oleh azwa via facebook…nak try buatlah hik2

25 random things about me..

1. saya mempunyai obsesi terhadap kain batik.kalau kat rumah dulu,kain batik memang menjadi rebutan kami adik beradik perempuan termasuklah mak saya.silap2 boleh ‘ter’pakai orang punya atau ngaku kain batik tu sendiri punya.lagi rabak lagi ‘season’ kain batik tu,lagi menjadi idaman kami beradik ;p

2. saya pernah menjalani pembedahan membuang tumor pada tahun 2005

3. saya takut berjalan atas rumput di waktu malam.takut K.A.T.A.K

4. saya adalah jaguh minum air sejuk.tak kira pagi buta atau lewat malam.kalau pi restoran ais dalam cawan dah cair,saya takkan minum air tersebut sehingga saya dapat ais utk ditopup.kemudian baru saya menghabiskan minuman tersebut.oh,gelas tersebut juga mestilah ‘berpeluh’ ;p

5. saya tak suka durian tapi saya makan tempoyak,bubur durian.eskem durian a no-no jgk

6. kali terakhir saya pakai bedak adalah ketika umur saya 6 tahun kot

7. saya tak pandai bawak keta manual

8. saya merupakan seorang yang selektif.saya boleh menjadi seorang yang sangat becok dan kadang2 menjadi seorang yang sangat pendiam.bergantung pada di crowd mana saya berada

9. saya jarang bershopping secara eksesif.sekali saya membeli barang,saya akan pastikan barang tersebut tahan lama dan saya tak perlu beli lagi untuk tempoh beberapa tahun mendatang

10. saya mempunyai nama yang maskulin.seringkali orang akan memanggil saya encik atau refer saya sebagai him.pernah ketika di matrikulasi nama saya berada dalam senarai nama lelaki untuk tandatangan kedatangan.oleh itu setiap kali kelas saya perlu meminta attendance sheet daripada pelajar lelaki

11. saya takut kucing dan haiwan2 yang sewaktu dengannya

12. saya tak akan berselera untuk makan kalau tiada yang pedas

13. saya selalu menjadikan cili api sebagai ulam.sampaikan suami saya juga menjadi mangsa kerana hampir semua lauk pauk yang saya sediakan saya akan sepah2kan cili api didalamnya

14. saya takut menghidap apendix disebabkan tabiat saya di no 13.tapi saya tak dapat membendung tabiat saya yang satu ini huuuu

15. saya merupakan salah seorang thalesemic carrier

16. saya masih boleh muat baju kurung yang saya pakai ketika di tingkatan dua

17. saya sangat obses terhadap roller coaster. kalau boleh semua jenis roller coaster saya nak naik. setakat ini, yang paling mencabar dan gaban punye adrenalin rush adalah space mountain di disneyland paris.mmg superb lah!:)

18. saya sangat sukakan nombor maka saya mempunyai kegemaran mencongak yang tidak terkawal.kadang2 secara refleks, saya mendapati saya sedang membuat kira2 dan i can do this for hours.just love things with numbers

19. saya tak suka menonton kartun.lebih2 lagi yang hujung minggu tuh.konfirm tukar channel lain

20. kalau saya memasak, saya akan meletak garam mengikut instinct.kemudian saya tak akan rasa untuk konfirmkan cukup ke tak masin.sama juga kalau buat air.saya akan meletak gula dan susu secara intuisi.saya jarang mengikut sukatan yang ditetapkan

21. saya teringin nak hiking,sky-diving,bungy jumping and parachuting. the closest sports yang ala2 saya pernah buat adalah rockclimbing and abseiling di perak dan paragliding di puncak,bandung.oke lah daripada tak merasa lansung. tempoh hari di bali ada orang main parasailing tapi suami kata “lain kali ye…”.huuuu T_T

22. saya pernah menjadi presiden persatuan bahasa arab di sekolah menengah.ketika itu saya agak fasih berbahasa arab.public speaking dalam bahasa arab adalah sangat kool.tp sekarang?errr

23.saya pernah digelar ‘nerd’ oleh adik2 saya ketika di zaman sekolah menengah.nerd itu sudah berkurang ketika di zaman univ.rasanyalah

24. maklong saya berkahwin dengan seorang chinese manakala makteh saya berkahwin dengan seorang indian.jadi secara rasminya,saya mempunyai sebuah keluarga yang muhibbah ;p

25. kebanyakan poin2 di atas suami masih belum discover.he he.maka saya mentag suami lah untuk memberitahu apa 25 benda rawak tentang diri beliau yang mungkin saya sendiri belum tahu 🙂

phew.ok i think thats about it.takdalah gempak mana pun.saya masih manusia biasa seperti kamu2 juga.okelah,sesiapa yang nak buat tag ni,adalah dialu2kan.maybe we can learn from each other,no?

🙂

termuntah ke

i have lotsa friends
one of ’em is pakwan
he owns a blog
i love this entry by him
well pakwan, i 100% agree with you
oh and i hate to say this
but i so disagree with our culture.. “biaselah tu..baru2 kawen…”
why not you say… “hope diorang hepi camtu sampai bila2”
that’d much better,no?
btw i’m not talking from my own experience
alhamdulillah
let us respect each other and share the love~

p/s : pakwan,if u’re reading this,i’m ur silent reader hehe.keep writing yea!;)

nasi lalapan ukay perdana

kesinambungan daripada entri ini, daripada dulu lagi teringin nak cari resipi ayam penyet dan sewaktu dengannya.nak dijadikan cerita, 2 minggu lepas saya ke bintulu lagi atas urusan kerja.lebih 2 bulan tak merasa penangan nasi lalapan kafeteria aliya.

sesampai di kedai makan tersebut,pekerja2 nya sambut dengan senyum lebar…

“nasi lalapan kak.heee?”
“lama tak nampak dik..semua pekerja saya tertanya2 ke mana akak ni pergi..”
“kerja lama ke kat sini sekarang..?”

dengan slanga saghawak 🙂 rasa macam artis terharu pula bila disambut sebegitu.hehe.jadi macam biasa,saya pun order la..”lalapan ayam,nak peha,sambal lebih,pedas lebih,nak sup”

elok pesanan saya siap,saya ke kaunter nak membayar.ketika itulah akak chef nasi lalapan ni menerpa ke arah saya.borak2 jap.lama tak nampak saya katanya.hehe.dah alang2,saya pun ape lagi…

“kak,saya dah lama teringin nak tanya resipi ni..” tanpa segan silu..;p

kakak tu sangat baik,dia bagi saya resipi sebijik2(saya rasa la),tulis atas perca kertas kira bil.hik2.oh tapi ada kondisi – jangan diberitahu pada orang2 sini,bawa pulang semenanjung terus..saya pun angguk sahaja.dah nak sangat resipi tu kan.so beginilah resipi nya…

lalapan1

dalam pada dia tulis tu,ada tips2 sampingan.resipi atas tu pun in brief je.kalau kekawan nak resipi penuh dan detail dengan cara memasaknya,boleh je saya nak kongsi.tapi dalam emaillah.takmau letak sini.sian lak bisnes akak ni hehe..

oh,jadi tadi sempena ulangbulan pernikahan kami(nak jugak) dengan gagahnya saya telah membuat nasi lalapan saya yang pertama kali.ehem2.tadaaaaaa…

13042009550

hidangan untuk 2 orang:) suami saya kata rasanya serupa.mana dia tau sebab dia pun belum pernah rasa nasi lalapan kat bintulu tu.hehe.org kidding je la.tapi memang rasa dia hampir2 la.takleh la lawan tuan punya resipi kan.cuma mungkin nasi nya kena modify sikit supaya rasa lebih keayaman.nyum2.apapun,alhamdulillah..

selamat bereksperimentasi!:)

quick one

alhamdulillah..

internet sudah masuk 🙂 dah seminggu sebetulnya haha.begini rupanya rasa bekerja dan tinggal di ibukota.i’m still in the  process of adapting myself with the transformation.ironically, we are now living in our own house,from scratch.a perfect way to kickoff,huh.dan kini saya kagum dengan mereka yang boleh juggle antara karier-suami-urusan rumah tangga-anak(s)- update blog and yet,masih ada masa terluang untuk perkara2 lain.

zaman sekolah dulu,selalu gak dengar tentang ‘semua orang diberi 24jam sehari,sama sahaja.tak lebih dan tak kurang.tapi macamana lain orang lain produktivitinya’.memang sangat terkena batang hidung sendiri ;p

rabbi yassir wala tu’assir..O Allah,make things easier for me..amiin

later

hair treatment,anyone?

sebetulnya setahun jugak la saya mencari2 kedai rambut utk wanita bertudung.yang tertutup.so saya sebagai google queen(gelaran yang diberi oleh rakan saya) maka terjumpa la tempat ni..dan baru hari ni berkesempatan nak memanjakan diri sendiri.hik2.kepada mereka yang sewaktu dengan saya, yakni mencari salon tertutup utk hair treatment,steaming,potong rambut ke blow ke…saya mengesyorkan..

dsc05744

nama : arabic beauty house
lokasi : no 5,tingkat 1, jln tengku ampuan zabedah,E9/E,sek 9 shah alam (sebelah secret recipe,sederet dengan Mcdonalds). ada juga cawangan di jln sultan ismail,kl 🙂
rawatan yg sy pilih : hair steaming
produk yg digunakan : mustika ratu
harga : dari rm40 ke atas (bergantung pada ketebalan dan panjang rambut)
durasi : 1 jam setengah
lain-lain rawatan : inai rambut,rawatan kelemumur,facial,spa,urut,body whitening dsbg
komen : saya suka!selain privasi(perempuan sahaja),pekerja nya pun friendly.lepas ni nak cuba rawatan creambath pulak.sama macam steaming tp mahal sikit sebab ada urut lengan tengkuk bahu dan rawatan kelemumur, bak kata sales assisstant.tapi hair treatment ni tak boleh terlalu kerap kerana khuatir rambut rosak pula.kalau sebulan sekali oke la.ada bajet lebih sikit,2 mggu sekali 😉

tak salah kan menjaga rambut walaupun bertudung ;p

inilah yang dinamakan…

spanish + english = S.P.A.N.G.L.I.S.H       

spanglish

basically, joke of the week ;p

nyways,touched down exactly 0900hrs yesterday.alhamdulillah..thanks to all my travelmates for making this bachelor vaykay(hahah) memorable indeed!syukran,merci,gracias mucho,terima kaseh;p

oh my,its almost 3.00am!and am not sleepy.jetlag ke.tak kot -in denial- haha

later peeps 🙂

makanan kegemaran saya

saya sebenarnya dah lama nak buat entri ni.like since a year back kot hehe

1. nasi timbel lengkap

1213530241timbel20komplit

pertama kali rasa masa berpeluang ke bandung pada tahun 2005.lepas rasa tu,tiap restoran saya pergi kat sana saya akan pesan hidangan ni.presentasi nya menarik dan rasa nye walllah!sebijik macam gambar di atas.hehe.nasi timbel ni terdiri daripada nasi,tempe dan tahu goreng,ayam goreng dan sayur asam.saya tak berapa gemar sayur asam ni.tapi overall makanan ni memang superb.boleh ditemui di restoran sekitar bandung,kalau anda ingin mencuba hehe

 2. ayam penyet/pecel lele

penyet

hidangan masa kenduri mawi di felda taib andak.pertama kali rasa awal tahun 2008.hidangan ni memang top in the list masa saya di johor.kat jb atau pasir gudang memang senang nak jumpa restoran yang menjual ayam penyet/pecel lele.pecel lele ni kira ayam penyet versi ikan keli.terdiri dari nasi,ayam yang diperap kemudian digoreng dan kemudian diketuk,sambal yang sedap+pedas gile,ulam2an,tempe+tahu goreng serta sup.dalam seminggu sekurang2nya sekali mesti makan ayam penyet.feveret saya dan teman2 adalah di zona ayam penyet.restorannya bertentangan dengan pelangi mall JB, tingkat atas kedai mamak.ada lagi satu cawangan zona ayam penyet iaitu berdekatan dengan jusco tebrau dan daiman bowling centre.kalau dulu restoran kat depan pelangi tutup, kami sanggup redah jem untuk ke tebrau semata2 nak menikmati ayam penyet tersebut.hehe.kira purata 2 pinggan sekali makan.ehem.kisah speselnya,tauke kedai ni dah hafal muka kami dan selalu kami dibelanja oleh beliau.kira pembakar semangat untuk kami datang dan datang lagi…haha!amazingly,saya tak pernah sempat ambil gambar zona ayam penyet kerana belum sempat nak snap dah habis.begitulah penangan ayam penyet bagi saya ;p

 3. nasi lalapan

dsc04770

makanan ni diperkenalkan oleh kak ila,di miri.restoran berdekatan dengan mega hotel.nasi lalapan ni sebijik macam ayam penyet.cuma lalapan ni boleh pilih nak daging,ikan selain ayam sebagai lauk utama.lain2 adalah ulam2an,sambal dan sup.kalau di bintulu pula ada 2 kedai yang saya tau menjual nasi lalapan.di kafeteria aliiya (berdekatan dengan park city mall) dan juga di restoran selera kampung(berdekatan dengan pasaraya farley).nak dijadikan cerita, tiap malam sebelum pulang ke hotel, saya akan singgah tapau nasi lalapan di kafeteria aliiya.sampai ke suatu hari,saya sampai2,sorang pembantu restoran terus tanya “lalapan ayam dan air soya bungkus?”.regular customer katanya hik2

sebenarnya yang membuatkan ketiga2 makanan ini istimewa adalah kerana sambalnya.memang memainkan peranan penting.sampai tak tidur malam dibuatnya.over oke entri ni.exaggerate habes.elokla berhenti menaip sebelum menjadi lebih parah.

sekian

sejadah

kisah petang td,sekembali saya dari pejabat…

sjadah

1. di sini alas saya solat biasanya.tak sempat nak lipat

2. balik2 je,nampak almari terbuka luas.haih,apehal pulak orang housekeeping nih wat keje tak habis…diriku mencomel mengomel

3. ooohhh….”dik,sejadah ade ni haaa..kenapa pakai tuala lak jadi sejadah…”.kata orang housekeeping itu dalam hati

timekaseh ye kak housekeeping.kalau bukan muslim,saya doakan dikurniakan hidayahNya.kalau muslim,mohon ditambah pahala.amiiin

p/s:suke2 je nak post entri sebab nak tengok camane rupa entri kat skin baru….lalala~

welcome 2009

its new year again,he he.how time flies,huh?

personally, it has been a great year indeed.as usual,i didnt achieve some of my 2008 resolutions.huhu.well,maybe this year i wont be too ambitious so that all resolutions are achievable.then only i can give a pat on my back when the 2009 curtains fall ;p

so here goes the highlights of year 2008,in random..

1. having blast being attached at the fabrication yard for more than 10 months.i’ve learned a lot.despite the slow learner that i am.but i coped quite well alhamdulillah 🙂 looking forward for next cycle of this project which is the hook-up and commissioning stage,inshaallah

2. for the very first time, i went for the skill gap assessment.its a good preparation for the ACD beginning next year.ACD is like the hot topic of this year as it will be implemented to our SKG in 2009.hope everything will be fine huhuh

3. the arrival of my 2nd nephew, muhammad faqeeh 🙂 umur sudah 9 bulan+.gigi sudah dua batang dan sangat suka ketawa ha ha ha

4. oh how i can forget the assignment at norwich,uk.cool experience indeed.i travelled from kl to amsterdam and from norwich to london alone.i went for a walk in the busy city of london for one whole day;) i wish i can do that all over again

5. not all my siblings got the chance to travel by airplane.last school holidays in june, i bought 8 airasia free seat tickets kl-jb for my siblings.they’re having blast.i think la ;p.and we enjoyed staying at Grand Bluewave Hotel for a night.went for ayam penyet, sup gearbox and danga bay.short yet memorable holiday 🙂

6. got engaged to my dear fiance.looking forward for our next milestone inshaallah 🙂

i wont put too much hope in 2009.it’ll be the most challenging year i guess, looking at the financial crisis,economic downturn and what more the unstable fuel price.hmm..

however,regardless i’m still looking forward for 2009 because,

1. it will be my wedding year!

2. my first experience to the europe countries

3. will be getting my first baby——>apartment la oi.haha

4. and so much more!cant wait:)

inshaallah.let us pray for the best.pray for His blessings.and for His love.2009 will be a better year for all of us.oh and better us,inshaallah..amiiinn

.Goodbye 2008.Welcome 2009.Enjoy the new skiN.

tentang tag

hehe.haha.setelah lebih 2 tahun memblog,ini adalah kali pertama saya menjawab tag.pernah kena tag.tp taktau kenapa tak berjawab sampai ke sudah.makanya,kali ini perlu tabahkan hati menjawab kerana telah ditag bertubi2 oleh genap-sebulan-bakal-puan-amirah dan juga puan zulida ;p

7 ciri wanita/lelaki idaman anda:
1. tabah
2. tenang
3. berjaya
4. penyabar dan kool
5. berfikiran matang
6. pemaaf
7. bijak

7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup:
1. athif
2. faqeh
3. adek aqeh
4. abang athif
5. ini adalah kesan apabila terlalu rindu
6. walaupun kini saya berada di KT tetapi mereka di dungun
7. rindu itu tidak kurang juga

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati :
1. berdebar.kot.haha
2. serba tak kena
3. rasa macam nak lari
4. kurang bercakap
5. makan tak lalu
6. ngantuk muka ala2 blush gitu
7. rasa comel.boleh?hahah dah takde idea.apesal kene 7 gak

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:
1. New Zealand
2. Liverpool
3. Manchester United
4. Jepun
5. Capetown, Afrika Selatan
6. Paris
7. Mekah inshaallah…
(haaa…yang ni kalo 500 pun boleh jawab ;p)

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda:
1. LCD PC Monitor
2. DSLR yang up sket dari sekarang like i know
3. pintu suka hati
4. kipas doraemon yg boleh letak atas kepala patuh terbang tu
5. more time
6. nil
7. oh nampak sangat sy ni tak thoughtful kan huhuh

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan : (apekah!?)
1. aku dan dirimu by ari lasso dan BCL
2. terima kasih cinta by afgan
3. i love the way u love me by boyzone
4. u raised me up by josh groban
5. munajat cinta by the rock feat ahmad dhani
6. i believe in you by celine dion and il divo
7. tercipta untukku by ungu

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
1. zurf the kazen – if u read my blog la..satu umah duk ulangkaji entri2 kamu hehe

2. pakcu
3. lina the kazen – i know u read my blog
4. mak – welkam to blogging world mak!! haha sian mak kene layan tag.takpe2 pelan2 kayuh;p
5. makcu
6. kaklong
7. kakcik
(amik kau satu family tree haku letak ;p)

kumpul tag katanye.haaa ni tag ke 2

1) Do you think you’re hot?
sometimes

2) Upload your favourite picture of you?

senget

3) Why do you like that picture?
ok.takde la suke sebab cantik.tp suka sebab kelakar.oh malah saya ingat lagi perbualan sebelum gambar ini diambil..
saya ke london seorang diri.maka sangat susah nak cari orang untuk ambilkan gambar.sesampai di tower of london, dekat ngan london bridge, saya nampak sorang perempuan matsaleh dengan familynya.jadi mintak tolong kat dia.berdasarkan pengalaman2 sebelum ini, asal saya mintak matsaleh2 ambil gambar je, pasti jadi senget,badan separuh dsbg, u name it.maka beginilah perbualan kami…

saya : miss, could u take my picture, please?
british girl : oh sure!*smiling*
saya : em pls make sure that u get me rite in the middle yeah
british girl : oh yeah.definitely *smiling*
saya senyum, dan dia pun snap
british girl : there you go dear…right in the middle
saya : *tengok gambar* oh thanks…. *muka pasrahh* its TOWER OF LONDON by the wayyyyy ;p
(eh eh..panjang la pulak jawapannye…)

4) When was the last time you ate pizza?
ni apehal tetibe soalan pizza nih..em kalu tak silap bulan lepas, kat pasir gudang ngan kawan2 ofis

5) The last song you listened to?
munajat cinta by the rock feat ahmad dhani

6) What are doing right now besides this?
timesheet dan juga siapkan jawapan utk soalan yg diberi oleh hj halim td huhuhu

7) What name would you prefer besides yours
oh i love my name thankyouverymuch

8) Tag 5 people to this
1. pakcu
2. makcu
3. kaklong
4. mak
5. kakcik

haaaa habis pun…nasibla kan tak jawab soalan.oh ini juga adalah operasi mengelakkan blog ini dr bersawang.ngeh2