tentang reno

kami ambil masa 2 bulan jugak nak buat keputusan untuk pindah.tah kenapa ada satu hari ni saya kat bintulu,tetiba je saya naaak sangat pindah ke rumah baru tu.tak tau angin apa.mungkin Dia bagi gerak hati untuk saya berfikir sebegitu.hehe.maka saya suarakan pandangan saya kepada suami dan dia pun menyokong cadangan saya.oh tak,sebenarnya dia tunggu saya cakap ‘ya’ sebab dia memang nak pindah sejak hari dapat kunci rumah baru.haha!

ok jadi berikut adalah yang kami buat..

senarai kerja reno

kami senaraikan la apa yang kami nak buat.dari sekecil2 menda,sampai la sebesar2.kami tak beli perabot baru.benda yang kami bakal buat kat rumah tu memang semua orang pun buat.ada la dalam beberapa benda wajib dan benda yang sunat hik2. tips : yang wajib adalah seperti grill, lampu2, kipas2, new wiring/powerpoint, kalau nak letak aircond,suruh hack siap2.dan kalau dinding tu dah kena hack,kenalah rumah tu di cat baru ye.atau boleh je mintak kontraktor tu plaster dan touch up semula

bajet

selesai buat senarai,maka perlulah mengira bajet dan kewangan ye kawan2.dan ketika ini,ada beberapa dalam senarai kat atas tu perlu distrike out kan mengikut keutamaan.mana yang kurang penting harus di tolak tepi dahulu.atau diganti dengan yang baru.tips : sebelum buat bajet,pastikan kita tahu harga semasa supaya bajet tu berguna.kalau bajet melulu takde basis,memang akhirnya nanti kita yang ternganga sebab bajet lari huhuh

timeline/schedule

ada 2 jenis
1. tempoh singkat : ini kalau kita pakai kontraktor yang sama,buat semua kerja.dari buat grill,sampai la ke kabinet dapur.sebab,kita cuma berurusan dengan satu orang je.bawah dia ada team buat wiring, team cat, team plaster siling dsbg.jadi,kita cuma bagi dia skop kerja dan dia akan tetapkan bila dia boleh siapkan semua tu

2. tempoh yang lama : ini sesuai kalau kita bukan nak pindah cepat.macam nak take our own sweet time.dalam hal ni,kita kena bijak susun sequence kerja reno.kontraktor mana masuk dulu.contoh,wiring kena buat dulu, cat last sekali.kalau buat kabinet dapur tak ganggu kerja wiring,bolehla dibuat serentak dsbg.so bila setel satu kontraktor,baru bawak masuk kontraktor utk kerja2 lain.dan seterusnya.sampai la kerja semua siap

cari kontraktor

kami ada berjumpa dekat 10 orang kontraktor.begini kesahnya.ewah

calon #1

jumpa email orang ni kat forum.so emel dia minta quotation.beberapa hari kemudian dia emel saya quotation.dia dapat pelan rumah saya dari internet.barulah saya tau yang kompeni ni buat interior design.masa tu saya rasa harga dia memang mengarut.siap ada caj untuk konsultasi.jadi weekend tu kami jumpa untuk diskusi dan kami pun minta la kurang kan skop dan ekjas quotation tu mana yang patut.kami bagi bajet kami dan mintak dia ekjas.selesai miting, dia pun kata akan email semula dlm 2-3 hari.sampai sekarang tak email2.boleh?

calon #2

uncle ni dia datang 15 minit awal dari kami.janji kul 6,kul 5.45 dah sampai.kami pulak tersekat kat jem.sampai 6.15 camtu.elok sangatlah.sampai tu,bincang sikit2.pastu bila kami kata kami nak pindah akhir tahun ni.terus dia ckp,”uncle bukan apa.uncle cuma nak terus terang.uncle byk job sikalang.takut tak dapat buat.uncle ckp betul2 ni.tapi kalau tahun depan uncle boleh”.kami pun macam kagum sebab uncle ni terus terang.ye la,kalau org tamak,boleh je dia senyapkan kan.tapi kami mintak jugak uncle tu ukur2 dan quote utk kami.tp uncle tu tak email2 pun quotation sampai sekarang.haha!

calon #3

uncle chia ni buat rumah kawan seofis saya yang tengah reno jugak bulan lepas.jadi saya mintak uncle ni datang tengok rumah saya.janji dgn dia hari ahad.sekali datang bawak satu family.dengan isteri dan anak 3 orang.hehe.kata dia “today is family day”.tapi bisnes tetap bisnes.bagus uncle ni.so bincang2, dia pun mula ambil ukuran.anak dia tolong ukur2 sekali.tulis2 conteng2 kat buku dia.dia pun janji nak email quotation selasa tu.hari isnin,uncle ni call dan bagitau dia ada pergi showunit kat area aparment kami(tingkat atas) dan kontraktor kat showunit tu bagi harga jauh lagi murah dari harga yang dia boleh quote.jujur tak?siap kata dia tak sampai hati nak quote saya mahal2 sebab nanti kalau saya borak dengan jiran,saya nye harga paling mahal,dia rasa tak patut.lepas tu,dia sms saya no kontraktor yang kat showunit tu.suruh saya call dan pergi tanya sendiri.saya memang terharu sungguh la dengan uncle ni.jujur betul

calon #4

nama dia patrick.suami saya jumpa dia kat forum kabinet dapur.ramai orang suka dengan hasil kerja dia.maka kami pun panggil dia untuk datang buat ukuran dan quote.boleh tak,dia ukur,lepastu dia kuarkan kertas A4 kosong,pembaris dan pen(baca:bukan pensil) dan mula lukis kabinet dapur kami dlm 2D.dalam masa tak sampai sepuluh minit, dia siap lukis.lima minit lepas tu, dia quote.siap dengan quotation kombinasi table top dan kabinet.wah.kagum2.sebelum balik,sempat dia bagitau yang kalau kami call dia dulu,dia akan bagi diskaun lagi.he he.lukisan dan quotation tadi dia email 2 hari lepas tu.memang superb.tu free of charge tu.baguskan.bisnes punya pasal

calon #5

uncle lim plaster ceiling.kawan suami ada rekemen dia.dia memang buat plaster siling sahaja.datang naik lori je.hehe.ni pun sama.ukur2 dan lukis on the spot.tapi dia pakai pensil la.tak macam patrick tadi.heheh.tak sampai 10 minit dia quote.oh memang berpatutan harganya.sapa2 nak buat plaster siling,kami boleh bagi no dia.quote for free

calon #6

ha yang ni kami tak jumpa pun.saya jumpa no email dia dari internet.so dia email kata hubungi dia kalau nak buat apoinmen.ok lah.satu hari tu saya call dia.nak set apoinmen hari ahad sebab tu je yang kami boleh.kalau hari bekerja takut sampai2 dah malam jadi tak boleh nak ambil ukuran sume(kan rumah baru,lampu pun takde.magrib je rumah tu gelap).dia mcm diam lama jugak.boleh tak dia cakap tak boleh sebab hari ahad ni hari cuti.saya adalah turned-off serta merta.dia adalah bagitahu nak tanya bos dia macamane kalau jumpa kami hari ahad(masalah claim la tu) tapi saya dah tawar hati so cakap takpelah incik.kita set apoinmen lain kali.lepas tu dia ada call beberapa kali tp saya dah tak berminat.bukan apa,saya macam agak pelik.sebab sepatutnya bisnes mana ada cuti.apatah lagi kontraktor kan.ahad memang off day.tp kalau ahad tu adalah masa yg kebanyakan pelanggan boleh jumpa,tak ke dia rugi.kalau 10 pelanggan dia tak nak jumpa,susah beb bisnes nak jalan.hhuhu

calon #7

yang ni pulak berapa kali suami saya cuba setkan apoinmen.akhirnya dapat jugak.dia datang ambil ukuran dan 2-3 hari kemudian,dia email quotation.biasa saja.tak banyak hal

calon #8

kedai kabinet dapur.masuk2 kedai je rasa cam tak dialukan pun.mungkin nampak kami ni macam jalan2 window shopping kot.hik2.so akhirnya ada lah sorang akak ni datang mintak pelan dapur.kami pun bagi.diskas2 sume ie mana nak letak peti sejuk,dapur,table top apa. jadi dia pun kata nanti dia email quotation.boleh tak sepanjang jumpa tu dia tak senyum lansung.saya rasa macam nak keluar cepat dari kedai tu.huhu.oh harga yang dia quote agak mahal maka adalah suka sebab tak perlu deal dengan dia haha

calon #9

ni nama dia ah chai.kontraktor dekat showunit.so kebanyakan rumah kat apartmen kami tu ambil dia sebagai kontraktor.so ada byk unit dia tgh buat dan dia bawa kami pergi tengok.senang nak cari idea.so habis jelajah rumah2rumah orang,kami pun duduk bincang apa nak buat.haha pakcik ni la.dia quote on the spot.tapi macam musykil sebab bila kami cakap nak buat camtu camni,dia tekan2 kalkulator dia lepas tu letak satu figure.macam biar benar.patut buatlah jalan kira supaya kami faham.cth cornice kan.berapa ft x price/ft.ini tak.dia tekan2 pastu tulis final figure.selamba.tapi satu la masalah ah chai ni.dia paling pantangggggggg kalau kita cakap kita nak bawak masuk kontraktor lain.wooo panjang ceramah dia.cth dia buat semua kecuali kabinet dapur sebab kami nak mintak orang lain buat.dekat setengah jam jugak kena sekolah dengan dia.dia tak marah.cuma ayat dia macam”kontraktor tu bkn bagus pun.kalau u bawak dia masuk,kalau anything tak match ke apa u jangan salahkan i” kinda thing.tp uncle ni memang dedikasi.nak jumpa bila2 pun boleh.maklumla dia keja kat bangunan tu pun

calon #10

bukan kontraktor pun.tapi kedai aunty buat langsir.kami mmg dah aim nak ambil dari kedai sebelum ni kami buat langsir.tapi ternampak kedai aunty ni.jadi masuk saja2.so belek2 kain dia.pastu nampak roller blind untuk dapur.maka berminat dan aunty ni terus tanya nak buat langsir ke.so kami pun kata nak buat langsir hall dengan dapur.dia pun conteng2 atas kertas buat kalkulasi dan bagi final harga, ikut kain yang kami suka waktu tu.kami pun cam ok la murah jugak siap bagi free barang lagi.tapi sebab kami ni bukan bertujuan nak lock terus, dan berhajat nak ambil banyak2 quotation dan banding harga,maka kami pun memang bincang sekadar bincang.dekat setengah jam bincang.lepas tu aunty ni keluarkan buku invois dia.”apa alamat rumah u”.kitorang tersedak.”err aunty kami belum lagi nak beli ni.baru tanya2″.aunty tu kata,”takpa.u bg deposit sikit,lepas tu bila u nak pindah kami hantar orang pasang”..”err aunty…”.masa ni saya laga lutut saya dengan suami saya mintak dia pujuk aunty tu”.masa ni muka aunty tu dah kelat “i ada apoinmen sekarang tp i tunggu u.takpe je.u bagi deposit”.kitorang macam,eh ini dah satu paksaan.pastu suami aya kata takpelah kami ada urusan lain dan lainkali kami datang.taktahu dah nak cakap camna lagi.pastu aunty tu cakap “i dah kasi banyak murah u lagi mau pikir.lain kali u datang i tak boleh kasi ini macam punya harga”.ok so what.tetibe saya nyirap.dlm hati.heh.ha time ni la,aunty ni tinggalkan kitorang dan pegi kat depan tanpa kata sori mintak diri apa2.kami terdiam beberapa minit.aunty tu merajuk okkkkk.dan macam marah.kami adalah tak faham.tak pernah jumpa orang sales yang merajuk.kami tak salah.so dia buat macam tu,suami saya mintak maaf dan kami pun keluar dari kedai.aunty tu tak tengok pun kitorang.boleh?kalau saya seorang,saya tak mintak maaf pun.sebab saya tak rasa saya salah huhuh.tapi suami saya ni lembut hati sikit hik2

tu je kot yang teringat.ada banyak lagi jenis orang yang kami jumpa.orang jual ekon,org jual lampu,kipas dsbg.nak cerita satu memang tak habis hehe

bila jadi macam ni,banyak benda saya belajar.masa rancang sebelum ni,memang terfikir,jumpa sorang sudah la.tak payah banding2 harga.takyah buang masa.tapi bila kita jumpa lain orang,kita tambah ilmu kita.kalau nak grill,kena buat emergency door utk bomba,kalau nak letak downlight kena turunkan siling berapa inci,kalau nak cat kena buat berapa lapisan,kalau cat warna gelap makin mahal,kalau nak buat kabinet dapur sinki kena alih bawah sikit,hood hob semua tu.kalau kami jumpa sorang kontraktor terus lock,memang banyak benda kami blur.so jumpa macam2 orang,macam2 diorang cerita.itu ini,kalau buat ni kena buat macam tu dsbg.elok juga pengetahuan ni.untuk masa depan supaya tak kena kelentong dengan kontraktor hehe.pengalaman yang bagi saya amat menarik.walaupun memenatkan dan menensyenkan huhuhhh

lagi satu, sebahagian orang sales ni paling tak suka kalau kita nego harga beriye,tapi last sekali kita tak beli dengan dia.ada orang boleh terima.tapi ada orang agak sensitif.jadi kalau nak nego tu berpada2lah.kalau kita memang dah suka dan nak ambil dia,nego lah sampai nak nangis pun.tapi kalau kita bukan suka sangat atau ada pilihan lain,nego sekali dua cukuplah.then dah2 la tu sebab takut termain dengan emosi orang huhu

lepas tu kita jangan terlalu cepat bond dengan sales assistant.gurau2 semua sebab nanti susah kita nak say no.kita keep it as firm as possible supaya senang nak keluar dari situasi ‘terpaksa beli’

ni ah chai ajar.kalau masuk kedai mana2 jangan tunjuk macam suka gila.macam waaaaaaaahhhh cantiknya sofa niiiiiiiiiiiii.sebab ini akan bagi impresi kat SA tu yang awak memang naaaaaaaaaaaaak sangat sofa tuh.jadi kalau harga tu boleh turun lagi pun dia takkan turunkan sebab dia yakin awak akan amik sofa tu.haha!lepas dia pesan tu,kalau masuk kedai pastu saya excited semacam,nanti suami saya hep!dah2 keep it low.haha!

kalau masa first meeting dengan kontraktor lagi,gaya dia kita macam tak berkenan ie suka bagi alasan,datang lambat,berlagak diva(selalunya ID) maka lupakanlah.cari je kontraktor lain huhuh

hmm begitulah pengalaman kami.taktahula rumah kami tu jadi apa sekarang.kami ambil ah chai jadi kontraktor sebab tengok hasil kerja dia elok.ah chai dah buat sejak isnin lepas.tiap hari call.nak siapkan dalam 2 minggu katanya.semangat.petang ni nak pergi site visit setelah seminggu tinggalkan mereka bekerja.harapnya memuaskan hati huhuh

kabinet dapur pula kami ambil dari patrick inshaallah.mungkin awal bulan depan mula dan tengah bulan boleh datang pasang

kalau semua berjalan lancar,kami kena book tarikh untuk pindah rumah.maklumla apartment.lif pun kena book.takut bertembung dengan orang yang nak pindah pada tarikh yang sama 🙂

ok lah panjang sudah.catatan untuk saya baca di hari tua 😛 sekian

aduh

kenapa entah letih semacam seminggu dua ni
hampir tiap hari sampai rumah lewat
padahal blah dari ofis kul 5 tepat jugak
urusan sana sini
mencari yang terbaik
dan sudah tentu yang termurah
harapnya sudah bertemu dengan yang dicari
esok sambung lagi
habis mencari yang ‘itu’ kena mencari yang ‘itu’ pulak
sampai lah siap semua nya
moga dipermudahkan

bak kata saya pada suami “dah lama tak dating ngan awak macam awal kawen dulu” yakni tanpa halatuju.jalan2 suka2 balik lewat malam.sekarang balik pun letih.aduh.berbaloi hendaknya…

nanti saya bercerita lebih lanjut tentang pencarian kami ini 😉

tentang pindah

so we decide to move

it’s not about the new house better ke whatever.but perhaps this is the best choice inshaallah.and if we were to stay there for years,we wouldve want it to be perfect.not that drastically perfect but slow2 bak kata roomate 😛

moving to new house ie firsthand house require lots of $$$ mind u.from the basic things ie grills,tinted windows(for privacy),lamps and fans, curtains, kitchen cabinets.to the notsobasic ie tiles,plaster ceiling, new paints,  heaters, furnitures and yeah the list goes on and on.lucky that we didn’t get the key before we get married.lg kopak kot.so some of the things we going to just ‘recycle’ inshaallah..ni baru apt ke apt, belum kira apt ke rumah teres.masa tu epf kena dtg resque huuu

some of the things better get it done before move in coz if let say engage contractor afterwards,it’ll be hassle in terms of taking annual leaveS to monitor their works and ensure all valuables taken care of,sacrifice your weekends,less privacy,makan luar sokmo,the dust/noise etc that’ll harm us or worse,kids.so no other choice other than prepare all beforehand

hope things will turn out well and inshaallah we’ll celebrate the coming new year in our own crib, amiin  😉

can’t wait!

europe trip – part 3 (disneyland)

(entri ni sangat panjang ok :P)

ok now.Disneyland;)

it was chura’s idea

i was reluctant at first.i dont fancy cartoons so that explains why.sue and tasha didn’t mind.rationally because we only hav 3 full days at Paris and i can’t find the reason why we should waste one whole day and EUR52(!) going to this childish place ha ha.expensive huh?but being the understanding friend that I am(masuk bakul jap), I agreed (ok angkat bakul).we were travelling in a group so majority rulez ;P

after all the drama (again,yours truly), in dec we bought the one day pass online – ada new year off.we got EUR52/head and believe me,it was a bargain!the tix price was actually EUR60 if u buy at the entrance itself.so kira jimat dalam RM40.banyak tu heh

we woke up soooo early that 27th Jan morning.mmg tiap pagi kul 5am dah takleh tido sebab mlm pjg sgt heee.we wanted to make sure that we arrive there just in time the gate bukak haha.mahal oh tiket tu.seminit pun takleh rugi.aci? 🙂
we took metro at Anvers and head to Nation to change from RER B(blue line to RER A(red line).the RER gerabak is a way bigger than metro’s and the system is quite complicated.we asked few local ppl just to confirm that we are heading to the Disneyland instead of to the other end hehe.

so cut the story short,we arrived the station(Marne-la-Valle) 9.00am and we were just few steps away from the main entrance,alhamdulillah 🙂 it was raining a bit tho

bukan entrance

at 10am sharp,we went to the gate and the guard scanned our printed black and white tickets(thanks sue!) and off we begin our journey inside the theme park.we were a bit lost at first.so we took the “Guide to the Parks” leaflet and off we go.siap teramik yang french nya map.baca2 tak faham.rupanya ada english version.bimbo sungguh

entrance

DISNEYLAND PARK

so kami pun study map macam biasa.there are 4 Lands ie Frontierland, Adventureland, Fantasyland and Discoveryland. the main entrance is the MainStreet USA

we begin with the Frontierland.as mutually agreed, we focused on the “Big Thrills” and “What not to miss” first.then if time permits, we’ll proceed with the “Family Adventures” and “Fun with Lil Ones”.heheh

FRONTIERLAND

Big Thunder Mountain – superb.we all terhantuk2 like nobody cares.but the ride really awesome.almost similar to the Rolling Thunder,the one at genting.kat genting tu tiru kot.heh.they sell the jerit2 pix but we didnt buy it.instead, we snap the pix displayed.lol.masalahnya kenapa dalam gambar ni kitorang(kecuali chura) beriya padahal mat saleh depan tu ala2 berborak lagi.tak puas hati sungguh.huhu

tau takut

then we had a walk.masa ni hujan macam dah lebat sikit.so kami berjalan2 saje.kabus pun makin tebal.sob

ADVENTURELAND

Pirates of the Caribbean – oh kat sini ada pirates tu.horror gak.mcm real.its a boat ride inside a cave.very dark.then here and there were harta karun and tengkorak.main ni baju basah gak la sebab kadang2 ada splash bagai.tapi best lah.even not that thrill.this one categorized as family adventure.after the ride we took the opportunity to take picture with the pirate.haha

lanun perancis

Indiana Jones and Temple of Peril – wah yang ini sangat menakutkan.lebih takut dari yang kat Frontierland tadi.tapi tak sempat snap pulak masa atas ride

FANTASYLAND

if i can still remember, this is the time when all the cartoon characters went out and we can find them almost everywhere.we manage to take picture with some of ’em.some of ’em needs us to queue yadayada and we dont want to waste our time tapi sebenarnya malu sebab yang beratur tu semua makbapak bwk anak2 diorang.

perut pun sudah lapar.energy bar yang bawak semua dah kehabisan.maka kami pun singgah di sebuah cafe yang ramai arab2 masuk.we had fish and chips plus tomato soup.wah sedap sebab dah lama tak makan kenyang.ngeh..

fantasyland

and this fantasyland, we went to the famous Sleeping Beauty Castle, the Alice in the wonderland Labyrinth, the choc cake sweets house, the jack and the beanstalk etc etc you name it.very excited ok.its like i was in my childhood again.kira macam i ni lebih2 pulak padahal aritu beriya takmau pi disneyland heheh.in this ‘land’, most of the rides are for kids.so we just take our own sweet time, went to each famous disney character.plus, we just had our lunch,full stomoch,not advisable to go on thrill rides huhu..

we played the

1. Le Carrousel de Lancelot (merry go round)

2. Dumbo the Flying Elephant

3. Mad Hatter’s Tea Cups

4. Peter Pan’s Flight

coolness.ohhoho dan disinilah tempat di mana cik aizura kita terkena taik burung!mmg marah betulla.ala darling,bukan selalu nak kena taik burung disneyland.sekali seumur hidup kot.so kami pun take a break la dengan meneman cik ai ke toilet untuk membasuh ‘hasil buangan’ tersebut.huhu.marah sungguh cik ai 😛

DISCOVERYLAND

selingan : so we head to perform our zuhr-asr prayer.truth is,its always a challenge when you have to perform solah in this/any non-muslim friendly country(read:no room/surau/musollah).but alhamdulillah,despite this, we managed to perform each solah anywhere,everywhere ie on the boat, at the airport corridor(amik sudut sikit lah) etc etc.yang penting,bawak kompas sekali.dan alas yang bersih.there was once we use the map to be the sejadah.takpalah,yang penting kewajipan sebagai seorang muslim tidak diabaikan inshaallah

discoveryland

since our food already digested(partially),so we resume our thrill rides here, which are (drum roll);

1. Space Mountain : Mission 2 – ok this is the most thrillest bestest ride i’ve ever ride on in my whole life.spinning, rocket powered,twisted body,everything.all 4 of us queued up but when we almost there, 2 of us surrendered.they cant stand the jerit2 they heard which sounds horror.so they both wait outside.while me and tasha experienced the most adrenalin rush ride everrr.recommended to those who love adventure.suka sangat.rasa macam nak q dan naik lagi tapi hari pun dah petang huhuhu

2. Star Tours – masuk ramai2 duduk dalam bilik kemudian ada 3D nye show,lepas tu tempat duduk tu bergerak2 ikut 3D tuh.best jugak la.tapi tak thrill sangat.ngeh

3. Naik roket yang pusing tuh.tak ingat lak apa nama ride huhu.mainan kanak2.siap rebut ngan budak2 lagi.tak boleh blah

after we finished with the rides in the Discoveryland, we saw all ppl heading to this one direction.we heard the disney song played.oh its the parade!the disney characters parade!it is called the Disney’s Once Upon a Dream Parade.we were all excited and rushed to the crowd of ppl.we saw thousands of ppl from all over the world.ada jugak malaysians.students kot.tapi who cares.the parade excites us more.we took pictures and videos.there were Sleeping Beauty,Little Mermaid,Beauty and the Beast,Lion King etc etc.

parade

u can find almost all here, in their dedicated ‘car’, following the route.sambil lambai2 gitu.dan miming nyanyi lagu ikut turn kartun masing2.hehe comel ok parade ni.the route started from the Fantasyland and ends at the Mainstreet USA.we waited until the parade is finish to take picture with the characters but NO, WE MISSED THE CHANCE.sebab sepatutnya kami semua amik kesempatan masa kartun2 tu berkeliaran pagi tadi.oh bimbo lagi sekali.maka hampa (terutama chura).takpe,kalau ada rezeki kita gi lagi ye.wuhuuu

——————————————-

WALT DISNEY STUDIOS

studios

its almost dark when we took our step to the disney studios.oh the tix we hav is for both park and studio.the park is much2 smaller than the first one.lesser rides.mainly the park relates to the hollywood movies eg Armageddon, Stitch and Twilight Zone.we had a brief walk and after that,both me and tasha went for…

Twilight Zone Tower of Terror – woosh best jugak.even before the ride, the staff pretend like the hotel is haunted.even all the furnitures covered with dust and spiderweb.just to get the feel of it.then we were brought into an escalator with seats inside.wore our seatbelts.we were facing to the hotel window.the hotel height is around 100 metres high.then the window opens and we were going up and down with high speed – sebijik macam solero space shot yang kat genting tuh.tapi less takut sebab ni dalam lif.space shot tu open hehe

————–

its freezing cold when we head back to our hostel.coz its already 8pm.but we had fun so who cares.kaki mmg sakit toksah cakap lah.memang terlelap lah dalam RER dan metro.but we cant complain much coz we were tooo happy 🙂 we got back, had our ‘malaysian’ maggi+brahim dinner and of course packing!because we have to catch an early flight to barcelona the very next day 🙂

confess : disneyland is not that bad 😛

titik

p/s : happy 7 month,dear 🙂

seludup teddybear

i nearly faint just now

how do you feel when you open your checked in luggage and find something unfamiliar inside.in my case, i found a teddybear!!

horror oh

i was shocked to death.for almost one minute, i stare at the creature.i tried to recall;

1. i locked my luggage with the combination no.ok but no solex or mangga huhu

2. my valuable things inside the luggage still there ie camera,external harddisk

but how on earth this teddy is in this bag.being the dramaqueen,i think no other than someone wanted to seludup dadah thru my luggage.i cried instantly,still staring at the teddy.i didnt dare to touch.huhu

after i pulled all my strength,i slowly took the teddy.masa tu takut jugak timebomb ke apa kan.isk.then i saw there’s a note….”_ _ _ _ _” ..from the hubby.wah saya sambung nangis.terus takut tadi jadi happy dan terharu.sob..

special kerrr *blush*

until now i dont know when on earth he put that thing inside my luggage.in fact i didnt know when he bought the teddy..thanks sayang..love u too T_T

p/s : i still press the teddy’s tummy every now n then.takut betul ada dadah dalam and the note is just a fake one.huuuu drama2

eh eh…

…saya ada blog rupanya haha 😛

tak tahu lah.kebelakangan ni macam tak sempat lak nak berceloteh kat blog.saya lebih gemar apdet status saya di fb daripada bercerita di sini.kenapa?ntah.mungkin mengupdate blog memerlukan masa yang lama dan kosentrasi dan membuka laptop.oh sangat malas.dan lebih menjadikan saya malas adalah kerana sekarang saya sudah ada iPod yang membolehkan saya surfing,bloghopping,byr bil,cek email,fbing dan banyak lagi hanya di atas tapak tangan dan bukan riba (matilah laptop ni mengamuk bila saya taip ni.hi lovely cutesy vaio!i still heart u!hehe aci tak)

ok ok seriously,here are my updates to those yang merindui (korang mmg cool lah*saje bodek*);

1. ok right after i wrote my entry below, we both went to overnite at my parent’s  house at shah alam,before going straight to baling,kedah the very next day for raya celebration! raya kat kedah sangat best i tell u.ok despite being away from my parents and siblings for the 1st raya everr, magically, i had a great time.mungkin sebab suasana raya di kg yg sebenar.mandi berkemban air sungai,makan freeflow dan sedap,cool cousins and in laws,alhamdulillah 🙂 paling best, saya belajar makan juadah yang popular disana/kg suami yakni petai jeruk,ketupat palas jagung dan lemang tepung..sedap oh

2. macamana raya sebagai isteri?sebetulnya,pagi raya pertama selepas bersalaman dengan tok,tokwan,MIL etc etc,sampaila sesi bersalaman kami suami isteri.mula2 sengih2.like,jom2.pastu pi la satu sudut kat ruang tamu yang takda orang lain.pastu,ala-awk-la-dulu punya momen lebih kurang 2 minit camtu.pastu senyap lagi 2 minit.akhir sekali,saya hulur tangan dan mintak maaf..peliknya,saya tak rasa apa2.apa lagi nak nangis.apekah.pastu sengih balik mcm sebelum salam.oh tapi rupa2nya air mata tu delay seminggu.nasib baik masih syawal 😛 haaa..jadi,tips kepada pasangan suami-isteri yang baru pertama kali beraya bersama,janganlah contohi adegan sengih2 kami ni.tak berkesan dan feel lansung ok

3. raya ke-3 baru pulang ke tampin,kg belah mak saya.dari baling jam 9.30am.singgah di taiping 2 jam.dan tiba di n9 waktu maghrib,alhamdulillah..:) penat jugak ye jadik co-pilot ni waduh hinggakan saya ofer kat suami utk drive sebab tak tahan mengantuk huuu

4. lagi satu sebab saya tak sempat nak bukak laptop dan apdet blog (ish defensifnya) adalah sebab alhamdulillah ramai yang berkunjung ke rumah kami untuk beraya.oke kami tak buat openhouse.tapi ajakan di fb nampaknya berhasil dan malam hari2 bekerja pun ada yang datang tolong makan.hujung minggu apatah lagi kan,syukur.walaupun penat,tapi saya hepi sgt sbb wp rumah kami ni takda la se’eric leong’ rumah orang lain,tapi bolehla nak jamu2.lapang sebelum sempit,senang sebelum susah.konsepnya

5. ok secara ofisial,saya sudah terjadi peminat fanatik nur kasih.asalnya tak tengok pun kat tv.tapi dah episod 13 camtu, saya tergerak nak tengok sebab review dari teman2 fb sgt memberangsangkan.maka suami pun mendonlodkan la untuk saya marathon.wah sangat suka.sbb ia tak seperti tipikal drama melayu lain ie baru kahwin rumah besar keta besar,hero/heroin adalah pewaris syarikat holding u know what i mean, well u get the picture 😉 its something for me to look forward after scofield mati(tetibe)

6. working life – platform kami masih belum dapat hasilkan gas.sebetulnya cuti raya tempoh hari.tapi macam biasa,masalah cuaca, material itu ini sampai ke hari ini,masih belum lagi.harap minggu depan ada berita gembira inshaallah

7. beberapa hari lepas saya menghidap travel bug. tiba2 saya rasa rindu untuk berjalan2 melihat negara orang.tiba2 saya buka folder gambar bachelor vay-k  europe dan.tiba2 saya teringat yang saya belum habis bercerita di blog mengenai trip 9 bulan yang lepas.inshaallah blog ini akan bakal dihiasi dengan entri expired yang banyak(oh tinggi nya angan2).teman2 setrip pun sudah bertanya2.takut lupa fakta katanya.apekah

8. kunci utk apartment kami dah ambil ramadhan lepas.alhamdulillah,luas.duit installment pun dah mula ditolak.tapi saya seakan tak pasti dengan keputusan untuk pindah ke rumah baru.banyak yang saya fikirkan.sedang fikir jalan terbaik.mungkin cari ejen dan sewakan sahaja kerana rumah sekarang pun tidak kurang luasnya.nak masuk rumah baru memerlukan ongkos yang banyak.dan kami sedang fikirkan samada berbaloi atau tidak..mungkin akhir bulan ini kami sudah ada kata putus,inshaallah..fikir lama2 pun,rugi kerana secara teknikalnya,kami sedang membayar untuk kedua2 rumah sekarang,sob..

oke lah.daripada saya terus mengarut,baik saya berhenti menaip.best hari ni lunch kat openhouse,makan malam pula di kenduri kat ipoh.dapur cutiii 😛

ok dah terubat rindu di hati.sebelum tu,terimalah gambar eksklusif dari kami….

tuan blog dan imamnya

wahahaha.sori yang,i tak buat dah T_T lariiiiiii… 😛

till next entry,eid mubaarak!!

raya oh raya

hai kawan2!

sarang semut

ni nak cite pasal biskut raya.ehe.kalau tahun lepas saya buat biskut yang paling leceh di dunia, senario tahun ni pula berbeza :

1. hanya buat biskut yang mudah untuk disediakan yakni tak perlu diterap atau berinti bagai
2. buat di gelanggang yang berbeza.kalau tahun sebelum ni pakai oven mak,tray mak,mixing bowl mak.bak kata semua mak la haha.awal2 tu kekok jugakla nak wat kat gelanggang sendiri huhu
3. berdikari.kalau dulu semua nak refer kat mak.ok ke.bancuhan buat 2x cukup ke etc etc.skrg ikut suka sendiri.susun dalam balang pun sendiri.bak kata a to z lah.oh ade la jugak suami datang tolong2.golek2 kat gula.tabur choc rice.tengkiu dear.dulu leh gak buli adik2 tolong susun,sapu butter kat tray.sekarang semua sendirian berhad
4. buat 4 jenis biskut ie sarang semut,kornflakes bersalut coklat,choc chips dan biskut arab.kan mudah2 tu 😛 tiap jenis tu buat 3 balang.satu L dan 2 lagi saiz S utk mak dan mertua.L tu utk melantak kat rumah tetamu yg bertandang heh

choc chips

dan berikut adalah insiden(wah) yang berlaku sepanjang proses membuat biskut raya tahun ni :

1. mula2 ingat nak buat paling senang dulu yakni kornflakes bersalut coklat.hari sebelumnya dah siap beli coklat masakan 3 bar ok.elok dah panaskan air n periuk sume,bukak2 pembalut tu,rupanya white choc!terus mood buat biskut merudum kejap.huhu.perhatian ye,brand nona tak bagitau kat luar tu white ke choc choc so memang bukan i yang salah beli (defensive tak).so suami terpaksa la membuat damage control dengan keluar membeli coklat masakan yang betul kat kedai runcit berdekatan rumah.hik2.akhirnya plan ditukar dan buat biskut sarang semut dahulu
2. oven elektrik adalah pemberian maklong masa kahwin tempoh hari.biasanya pakai oven gas/pakai api.so kalau pakai elektrik ni macam jakun kejap.berdebar gak sebab tak tau performance oven ni.so tray pertama tu memang selamat la…hangit.so dikira kategori reject jadi leh masuk perut hehe
3. disebabkan hasil adalah agak limited, maka saya perlu mencatu suami saya dari makan biskut lebih2.catu dalam 2-3 ketul je sehari.eh kalu 14 hari dah lebih 30 ketul.ish tak boleh jadik ni.kena tukar polisi jap lagi.haha kidding
4. kat kedai takde jual balang biskut besar.so sehari sebelum buat biskut tu cilok beberapa balang kosong dari rumah mak.tp tak pulang blk la.pulang dengan balang kecik saje.jahatnye i.sob
5. oven elektrik ni bes sebab tak perlu tergesa2 bila nak queue tray pembakar sebab tak pakai api/gas.pakai letrik tak rasa sangat.lagi tak buat kat dapur pun.uli etc wat kat meja makan saje heh

konflek

memang sesungguhnya tahun ni bersemangat tah kenapa.mungkin sebab pertama kali beraya sebagai isteri.heh.tapi keluarga saya memang jenis tak biasa makan biskut tunjuk.mungkin sebab mak surirumah sepenuh masa,jadi semua buat sendiri.

tu dia

ingat kalau rajin lepas raya nak cuba buat kek pulak.inshaallah.sebelum raya ni tak sempat pulak.order je 2 biji choc cake dari teman sekerja.rendang kuah kacang etc pun tak buat sebelum raya rasanya.kalau buat pun mungkin di rumah tok mertua di kedah atau di rumah mak di shah alam 🙂 rendang tak pernah buat sendiri.ish kena belajar nih

raya pertama tahun ni inshaallah beraya dengan keluarga mertua di baling,kedah.excited ada.sedih pun ada.sob.takpelah bergilir dan bertolak ansur itu penting walaupun i takleh tipu dalam hati sebenarnya meraung2. oke lah rerakan..mungkin ini entri terakhir sebelum menjelang raya,jadi..

selamat menyambut aidilfitri mubarak.semoga puasa dan ibadah kita sepanjang ramadhan diterimaNya amiin.mohon maaf salah silap.eid mubarak! 🙂

eh eh caca marba sungguh entri ini.layan~

hari ini

pagi

draft entri

tengahari

luahan perasaan

petang

checklist

btw tarikh keramat itu adalah pada 9 hingga 16hb sept ni

err paham ke?

so boleh agak tak tona warna kulit saya di hari raya yang mulia.ngeh2.takpela,walau dayang senandung sekali pun, janji saya mau beraya dengan keluarga dan bersalaman nangis2 dengan suami buat kali pertama.inshaallah.doakan ye!mekasseyh:)

dua enam

To : The Love of My Life

happy 26th birthday 🙂

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.happy2 selalu ok 🙂 stres itu tidak kool 😛 nanti kerut2, kedut bertambah2 lepas tu tampak 10 tahun lebih tua dari umur sebenar.macam mana nak berganding dengan saya yang dikatakan underage ni (u get the joke.boohoo).just so u know,i always adore your maturity.hope all your wishes come true.well u have achieved one of it ehem*kembang idung*..more to go inshaallah.strive hard and always trust in His rezeki.love u regardless!

semoga setahun yang bertambah ini akan menjadikan sayang lebih matang dan paling penting, menjadi hambaNya yang soleh inshaAllah..

song for u 🙂

the lyrics so meaningful eh 🙂 i love u so much, err u know that he he *hugs and kisses*

From : The Wife

si comels

td rasa mcm boring kat ofis.jadi aktiviti apabila bosan adalah menelefon anak2 abg saya yang dua orang itu yakni athif si abglong dan faqeeh si adik.sejak kahwin,dlm seminggu sekurang2nya 3x call utk borak dengan budak berdua ni 😉  ada tu hari2 telefon sebab bosan rindu.sampai ibu diorang pun dah naik penat agaknya 😛

selama ni sebutir ditanya,sebutir dijawab.tp td buat pertama kali athif bertanyakan soalan kepada saya…suka yang amat maklang!ngeh..

saya : athif kat mana tu
athif : umah nyang
saya : ooo bila nak blk umah wan
athif : gu abah kje
saya : bila nak g umah maklang
athif : maklang kat mana ni
(saya gelak teruja)
saya : maklang keje (sambil sengih2)
athif : apa?haih maklang kat mana ni
(dan soalan-jawapan yg sama berulang untuk beberapa kali sebab dia tak fhm jwpn saya.comel.tanya orang pastu sendiri blur hehe)

borak2,lepastu bercakap dgn si adiknya pulak.adik yang makin hari makin bijak.si faqeeh ni tak tau byk perkataan lg.jd dia byk bebel bahasa baby dia dan gelak sorang2…

hmm.kalau kat rumah mak, nampak si adik lebih diberi perhatian sebab aksi2nya yang menghiburkan dan superhyperactive.kadang kesian tengok si abang sebab dia ni lebih reserve maka perhatian yang diberi semua orang tak seperti perhatian kepada si adik.huhu.hakikatnya,semua orang sayang dua2 sama rata je 🙂

rindu lah pulak ngan budak2 ni.ehe