ini hari

ya, hari ni team kami dijadualkan pulang 🙂


ya, memang saya pangkah2 tarikh tiap hari..kadang2 baru tengahari dah pangkah ;p

ya, kali ni rasa macam lebih lama dari trip2 sebelum ni hmm

tak, saya tak akan packing selagi belum nampak batang idung bot

ya, bot patut dah bertolak dari bintulu tapi ada kemungkinan akan berpatah balik kalau cuaca teruk di perjalanan

tak, saya tak tukar tarikh tiket balik kl lagi. +ve +ve law of attraction

ya, saya happy nak balik

ya, saya happy

ya, saya

ya,

🙂 🙂

Location:masih atas kapal mc1 yg bergoyang2

wow!

wow!!!
kalau kat dunia oil&gas ni maksudnya wait on weather.maksudnya downtime.kerja tak jalan.wow boleh jadi disebabkan hujan ribut.atau angin lebih dari 25knot.atau ombak melebihi 3meter.dan apa2 shj kondisi cuaca yg tidak selamat utk pekerja di lautan..


kami dah wow dari hari sabtu lepas.kira dah seminggu duk dlm kapal tak naik platform.goyang takyah cakapla inul darastita pun konfem surrender.kalau ikut ramalan kaji cuaca, boleh berpanjangan sampai rabu minggu depan.APA?!tapi saya dijadualkan pulang ke darat pada hari selasa T_T..


ye bukan sahaja kerja tak jalan, bot yg patut bawa penumpang pun wait juga huhu.dah seminggu bot tu tunggu di bintulu sebab tidak dibenarkan travel.termasuklah lebih kurang 60 org penumpang yg nak datang ke sini..


oleh itu marilah doakan yg cuaca akan bertambah baik terutama menjelang 18hb depan..amiiin

Location:tgh lautan perairan bintulu

jauh rasa dekat

alhamdulillah

walaupun saya sekarang berada di atas kapal ini,

di tengah2 lautan samudera,tapi dgn kemudahan teknologi masakini, saya dapat berhubung dgn yang tersayang dgn sangat mudah..

utk pengetahuan semua,wp tgh laut tapi kapal dan platform(LQ) ada satelite dish.maka sesetengah area tu ada la wireless wifi hihi(my room oso got wifi one!;))

facetime : utk videocall dgn syarat ada nya wifi

viber : macam facetime tapi phonecall biasa saja.oh sms pun boleh

skype : boleh call, videocall dan chatting!oh sangat suka

antara 3 ni skype yg paling stable la.kool sgt rasa macam nak pengsan.and the best thing is kesemua ini adalah free hihi.sapa tak suka menda free kan lol

kat kapal ni wifi cam siput.siput pun laju lg kot.so target nak duk LQ next week pasal next week baru ada katil kosong.wifi sana terbaek!

btw tadi saya skyping la pastu suma yg nampak cam konfius,

“aik ada line ka sini..”      …haha sbb kan i mcm ckp kat telefon ;p

okla nak sambung skyping with my dearest.taa:)

Location:tengah laut perairan bintulu

notsosweet september & kisah oktober

banyak betul peristiwa pahit manis yang terjadi sejak kali terakhir saya menulis dalam blog ni.semua benda yang signifikan dan sangat terkesan di hati…

pulang dari offshore KUJT-A(spt entri di bawah), saya menikmati masa yang indah berpuasa dan bersahur bersama suami,tahun ni tahun yg kedua, alhamdulillah 🙂

kemudian sambut aidilfitri di tampin, negeri sembilan kg belah mak. raya ketiga baru pulang ke baling. raya ke5 camtu balik taiping. salah satu memori terindah syawal kali ni adalah dapat belajar buat ketupat palas:) inshaallah raya tahun depan boleh la buat sendiri(fuh azam tak agak2)..

raya pertama in maroon

sejujurnya saya rasa sayu sangat bila beberapa hari nak sambut raya. semacam dapat rasa yang syawal kali ini adalah syawal yang sangat penuh dgn airmata. seminggu selepas cuti raya seruan offshore datang lagi. walaupun kena pergi seminggu je tapi rasa berat hati sangat (sebelum ni pergi 2 minggu setengah oke je).kira sejak minggu last ramadhan sampai la pergi offshore rasa semacam ada benda yg tak settle dalam hati ni..tak happy..

tentang ibu mertuaku, Allahyarhamah Norzakiah Ismail
masa kat offshore KAKG-A saya dapat berita yang ibu mertua saya dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.maklum saja kat atas kapal tu orang luar tak boleh call in.jadi tiap hari dekat 5 ke 10 kali saya call suami tanya khabar.saya ke offshore hari selasa, hari khamis ibu mertua masuk hospital.saya berkesempatan bercakap dgn dia.hari jumaat icu, hari sabtu suami saya email saya

“boleh tak sayang cuba balik awal sikit, thanks…

baca email tu terus saya termenung, masuk bilik dan menangis.tak sampai sejam, saya dah ada atas FCB(fast crew boat) dalam perjalanan balik ke darat.perjalanan selama 5jam tu sangat todak menenangkan – memikirkan suami yg keseorangan tiada saya di sisi, mengenangkan keadaan ibu mertua dan membayangkan perkara buruk yg mungkin terjadi sebab saya sorang je naik boat tu dgn 5 org anak kapal yg semuanya lelaki.memang pasrah je la apa2 jd terjun je la laut huhuh.sesampai kat darat, saya terus ke airport cari flight yg terawal.tapi memandangkan hari sabtu, semua flight penuh.masa tu juga la suami call menangis mengkhabarkan yg mak dah tenat.terduduk saya kat epot tu dgn coverall kuning dan beg2 yg diusung kesana ke mari.saya lost sgt.taktau nak buat apa…..berbalik kpd flight td,lepas buat beberapa phone calls, konfirm ada org tolong tukarkan route flight saya miri-kl sebab itu yg terawal utk saya sampai kl.jadi saya pulang ke hotel dulu utk bermalam.saya tak keruan malam tu.macam2 saya fikir.air mata asyik mengalir je.sampai mata dah bengkak.saya baca yasin beberapa kali.dalam jam 9pm tu saya sms suami saya mintak nak videocall dgn mak(masih di icu).alhamdulillah dapat videocall wp tak sampai 5minit.itulah kali terakhir saya melihat mak sebab tepat jam 12tghmalam, suami call mengatakan yang mak dah takde….i can still remember clearly that particular moment and it always give me goosebumps tiap kali teringat…saya menangis semahunya…rasa hopeless..rasa bersalah..sedih…rasa rindu tiba2 dekat mak….she’s the best mother in law one can have,seriously…saya tak tidur sampaila jam 5pg saya kena ke stesen bas utk ke miri memandangkan flight saya ke kl dari miri jam 11++ pg.sesampai di klia mak,abah dan angah dah tunggu utk terus ke baling, tempat mak dikebumikan.btw semasa jenazah dikebumi saya masih di atas bas otw ke miri…sampai baling dah isya’, kenduri tahlil.muka ni tak tahu nak sorok mana dgn sedara mara suami sebab the only menentu yg arwah ada tp tak hadir ketika arwah sakit dan menghembuskan nafas yg terakhir.only HE knows how guilty i was…but things happen..arwah pergi pada 17 syawal – that explains my sayu feelings since few days before syawal….allahualam

hari2 selepas tu terasa sangat kosong.hampir seminggu kami di kampung utk kenduri arwah dan menguruskan hal2 arwah.rumah arwah masih dalam reno lagi.tak sempat arwah nak merasa duduk di rumah yg luas sedikit.besar sungguh kuasa Allah…kami kemas2 rumah dan baju2 arwah.rasa sunyi tanpa arwah di rumah.now being the only woman in the house(my inlaw), i have to take care all house chores bila balik taiping…

tentang anak buahku yg ke3, ‘Uwais
tepat seminggu arwah meninggalkan kami, muhammad ‘uwais b aiman lahir ke dunia, anak abang saya yang ketiga.kelahiran baby yang sangat comel namun mengundang airmata kami kerana he’s an anencephaly baby – tiada tempurung kepala.saya dan suami dari taiping terus ke hospital melawat baby dan kakngah.the baby tak nangis.semua yang ada sayu melihatkan keadaan ‘uwais.

kami bersama baby ‘uwais dan abangnya, 2 hari sebelum diambilNya ;(

alhamdulillah ‘uwais sempat bersama keluarga kami selama 10hari pabila dia diambil Allah di pagi 13 okt.he was a miracle baby indeed to survive more than he supposed to (most anencephaly baby only survive up to a week only)…terima kasih kerana hadir dalam hidup kami muhammad ‘uwais…maklang love u so much…;(

tentang anak buahku yg ke4, Najwa Izzah
latest addition, first niece on the block yo!anak kepada kaklong yang lahir pada 8okt, 5 hari selepas baby ‘uwais lahir.such a beautiful baby.dan comel.dan kecik.dan.suka tidur.boleh tak tiap kali jumpa dia mesti tgh tidur

kalau angkat ke buat apa ke dia tetap taknak bangun.buatla bising macamana pun dia tidoq ja.hehehe..so cute and sooo babyyyy 😉

keluarga mertua turun kl dan majlis graduasi Asraf
tok,tokwan,keluarga pakteh,keluarga pakdin dan keluarga suami datang ke rumah hari khamis 7okt sampaila ahad 10okt.memang puas hati la.depa turun kl utk menghadiri majlis graduasi asraf, adik iparku di UMP pahang.alhamdulillah wp rumah sempit bolehla nak muat dkt 15org tuh.tidur lambak pun lambak la kan.paling best, masak apa pun licinnn.biskut raya semua habis.bayangkan sebelum ke offshore tu dah isi siap2 balang biskut raya utk org datang beraya.tapi disebabkan macam2 peristiwa(yang Allah lebih tahu setiap perancangan) yang berlaku, tak sempat nak duduk rumah dan ajak orang datang beraya.sudahnya orang nun jauh di utara yang menghabiskan biskut2 tu alhamdulillah 🙂

tahniah buat Asraf.sudah tentu bercampur baur perasaan dia-hepi sebab dah graduate tapi sedih kerana mak tersayang tak sempat bersama2 meraikan hari bersejarah tu.haih sedih bila bayangkan…lebih2 lagi bila baca post2 yg Asraf tulis kat wall fb arwah mak beberapa hari lepas majlis graduasi tu…

dalam pada berat hati saya utk pergi offshore lg, saya tidak dapat menolak utk pergi lagi.dan disinilah saya, bintulu, esok pagi akan naik bot lagi utk ke KAKG-A….ya allah permudahkanlah urusanku dan urusan kaum keluargaku yg ku tinggalkan amiiin…

cuaca buruk melanda

sudah beberapa hari begini

sampai satu tahap kapal perlu berada beberapa ratus meter dari platform

tidur pun dalam buaian jikalau anda semua faham

kadang buaian tu boleh jadi seganas mungkin sampai semua benda atas meja bergolek jatuh nasib tak jatuh katil huu

hmm


pandangan dari kapal.beberapa minit lepas tu kapal menjauhi platform lebih kurang 100m kerana dikhuatiri kapal akan langgar platform

moga esok sang mentari kan kembali menyinar.amin 🙂

berita dari laut

uhuk uhuk (terbatuk dek sawang blog sendiri.hoho)
adeh banyak sebenanya nak diupdate tapi penyakit malas tu suka je datang mengganggu.draft entry pun ada 2-3 tp tak publish2 lg hoho.haa btw aritu kat epot beli buku kite runner(thx yg memberi suggestion) dan time traveler’s wife.tak sabar nak habiskan buku2 tuh he he
– – –
alhamdulillah dah hampir seminggu dah pun menetap dalam kapal bernama Petra Sovereign ni.so far masih bertahan.mabuk pun dah kurang.kata orang atas ni sebab badan dah immune.kapal masih goyang tapi sebab dah lama sangat duk goyang sampai sekarang ni goyang pun tak rasa ahaha..

berikut adalah rutin selama berada di sini,

0500 – bangun pagi, mandi dan solat subuh
0600 – toolbox meeting bersama para kontraktor,marine dan catering
0615 – sarapan dan permit approval
0645 – cek/send email progress to office team
0800 – wat keje yakni sunbathing sikit2 (mujur electrical banyak dlm bilik maka adalah suka)
1130 – makan tengahari/zuhur/qailullah ;p
1400 – sambung keje
1800 – makan malam
2000 – daily progress meeting
2100 – supper/sambung miting kat galley (haha) sambil makan ikan bakar tangkapan en kontraktor
2230 – biasanya dah tido (kadang2 lambat gak tido sebab semua duk kat ofis csr pastu tau2 dah kul 11 huu)

begitulah.serius keje kat sini memang tak hectic banding dengan platform lagi satu yang ada LQ tuh.mungkin sebab aktiviti commissioning belum start.rabu depan baru mula full swing.itulah tempoh yang paling menarik sebab vendor2 datang dan bolehla menyedut ilmu dari mereka lol.sekarang tengah preparation dan depreservation barang2 sebab platform ni dah belayar sejak tahun lepas lagi.lama kena tinggal..
doakan semoga semua berjalan lancar dan i dapat pulang berpuasa di rumah bersama suami dan family tercinta,amin!dejavu lak rasa sebab tahun lepas pun sempat puasa kat laut juge(malas nak link dengan entri dulu he he.sila cari kalau berminat;p tak minat takpe diam2 sudey~).dgr cite tgh bulan 8 ada lagi satu team nak ganti kami.yippie!

btw kat sini astro putus2, tv dikonker oleh masyarakat lelaki,fb kena block,internet ada tapi hanya ada 2pc yang dikongsi oleh semua orang.nasib baik team projek best2.makan pun 6x-sehari-mmg-konfem-naik-lg-brp-kilo-ntah,so kira compensate la ek huuuu

oke la balik darat nanti update lg yek(kunun).selamat bekerja dan bekerja dengan selamat ;p

persimpangan dilema

saya menawarkan diri untuk C tapi saya diberi A dan B
jadi saya terima sahaja A dan B, alhamdulillah 😉

(sambil masih meleleh ayaq lioq tgk C)

mungkinkah dengan menerima A dan B saya akan dapat C juga?

kita tunggu dan lihat

*ketap bibir*

this and that

fuh lama tak jenguk blog.banyak pulak komen2 spam wujud yg datang tah dari mana haha

apepun, mari kita semak carta(sebut carta banyak2 kali rasa cam pelik kan?kan?) bulan feb,

 ACD

alhamdulillah i did better than the last time. tho frankly i regretted that i did that great.u know, the feeling of going to fly freely without the senior anymore.what do u expect.when u already acrossed the border, u r no longer e1 and everything will be different.am not sure whether am such a drama or what but it really2 makes me wonder.tak puas lagi cakap ‘saya tak tahu,nanti saya cek dgn senior’.ok to tell u the truth, i was among who was offered for an early reassessment this coming June-Aug to close all my gaps and yeah naik e2.but i keep on planning to not close all and leave few so that i can have another one pleasant year as e1.haha.yeah me not mentally ready for this..even husben dah penat brainwash huhu.sorry,still not ready just yet.huhuuu

WHAT DOESN’T KILL YOU MAKES YOU STRONGER

  1. a week before the assessment i just figured out that my nightmare almost 5 yrs ago is now back and ‘kicking’.yeah the tumor.but the doctor at the clinic mention something about endometriocyst coz i told her about my period pain and all.i was given a referral letter to meet gynae at prince court.since the acd was just a week away so i decided to fix the appointment date after the assessment huhu
  2. and so,being the curious yours truly, i googled about the thingy and before i get the explanation by the doctor, i already have the whole picture ie whats the worst case, what kind of surgery, how it happens etc etc.i even told my better half about it from a to z nak make sure he really understand why so and so.i rasa i dah jadi gynae dah time tu explain kat my hubby macam dia yg patient.haha
  3. so yeah few days after the acd i met the gynae, dr tan. she asked about my surgery back in 2005 and i told her everything ie 13cm ovarian cyst, anemic, thalasemic carrier, period pain, took ponstan during period,trying to get pregnant etc.she said that i have a ‘fantastic’ history.haha.well then she did ultrasound,pap smear and blood test on me.so yeah the tumor is back.now with 5cm size!surprisingly i was relatively soo calm, well compare dengan drama menangis masa 13cm dulu.huhu
  4. she diagnosed me and yeah bulls eye, sebijik macam yang i google seminggu sebelum tu.weird, i was like “ha,kann betul..” sambil pandang hasben saya.hepi sebab selfdiagnose sama macam doctor.lol.i told dr tan that i took ponstan only once then was afraid of the side effect.then she asked me, so apa yang u tak takut.n i said surgery!!mesti doc tu rasa i kurang siuman(wow lama tak guna perkataan ni).tapi siyes cakap,takda perasaan yang lebih lega selain perasaan lepas surgery.walopon sakit.huhu.oh eniwei when i answered that (without consulting my husband), she ckp emm i guess i give u few days to think over then next week u tell me your decision.actually my plan was to have the surgery the very next day coz i just want to get overwith.tapi suami i ckp, “takpelah.kita blk fikir dulu.cite kat mak n abah”.then i agreed.haha.tak nyempat2
  5. so we discussed.we actually planned a trip this coming march.flight booked back in oct.so we have to wait after the trip sebab if i go for surgery in feb, we might have to forget the trip and flight tix burnt.so the surgery will be in mid march, a week after we’re back from the trip,inshaallah.

THE TRIP

its going to be in early march.we named it 2nd honeymoon/early anniv celebration.ok ngada2.full stop haha

NEW ANAK BUAHS

see the plurals?yeah my kaklong and kakngah both pregnant!kakngah nya due date a week earlier than kaklong’s.happy for em.diorang ajak join the club but i said,”inshaallah doakan”.jawapan stended hehe

so that’s about it, the highlights of my February.nothing much pun.n am so looking forward to march..the trip,the anniversary and the surgery.wah rhyme.. 😛

 ya allah apdet macam hape.here and there better stop now.ok sekian

hari ini

pagi

draft entri

tengahari

luahan perasaan

petang

checklist

btw tarikh keramat itu adalah pada 9 hingga 16hb sept ni

err paham ke?

so boleh agak tak tona warna kulit saya di hari raya yang mulia.ngeh2.takpela,walau dayang senandung sekali pun, janji saya mau beraya dengan keluarga dan bersalaman nangis2 dengan suami buat kali pertama.inshaallah.doakan ye!mekasseyh:)

laut oh laut

minggu lepas buat pertama kali nya dalam hidup saya tinggal di laut.selama ni daytrip je.pernah beberapa kali  berhajat untuk tinggal di laut tapi tiap kali mesti disuruh pulang ie cuaca buruk,tiada bilik kosong dsbg.iye,memang bagi orang lain sesyarikat kira tak heran sebab offshore adalah ofis kedua mereka 😛

mari kita lihat apa yang telah saya alami dan pelajari sepanjang berada di sana.not technically or electrically la of course kan heh

putra andika II - the crew boat

putra andika II adalah bot yang membawa saya dan team ke platform.perjalanan dari shin yang wharf di miri ke platform mengambil masa kurang lebih 3 jam.laut dan ombak sangat baik kali ini.tapi saya tetap menutupkan mata.takut2 termuntah kepeningan T_T

the room

did i tell you that i was the only girl out of hundreds on board?sepatutnya ada lagi 2 orang dari pejabat miri.akan tetapi(pergh) mereka ada urusan lain.saya pun dah buat arrangement maka nak kensel pun tak boleh.redah saja.sorang pun sorang lah.ada 4 dorm dan setiap dorm ada lorong kecil untuk ke bilik2.malangnya bilik saya terletak di dorm yang berlainan dengan teammate lelaki saya.tapi,redah saja ye kawan2.jadi ini adalah bilik untuk saya.he he.alhamdulillah ada LOCK.ye LOCK adalah sangat penting agar bilik tidak diterjah malam2 nauzubillah.dalam tu ada katil double decker,sinki,almari,ruang kecil untuk solat dan…

shared toilet

ye,toilet yang dikongsi dengan orang bilik sebelah sana.ada 2 pintu lah kira.merasalah kongsi tandas dan bilik mandi dengan kaum adam ye kawan2.tiap kali saya masuk saya seboleh mungkin tidak bersuara walaupun berdehem sebab khuatir orang sebelah tau mereka berkongsi tandas dengan perempuan.bahaya.ngeh.tapi ada satu pagi tu saya baru masuk lepastu tak sempat kunci pntu sebelah bilik lelaki,orang tu dia bukak ok pintu tu.saya menggelabah dan cakap “opps..” sambil mengnolak pintu dan kunci dari dalam.tapi saya terlupa untuk membuat suara seperti lelaki T_T.tapi jangan risau.wp mereka tau saya tengah mandi mereka tak kacau saya.he he[masa tu Allah saja yang tau betapa berderau darah saya]

the workover barge - view from my dorm

haaa.ini lah workover barge.namanya Ocean 6.ala2 adik kepada Ocean 11 dan Ocean 13.heh.workover barge ini adalah di bawah kontrak drilling team untuk menjalankan aktiviti fishing.sila google untuk mendapatkan maksud fishing dalam arena drilling.saya adalah takut untuk mengexplain kerana khuatir akan memberi ajaran sesat kepada kawan2 😛 ada satu pagi cuaca buruk/hujan lebat dari jam 4pagi.saya terus terbangun dari tidur kerana bilik bergoyang2.pening oh.mandi dan solat pun kena sambil2 seimbangkan badan kerana takut terjatuh.hu hu.cuaca kembali reda jam 9pagi alhamdulillah 🙂

barge-gangway-platform

nampak tak ala2 jambatan pastu ada gap sikit tu.haa jambatan tu dinamakan gangway.untuk cross dari barge ke platform.masa air pasang oke.sebab jambatan tu bersambung.tapi bila air surut,satu akan ada kat bawah,satu lagi kat atas.makanya,kena swing menggunakan rope.swing baby swing katanya.bawah tu pulak ada jaring kot2 masa swing tu anda tergelincir dan jatuh jadi tidaklah anda terus jatuh ke laut.cara nak menaikkan orang yang jatuh di jaring naik kembali ke barge tidak pulak saya pelajari.nauzubillah.oh dan lagi satu,kalau nak melintas,kena pakai lifejacket sebagai langkah berhati2.dah sampai platform,lifejacket itu bolehla ditanggal dan buatlah kerja seperti biasa 🙂

see the workover barge? :)

ni pandangan dari jauh.sebelah kiri adalah workover barge.dan kanan adalah platform minyak yang inshaallah akan berhasil lepas raya.sekarang adalah kerja2 hook up sebelum minyak dapat diflow dari telaga minyak dan seterusnya di proses dan diexport dan syarikat untung dan kami pun gembira.amiiiin 🙂

sekian coretan kali ini.pengalaman yang tidak dapat dilupakan,oh jangan risau kalau anda seorang perempuan.in this industry,guys dont bite(not sure of other scenario tho).malah mereka lebih hormat dan akan jaga anda.terutama kalau mereka tahu anda disana berseorangan.percayalah 🙂

tulang dah empuk kot.kena sambung memasak.ha ha

selamat berbuka puasa semua!