8 Tips Traveling Alone with Toddler

Abaikanlah ye tajuk mat saleh tu sebab taktau term apa dalam bahasa melayu. Cemteww.

Sebetulnya memang tak pernah terbang berdua dengan ‘Aaqil. Jadi bila suami tersayang kata tak jadi ikut kami balik Malaysia sebab last minute tiket habis, fuh memang berpeluh-peluh jugak lah. Dua sebab ku saspen adalah,

1. Long journey/flights (total of almost 15hrs journey incl transit)
2. Bukan direct flight ASB-KUL. Tapi ada transit Bangkok. Kena faham selok belok airport, transfer luggage, transit counter blabla

Maka,

Continue reading

Ashgabat 2014/2015 – Down Memory Lane

Ok as most of you know, we visited Ashgabat during year end holidays. So much fun. Kami memang plan 2 minggu cuti akhir tahun (xmas – new yr) tapi asalnya taktau nak pergi mana. So what I did was I gave my husband proposal of places to go. Ada 4 ke 5 option tak silap. Very high level schedule lah. Nak tengok budget. Maka salah satu option itu dipilih dan alhamdulillah MEMANG TERBAIKKKK.

Basically itinerary trip kami berpandukan ini;

3 malam di Ashbagat
3 malam di Abu Dhabi
3 malam di Dubai
3 malam di Ashgabat

Continue reading

7 Tips Parenting Yang Saya Suka

Its 20’th Jan again! Happy 3rd Birthday anak ummi sayanggggg <3IMG_4788May Allah showers you with his love and eternal blessings. Bagi saya, ‘Aaqil ni mudah nak dijaga. Ada la beberapa time yang ya allah geramnyaaaaa. Tapi saya ambil tu sebagai cara Allah ‘sampaikan’ pahala kepada saya (dan mereka disekeliling dia ahaks). Sempena memasuki tahun ke-4 sebagai ibubapa, ada beberapa poin dari artikel parenting(secara random) yang saya nak share dan boleh dijadikan panduan (selain dari from my mom ofkos) untuk  saya terapkan-tapi-kadang2-emosi-menjadikanku-ngelat;

Continue reading

Teknik ‘Brainwash’ Anak

Gitu tajuk taknak kalah lol. Silalah baca sampai habis ye ;p

Paling saspen lepas ada anak adalah bila kena travel outstation. Alhamdulillah the first 2 oustations urusan membawa ‘Aaqil bersama dipermudahkan.

Yang pertama pergi ke Labuan seminggu (link). Masa ni umur baru 5bln gitu.
Kali kedua ada offshore site visit di Miri. Bulan Mac lepas. Nasib baik daytrip je ke offshore. Bolehlah nak bawak ‘Aaqil sekali. Kalau bermalam kat laut memang tak dapat la kan huhu.
Bawak ‘Aaqil sebab masa tu dia masih fully breastfeed. Tq makndak ikut and tolong babysit ‘Aaqil 🙂

Continue reading

Big Boy ‘Aaqil

Kejap je ‘Aaqil dah pun 2y7m. Rasa macam baru je habis pantang hehe. Sekarang ‘Aaqil dah makin panjang akal. Macam-macam idea dia. Vocab pun dah banyak. Alhamdulillah.

1. Favourite dia adalah transports dan binatang. Lorry, tow-truck, train, bus, car, tractor, basikal, motorsikal, bomba/firetruck etc. Semua tu memang dia kenal dan akan menjerit bila nampak dlm tv atau kalau dlm keta hhee

2. Kartun. ‘Aaqil tak berapa tgk tv sangat. Tapi sekarang ni dia minat Frozen, Thomas&Friends, Chuggington dan ofkos UpinIpin. Ni semua tgk kat iPad je lah. Limit sejam seminggu je maksimum iskk

3. Suka menari dan menyanyi alahai. ikankekek mak iloi iloi, nenek si bongkok tua, letchum uh lala, gummybear(hafal ni step menari) etc. Lepastu suka compose lagu sendiri. Macam certain words tu nanti dia akan jadikan lagu ikut suka dia. Contohnya aritu dia duk main car dia kacau laluan toknyang(my atok) dia nak lalu. So my mom cakapla, ‘Aaqil tepi sikit toknyang nak lalu… Lepastu dia nyanyi “toknyang lalu toknyang lalu” kah kah. Sampai ke hari ni konsisten je kalau tanye dia camne lagu toknyang? Nanti dia nyanyi la lagu tadi hahhaa

4. Vocab dah banyak. Infact dah boleh buat ayat lengkap kadang2 tu (4-5words in one sentence). Antara ‘bahasa’ dia,
– susu ticer : susu yang diletakkan dlm botol biru bwk pi skool
– ‘aaqil punye : dia nak dia punya sendiri. taknak kongsi
– nak air besar, nak peluk besar : nak air banyak, nak peluk kuat2
– nak angkat tangan : nak mandi, bukak baju
– nak bomba : kalau tgh baring dia sebut ni, maknanya dia suruh ummi cerita pasal bomba T_T
– nak air yellow : nak air oren
– nak susu mouse : nak airkotak freshmilk ada gambar mickey mouse
– nak lukis : nak pen
– nak basah : nak kuah banyak2
– nak pintu : nak lalu
– tapi…tapi : tepi…tepi
– nak garu garu : mintak gaulkan nasi dia
– nak horse : nak naik mainan kat mall yang masuk duit syiling tuh

Mungkin bulan depan dah takde dah term2 macamni hihi

5. Boleh terima arahan dan buat. Kena cakap dgn dia slow2, step by step dan kemudian hi-5. Katalah nak pujuk dia mandi sebelum makan, kena cerita kat dia…aaqil buka baju, mandi, bubuh sabun, pakai baju thomas, pastu boleh makan ok? High% ummi! Kalau dia taknak dia akan cakap taknak. Tapi kalau pujukan berjaya dia akan hi-5. Senang ummi atau sesiapa nak kowtim n faham heheh

6. Suka main car merah dia. Tapi stail dia adalah kena make sure ada halangan. Seperti baju yg belum dilipat. baju yang telah dilipat, toys dia. Kalau orang clearkan jalan dia, nnt dia marah. Sebab dia nak lenyek benda2 tu T_T

7. Nak buat semua benda sendiri. Ambil pinggan, cedok nasi dan lauk (termasuk sambal), suap sendiri, tuang air, angkat pinggan bawak ke dapur, buang sisa mknn dlm tong sampah dan letak pinggan dalam sink. Hai la anak ummiii

8. Dah boleh kira 1-10 both english and malay. Good job!

9. Sejak umur ‘Aaqil 2 tahun aritu mata ‘Aaqil macam ada squint sikit. We went for several specialist appointments on his condition. It turns out it is not ‘lazy eye’. Tapi nama simptomnya adalah moderate exotropia. Dia jadi kadang-kadang je bila dia penat atau ngantuk atau tgh fokus berfikir. Mata dia lari sikit. Punca disebabkan muscle mata lemah sikit. Mata kanan je. So back in May we went to meet Dr Azura at PCMC, the ophtamologyst. Then she referred us to Ms Sherene at Sunway MC who’ll measure his ‘squintness’. Kira macam further lagi lah. So we’ll have few more appointments with these ladies before we can finally undergo surgery (if required – depends on his progress). Moga Allah kurniakan yg terbaik utk anak ummi cayang 🙂

Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian dariNya 🙂

photo

‘Aaqil dan cousinnya Izzah, teman rebut toys dan teman gaduh hihi

Aktiviti ‘Aaqil di Daycare

Seronok tau dengar aktiviti daycare ‘Aaqil sekarang. Tiap minggu ada tema. So far ada tema pejabat pos, polis, bomba, dentist/gigi, dan minggu ni tema ikan!

So tiap minggu ticer akan bagi tengok video berkaitan tema ni. Lepastu salah satu hari akan ada lawatan luar (field trip) ke tempat berkaitan.
Contohnya,

BOMBA
‘Aaqil balik rumah cite kat ummi bomba itu bomba ini. Dengan bahasa dia la kan. Tapi boleh faham la sebutir2. “Ummi…bomba…terbakar..api…wuuusshhhh” bunyi air nak padamkan api siap gaya2 lagi hahaha. Lepastu hari Rabu ticer dah siap2 remind parents untuk pakaikan anak2 gym wear sebab nak keluar pi Balai Bomba! photo 1Yes, at less than 3yrs old okayyy. Haha ummi sampai ke umoq sekarang tak pernah jejak balai bomba. So balik dari trip tu lagi lah dia semangat cerita. Now one of the bedtime stories dia adalah BOMBA. Sekarang pantang nampak firetruck dia akan alert dan buat bunyi nenoneno lagi hihi

PEJABAT POS
‘Aaqil ‘tuliskan’ ummi dan walid kad raya lepastu ticer bawak budak2 ni pegi post office ramai2 dan mereka pos sendiri kad tu. Letak stem etc. Few days lepastu kad sampai. Terharu ummi. Hihiphoto 2

FISH
Ni minggu ni punya tema. Best je tgk gambar yang ticer dia bagi ni. Semua kena pegang dan belek ikan-ikan mentah ni. Lepastu ticer kata ticer basuh ikan dan goreng makan sama2. Alololo. Ticer kata ‘Aaqil je yang berani pegang ikan. Budak lain takut2 sikit. Balik rumah suruh ummi nyanyi lagu ikan. Bila tanya ticer lagu apa dia mintak ni. Rupanya lagu ikan kekek mak iloi iloi. Haha bila ummi nyanyi baru dia ikut iloi iloi. haha.

Kelmarin pegi akuarium kat nearby utk tgk live fish.photo 2 photo 3photo 4photo 5

Ummi dengar pun seronok. Dulu takde aktiviti macamni. Tapi sejak owner tadika ni balik Shah Alam dia dah rombak silibus dan buat aktiviti macamni. Dengan yuran yang half daripada montessori terkenal di Malaysia, so far sangat2 berpuas hati alhamdulillah. Walaupun dulu kami (baca : suami) pernah frust sebab takdapat tempat montessori terkenal tersebut, mungkin sebab nak berjodoh dengan daycare Little Ones ni kot. Alhamdulillah…

‘Aaqil pun dah nampak perubahan dari pemalu dan clingy dengan ummi kepada seorang kanak-kanak yang sangat aktif, petah dan berani. Moga Allah memberi ganjaran yang setimpal dan kesabaran kepada ticer ‘Aaqil dalam menjaga anak ummi ni sepanjang ummi bekerja di ofis. THANK YOU TEACHERS.

Amiiin

‘Aaqil Putus Susu, Akhirnya!

Alhamdulillah akhirnya tamat episod menyusukan ‘Aaqil yang kini berusia hampir 2 tahun setengah. Haaa lambatkan putus susu. Memang agak sukar sebenarnya. Sukar bagi saya, sukar bagi ‘Aaqil…

Apa yang membuatkan saya nekad nak wean ‘Aaqil adalah sebab dia dah mula kuat mengempeng dari sebelum ni. Dulu at least bila mata dah lelap tu dia akan stop. Tapi sekarang taknak lepas2. Malah kalau saya masukkan jari sebab nak bagi dia ‘lepas’kan saya makin kuat dia gigit!! Dah la gigi taring dia tajam. Kadang2 sampai nangis saya dibuatnya… Lagi satu faktor adalah sebab dia dah besar. Cukup besar untuk faham apa itu MALU. So saya nekad untuk wean disebabkan faktor ini. Saya tak la sesayu masa awal-awal dia cecah 2 tahun dulu hihi

Strategi? Saya gunakan limau nipis. Mujarab sangat sampai dia cakap uwekkk pastu termenung panjang. Haha. Mungkin sebab pelik kenapa masam sangat. Sekali tu je lepastu terus dia dah taknak dah sebab masih teringat rasa masam tu. Saya akan ingat tarikh ini, 29 Jun 2014 , bersamaan 1 Ramadhan 1435H sebagai tarikh bersejarah saya berjaya wean ‘Aaqil. Ya, bagi saya ia satu pencapaian seorang ummi. Alhamdulillah Allah beri keizinan 🙂

Bunyi macam mudahkan? Oh silalah baca post-wean withdrawal Muhammad ‘Aaqil iskkk. Malam pertama tanpa susu ummi adalah sangat horrorrrr. ‘Aaqil dah taktau nak lelap sendiri tanpa mengempeng. Untuk pengetahuan semua, sejak saya bercuti tanpa gaji, ‘Aaqil dah tak minum botol sebab dia minum memang directfeed dengan saya. Kalaupun dia minum freshmilk dia akan minum melalui botol berstraw. Kami cuba nak introduce semula botol berputing masa saya kembali bekerja Januari lepas tapi gagal. Sebab dia kekok.

Jadi bayangkanlah malam-malam dia takleh minum botol. So malam first tu memang dia tak keruan. Dia tau dia taknak susu ummi. Ummi pun kena strong takleh menyerah kalah dengan kesayuan dia. Dia mintak lori, milo, vitagen, air kosong, traktor, macam-macam…Saya turun dekat 10x duk amik barang yang dia mintak. Baring kul 11pm kul 2pagi tak tidur lagi buat request pelik2 diselang seli dengan rengekan. isk. Rutin ni berulang setiap malam selama hampir seminggu. Ada beberapa malam ‘Aaqil terpaksa tidur dengan mak abah sebab nak bagi saya tidur sbb esoknya kerja…

Seminggu lepas tu, weekend, saya nak bagi ‘Aaqil tidur petang. ‘Aaqil ‘ajar’ saya step by step macamana nak tidurkan dia macam ticer dia kat skool tidurkan dia! Subhanallah, amaze sgt. Dia mintak ‘susu ticer’ maksudnya freshmilk dalam botol straw yg dibawa ke skool dia. Dia baring mengiring dan minum lepastu mintak ummi peluk. Tepuk sampai tidur. Memang menjadi! Cuma sekarang ni kena tambah dengan ‘bedtime story’ sebelum dia betul-betul lena. Alhamdulillah. Lepas ni ummi kena kumpul dan hafal banyak2 bedtime story. Bila ‘Aaqil dah fasih cakap nanti boleh ajar doa dan surah ringkas inshaallah… Sekarang ni ‘Aaqil dah kurang bangun tgh malam. Kalau bangun pun, bila tepuk dia akan lelap balik.

Withdrawal untuk saya pulak dah tentu saya sedih dan stres awal-awal tu. Hampir giveup sebab penat layan permintaan dia sebelum tidur. Semua serba tak kena. Letih pun sama sebab tak cukup tidur. Jadi zombie pegi ofis. Lagi-lagi bulan puasa, kalau tidur kul 2pg bgn kul 5 nak sahur berapa jam je dapat tidur. Engorge is another thing. Lasts for almost a week. Sampai leaking2 susu. Bengkak yg sakit macam zaman berpantang dulu huhu. Lepas seminggu dah ok…

Whatever it is, I will treasure every moment of breastfeeding. Dan saya berdoa agar saya dikurniakan peluang lagi untuk menyusukan anak-anak saya selepas ini, amin.

Tips tambah selera anak!

Saya masih ingat lagi masa ‘Aaqil 6 ke 11 bulan dia sangat-sangat suka makan. Bila dia suka makan, kita pun seronok nak buat food dia, apatah lagi nak menyuap dia makan. Memang best sangat! Ye lah being the first time mom, saya memang ikut buku (by the book) hihi. Saya ikut 4 days rule masa awal-awal perkenalkan makanan solid untuk ‘Aaqil. Epal, avocado, labu, pisang, etc lepastu mix and match.

hari pertama introduce solid

hari pertama introduce solid

Masuk 5 bulan saya campurkan dengan rolled oat, nasi dan seangkatan. Kemudian baru perkenalkan protein seperti ayam, ikanbilis, ikan. Makanan seperti seafood, telur dan yang berpotensi beri alahan saya lambatkan dulu. Bila ‘Aaqil dah masuk umur 10 ke 11 bulan baru saya mula beri dia dalam kuantiti yang sedikit. Kalau ok takde naik alergi dan eczema baru saya teruskan beri. Alhamdulillah ‘Aaqil takde alahan sampai sekarang…

seronok bagi dia makan. happppy je :)

seronok bagi dia makan. happppy je 🙂

Bila umur dia masuk setahun, dia dah pandai mengunyah jadi saya stopkan bagi porridge. Kami cuba beri dia makan nasi dan lauk dengan saiz kecil tapi dia tak berapa nak. Saya rasa down kejap sebab selama ni kan dia makan banyak, tiba-tiba dia slow down. Badan pun makin susut dan jarang buang air besar. Yelah sebab takde solid pun nak hasilkan ta*ik. Mujur masa tu saya memang dah mula cuti tanpa gaji jadi kalau sakit pun takpe saya memang ada 24 jam dengan dia. Cuma ye lah ibubapa mana yang tak risau kan. Tapi saya faham inilah growth spurt namanya. Anak dah nak membesar. Petanda dia bukan lagi bayi yang kena makan bubur. Jadi saya kena bijak bermain dengan menu agar dia nak makan. Alhamdulillah lama-lama dia dah boleh terima makanan seperti kami makan. Tetapi sangat memilih. Kalau nasi berlaukkan kicap dan telur dia memang makan banyak. Bagi saya takpelah..asalkan dia makan. Hinggalah ada sorang kawan tegur kata tak elok bagi kicap selalu sangat sebab kan kicap tu makanan yg diperam. Saya tukar strategi pulak. Dah tak bagi makan kicap tapi bagi nasi goreng telur atau nasi yg ada perisa spt nasi ayam, nasi lemak. Sikit-sikit saya tak allow kicap melainkan kami memang makan lauk kicap ayam atau kicap daging memang takleh elak la kan. Lepas tu dia makan apa lauk yang kami makan. Ikan pun dia suka.

Masuk umur dia setahun setengah, saya mula beri ‘Aaqil freshmilk dan tambahkan 1 sudu kecil Mealshakes. Alhamdulillah dia tak menolak. Malah nak tolong saya bancuh lagi alahai so sweet. Sebagai permulaan saya beri 2 hari sekali sahaja. Memang nampak perubahan pada selera makan dia. Asik ajak ummi pergi dapur. Makan pun bertambah-tambah.

20140528-135549-50149940.jpg
Bezanya kali ni saya dah tak berapa risau dia tak makan sayur dan protein kerana saya tau Mealshakes dapat membantu menampung kekurangan zat dlm menu ‘Aaqil. Bila makan banyak, alhamdulillah berak pun setiap hari WITHOUT FAIL! Tahu tak bila anak berak tu salah satu kegembiraan dan kebahagiaan buat ibubapa. Mealshakes ni antara kebaikannya adalah ia mempunyai fibre atau serat yang membantu melancarkan pencernaan kanak-kanak. Takdelah sembelit atau najis keras. Kalau sukar nak membuang, dikhuatiri celah punggung anak akan melecet dan semakin sukar untuk membuang di sesi seterusnya. Kita yang tengok ni pun kesian huuu..

MEALSHAKES membantu anak saya!

MEALSHAKES membantu tingkatkan selera anak saya!

Jadi bagi saya Mealshakes sangat membantu anak saya baik dari segi pemakanan mahupun pembuangan air besar setiap hari 🙂

Saya simpulkan perkara yang sangat merunsingkan ibubapa adalah apabila anak,
1. Tidak lalu makan
2. Makan tetapi memilih
3. Hanya makan nasi dan kuah tanpa lauk dan sayur
4. Makan junkfood
5. Sukar untuk buang air besar/ kurang kerap
6. Sering jatuh sakit

Anda harus tahu yang 6 perkara ini berkait. Bila anak tak lalu makan, kurang solid atau serat dalam badan yang membantu menghasilkan najis. Bila tidak buang air besar setiap hari, najis/toksik terkumpul dalam usus/badan yang memudahkan anak-anak jatuh sakit. Kurang zat seperti protein dan karbohidrat juga punca permasalahan anak sering jatuh sakit dan tidak aktif.

Mari berikan anak-anak kita Mealshakes sebagai makanan tambahan mereka. BUKAN tak perlu makan langsung ya. Tetapi agar selera mereka bertambah dan seterusnya membesar dengan sihat dan aktif! Hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

europe trip – Paris (Eurostar & Eiffel)

Tak tahu nak kategorikan ni entri throwback atau lapuk atau basi. Tapi yang pastinya dah hampir 8 bulan berlalu peristiwa ini. Baru nak diupdate.. Moga masih segar dalam ingatan cewah

Balik dari jalan kat Euston ke Paddington tu sebenarnya singgah Oxford Street cari souvenir sikit-sikit. Oh I also bought a pair of snow boot kat Primark just in case Ashgabat snowing masa winter lagi beberapa bulan (masa tu). Ramai sangat pak dan mak arab kat Primark bersusun paperbag sakan shopping malam raya haji katanya ;p Ye esoknya tu raya haji sure keluarga di tanah air bizi memasak rending ketupat hihi

Malam tu dalam kesibukan packing BOLEH TAK TERNAMPAK ADA TIKUS KAT APARTMENT TU. Euwww sangat. Ku melompat atas katil. Masa tu suami dan anak dah lena dibuai mimpi. Terus kejut suami suruh tangkap tikus tu. Tak boleh blah betul tengah kota London berperang dengan tikus tskk. Tapi tak jumpa pun. Sudahnya packing ala-ala main sumbat2 lepastu suami tolong sambung esok paginya. Adoila

Esok paginya kami keluar sesudah subuh dah keluar. Tinggalkan kunci kat dalam apartmen je nanti tuan dia mai amik. Memang drama gak la sebab berkejar kendong anak dengan luggage besar 2 biji. Kami ambil tren dari Kings Cross station untuk ke Bandar PARIS. Masa tu siap cakap kat suami “yang ni la tempat Khalil dan lea soraya tu jumpa”… Ye cerita cinta jangan pergi uols kahkah. Suami layankan je ku nak tangkap gambar bagai. Oh kami juga pulangkan balik Oyster card (yang macam TouchandGo) tu untuk dapat refund.

P1030014

Bila sampai kat boarding gate tu rupanya tren dah nak jalan! Kira kitorang yang last naik. Phew. Memang kitorang naik je terus tren tu jalan. Adoyai… Harga tiket Eurostar London-Paris adalah EUR112/adult. ‘Aaqil takde seat so duduk atas pangku je.P1030019P1030021P1030028P1030030

Perjalanan patutnya ambil masa 2 jam lebih. Tapi ada masalah teknikal  jadi hampir 3 jam. Dah risau sebab takut Dan, owner apartment kat Paris tu lama tunggu kitorang…

Arrival kat Paris Nord. Oh orang perancis sangat sombong sebab masa kitorang baru sampai nak naik metro ke Montmartre tu beg kitorang tersekat kat gatepass dekat 15mins. Ramai yang lalu lalang, pandang pun tidak even kitorang dah excuse me excuse me. Phew. Last2 ada seorang lelaki budiman ni tolong kitorang. Tu pun tak faham English dan cakap French huhu.

Oh tentang apartmen. Hanya beberapa stesen je dari Paris Nord. Area Montmartre. Dari metro tu jalan kaki tak sampai 2 minit pun. Memang best sangat2. Kami book melalui airbnb.com. Dia ala-ala homestay la. Dan yang bestnya kami adalah orang yang pertama duk sini woooot. So layanan memang tiptop la. Siap ada complementary beverages. It’s a one bedroom apartment. Sangat cozy dan cantik! Jauh beza dengan apartmen kat London hehe. Serba serbi ada kat rumah ni rasa macam taknak keluar jalan-jalan. Kedai runcit pun berdepan je jadi senang nak beli roti ke air ke 🙂P1030032

Disebabkan masalah train tu, kami smpai apartmen lewat sejam kalau tak silap. Penat tuan rumah tunggu. Oh owner sangat baik. Terus terlupa peristiwa pahit di metro tadi haha. Dah settle down, solat, tukar pampers ‘Aaqil etc, kami pun bergerak ke metro untuk ke Eiffel tower!! Hello pergi Paris kena lah mengadap kerangka besi tu dulu hikhik ;p Senang sangat baca metro map Paris ni. Kalau nak ke Eiffel, ambil metro ke Bir Hakiem. Cuma agak mahal la tiket metro sebab kami tak ambil daypass or 3daypass sebab masa tu pun dah kul 3pm. So ambil tiket/journey je. Dari Bir Hakeim ke Eiffel Tower tu kena jalan jugak dalam 20-30mins. Tapi ok je sebab cuaca sedap tak lah sejuk sangat. Sebenarnya saya dah siap beli tiket naik Eiffel secara online. Sebab kadang-kadang boleh tahan ramai jugak nak naik ada kuota. So beli siap-siap. Tapi disebabkan masalah tren tu, maka kami sampai tu dah terlewat lebih sejam dari masa kat tiket. Huhu. Nasib baik dia bagi jugak naik kerangka besi ni.P1030036P1030042

Hihi Eiffel Tower ni memang kerangka besi tau. Takde apa yang istimewa pun. Cuma disebabkan bentuknya yang unik, dibina di Kota Cinta, ia menjadi tersangat popular.

P1030058

Harga tiket untuk dewasa adalah EUR14.50. Kanak-kanak macam ‘Aaqil percuma sahaja. Ni untuk naik ke platform teratas/top of Eiffel. Kalau hingga separuh menara tu adalah EUR11 kalau tak silap. Harga masa 2009 dulu EUR11 dah boleh sampai top. Harga tepung naik maka begitulah jua harga tiket naik Eiffel. Ok tak kelakar. Jadi sebab ada 2 platform maka kena naik lif pun 2x la untuk sampai atas sekali.

P1030069

Jika dilihat pada bentuk Eiffel, yang atas sekali tu kecik je jadi kena beratur untuk naik lif ke atas sekali. So kami spend masa lama juga di platform tengah. Ambil gambar dsbg. Masa ni cuaca dah mula sejukkkk. Lagipun kami dah tinggi di atas lagilah sejuk aduhai. Nasib baik sepanjang di atas ‘Aaqil sangat happy. Alhamdulillah. Daripada atas tu boleh guna teropong untuk lihat sekeliling bandar Paris. Subhanallah Paris memang cantik. Dan padat dengan bangunan hihi. Btw agak sukar untuk selfie di platform teratas ni sebab ruang sempit dan orang ramai dan semua pun nak selfie haha. Malangnya masa kami pergi tu monopod mahupun gopro belum wujud maka ada alasan untuk pergi ke sana semula. Eh suami baca ke ni. Mintak-mintakla baca lalalaP1030096 P1030097 P1030098P1030074 P1030084 P1030119 P1030099

Kami turun tu dah hampir senja. Dekat 2 jam jugak duduk kat atas tu sampai kejung keras beku la. Dah la pakai sweater je pandaikan. Turun tu dah hampir gelap. Eiffel tower bakal disimbahi cahaya lampu oh so beautiful im in love… kami berjalan ke taman depan Eiffel dan ambil gambar. Makin jauh makin cantik. Hari pun makin gelap. Terserlah Eiffel tower di tengah kepekatan malam. Ayat puisi sangat kan. ‘Aaqil pun seronok berlari-lari sambil ummi walid lupa diri selfie berdua (masih tiada monopod ketika ini T_T)…

P1030141

Rancangan asal mahu ke Arc de Triomph dan beberapa lagi tempat pada hari yang sama tapi disebabkan lewat sampai maka kami setuju untuk tidak tergesa-gesa dan pergi ke tempat tersebut ke hari esoknya. Tu yang lama melepak di Eiffel. Jam 8pm macamtu baru bergerak pulang. Sempat singgah di kedai runcit untuk membeli air, butter, roti dan telur untuk sarapan esok. Malam tu balik kepenatan. Masak megi telur je untuk dinner. ‘Aaqil makan roti dan telur rebus hihi.

Malam tu sambil saya masak, basuh baju sidai baju, suami mengadap laptop buat kerja. Honeymoon sangat kan hihi. So that’s how we spend our Eid Adha last year huhuh

Will update on our day 2 in Paris soon (hopefully not next year la tskk)

Alkisah teacher & kolagen

Minggu lepas berlangsungnya majlis Hari Guru peringkat taska ‘Aaqil hihi. Ala kecil-kecilan untuk raikan teachers dan anak-anak. Dapat surat tu tertera mintak dipakaikan anak-anak pakaian yang presentable sedikit dan juga kalau boleh sediakan hadiah untuk teachers anak. Wah, hadiah! Pertama kali nak bagi hadiah hari guru untuk guru kepada anak jadi rasa teruja lebih sedikit.

20140520-125038-46238961.jpg

Dalam kepala memang terbayang shawl je. Jadi sehari sebelum kejadian tu lepas lunch, singgah kat Ampang Park dan jumpa shawl yang cantik dan selesa. Harga pun murah. Beli 2 helai sebab teacher untuk toddler ada 2 orang, Teacher Nisa dan Teacher Qina. Kemudian beli paperbag dan kad kecil di Memory Lane. Balik rumah malam tu pek kan siap-siap hadiah, dah siap tulis atas kad saya didatangi satu idea!! Apakata saya tambahkan se-sachet Shaklee Collagen Powder ke dalam set hadiah ni. Mesti teachers suka! Mujur ada sekotak Collagen yang baru dibuka…hihi memang rezeki teachers ‘Aaqil betul ;p

20140520-122241-44561357.jpg

Esoknya, 16 Mei Jumaat, abah bagitau ‘Aaqil yang beri sendiri hadiah kat teachers masa sampai di taska. Sempat saya ber-whatsapp dengan teacher Nisa ucapkan selamat hari guru dan berterima kasih kerana menjaga ‘Aaqil dengan penuh sabar. Tapi, saya terlupa nak beri cara pemakanan suplemen seperti yang biasa saya beri kpd pelanggan saya! Saya tangguh punya tangguh hingga Ahad malam, saya whatsapp teacher dan bagitau cara makan kolagen gitu gini gitu….

20140520-122241-44561418.jpg

Sekaliiii teacher reply balik bagitau yang dia makan serbuk kolagen tu begitu sahaja tanpa dibancuh dsbg! Siap tanya lagi berapa harga sebab kalau saya jual dia nak beli lagi. Haha tergelak besar saya. Maklumlah saya sendiri bermasalah nak telan kolagen walaupun setelah dibancuh dengan air oren ;p Rasa yang tak berapa mesra di tekak saya. Tapi ramai je kawan saya yang takde masalah untuk minum secara natural. Kejadian teacher ni memang terbukti ia boleh je ditelan macam tu je. walaupun seeloknya dibancuh bersama AIR MASAK dan DIMINUM ketika perut kosong untuk kesan optimum!!

Bercerita mengenai cara pemakanan kolagen Shaklee atau pun produk Shaklee yang lain, amat penting kita tahu cara yang betul agar ia benar-benar berkesan. Ini merupakan salah satu contoh. Dahulu saya ambil kolagen dengan membancuhkan serbuk tersebut bersama air oren, air milo. Lepas beberapa kotak dah habis, baru saya tau cara terbaik adalah hanya bancuhkan serbuk dengan air masak suhu bilik. Ok disini saya letakkan FAQ mengenai kolagen sementelah banyak jenama kolagen di pasaran kan,

S : kenapa kolagen Shaklee tidak berperisa? kan bagus kalau ada perisa strawberi, mangga, anggur, durian…..sedap sikit nak telan…
J : bila serbuk kolagen tu diproses nak dijadikan berperisa, maka ketulenannya akan ‘dicemari’…

S : kenapa kolagen mestilah dikekalkan ketulenannya?penting ke?jenama lain boleh je jadi sedap
J : agar saiz molekul kolagen kekal kecil ya…

S : kenapa kolagen seeloknya bermolekul kecil?
J : agar ia mudah menyerap kedalam lapisan kulit. rugilah telan kolagen kalau molekul tak dapat diserap.ye tak

Sekarang dah faham kan kenapa kena bancuh dan minum dengan air masak sahaja. Agar molekul kolagen tersebut kekal dan tidak dicemari oleh molekul milo dan molekul jus. Bila molekul kekal dgn saiz yang kecil, maka mudahlah kulit seta organ kita serap kolagen. Barulah nampak kesan yang kita nak.

Sebagai SID, saya sangat particular tentang cara pemakanan suplemen yg pelanggan saya beli kerana saya ingin mereka merasai kesan pada diri mereka barulah saya pun happy nak menjual. Ye tak? Perasaan best bila dapat menambah nilai dalam hidup orang lain 🙂

Jika anda nak glowing sebelum raya, boleh cuba ambil Shaklee Collagen Powder daripada sekarang. Topup kolagen anda now now now… hihi

Untuk tempahan Shaklee Collagen Powder anda secara terus, sila klik sini.

SID 970655
COD sekitar Shah Alam dan KLCC
Sms/Whatsapp : 0122635678