Bring Your Baby to Work

Kalau ikut plan asal, site visit di Segamat ni patut berlaku pada bulan April. Tapi Allah sebaik perancang. Elok boleh je rentas negeri, terus prepare untuk langsaikan hutang kerja ni. Tarikh 15-19 Jun di set.

Masalahnya kena masuk site. Baby dah 25wks. Pertama takut site tak bagi org pregnant masuk. Kedua risau coverall tak muat kah2. Ketiga nak drive ke naik flite. Kalau drive memang tak bolehla sorang2 dgn defensive driving cert dah expired. Naik flite macam kena patah balik Senai-Segamat.

Ok takpe. Tarik nafas. So setelkan yg pertama dulu. Setelah due diligence di buat, oke la boleh masuk tapi non process area. Alhamdulillah. Sebab ke sana dengan colleague lelaki yg fit (boleh panjat2 etc), so tasks pun bahagi dua lah. Ya, skop ni termasuk kena panjat bumbung bangunan. Hadoi.

Next coverall. Haha. Gelak dulu. Sebab mine is S. Pastu ada cerut lak tak pinggang. Hmm. So mintak husben punya nak acu. Bila try, bukan takat bahu jatuh, cawat pun jatuh nak cecah lutut ha ha. Rupanya husbenku punya saiz XL! Ingatkan L. Memang tak selesa makainya. So gagahkan diri sarung yg saiz S hat dah puas lenjan masa kat Kuching dulu. Eh muat pulak… MUAT-MUAT ok. Terutama kat perut. Zip pun boleh katup. Phew. So settle kerisauan kedua.

Left my 2 babies home but have to bring this baby along no choice 😉

It is a blessing in disguise that our company still continue WFH until July 2020 while most of other companies already started WIO post PKPP. Jadi husbenku nego dengan boss utk work from alternate location ie Segamat sepanjang minggu lepas. Yay ada teman!! Worktrip cum babymoon nampaknya hehe 😉 Sebab hantar the boys sleepover rumah mak abah, belum berani nak bawak keluar ke public… 😔

Look at em chin! 😝 Our first dine out after PKP #newnorm
Kacang Pool Paya Pulai

Alhamdulillah the trip went well. Walaupun ‘Arfaan ada sesekali adegan airmata kat rumah mak huhu. Ummi pun malam2 bergenang air mata teringat anak2 time nak tidur #hormon. Penangan PKP 3bulan kat rumah tak berpisah tiba2 kena tinggal…

Dalam 3 minggu lagi sepatutnya ada satu site visit di Senai pulak. Nanti kita tgk camne. Kalau 28 wks boleh lagi kan fly huhuhu….

Raya Enam

Alhamdulillah bersempena hari terakhir PKPB, sempurnalah juga puasa enam kami bertiga(saya, suami & ‘Aaqil!).

panaskan rendang ayam mak, lemang terpaling sedap di kl & ketupat palas sbg juadah berbuka-raya6 hehhehe

Tahun ni istimewa sebab dapat berpuasa penuh walaupun ada satu hari tu terlepas sahur. Ya Allah saspen masa tu sebab risaukan baby. Tapi mungkin sebab duduk rumah je wfh takde byk bergerak so energy tu ada.

‘Aaqil pun alhamdulillah puasa penuh 30+6 buat pertama kali for both Ramadhan & puasa Syawal. Makan pun selera masa sahur dan berbuka beza sungguh dari tahun2 sebelum. Mungkin juga sebab puasa kali ni walid pun ada sekali. Lepastu takde ‘godaan’ makanan kat sekolah/kawan2/bazar ramadhan hehehe.

Oh ya PKPP yg diumumkan PM8 Ahad lepas sangatlah melegakan rakyat Malaysia. Terutama mereka yg dah lama tak pulang ke kampung, bertahan sejak PKP bermula 3 bukan lepas. So happy for everyone. Inshaallah sikit lagi kita akan menang. Moga Allah pelihara kita dan yg tersayang dari Covid19 ni sampai bila2, amiiin 💓

2019 – Hiatus Year

Nak kata writers block tak jugak. Nak kata takde event nak diceritakan rasanya 2019 antara yg paling eventful. Tapi sebab ada sekali tu nak up entry on this blog lepastu error. Dah taip panjang bagai tapi takleh post. Geram. So tak jd post dan sejak drp tu tak jenguk pun blog sendiri. Beberapa bulan lps ada kwn bgtau yg link blog dah takleh pakai. Bila cek mmg betul ada problem dgn domain #facepalm. Nasib baik ada tuan admin 💓 yg tolong betulkan dan akhirnya blog ni ‘dilahirkan’ semula dengan alamat baru hihi

Sepanjang tempoh hiatus saya aktif ber’micro’ blog di instagram sahaja. Instastory to be exact. 2018-2019 has been one of the toughest year for me. Masih berPJJ dgn suami, jaga anak 2org (‘Aaqil baru masuk sekolah dan ‘Arfaan toddlerhood) di tempat baru iaitu Kuching, berjauhan dari family iaitu support system ku. Alhamdulillah kat sana ramai yang membantu terutama kawan2 seofis seapartment. Really miss the moments at Kuching. ‘Aaqil pun selalu ckp rindu kt sana. Maklumlah setahun kat sana Jun 2018-Jul 2019 😌

So entri ni just nak recap momen yang memang takkan dpt dilupakan sepanjang kehiatusan ku dari blog ni ❤️

1. ‘Arfaan masuk emergency beberapa kali kat Kuching. Kalau tak silap sebab demam muntah cirit masa awal2 pindah sana. Kali kedua sebab suspected hfmd. Siap daycare tak terima dia for few days sampai betul2 konfirm bukan bintik hfmd. Kali ketiga pulak sebab ear infection. Yg ni almost 10pm pegi Borneo Hosp naik grab sebab dia takleh tidur tunjuk telinga sakit. Alhamdulillah lepas bg ubat titik n pcm improve sikit. Oh lg sekali tu Influenza A suspect dpt from me yg balik dari China. Including me suffered with Influenza for almost a week suami terpaksa pospon balik KK sebab nak makesure saya betul2 sihat. Phew. Tapi saya suka Normah hosp kat Kuching, staff, nurse dan docs baik2 sgt. Servis pun bagus. Walaupun bangunan luar macam seram sikit he he

2. Eksiden dgn motor kat simpang dkt dgn sekolah ‘Aaqil kat Matang Jaya. Pagi tu dah nak sampai sekolah dah. Memang patut saya masuk simpang tu tapi tiba2 motor ni muncul dari tepi. Bammm!! Masa tu menggigil satu badan dan break kereta mengejut kat tgh2 simpang. Org yg bwk motor tu bangun dan bg sign ajak saya ke tepi jalan sbb kacau trafik. Masa tu ‘Aaqil dah nangis2. Allahu. Lepastu tgk motor tu sidemirror tercabut, dan ada few kerosakan. Motorist tu luka sikit (syukur sgt). Jadi bagitau dia yg saya nak cepat dan takde cash tak sempat nk gi balai bagai so settle kat situ je. Mmg salah dia sebab sepatutnya dia stop sebab kereta semua dah stop. Masa tu just mintak dia hp no sbb nak cepat dan takde cash nak bayar. Dalam whatsapp lepas sampai ofis tu nego2 dan both agree utk byr dia RM200 tak silap kaver motor dia rosak tu. Tu je dan syukur sangat dia tak berkira dan kes setel. Oh my persona calar sikit je takde apa.

3. Lagi sekali eksiden tapi ni sebab ‘Aaqil terlupa nak pakai seatbelt kt booster. Dia tertidur. Dan ada satu simpang kat Wisma Satok tak silap ada kereta tetiba lalu kat tepi dan saya emergency break tetiba bunyi bamm!! Saya pusing belakang tgk ‘Aaqil dah takde kat booster. Pastu panggil dia dan dia terjaga dan nangis sambil duduk kat seat tgh sambil saya gosok kepala dia. Pastu nampak darah! Kepala dia berdarah. Basah. Saya menggigil dan mintak dia nangis je jangan berhenti sebab risau dia pengsan or pitam. Terus set waze pergi hospital. Dalam 5mins sampai emergency. Park je dpn entrance dan dukung ‘Arfaan, sambil papah ‘Aaqil masuk dalam. Tanganku masa tu berdarah. Tak meleleh la tapi. Staff Normah terus sambut dan bwk ‘Aaqil masuk emergency. Sambil reg. Tak silap staff Normah yg tolong park kan kereta. Baik sgt diorang.

One for the memories. Alhamdulillah luka sikit je tak perlu jahit. Mebi terhantuk kt belakang driver seat ada besi.

Yang agak drama lagi sebab terjadi masa ptg Jumaat otw nak balik rumah sebab nak ambil beg dan bersiap nak naik flite ke KL. Ahad tu was my flite to China for meeting with my project managers. Memang masa dekat emergency tu dah fikir tiket China tu burn. Tapi alhamdulillah cuma tiket balik KL je burn. Dan beli baru esoknya Sabtu pagi KCH-KL. Alhamdulillah malam hari eksiden tu ‘Aaqil dah ok takde pening atau muntah. Boleh makan dan main mcm biasa. Sebab tu decide utk proceed dgn KL and China. Kalau dia masih trauma ke memang kensel la semua trip huhu… what a day!

4. ‘Arfaan weaned off masa Ramadhan 2019. Pakai trick limau nipis jugak mcm masa ‘Aaqil. Sebab masa outstation sampai beberapa malam tak jumpa tu susu pun drop. Kebetulan ‘Arfaan pun dah lebih 2tahun pun bf. Cuma hmm ‘Arfaan ni berminggu2 nak settle down without bfeed masa mlm nak tidur. Kena dodoi dukung sejam ke 2jam tiap malam baru lena. Tiap pagi ummi zombie mode. Siang kt nurseri dia ok je sebab mmg bg freshmilk.

5. Lagi insiden pasal kereta. Haha. Kereta habis minyak tengah jalan! Masa tu otw pegi ofis pagi2 lepas hantar the kids. Memang habit suka sgt dah kuar lampu merah masih tangguh isi minyak. Sekaliiii tak sempat nak sampai petrol station yg ada dlm kurang 1km lagi. Tetiba enjin mati. Dah la tengah jem kat roundabout Semariang tu. Tambah lg jem adeh. Kebetulan kereta mati betul2 seberang dengan stesen Petronas. So lock kereta dan pergi sana dan bgtau budak Petronas tu nak kena isi minyak manual. Baik adik tu. Dia bg tips beli air mineral yg 1.5l tu 2 botol dan buang isi, pastu dia tolong isi botol2 tu ngan minyak petrol. Pastu siap tny dia lepastu dik?? Haha. Oklah jom saya tolong kakak. Kami pun ke kereta dan dia tolong isi minyak manually dan pump kat pedal tu stat enjin beberapa kali sampai berjaya stat engine. Dkt 10mins jgk try pump minyak sebab dah kering kontang kan 😝Alhamdulillah sebab sentiasa temukan dgn manusia yg baik2 kt sana. Lepas tu mmg kalau nampak kereta tinggal satu senggat menggagau cari stesen minyak. Lesson learned.

6. Akhirnya kami duduk sebumbung sekali masa Jul 2019 sebab encik suami finally back to KL ofis dan kami pun balik KL lepas raya bila dah settle loadout. Alhamdulillah. Sejak 2012 berPJJ. Dapatlah ke ofis sekali, dinner sekali, weekend pun dah tak perlu berkejar ke airport like for the past few years. Beberapa hari juga settle kan barang shipping dari rumah KK dan Kuching. Back to home sweet home in Setapak.

Puas lah anak2 merasa naik aeroplane sepanjang duk Kuching alhamdulillah. Masa ada sekali outstation kat France tu (Oct 2018), merasa bwk husben n anak2 join the trip. Kebetulan dpt trip yg layover Dubai lama sikit sempat pergi tgk Burj AlArab dan Burj Khalifa. Extend sehari lajak ke Paris lepas settle kerja kat Lyon. Ni semua in between Kuching-KK-KL huhu. Alhamdulillah anak2 sihat dan senang dijaga tak byk masalah. Oh ‘Arfaan pun merasa tumpang sekaki naik biz class ngan ummi sebab dia masa tu infant lagi. Amboi sangat kan. Hehe

Dubai 2018

Semua tu akan jadi segar dan kekal dalam lipatan memori. Allah susun semuanya dengan tepat dan berhikmah.

Thank you Kuching & 2019 for the memories 💜🖤

Nyahbau Peti

Minggu lepas peti sejuk rumah tiba-tiba berbau kuat. Mula2 ingatkan bau sampah. Tapi bau tu datang bila buka peti ais je. Geram sebab baru je cuci peti ais sebulan sebelum. Audit segala mala isi peti ais sebab mco ni kerap masak. Barang dapur pun kena selalu top up. Jadi ruang dalam peti ais tu sangatlah berharga. Sebab tu mmg sure sangat yg takde barang rosak penyebab bau busuk.

So dia jadi unnecessary stress tiap kali bukak peti ais nak amik barang. Sebab bau tu akan linger even kita dah tutup peti ais. Faham tak? Huwaa. So tiap kali buka mmg sniff kat smua sudut peti nak cek bau tu datang dari mana. Semua lauk leftovers or daun2 rosak dah buang. Tapi bau masih ada 😭😭

Maka Sabtu lepas buat operasi. Keluarkan semua barang dalam peti ais, letak dalam besen buat sementara. Lepastu keluarkan satu2 tray dan basuh depan blkg dgn sabun. Dinding peti pun lap guna sponge makesure semua percikan susu ke lelehan cecair ke apa hilang.

Kemudian dah kering sikit, amik air perahan lemon dan sapu dgn tisu. Kat tray dan dinding peti ais. In between tu tutup la pintu peti ais nak kasi bau mesra hehe. Settle step tu, lap pula dgn titisan esen vanilla. Pergh wangi sangattt. Saya dapat tips2 ni dari google btw.

kiri sekali tu deodorization filter – rendamkan cartridge tu selama 4jam dalam air suam

Sesetengah peti ais ada penapis bau busuk dipanggil deodorization filter. Dia macam cartridge lekat kat dinding belakang peti ais. So benda ni la yg sedut all bad odors dlm peti ais korang. Sejak beli 2016 tak pernah servis filter ni.

kecik je tp power la kan efek dia. dlm tu mcm ada jerami ke apa. fungsi mcm arang kot utk sedut bau

So next step adalah cabut benda ni kat belakang dan rendam 4jam dlm air suam, keringkan betul2 sebelum pasang semula. Sepatutnya buat servis ni setahun sekali baru peti ais bebas bau inshaallah. Lagi pulak dlm peti kami ni ada stok tempoyak, petai jeruk, cili jeruk… aduyai. Penat filter tu bekerja agaknya. Ada la hikmahnya peti ais ni berbau kita tau la kewujudan deodorization filter ni 😅

Dah siap semua area sapu ngan esen vanila td, masuk dan susun semula brg dlm peti ais. Filter saya pasang kemudian. Esoknya baru kering betul. Tapi bau peti ais masyaAllah wangi semerbak. Akhirnya!

ni gambar selepas.taklah semenggah mana tapi dah bersih dan wangi 😘

Sebelum ni ada juga cuba tips letak soda bikarbonat dlm bekas terbuka, letak daun pandan, letak roti. Semua tips tak menjadi. Tapi inshaallah buat steps lemon-esenvanila-cuci filter mcm atas ni bau akan hilang. Harapnya berkekalan la tak berbau at least for another few months 😅

Lagi satu cara yang belum sempat buat adalah simpan bahan mentah masakan dalam bekas kedap udara eg sayuran, serai, dedaunan. Cara ni akan kurangkan bau2 pelik dlm peti. Sebab semua terkedap. So far saya simpan dlm ziplock je sebab senang nampak dan capai. Kadang bau daun kucai atau taugeh pun boleh semerbak satu peti kalau letak dlm plastik biasa huhuh

Hope this entry helps whoever trying to figure out how to de-odour their fridge. Selamat mencoba!!🥳

Halfway There

Alhamdulillah i am now at 22wks pregnancy. Its been by far the toughest first trimester compared to the previous two. Just for memories sake, i jot down here some of the moments from the first trimester,

* vomitted especially at night. i was like potato and so lembik by the end of the day

* cant stand the smell or food of cooking hence no trip to the kitchen or any restaurant. we just grabfood everyday. sometimes husband cooked simple meal just for a change huu

* no food with onion. even with a hint of onion. no appetite for nasi campur as well. so i wud go for noodles or pasta or western meals

* my fav were infused lemon water, apples, watermelon, anything sour, rice porridge & roti bakar at PappaRich hehe

* cant stand the smell of my own body wash, our car’s air freshener. riding the car even for few minutes wud make me sick the whole day ;(

On top of the above, we are forever grateful and happy for this preganancy. It was unexpected. Unplanned.

In fact a month before we got pregnant, we did had an appointment with our specialist, Prof Zainul to discuss my plan for 3rd pregnancy which we target to be some time in Feb 2020. I told the doc that i had a haywire menses cycle for the past few months (since Aug 2019). My menses wud come every 23-25 days. Tak sempat pun 28 hari. So during the appointment he told us that theres no way that im able to conceive naturally because my cycle was too short. Something like my menses keluar dulu before the embryo able to menempel. Paham tak? Also I had problem with my tubes (due to my previous endo).

So thats why I (read : we) was quite surprised with the double line! It came when we least expected. Subhanallah. I tested via upt when my menses was 4 days delayed in January. We were both happy. But at the same time, puzzled. Is the sac in the womb? Will this be ectopic? Do i need to go through another procedure?

So the next day I texted Prof. He advised us to meet him the same day. He waited for us at his clinic. And we were the last patient! Kalau tak silap esoknya cuti panjang CNY so he worry if anything happen eg ectopic itll be messy.

We went straight to the ultrasound machine and there!!! Right there!! The sac is safely tucked in my uterus subhanallah 😭 It was an amazing feeling as weeks before we didnt expect this even a bit. Allah knows! Rahsia Allah! Even Prof pun takleh nak explain considering my tubes issue. Alhamdulillah. Story cut short, the next 2 weeks we met again and theres baby’s heartbeat 💗

Do make doa for me and the baby. Guess this will be our last pregnancy (well am not that young hehe). Please pray for smooth pregnancy and healthy baby inshaallah.. This entry is quite personal to me as I rarely disclose my so called ‘reproductive’ issue hehe. But I guess this time around it is too special to keep it to myself 😇

Oh the gender! Perhaps in the next entry ya. Itu pun drama jugak tu. Sebab bertukar2 penampakan nya haha!

Till then, babydust 🍼 to all!! 😻😻

New Norm for Daycare

Today marks day-56 of MCO. Few days back our PM8 announced itll be extended to 9th June!! Brace yourself 😌

So anyway sejak 4 Mei hari tu taska ‘Arfaan start buat homeschooling, 30mins session je. Tiap 2 hari.

Caterpillar with teacher JLo!
2nd session buat 🍎
‘Arfaan’s 3rd session today!

Mood dia ada masa ok ada masa tak ok hehe. So far dah 3x. Ummi pun kena duduk sama kalau tak dia taknak layan pun ticer tu 😂

Hope that this MCO and Covid19 will be over soon so that we can go back to our normal routine. We miss the school and teachers. And i believe the kids miss their friends and teachers too huhu

Thats all for now. Staysafe, stayathome!

HK Winter Trip 2017

So we went to HK again last Dec. This time around with our kids. Haha! Our first time in HK was waaay back in 2010, feel free to korek old entries ;p

So some fun facts that I just jot down here for memories sake ?❤️

1. It was crazy peak at HK on year end. We had bad experience with small sqft hotel during our trip 7yrs ago. So this time around, to find a big hotel with reasonable rate with strategic location was super impossible. I was incharged for accommodation so I refresh agoda/airbnb/bookingcom younameit every single hour of the day haha. Generally the hotel at HK is less than 20msq. Finally we (well, I??) found an apartment in Central HK! Only 5mins walk to MTR, got kitchen, king bed, small hall and its 80msq!!! WIN! Siap ada laundry area. We stayed there for 5nights! The kids were beyond happy sebab tiap hari dpt berendam dalam bath tub dia haha

2. So sebab dah ada dapur, I usung la periuk dan bahan masak semua hehe. Bawang besar, potato, santan, kunyit, minyak, garam, beras, rempah sup, perencah tomyam. Sambal kering. Megi. Brahims. Roti. Semua sikit2. Nearby the apartment there were few grocery stores so we stocked up eggs, mineral water(utk masak jgk) and dishwasher. Kena kreatif la bila masak di perantauan with limited ingredients haha. So boleh masak nasi goreng, nasi lemak, scramble egg, french toast, nasi putih makan ngan lauk brahims. Asalkan perut kenyang anak2 tak meragam hehe

3. Since we stayed for 8days and to move around HK only took less than one hour so we were not on musafir mode. We rearrange our iteneraries to suit the timing for prayers. So we managed to visit all 3 mosques in HK! One in Kowloon and 2 in Central 🙂 Alhamdulillah such a blessing. One of the mosque even has a canteen which serve halal chinese food and dimsum! Score! You can also easily find a room/space to perform your solat at any tourist spots. Just ask around they’ll help you. HK is so muslim friendly now ❤️

4. We didnt remember that HK is an expensive city. High cost of living! Perhaps coz it was just 2 of us 7yrs ago lol. Imagine naik taxi starting HK24 which is equivalent to RM12! And it’s roughly HK10/km. And meal is around HK70/pax. Haha koyak poket tiap hari makan luar 3x. Sebabtu disarankan at least masak sekali sehari huhu. Pisang pun HK5/pc kahkah

5. Disneyland is wayyyyyy better than before. Got 3 halal restaurants. Got prayer room with propoer wudhu’ area. Got Return Pass means parents boleh gilir naik ride sambil sorang lg jaga anak takyah q lagi sekali cool gila. Got additional 2 lands ie Toy Story land and Grizzly Gulch. So memang tak sempat kaver semua for 12hrs hehhe. Mana dgn anak2 nak susu nak makan nak berak nak tidur. Tapi alhamdulillah sebab kitorg stay dkt Disney Hollywood Hotel so ada free shuttle dan ada free 2 fastpass! Memang ‘aaqil enjoy sesangat. ‘Arfaan pun siap naik 2 rides. Tapi yang kelakar gila i told my husband ada 4 syarat sah Disneyland kita tak buat; amik gambar dgn castle(sedar2 dah malam), amik gambar dgn Disney characters (sbb tak jmp pon), tgk Disney parade (sbb lapar so makan adalah prioriti haha) dan paling takleh blah adalah TAK TENGOK FIREWORKS (sebab tersekat dlm crowd dan end up duk belakang pokok besar.nmpk sayup2 je). Oh btw ‘Aaqil naik Space Mountain rollercoaster lepastu masa dah habis dia nangis sebab takut sangat hahaha. Sian tapi pastu dia just laugh it off bila kitorg ulang cite pasal tu ?

6. Dua benda yang kitorang tak rekemen adalah Ocean Park dan BigBus unless you spend the whole day from morning to night just utk dua2 tu. Ocean Park really hugeeeee. And sooo many pipollll. Dan park ni ramai warga emas compared ngan families dunno y ? Yang Big Bus tu pulak they dont have dedicated bus stop sign so few times we were like running around tahan bas and last sekali give up so kitorg menapak je balik. Burn tambang tu sbb kitorang naik sekejap je

7. For those who plan to go HK with kids, I recommend you to go to The Peak, Sky428, Sky100, Disneyland, Ngong Ping and JANGAN PERGI MASA YEAR END HOLIDAY if you dont like crowd. If you have limited time, stay at Disney hotel 2 nights, then at Tsim Sha Tsui (strategic sbb senang halal food and nak cross to pulau via ferry) another 2 nights. Cukup 5hari 4malam tapi mmg pack. Kalau nak leisure kena stretch sikit timing tu jadi 6malam ke cemtew

8. We bought almost all tickets through Klook.com their price was a bargain with additional discounts. We even bought Octopus card(macam touch and go) , food coupons for Disneyland from that apps. Really convenient. If you plan to move around a lot using public transport, please buy the Octopus almost similar function as Oyster at London. You can actually use it to ride MTR, busses around the city, tram and even to buy popcorn at Ocean Park haha. Buy the Octopus tourist pass so that you can get back full remaining balance of your card upon returning the card. Kalau normal pass (for locals) they’ll charge you HK10 tak silap bila pulangkan card. Kitorang pulangkan Octopus kat airport lepas check in flite back to KL, duit balance Octopus tu cukuplah nak lapik perut kat Popeye’s (HALAL!) kt HKIA tuh. Hehe. Balance HK2 je balik Msia punya lah pandai spend duit kan ngam ngam soi ??

9. The weather was sooooo nice and breezy. Takde hujan pun alhamdulillah. Siang dlm 19c, malam dlm 13c kot. The kids mmg pakaikan long sleeve dan backup cardigan. I didnt wear any sweaters sbb boleh je tahan sejuk tu. Sejenis kulit tebal (baca : lemak tepu) kahkah. Dan syukur alhamdulillah the kids well fed, tak cranky dan sihat sepanjang trip. Cuma ‘Aaqil la kalau tak larat jalan then dia naik stroller n husband kena pakai sling bawak ‘Arfaan.

10. So funny because we both contemplating to do IG story. Dua2 takmau. Update blog punyalah dragging malas. Husband rajin tolong update kat IG maceh yangggg. Btw entri ni taip sejak 3 hari lepas ni baru nak conclude. Faktor usia mungkin.Haha.Ok next entri inshaallah nak tepek random pictures 🙂 staytuned!

Hello 2018

Been neglecting this blog for almost a year. Ha ha.

Dont know where to start. ‘Arfaan turning ONE in few weeks time? ‘Aaqil will be SIX next weekend! Husband still at KK ?

We braved and survived 2017. Eventful year indeed.

Hope to at least write something on weekly basis. Tak, bukan azam tahun baru. Cuma sis cuba ok. Sebab sayang sangat blog ni ❤️❤️

Brb

Ketuk-ketuk Ramadhan

Tahun ni tahun ke-4 kami puasa berjauhan.  Tahun ke-2 husben Ramadhan di KK. And me? hmmmmmmmmmmm. Moga dipermudahkan…

So mengikut pengalaman yg lepas, keadaan trafik kat KK bulan Ramadhan sama je macam kat KL. Sian husben nak masak tak sempat. Tapau kat bazar pun jem lagi dgn juadah bazar tak macam kat kl. So kebetulan duk KK cuti ni lama sikit so masakkan siap2 lauk Ramadhan untuk suami nanti…

Taklah variety sangat. Kari ayam, masak lemak cili api daging, kurma ayam dan sambal ikanbilis. So dia tinggal masak nasi n topup je lauk sayur ie potong timun ke goreng telur ke…

Hasil bersilat kat dapur 4 hari berturut, dapatlah 13 paket lauk. Nanti rotate2 la ye yang. Tu kira utk weekdays je buka sahur sebab iols tau wiken dia balik kl ?? cukuplah utk 3wks sebab lepastu nak rayaaaaaaa

So kita yg puasa kat KL ni peciterrrrrr hahaha. Nnt la pk yg pasti kul 4 kita zasss balik amik anak2 ??

Sunday Adventure

So we came to our last Sunday in KK. Huhu. Means next Sunday we’ll be in KL and it’ll be my last Sunday before I go back to office.   Phew. 3 months vacation almost over. Sigh sigh.

So as promised by mr husband, we went to Rumah Terbalik. Sebenarnya boleh je nak singgah otw ke Kundasang dulu tapi tak sempat. Kat sini jugak ada 3D Museum. Tiket utk masuk both dlm RM30/adult.

Bertolak dari rumah pun lepas Zuhr. Sebab kepenatan (ke?) sports event tadika ‘Aaqil the day before. Lepastu ‘Arfaan macam meragam sikit sebab tak yakyak dah lebih sehari. Hadui

Sampai dlm kul 2pm. Siap2 bf and tukar diapers ‘Arfaan dalam kereta. Baby selesa, tak cranky, kita pun selesa n tak risau nak berjalan. Tempat public biasanya tak baby friendly so mmg kereta je la tempat paling selesa. Siap ekon lagi ?

Rumah Terbalik

Sebenarnya rumah ni kecil je. Ada 2 bilik, 1 toilet, dapur, hall, beranda. Tour pun tak sampai setengah jam. Sebab tak dibenarkan ambil gambar kat dalam tu. ‘Aaqil la teruja sebab kipas kat lantai, mesin basuh kat bumbung etcetc haha

Happy dapat gi Rumah Terbalik ??

Masuk ikut pintu kanan tu, dan keluar kat pintu kiri. Kejap je. Tapi kat luar tu ada tempat bergambar macam kat bawah ni…
‘Aaqil eksaited nak tengok hasil posing dia. Jadi spiderman. Hhehehe. Tu yg ikut je org suh pose gitu gini.

3D Museum


Ni yang paling ‘Aaqil suka. Semua dia nak try posing. Rasa kelakar pun ada tgk dia excited semacam. Lepas amik gambar terus dia nak tgk…”wah macam betul la ummi!” Haha alahai anakku…

Balik tu asik berzikir nak pergi lagi sini best sangat. Sama best mcm Legoland. Hah gitu ??

Alhamdulillah anak ummi happy. ‘Arfaan pulak tidooooooooooooooooo je. Tak meragam lansung. Goodboy sangat. Walaupun cuaca panas litlit hari tu huhu…

Jambatan Tamparuli

Lepas solat ‘Asar, kitorang pi cari Jambatan Tamparuli pulak. Dalam 5-10mins je dari Rumah Terbalik. Kebetulan elok kitorang sampai tu dah redup2 nak sunset. So husben pun apalagi terbangkan la drone kesayangan…

The view was magnificent subhanallah… These are all #nofilter pictures. Only using my phone…‘Aaqil mula2 excited nak naik jambatan tak takut la apa la. Tapi bila jambatan dah mula mendaki dan dia rasa bergoyang2, terus nangis dan mintak nak dukung. Alahai. ‘Arfaan sambung tidur zzzzzzz ?. Jangan risau jambatan sangat kukuh walaupun bergoyang. Siap ada jaring kat bawah kalau2 ada barang jatuh.

We spent almost half an hour up there. Tak jalan sampai hujung pun sebab memang nak tgk view je. Panjang jambatan ni lebih kurang 100mtr. Hujung lagi satu tu ada pekan Tamparuli. Mula2 ingat nak park sana. Tapi byk anjing berkeliaran so better not.

Admin edit:

#WeWereHere #JambatanTamparuli Teaser clip #phantom4 #dji #sonyvegas #aerialview #hd #aerialvideography

A post shared by Khairul Akmal (@khairulakmal) on

Alhamdulillah for the experience. Thanks to husband for bringing us here. Hehe