Menuai Hasil Kebun!

Bahagianya melihat sayuran yang diternak gemuk. Kemudian dituai beramai-ramai. Memang meriah sangat hihi

IMG_7088

makcik makcik kebun

Inilah rutin masyarakat Jalan Kelubi sejak sebulan yg lepas. Dgn bantuan MBSA, dan sepakat penduduk kejiranan, dapatlah secara rasminya sayuran bayam hijau, bayam merah dan kangkung ni dituai oleh kami dgn total 98kilogram!!!

Yang seronok tu dari pangkat atok nenek sampailah ke anak cucu turun sama nak merewang. Acara dimulakan dengan sarapan secara potluck. Lepas tu satu group menuai tanaman dan satu group lagi timbang dan bungkus untuk diagihkan kepada masyarakah Jalan Kelubi. Ada makcik tu volunteer nak masak kangkung belacan fresh dari ladang sebagai juadah lunch…pergh

IMG_7089

spot my ‘AAQIL!

Lunch ada nasi arab, nasi putih, ayam panggang LOCO, kangkung belacan, sambal tempoyak, sambal belacan dan ikan masin. Memang terangkatttt

Kalau nak ikutkan ada banyak lagi sayuran lain. Sawi, kalian, terung, etc pastu buah2an mcm cermai, mangga dsbg. Memandangkan majority ahli kejiranan kami ni terdiri dari golongan yang sudah bersara, maka sistem gotong royong dan gilir siram pokok dan menjaga tanaman ni telah dibuat. Syoklah jugak tengok semangat kejiranan yang tiba-tiba timbul dgn meriahnya.

‘Aaqil pulak sejak kecik dia suka pergi siram pokok dan kutip siput kat halaman rumah tu. So bila dah ada Kebun Komuniti ni lagilah seronok dia. Ummi kalau balik kerja selalu kena jenguk dulu kat kebun tu ada ‘Aaqil kat situ ke tak. Kadang dgn glove dan topi hijau dia. Tolong cabut sekali sayur. Kadang tu sekadar lari2 antara batas. Untunglah childhood duduk ‘kampung’ atok wan yeeeeee 🙂

Oh ya hasil tanaman tu semua kena timbang dan dilaporkan kepada pihak MBSA sebab fund, air untuk siram pokok, tanah, batas etc semua dari MBSA. Maknanya takde istilah mencuri hasil tanaman la. Katalah kita rasa nak makan sup bayam, petiklah kat kebun lepastu timbang dan bagitau ketua kebun. Untuk direkodkan. Macamtu 🙂

IMG_7087

kanak-kanak pun happy makan kat kebun hehe

Moga usaha ini berterusan dan dapat kumpul saham akhirat kerana berbakti kepada tanah dan menghidupkan semangat kejiranan, amin!

IMG_7086

kelas baja kompos katanya. ahaks!

 

IMG_7085

pekebun import dari seksyen 9 haha

 

IMG_7024

ni lah aktiviti ‘Aaqil petang2. gloves tu dia punya ok

 

FullSizeRender

antara kangkung yg terawal dituaiiii

 

FullSizeRender2

kangkung belacan hasil tanaman kebun komuniti 🙂

 

Cerita Raya

Selayang – Rantau – Tampin – Baling – Taiping – Cameron Highlands

Tu lah cerita raya kami secara ringkas. Ahaks. Hasilnya, 5 round basuh baju yang masih belum settle lagi ke saat ini. Haha. Tapi alhamdulillah rasa seronok raya tahun ni sebab dapat jumpa almost all my uncles and aunties daripada belah saya dan suami. Penat tapi seronok.

Raya pertama kami di rumah atok abah di Selayang. Raya kali ni ‘Aaqil sangatlah sporting nak pakai songkok dan samping lengkap sampai ke petang haha. Seronok amik gambar dia. Main dengan cousins. Makan nasi impit sup tulang, nasi beriyani udang etc etc. Kuat makan anak ummi ni alhamdulillah. Mood ‘Aaqil sepanjang raya ni sangat cemerlang dan sihat tak demam so sebab tu ummi walid pun otomatik jadi happy jugak hehe.

Oh kemudian seterusnya macam biasa ikut tradisi beraya di Negeri Sembilan pada raya ke-2. Lompat-lompat rumah tok nek sedara dan berakhir di rumah atok mak di Tampin. Sampai dah maghrib pun. Makan2 mandi2 then patah balik Setapak. Zombie gila sbb smpi Setapak dekat kul 2 pagi! Esoknya nak bertolak ke Baling, kampung suami pulak.

Dari Baling kami tidur di Taiping satu malam sebelum berhoneymoon kali ke-18 di Cameron Highlands. Percaya tak ni kali pertama suami pegi CH. Padahal CH dengan Taiping tu takde lah jauh sangat. Saya pulak dah 10 tahun tak naik CH. Tak teringat betapa mencabarnya perjalanan nak kesana!. Dahlah kitorang bertolak pun agak lewat dari Taiping. Elok nak naik tu hari dah gelap. Tak sangka perjalanan naik ke atas tu hampir 2 jam! Ya Allah dlam gelapnya dgn jalan pulak macam ular kena katok. Huihhh saspen woooo. Doa je banyak2 moga selamat sampai, kereta tak buat hal tengah jalan. Sampai pekan Brinchang dalam kul 9pm jugak. Tapau KFC sebelum check in hotel.

photo 1 photo 2 photo 3 photo 4 photo 5

photo 1 photo 2 photo 3

Ok sambung di lain entri. Kita buat entri CH nanti ya.

Alhamdulillah 🙂

perhimpunan 5 generasi

Hujung minggu yang lalu pada 7 Jun 2014 adalah hari yang cukup bersejarah buat keluarga besar arwah Hj Sulaiman, my great grandfather. Kira pangkat onyang la. Yang hadir ni adalah dikalangan anak cucu cicit piut Hj Sulaiman. Ini merupakan perjumpaan yang julung kali diadakan. Orang kuat yang menjadi mastermind perjumpaan ini adalah generasi ke-2, geng sepupu abah dan juga abah sendiri! Perjumpaan ini diberi nama, “Sireh Pulang ke Gagang-Waris Hj Sulaiman Berkampung”.

photo 1

Beberapa minggu sebelum dah rancak berbincang mengenai event ni melalui whatsapp. Oh terima kasih kepada teknologi yang memudahkan semua ni. Facebook pun memainkan peranan penting jugak sebab mudah nak cari dan berhubung semula. Alhamdulillah..

Adik beradik atok Mohamed Sura (abah kepada my dad) ada 5 orang kesemuanya; Bero, Kamisah, Abd Manan, Mohamed Sura dan Sakinah. Cuma atok dan Nek Sakinah je yang masih hidup. Majlis ni diadakan di rumah sepupu abah, di Kg Salak Tinggi.

Beberapa minggu sebelum event dah diberikan link kepada ahli keluarga untuk mengisi online form. Haa dalam ni la diletakkan segala butiran dan dari generasi keberapa dan sebagainya. Pembahagian tugas dari segi penyediaan fotografi, lokasi, makanan, saguhati, pendaftaran juga diputuskan awal-awal lagi. Kalau tak silap saya kos untuk event ni menjangkau RM10k. Hasil daripada sumbangan ahli keluarga, alhamdulillah budget ni small matter je. Malah siap berlebih lagi..

It’s a one day event dari pagi ke petang. Acara dimulakan dengan pendaftaran ahli keluarga. Yang belum isi butiran kena isi bora
ng yang diberi dan kemudian diberi sticker nama and kat tepi tu tertulis generasi ke berapa. Sambil2 tu dibuat sesi kenal mengenal oleh setiap keluarga (Gen 2). Sambil2 tu kanak-kanak ada tempat untuk bermain jigsaw dan boardgames. Ada yang breakfast. Free flow of food! Ada nasi lemak, bihun goreng, kuih muih… Sesi taaruf berjalan agak lama diselang seli dengan photosession. Walaupun panas terik hari tu tapi semua sporting je hihi..

photo 5

Selesai acara tu, semua makan tengahari yang dimasak khas oleh tuan rumah. Seekor lembu tumbang untuk event ni hehe. Ada sup tulang, masak lemak tulang, rending daging, sambal jawa, acar jelatah dan air sirap. Haha cakap pasal air sirap ni saya menyaksikan air direfill dalam bekas dispenser tu dekat 10x kot the whole event. Memang hot stuff maklumlah peluh pon freeflow hari tu. Tak dapat bayangkan orang kuat yang masak memasak tu, memang tabah…

photo 4

Kemudian ada sesi bergambar beramai2 ala-ala masuk paper, ala-ala nak keluar majalah 3 hihi. Dianggarkan 400 orang yang hadir, ramai kannn. Yang dalam gambar ni pun tak semua yang ada. Actual number mungkin 600 ke 700 orang kot waris Hj Sulaiman ni. Oh lepas tu ada bacaan tahlil, popkuiz dan disudahi dengan karaoke. Sebelum majlis bersurai, semua di beri doorgift berupa beg berisi moist choc cake dan air mineral, serta gambar yang diprint! Setiap keluarga diberi satu thumbdrive yang diisi butiran ahli keluarga. Majlis selesai lepas asar cemtu…

Alhamdulillah..walaupun saya tak dapat nak hafal nama (dan rupa) setiap ahli keluarga yang hadir (seriously, its just like attending an event full with strangers!), tapi inshaallah dalam 400 tu saya dapatlah cam at least 20 orang yang kalau berselisih kat shopping mall tu taklah jelling gitu je haha..moga ukhuwah ini kekal selamanya dan dapat dianjurkan lagi  sekurang-kurangnya setahun sekali…

Oh Vivix!

Atok saya umurnya dah menjangkau 80-an. Semenjak arwah wan takde 3 tahun lepas, atok dah tak tinggal di rumah pusaka keluarga kami di Tampin. Atok akan berpindah dari rumah ke rumah anak-anak atok. Seminggu di rumah kami, 2 minggu di rumah pakngah, hujung minggu di rumah pakcu, minggu depannya di rumah paklang. Pindah dan pindah. Dan setiap kali bertukar rumah tu la atok akan bawa bersama beg ubatnya. Dalam beg tu ada tupperware kecil berisi ubat harian/mingguan atok. Setiap malam mak akan duduk berborak sebelah atok sambil sort kan ubat atok untuk stok esoknya atau minggu seterusnya.photo (2)

Mesti korang rasa atok ku rajin makan ubat kan. Oh tidak. Atok saya adalah sangat liat makan ubat. Pernah tu dia tipu2 kata dah makan sebenarnya tak makan pun. Bila sakit baru kantoi rupanya selama ni atok tak makan ubat huhu. Kadang kasihan jugak tengok. Yelah kalau kita di tempat atok pun mana nak tahan tiap hari kena telan hampir sepuluh jenis tablet (tak pernah ambil tahu berapa bilangan sebenar.im a bad granddaughter). Saiz pun macam-macam. Warna warni. Tapi itu yang membuatkan atok tak sakit. Ya ubat untuk warga emas terutama umur macam atok bukan untuk tambahkan sihat, tapi lebih kepada supaya tak sakit. Atau kurang selalu sakit…

Saya kira atas kesedaran ini, Shaklee perkenalkan suplemen cecair yang sangat premium dan serba boleh iaitu Vivix! Malahan sesuai untuk warga emas kerana kehebatannya memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami penyakit yang berpunca dari penuaan. Penghidap penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang dan lupus(SLE) juga mengalami perubahan positif dengan pengambilan Vivix secara konsisten. Sebab itu Vivix digelar sebagai produk PREMIUM!!photo (3)

Vivix dihasilkan daripada 4 ramuan yang sangat sukar ditemui! Ia adalah campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Korang pernah terbaca tak buah2an dan sayur2an yang berwarna ungu atau merah kaya dengan khasiat? Bayangkan khasiat Vivix ni apabila semua digabungkan dalam satu botol.
Ok berikut adalah antara kelebihan Vivix yang semua orang patut tau,

• Bertindak sebagai antioksidan
Antioksidan ni berkait rapat dengan radikal bebas yg boleh membuatkan kita mudah dijangkiti penyakit dan sebagainya. Persekitaran kita yg tercemar ni banyak menyumbang radikal bebas ke dlm badan kita.

• Mencegah dan mengawal penyakit kronik disebabkan oleh faktor umur
Ni memang stetmen berani. Tapi memang dah terbukti sehinggakan Vivix boleh dikenali sebagai suplemen ajaib yang mampu :
1. Mengawal penyakit DIABETIS
2. Menjadi agen Anti Penuaan
3. Mengawal penyakit JANTUNG
4. Memastikan kesihatan badan secara menyeluruh
5. Mencegah KANSER

Baru-baru ni saya ada share tentang Vivix di fb saya. Kemudian PakDin, pakcik suami saya kongsi testimonial Vivix yang rupa-rupanya diambil oleh Tok suami saya! Kalau tak silap umur Tok dah 70-an tapi masih kuat berjalan ke sana ke mari. photo
Sebelum ni pun memang kuat cuma ada la kadang-kadang sakit sikit-sikit. Nampaknya Vivix serasi dengan Tok suami saya. Alhamdulillah.

Hanya pengambilan 5ml setiap hari, sebotol tu ada 150ml. Memang berbaloi dibeli untuk tok nenek mak ayah atau untuk diri sendiri! Kalau tak sakit nak makan pun boleh sebab Vivix ni juga baik untuk antipenuaan. Lagipun kita tak tahu bila sakit nak datang kan jadi elok dicegah seawal mungkin. Moga kita tak perlu telan ubat bertablet2 di kemudian hari…

Untuk tempahan Vivix secara terus, sila klik sini.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Adikku si Gen Z

I hope its not too late to congratulate my beloved baby brother, ‘Imran for making through to LAW SCHOOL. Ok la kan sounds hip sangat bila mention gitu walaupun hakikatnya Asasi Undang-Undang di UITM Shah Alam. Hihi

20140515-095541.jpg
Sebetulnya saya benar-benar kenal ‘Im ni masa dia cuti lepas SPM lah. Sebab sebelum ni dia duk asrama. Saya pulak lepas kahwin tak duduk rumah mak jadi ni la masa yang betul-betul kami berdua duk sekali bawah satu bumbung.

Dalam adik beradik saya seakan ada generation gap. Macam ada 2 group. Yang geng kakak abang ni gen Y dan adik2 yang masih belajar ni gen Z. Kadang tak satu wave. Tanggungjawab kami pun berbeza-beza. Saya rasa siapa pun yang ada adik beradik ramai dan jauh perbezaan usia akan merasakan ini.

Jadi seolahnya kita tak faham mereka dan mereka tak faham kita. Banyak la yang saya belajar bila akhirnya kami duduk sebumbung. I find he has lots of good qualities. Sebelum ni kalau adik2ku yang balik asrama sekejap2 saya akan rasa macam apesalla diorang ni macamni tak macam kitorang dulu etc etc… So now I learn the differences and accept the way he/she is… :’) Maklumlah kita ni hidup zaman mirc/friendster/sms20sen, mereka hidup zaman twitter/fb/whatsapp/4g jadi cara pemikiran mereka berbeza, antara faktornya lah kan…
Note : You will understand this generation gap thingy as you go through some articles on the net. Really an eye opener. Sekurang-kurangnya bila kita tak puas hati dengan adik2 atau bos2 kita yang babyboomers kita boleh berlapang dada dan katakan pada diri kita,” its okay, this is just a gen gap thing laa no biggy”..

On top of that, we all agree that ‘Im ni special in his own way. Dia bukan mediocre science stream must get straight A’s. He has his own way of thinking that makes him unique. That makes him who he is now.

I used to look at him as budak nakal tak nak dengar cakap. But now after months living with him, dia adalah antara anak mak yang sangat mendengar kata. In fact lagi taat dari masa saya di umur dia kot. Kira boleh diharap la kat rumah tu as man in the house. Kalau suruh dia takkan tangguh. And he is natural with kids. He’s like a guy version of Raiyan my sister haha. Walaupunnnnnn agak kuat menyakat anak-anak buah dia tapi sangat penyabar melayan budak-budak…

Lagi satu ‘Im ni (eh eh macam nak promot adik pulak uols haha) sangat berdikari. Dia proaktif cari kerja part time lepas SPM. Mula dengan team wedding photog, lepastu tak menjadi dia try pulak kerja kat MyNews.com. 2mggu je tahan sebab takdapat gaji. Masa cuti sekolah tak silap dia pernah kerja McD. Rajin buat ot… He’s not a typical spoilt brother…

Anyways, I pray for his success in uni life and hereafter. Moga ‘Imran tabah hadapi dugaan di tahun mendatang and will make our family proud. This is just the beginning!!

Ummi & ‘Aaqil sayang Pakchak NOOOO hihi ❤️❤️

europe trip – Manchester (Old Trafford)

pagi ahad lepas subuh terus bersiap2.almaklumlah toilet ada satu je tapi ada 5org nak mandi solat bersiap bagai huhu

kul 8+ baru siap semua dan keluarlah kami berjalan ke Paddington station.jauh gak le kena jalan sebab kami pi yang National rail punya.line kaler pink kalau tak silap.kat Kings Cross St Pancrass kena tukar ke line hitam untuk ke London Euston station

Euston station ni besar macam KL sentral sikit.kat sinilah kitorang collect tiket train ke Manchester Airport yang dibeli online.harga one way per person adalah GBP39

oh btw sebenarnya boleh juga naik sampai Manchester Piccadily tapi sebab dah plan nak sewa kereta untuk move around Manchester so kena amik yang sampai airport ie dekat dengan Car Rental Village :’)

20131108-092028.jpgat London Euston

the train departed at 9.10am sharp.jangan main2 ok train system kat europe ni punctual so janganlah lambat.even satu minit pon nanti ada lah adegan drama nangis2 gaduh2 dengan pakgad huhu

nama keretapi yang kitorang naik ni VirginTrains.terkejut sebab rupanya tiket kitorang naik coach 1st Class.i think that was the only available tix left sbb book pun few days before huhu…alhamdulillah memang selesa gila.tak tidur pun anyway sebab excited hehe.we were also given complimentary breakfast & drinks.’aaqil seronok sangat naik choot chooot.suka suh orang bawak dia pegi coach2 lain sebab nak bukak pintu auto in between coach tu hehe sabarjelah

20131108-092125.jpginside the coach

20131108-092213.jpgthe train cafe

the journey took 2.5 hours with one change at Winslow.sampai Manchester kul 11.30am gitu hujan masih turun.berlari2 amik bas untuk perhi Car Rental village.dalam 10mins perjalanan…

kitorang survey la harga sewa kereta rata2 GBP100+ per day.kat Hertz, Europcar etc fuhh.sebab memang takde yang sewakan half day so kena bayar fullday charge.akhirnya kitorang jumpa good bargain kat Sixt!dia offer GBP64 plus dpt carseat lagi hehe alhamdulillah.yang lawak tu kitorg siap cakap let us discuss first.samada nak proceed kereta sewa atau naik tren je pi old Trafford.
adik aku yg muhsin tu kalau muka saspen takleh sorok.sampai mamat Sixt tu berapa kali mai datang kat kitorg ofer carseat pastu dtg lagi sekali bgtau its raining now i think u have to take this car.haha pandai mamat tu ngayat.so akhirnya bersetuju untuk proceed w rental car :’)

20131108-092245.jpgat car rental village

we were given a very nice sparkling new Ford ok.just nice utk kitorang ber5.siap dengan built in GPS.kat uk ni gps dia kita key-in poskod nnt dia boleh carik destinasi.cuma tak exact sangat la.haha tu yang kitorg sampai kat belakang stadium instead hehe

20131108-092330.jpgmodel carseat haha

20131108-092408.jpgotw to Old Trafford

senang jugak jalannya.tak sampai setengah jam sampai Old Trafford.masa tu dah kul 2pm.sampai2 eksaited gila amik gambar bagai even masa tu still hujan sikit2…pastu baru masuk beli tiket Old Trafford Stadium&Museum Tour.harga GBP18/head.sedang elok je sebab kitorang dapat tour kul 2.30pm :’)

sementara tunggu stadium tour kitorg jalan2 dalam muzium.ada sejarah sejak awal penubuhan ManU sampailah sekarang.zaman david beckham, alex ferguson haha tu je lah yg aku kenal pon.layannn

walaupun im not a big fan of football or ManU for that matter, i can still feel the ‘aura’ when i entered the stadium.dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa, memang feel gila tengok stadium tu depan mata.biasa tgk match dalam tv kan.suka la komen rumput cantik haha kata tak reti tgk bola kan.tapi memang cantik rumput dia haha.stadium Old Trafford ni memang dijaga rapi.bersih gila luar dalam.padahal hampir tiap minggu dipenuhi beribu2 orang tapi nampak macam baru je.

tourist guide ni pun pandai le buat lawak so tour tu memang tak terasa pun sejam setengah.kitorang dibawa ke segenap pelosok stadium.dari VIP seats, changing room, reporters room, press conf room, cafe for players n vip, tunnel tempat players keluar sebelum main, memang habis semua tempat dia bawak.BEST GILA!!!!worth every penny hehe alhamdulillah

20131108-092453.jpgthe ticket and lanyard

20131108-092512.jpgthe tour

20131108-092524.jpgus sitting on the VIP seats

20131108-092539.jpgfive of us

20131108-092606.jpghahaha dah lama tak buat ni
destinasi terakhir adalah kedai merchandise la kan.kitorang semua dapat cert menandakan pernah pegi old Trafford tour.husband beli jersey and few souvenirs utk kwn2 dia.kitorang semua pau husben ku sorang satu baju kih3 thanks sayanggg

lama gak la kat kedai tu.’aaqil siap main kejar2 bola dlm kedai tu.seronok sgt dia.maklumlah half of the tour tu dia tidoq haha

dalam kul 4 gitu kitorang gerak balik.oh sebelum tu amik gambar lagi la kan kat entrance hehehe

off we went to find a mosque.bagus tau gps kereta ni sebab boleh find the nearest mosque.tak sampai 10mins pun dari Old Trafford.tak ingat nama masjidnya tapi terletak kat kawasan perumahan.memang kalau tak tanya memang taktau tu masjid.masa kitorang sampai tu nampak bertutup bergrill bagai.pastu ada sorang pakcik pakistan ni nampak muhsin dari jauh berlari-lari anak ke muhsin.so dia tolong bukakkan pintu utk kitorang solat.alhamdulillah.masjid ni 2 tingkat.besar jgk la.sebab manchester ni ramai muslim.oh kedai makan halal pun senang nak jumpa.kalau dalam 10 tu ada la 2-3 yg halal.bestttt

20131108-092645.jpgdepan masjid.kawasan rumah orang je
settle solat, gila masa tu lapar sangatttttt.ye la lapik perut snickers je sebelum tour.dalam tren pagi tu makan sandwich je…

so kitorang carik la restoran yang muhsin kata kawan dia rekemen.restoran Aljazeera namanya.nasi arab woooottt

20131108-092723.jpgsebenarnya semua tengah kelaparan tu haha muka kontrol
hoi sedap gila makanan dia.dah lah portion besar macam pak arab yg nak makan.harga 5pound je satu set.murah la kan sebab 5ringgit kot makan macam portion 2org…

‘aaqil pun suka sebab nasi berperisa.kitorang makan sampai macam nak tercekik2 sebab duk kejar time train balik London kul 7.06pm.masa tgh makan tu dah kul 6pm!mana nak hantar kereta balik ke owner lagi.pastu nak patah balik Manchester airport nak amik train huhuhu

so kitorang split kat situ.muhsin & sofiyyah balik sheffield & leicester sendiri, kitorang bertiga je yg pulangkan kereta.masa tu dah kul 6.30pm ok!sedih juga mak ternangis masa salam peluk2 adik2 ku yang tabah tinggal di negara britain ni huhuhu

so kitorg gerak.kul 6.45pm still pusing2 taktau mana arah sebab gps tu tak bagi exact location.last2 stop kat stesen minyak, tanya orang.baru nampak jln kebenaran hahaha

sampai2 kat car rental village kitorang pulangkan kunci semua, and mintak owner tu hantar kitorang ke train station terus.mat saleh tu dengar je train kitorg in less than 10mins, terus dia suruh masuk2 we have to hurry up kekdahnya hahaha cemas ok.kan dah kata kat uk ni jgn main2 dgn public transport.its a serious biz!

mak aih memang susah rupanya jalan nak pi stesen pun.mau dekat 10 roundabout.perghh.tapi mat saleh tu baik gila dalam pada drive macam halilintar tu boleh lagi buat lawak so kitorang kurang cemas la hahaha

sampai2 tu ada dlm 5mins sebelum train nak jalan.alhamdulillah!!!lega gila rasa huhu.memang drama betul ok.iols rasa macam amazing race sangats dgn bwk si kenit tu lagi huhu

20131108-092812.jpglepas semput cemas-cemas
dalam kul 10+ tu sampai London Euston.amik underground berjalan balik ke apartment, kul 11 baru sampai fuhhhhhhh what a long tiring and fun day indeed!!!

esoknya hari jalan2 London yayyyyyyyyyy

europe trip – hello London!

trip ni tak de lah last minit pun.sebab sejak tahun lepas dah plan.since im still on long leave plus ashgabat-europe is only 7hrs flite so may as well we make use of these advantages…

cuma plan awal tu nak pi 2wks so boleh kaver byk sikit cities cuma masa tak mengizinkan.ni pun suami dapat lulus cuti seminggu pun dah syukur sangat he he

en suami cuma ambil 2 hari cuti that week sebab sini cuti raya haji 3 hari.so ada penjimatan kat situ…

ok so we depart from ashgabat at 11am on saturday 12th oct. lepas subuh pagi tu goreng bihun sebungkus & karipap (made this a day before).sebagai bekalan atas flite and jalan2 nanti2.karipap tu separuh goreng separuh frozen…

20131031-143437.jpg
oh we also brought brahim nasi goreng, maggi, sambal ikan bilis kering & serunding.just in case

20131031-143515.jpgwith his fav magz

we arrived heathrow at around 2pm.muhsin & yah waited for us at arrival.beli oyster card(macam kad topup utk underground tube) then off to our apartment nearby to paddington station…

ada la episod tarik beg pusing2 sesat sikit hehe tp by 4pm tu selamat masuk apartment…

20131031-143547.jpgnearby our apartment

lepak2, makan bekal, solat jama’ then kitorg keluar.nak tgk night scenery london katanya…hehe muhsin bawak slr kamera dia jd syok aa sikit nak posing malam2 heh

20131031-143608.jpgThe National Gallery

we went to Trafalgar Square, opposite is the National Gallery.pastu jalan along the Westminster Bridge where the Big Ben, Houses of Parliament situated. amik jugak gambar berlatarbelakangkan London Eye hihi.ramai gak orang maybe sebab malam minggu…

20131031-143631.jpg
last sekali kitorg pi Tower of London, nampak Tower Bridge dari jauh…

gambar yang cantik byk dlm kamera my bro muhsin so ni gambar w my iphone je huhu

at around 9pm we went back to our place.oh sempat singgah makan fish&chips hehe late dinner…

esoknya we have train to catch at 9.10am.to Manchester woooot!!

nanti sambung next entry k ;p

raya & such

lamanya tak update blog…

alhamdulillah selamat beraya dan kembali ke ashgabat.

kami beraya di baling, kedah tahun ni.raya ke-5 baru bertolak balik kl.sementara tu singgah ipoh sempat beraya di rumah maklong rahimah & rumah pakleh (exskoolmate suami aka my exprojectmate)…

dari ipoh ke selayang, singgah rumah atok.dekat tgh malam baru sampai setapak.esoknya baru ‘beraya’ di shah alam…

penat tak penat balik cuti ni alhamdulillah byk benda tertunggak yg settle 🙂

ok mari layan beberapa gambar raya dan tak berapa raya.tahun ni tak bergambar sgt huhu

20130830-172305.jpg
balik ikut dubai.sbb suami freq traveller emirates maka dpt la lepak lounge sementara tggu flite ke kl jam 2pg alhamdulillah

20130830-172456.jpg
‘aaqil slept the whole 7hrs journey.sbb sblm fly tu mmg dia tak tdo lansung.ktorg sahur ikut jam agak2 je hihu

20130830-172650.jpg
lepas settle shopping raya sikit2 kat alam sentral, tjumpa kedai mamak gunting rambut.belasahla labuu.first time ni sbb biasa pakai mesin je kt umah…

20130830-172828.jpg
otw balik kampung.beli carseat baru sbb yg lama tu takleh front facing…

20130830-172939.jpg
ni masa 1st raya.kat umah pakwa.takmau ikut kitorg balik.lawak haha

20130830-173114.jpg
raya ke3 makan laksa pusing.sedap sgt huhu

20130830-173213.jpg
‘aaqil dgn anak2 pakdin, anya&piya…pangkat makcik2 sebenarnya ni hihi

20130830-173349.jpg
raya ke-5.otw balik kl.’aaqil ada temp sikit masa ni.sian sgt.tidur je dlm kereta.cranky je taknak org lain huhu

20130830-173550.jpg
duit raya ‘aaqil.tinggal je kt rumah setapak tak sempat kira pun hehe.nnt kita masukkan dlm tabung haji ye

20130830-173648.jpg
18months checkup n jab at prince court

20130830-173800.jpg
packing for ashgabat.total of 5 luggages & 2 boxes…97.1kgs!

20130830-174016.jpg
breakfast at lounge before taking off.flite to dubai at 10am

20130830-174108.jpg
husband upgraded our seats to biz class using his miles.alhamdulillah siap boleh tdo baring lg dgn ‘aaqil hihi

lepas amik gmbr atas ni, plane patah balik ke terminal sebab ada salah sorg passanger ada med problem.paramedik masuk dlm plane.the flight delayed for almost an hour resulted we cudnt catch up our flight to ashgabat

so beraya lah kat rumah josey & shida alang2 tersadai kat dubai.beli tiket baru.memang jetlag sungguh mcm zombi naik turun flite amik luggage sampai rumah.esoknya suami mc tak pi keje huhu

ok til next entry!

first honeymoon

…for our parents 🙂

20130315-161308.jpg

sejak kahwin, pastu dpt anak 11 org, adik bongsu pun dah umur 16tahun, barulah mak abah dpt spend time berdua berhoneymoon hehe.pada kami 11 beradik, ini adalah hadiah yg paling bermakna drp kami buat mereka 🙂

they went for umrah ziarah (cairo) last week! 🙂

hari ni kiranya dah hari ke-2 di tanah suci mekah selepas 3 hari menjelajah mesir cum melawat adik no.8, siddiq yg menuntut di univ al-azhar.takdela kebetulan sebenarnya sbb mmg purposedly pilih umrah ziarah cairo supaya dpt singgah jumpa siddiq.gitteww

moga sampai pesanan doa2, amiin…

moga mereka dikurniakan kesihatan yg baik dan dapat menjalankan umrah yg sempurna/mabrur…

moga ada rezeki kami pula nanti utk menjadi tetamu Allah :’)

missing them much

breakfast at park

hari sabtu lepas kaklong organize birthday breakfast sempena izzah punya besday yang 1st…

best sgt buat kat padang depan masjid negeri.ada disediakan meja dan benches so abah bawak tikar utk extra tempat duduk…

tema nya adalah potluck so penuh meja tu dgn makanan2…

ada nasi lemak, kuih2, sardin roll (abah’s), mushroom soup(kaklong’s), cheese tart and choc strawberry tart (kakngah’s), garlic baguette (angah’s), pancake (yours truly ;p) dan teh tarik.yummm MMG TErBAEK!!


ni gambo lepas siap2 pack dlm tupperware kat rumah pagi tu.the pancakes.bawak kuah sardin sekali.selera melayu katanya.hehhe.resipi penkek nnt i tepek ;p


tu dia birthday girl makan spaghetti sendiri.comel sesangat duduk ayu je makan suap sendiri.bila org datang dekat, di hulur spaghetti yg dia dah jilat sua ke mulut kita hehhehe

ye…the place is sooooo perfect for family activities.masa kitorang kat situ, ada few families bertukar ganti.yelah kitorang kat situ seawal 8pagi…kul 11pagi baru balik 🙂


“haaa sampai pun tart makngah…dah sejam izzah tunggu….”


“alamak…nak kena pilih ke?dua2 sedap nih..spaghetti pun tak habis lagi…”

haaa nak promote ni.my kakngah ambil tempahan utk tarts nih.RM23 for box of 25pcs.sapa nak tempah bolehla contact2 i ye…kompem sedappp!!utk doorgift pun ada(box of 4)…


ni pulak homemade garlic baguette and homemade mushroom soup…SEDAP GILA OK!tapi hat ni tak dibuka utk tempahan lagi(lagi?hahaha matilah)…

ooo selain birthday izzah, ni jgk utk meraikan my bro muhsin’s konvo, dan birthday our beloved arwah ‘uwais (who was 5days older than izzah.refer to my post in nov 2010)…alfaatihah

kul 11pagi tu kami pun berkemas balik.mmg seronok utk ubah mood get together.we should do this more often.i dun mind waking up early for this kind of occasion(haha kantoi suka bgn lambat)…


izzah the birthday girl who is now at maldives til thursday.follows her mak to work.wan tolong babysit.such a lucky girl ;p
lagi gambar ~~ cilok dari momo ~~


maklang baru sampai masa ni 🙂


the biiiiiiig park!


izzah baru belajar berjalan.kalau pakai kasut dia kekok sikit.abglong athif la yg setia ajar izzah jalan hehhe sampai poloh2(peluh2)…


🙂 sekian laporan dari bilik berita 🙂