homemade.tadaaaaaa
inspired by RL (refer prev entry)
recipe taken from here
walaupun size tak sekata tp taste-wise alhamdulillah seakan2 hihi
cubalah!
homemade.tadaaaaaa
inspired by RL (refer prev entry)
recipe taken from here
walaupun size tak sekata tp taste-wise alhamdulillah seakan2 hihi
cubalah!
frankly im not a big fan of rvc.tapi ntah kenapa bila kat sini rasa mcm teringin sangat nak mkn rvc.kata org lumrah lah di perantauan… benda yg tak ada la yg nak sangat haha
beriya jugak la gugel resipi sana sini.siap beli pewarna merah lg siap2 masa pi dubai sebab takut tak jumpa kat sini.tapi sampai ke sudah tak buat sbb tak reti beli creamcheese la whipped cream la (baca:masalah bahasa)…
so nak dijadikan cerita(rejeki), masa demo rotiboy tu terjoin conv k.Ana yg nak balik msia for summer break ni request k.Nura supaya buat demo rvc.pastu i told em i wanna learn how too(muka tak malu haha) n stori psl craving bagai.dsbbkan k.Ana nak buat rvc ni masa raya dan flite balik mesia ahad tu jgk, maka disetkan esoknya demo.adhoc gila ok mmg i suka hikhik
esoknya pagi di panas terik tu me&nadia tolakla stroller anak memasing ke rumah k.Nura.just few blocks away.tapi rasa jauh sebab panas sgt.motif cite panas berulangkali?
sampai2 makan dulu apa patut (ada olio, grg pisang, cekodok).kak Daiah pun join sekali hhehe
pastu demo pun bermula…
kena amik gambar pek2 supaya senang nak tanya salesgirl kat supermarket hehe.so memula buat topping dulu, pastu masukkan dlm fridge supaya set.kalau buat a day before pun boleh…
then move on to the cake…beat butter&sugar.sift the dry ingredients.buat buttermilk(cuka+susu).so buat semua sampai siap ikut resipi hhehhe
bahagi kpd 2 loyang sebab nak buat 2 layer…sila timbang utk kasi sama tebal kek nanti
ni pun amik gambar jgk sbb aritu carik takjumpa.ai ni semua benda tak jumpa ha ha
pastu bakar selama 20mins 180c api atas bawah takyah kipas(depends oven masing2)
tadaaaa masa utk makeup the rvc.masa ni ai mmg drool je tak sabar nak makan sebenornye
tips utk dpt kek yg moist adalah – lps kuar dr oven, terus tutup supaya moisture dia menten dlm kek.then sebelum layer dgn topping, brush the surface with plain water.oooooo
by zohor semua siap dan dpt sorang 2 slice besar equiv to rm30 kalau kat bisou hehheh
oh ye, kalau ada serdak2 tepi loyang tu jgn dibuang sbb boleh tabur sbg deko.ala mcm yg salu org buat tu
verdict : sdp sgt rvc k.Nura.one of d best ive tasted.alhamdulillah merasa…
bila bhn dah cukup & rasa rajin nnt bolehla buat hehe.inshaallah
weekend baru ni mmg bermalas2an.jarang dpt mcm ni sebab selalunya weekend akan ada je aktiviti ofis yg kena join sama
so petang sabtu aritu buat pertama kali pergi ke tailor utk tempah baju.boleh katakan ni tukang jahit org msia sbb hampir smua org2 msia tempah kat dia ha ha.infact sebut je tailor, drivers kompeni ni tau dah kat mana tanpa bg adress bagai hhehe
kain dah di beli sebulan yg lepas lagi.2 utk blouse dan 2 lagi utk baju kurung.all cotton
itulah liyana the tailor.merangkap cikgu jahit madam2.dia boleh fhm/ckp english sikit2 so ok la.russian sikit english sikit, lain2 tu sign language kah2
dia caj 50mnt utk baju kurung & 40mnt utk blouse
pastu tailor sini kalau tempah biasa2 je pun kena pi fitting ok.so sabtu ni kena pi fitting ;p
ingat nak beli kain lagi utk ditempah.untungnya sini tempahan raya tak ditutup.ada kwn kpd kwn tu hntr kain lagi 3hari nak raya pun boleh siap…
harapnya kualiti memuaskan la spt yg dicanang huhu
p/s : sebelum balik liyana hulur tgn kt ‘aaqil nak salam pastu ‘aaqil salam siap cium tgn pastu excited gila liyana sambil ckp bahasa dia.dia tanya is this ur tradition.pastu ktorg angguk.hehe ptt la eksaited lol
jumaat baru ni ada bacaan yassin sempena kaksha pindah rumah baru.pindah dari bitarap far.rumah baru kat garacislik
tazkirah ringkas sblm bacaan yaasin
kanak2 diberi makanan & mainan supaya tidak mganggu majlis hehhe
kebetulan bbrp org dari kami pakai jubah hitam aka abaya.most of us just came back from dubai.kalau pegi dubai tak sah kalau tak shoping abaya di naif souq
ni haa gmbr abaya beramai2…nadia takde sbb p tidokan anak
tp yours truly pakai jubah mekah sebenarnya.mak abah beli masa pi umrah baru2 ni hehe
btw masa pi dubai first time aritu smpt beli 3pcs abaya.mmg rambang mata kalau pegi naif tuh.ada kwn kat sini beli sampai 25pcs nak jual kt msia!ni contoh kedai i cilok gmbr dr internet
boleh dapat harga semurah 85dirham(rm70) satu pc.kat msia dijual rm400-500 kalau tak silap huhu
kalau abaya yg jual kat mall tu boleh cecah ribu2 dirham.abaya ni terkenal dijual sepasang dgn tudung.memang cantik sesangat
cuma naif ni better pegi waktu malam time2 summer sbb panas woh.ala2 jalan tar kedainya.esp kalau bwk anak kecik mmg x tahan…
sekian laporan hhehe
semalam patutnya usrah. tapi atas persetujuan majoriti, kitorang convert jd kelas memasak ha ha
memang best dan happening!kali ni ramai murid2nya.tu yg sesak dapur macam2 ragam.macam merewang pun ado hahhaa
menu2 yg dipilih kali ni adalah,
1. mexican bun aka rotiboy (by kakMaz)
2. asam pedas johor (by kakNura)
3. kerabu epal hijau (by kakMas)
semua sifu lain2
asalnya nak belajar buat rotiboy je.tapi alang2 lama nak tunggu roti naik, maka tambah la menu lagi 2 tu.terus boleh buat lunch beramai2…
barulah ku tau tips nak dpt asam pedas pekat mcm kt johor tu ie rendangkan cili blend+bwg2+belacan.dah agak2 kering baru letak minyak.tumis lagi pastu baru letak air asam & ikan.lama wehhh sejam baru siap ok.patutlah sedap huhu
kerabu epal hijau tu sbnrnya sbb takde mangga muda.simple je ; epal, bawang besar, tomato, daun ketumbar, cili api, udang hidup, udang kering.dressing pakai jus lemon, minyak bijan, sos ikan & garam.sedappp
pastu makan dgn nasi panas2, w ikan masin…….
thanks to all sifoooooos!
siapa sangka kat negara ni rupanya ada tempat yg seakan2 kat malaysia yakni sungai yg jernih yg sesuai utk bermandimanda hehe.chuli nama tempatnya, 30min pjalanan dari ashgabat…
dah 6x rasanya program ni buat secara berturut tiap hujung minggu.nama prog nya adalah hse day sbb ada aktiviti senaman, sukan dsbg.masa first time pegi aritu masih sejuk sbb awal spring lg.skrg ni baru kul 10 dah panas mcucuk…
menarik sgt pjalanan nak kesini sbb melalui gunung ganang yg berlapis2.subhanallah cantik sgt.kalau time ada snow mesti lg cantik….
sebenarnya hse prog series ni ada 10x semuanya.tapi sebab next week ramai madam2&kids dah nak balik msia sempena summer break maka semalam yg terakhir kali.akan disambung lepas raya kot.or oktober katanya
tarikan utama kat chuli ni ofkos sungainya yg bersih.walaupun takde air terjun.tapi sbb kwsn ni privasi ala2 training centre jd org tak ramai sgt.tmpt ni komplit ada tennis court, basketball court, futsal court, hostel, playground…
macam biasa takkan lengkap berkelah kalau takde food.menu semalam laksa penang, nasi lemak sambal kerang, sambal sotong, spageti goreng, cendol campur, nasi putih, ayam goreng etc2.the wives pakat bahagi2 masak sikit2.alhamdulillah….
‘aaqil pun kitorg kasi jugak merasa air sungai.mmg rendam dgn pempers2 sekali.mula2 takut lama2 siap marah bila bwk naik huhu.sejuk woo
muka puas hati dpt main air hehe
best sbb atas sungai ada pangkin.org sini ada yg datang just lepak2 atas pangkin borak2 baring2 pastu balik.aktiviti yg sgt sesuai waktu summer ni sbb angin kt sini sejuk2 bestt
biasa prog kul 8pg start.dlm kul 1pm tu balik…alhamdulillah…bye2 chuli, ada peluang kita jumpa lagi lepas summer… 🙂
ramadhan is just around the corner…memandangkan bulan puasa kat sini pada musim summer yakni siang yg panjang, maka dijangkakan kami akan berpuasa selama hampir 17jam!
the fact that ‘aaqil is still fully bf is worrying me.risau susu tak cukup utk dia.memang diberi kelonggaran utk ibu menyusu tidak berpuasa tapi hmm nnt kita tgk camne
so aritu masa mob ke sini mmg dah bwk siap2 bpump avent manual tu.with the liners
lepas 3bln tersimpan, bukak2 tgk pump tu dah berkulat euww.mungkin sbb masa packing aritu tak keringkan betul2 …setahun jgk pump tu berjasa, alhamdulillah…
jadi baru2 ni carik kat dubai.jmp kat mothercare dubai mall.last time i purchased the price was rm369.we got this only for 310dirham(equiv rm250) only!murahkan?tak sure samada skrg dah murah atau kt dubai mmg murah.rezeki ‘aaqil…bought the breast shields as well.much cheaper than medela’s…
alhamdulillah…
sekarang ni ‘aaqil kul 11 baru bgn tido…so pagi2 akan engorge.maka tadi memulakan sesi stock up ebm utk ‘aaqil for ramadhan inshaallah…
dapat 3.5oz for 10mins.target nak pump sekali je tiap pagi.sbb kalau directfeed dia mmg akan minum sungguh2 if u know what i mean heh.inshaallah by ramadhan cukup utk supply him when ummi too exhausted to feed him directly…
not sure whether he still wants bottle or not.mayb nnt bg via straw/sip in cup je kot…moga rezeki ‘aaqil cukup hingga 2tahun…inshaallah…8bln lagi, still long journey…moga Allah permudahkan
alhamdulillah ‘aaqil dah pun genap 1tahun 4bulan hari isnin baru2 ni…dah lama tak listkan milestone dia.so kali ni mari kita cuba ye ummi heh
• sekian lama penantian, akhirnya ‘aaqil ‘dapat kaki’ masa umur dia menginjak 1y3m aritu.alhamdulillah
• his first word was susu(pronounce as shishi).ni sebelum masuk setahun lg
• other words to date; no, nak, ummi, air
• dah pandai geleng kalau x nak sesuatu
• suka mintak pakaikan kasut dlm rumah.feeling2 jln kat luar kot
• gigi baru 7 batang.bertambah sebatang je r masa umur setahun.hmm
• dah tinggi!boleh mencapai stove masa tgh masak smbil terjingkit2.haishh
• kalau mintak ipad dia akan sebut “E!!!” sbb dlm ipad ada vid abc dan huruf tu je dia suka sebut
• suka main belakang tv masa ummi solat.ye masa ummi solat je T_T
• kadang2 dia letak sejadah atas lantai pastu tonggek2 baring2 macam tgh sujud.pastu mulut soksek2 tgh baca sesuatu
• suka tgk upinipin, bubbleguppies, timmytime, mickeymouse clubhouse(part intro saje)
• fav food : tomato, carrot, timun, telur.nasi tgk mood…
• masih fully bf, alhamdulillah
• dah pandai garu & mintak digaru
• dah pandai pakai straw or minum sendiri pakai cup biasa
• dah pandai main bola ie lari tendang lari tendang.cuma kdg2 suka kutip instead of tendang heh
• dah ada kereta ok, thanks walid bg ‘aaqil lesen…haha
hmm tu mana yg ummi ingat.moga membesar dgn sihat&sempurna.ummi loves u so much…
❤
sejak 29 tahun yg lalu, saya hanya tau pakai tepung gandum.kalau cari resipi kat intenet ke sebolehnya nak elak tepung naik sendiri la, tepung high protein la tepung roti la tepung blablabla sbb mmg tak reti
masa first sampai sini, dlm kabinet ada tepung yg kiri sekali tu.
suami la beli sbb masa dia ‘bujang’ dulu kadang2 dia nak buat cekodok ke jemput2.ok fine.so i pun dgn yakin pakai la utk buat kek la penkek la pizza la jemput2 la lasagna la etc2 sbb ingat ini tepung gandum(pek tu mmg bahasa turkmenrussia shj).habis jgk 2kg xsampai sebulan
so masa pegi kelas basic roti tu, akak tu kata pakai tepung kek dgn tepung roti.menganga la kan.pastu dia amik yg pek biru dgn pek hijau.hahaha rupanya selama ni dok pakai tepung roti…!!no wonder la semua resipi kat intenet xmenjadi.siap salahkan tray la oven la resipi la kahkah
so, dari kiri — tepung roti, tepung gandum, tepung kek/superfine
rupa2nya gambar dpn pek tu memainkan peranan hahaha
alhamdulillah now i know how to differentiate between those 3.kira skrg dah takyah 100% rely on tepung gandum ehheh
pastu pastu aritu try la buat muffin pakai tepung kek.tak naik cantik ok!!!so utk muffin stick to tepung gandum kalau tak dia tak gebu merekah 😉
tapi masih tak tau pakai tepung naik sendiri.mungkin tepung gandum+baking powder=tepung naik sendiri?
….berjaya!
hehe.walaupun,
• digital scale macam weng sikit.6g pun takleh detect.so estimate je la yis stgh peket.pastu tgh2 weigh boleh hang pulak.padahal baru beli pfft
• gula castor takde pakai gula halus je
• mixer rupanya blade yg jenis spiral tu ttinggal kt msia.bwk yg bulat je.so mmg uli pakai tgn je from a to z
tadaaaaa
start 6.45pm.kul 10 baru dpt makan.alhamdulillah worth the waitsss.mmg jadik cuma tak selicin sifu i buat la.ada gerutu2.mebi sbb salah gula (nampak tak permainan i menyalahkan gula hahhahaha)..
so here goes the recipe (make 34pcs);
800g tepung roti
200g tepung superfine/kek
3g baking powder
3g bread improver
12g yis
120g gula castor
410g air sejuk
130g fresh milk
90g kuning telur(equiv to 2eggs)
110g mentega
10g garam
haaa sekarang faham kan knp mgedik pakai digital scale sbb semua pakai gram je sukatan takde cup la tsp la tbsp la
btw semalam buat separuh je adunan kat atas tu sbb nak testing je…tp dpt la suami bwk pi ofis 10ketul…
kaedah membuatnya sila rujuk entri asas meroti sebelum ni ye 🙂 memang terbaik esoknya pun donat masih lembut gebu tak tipu
saya sudah, anda bila lagi? hahahaha