ini hari

ya, hari ni team kami dijadualkan pulang πŸ™‚


ya, memang saya pangkah2 tarikh tiap hari..kadang2 baru tengahari dah pangkah ;p

ya, kali ni rasa macam lebih lama dari trip2 sebelum ni hmm

tak, saya tak akan packing selagi belum nampak batang idung bot

ya, bot patut dah bertolak dari bintulu tapi ada kemungkinan akan berpatah balik kalau cuaca teruk di perjalanan

tak, saya tak tukar tarikh tiket balik kl lagi. +ve +ve law of attraction

ya, saya happy nak balik

ya, saya happy

ya, saya

ya,

πŸ™‚ πŸ™‚

Location:masih atas kapal mc1 yg bergoyang2

wow!

wow!!!
kalau kat dunia oil&gas ni maksudnya wait on weather.maksudnya downtime.kerja tak jalan.wow boleh jadi disebabkan hujan ribut.atau angin lebih dari 25knot.atau ombak melebihi 3meter.dan apa2 shj kondisi cuaca yg tidak selamat utk pekerja di lautan..


kami dah wow dari hari sabtu lepas.kira dah seminggu duk dlm kapal tak naik platform.goyang takyah cakapla inul darastita pun konfem surrender.kalau ikut ramalan kaji cuaca, boleh berpanjangan sampai rabu minggu depan.APA?!tapi saya dijadualkan pulang ke darat pada hari selasa T_T..


ye bukan sahaja kerja tak jalan, bot yg patut bawa penumpang pun wait juga huhu.dah seminggu bot tu tunggu di bintulu sebab tidak dibenarkan travel.termasuklah lebih kurang 60 org penumpang yg nak datang ke sini..


oleh itu marilah doakan yg cuaca akan bertambah baik terutama menjelang 18hb depan..amiiin

Location:tgh lautan perairan bintulu

jauh rasa dekat

alhamdulillah

walaupun saya sekarang berada di atas kapal ini,

di tengah2 lautan samudera,tapi dgn kemudahan teknologi masakini, saya dapat berhubung dgn yang tersayang dgn sangat mudah..

utk pengetahuan semua,wp tgh laut tapi kapal dan platform(LQ) ada satelite dish.maka sesetengah area tu ada la wireless wifi hihi(my room oso got wifi one!;))

facetime : utk videocall dgn syarat ada nya wifi

viber : macam facetime tapi phonecall biasa saja.oh sms pun boleh

skype : boleh call, videocall dan chatting!oh sangat suka

antara 3 ni skype yg paling stable la.kool sgt rasa macam nak pengsan.and the best thing is kesemua ini adalah free hihi.sapa tak suka menda free kan lol

kat kapal ni wifi cam siput.siput pun laju lg kot.so target nak duk LQ next week pasal next week baru ada katil kosong.wifi sana terbaek!

btw tadi saya skyping la pastu suma yg nampak cam konfius,

“aik ada line ka sini..” Β  Β  Β …haha sbb kan i mcm ckp kat telefon ;p

okla nak sambung skyping with my dearest.taa:)

Location:tengah laut perairan bintulu

tentang 2010

2010 berlalu dengan seribu kemanisan dan kepahitan.terlalu banyak yg berlaku yang kadang2 buat saya terfikir yg Allah sayangkan saya sebab itu semua itu terjadi.banyak momen2 yg membuatkan saya menangis dan menjadi sangat fragile sehingga rasa hampir putus asa dgn diri sendiri.bertambah berat apabila sebahagian drp ujian itu saya terpaksa pendam dan lalui sendiri hanya dgn sokongan suami.tp alhamdulillah Allah tu Maha Mengetahui kemampuan hambaNya utk menghadapi sesuatu ujian.saya bangkit walaupun tidak ‘pulih’ sepenuhnya kerana saya tahu menjadi dewasa bukanlah semudah yg disangka, semua dikurniai ujian dan ini ujian saya, saya harus terima dan sabar..

2010 bermula dengan baik.dan Allah Maha Kaya, things get a lot tougher, and even more tougher when it reaches to December subhanallah.it really made me think is this a karma or what comes around goes around thingy.apa pun Allah lah sebaik2 perancang tiada yg Maha Kuasa selain Allah..

so here goes my 2010 journey, at least part of it;

Jan
– doa selamat at our new house, attended by both families

Feb
– my ACD assessment.passed almost 80%. TP proposed my name for early reassessment in June
– my first appointment with gynae.not so good news.ultrasound showed cyst of almost 5cm
– scheduled for laparoscopy in te following month

March
– short vacay at Hong Kong.had blast with hubby alhamdulillah though my mind cudnt stop thinking about the laparoscopy procedure
– our very first anniversary.celebrated 2 days before admitted to hospital.had bad stomach cramp on the day itself.pity hubby well not the way we want to celebrate it hmm
– laparoscopy went well,not very good post results but life must go on..thanks hubby n family for everything
– on medical leave for 2 weeks
– there goes our anniversary month*sigh*

Apr
– appointment with gynae.again.post surgery thingy

May
– offered myself to join hook up team for offshore assignment
– went for a short vacay at Penang, stayed at Tg Bungah Beach Resort.oh sebenarnya gathering kawan sekolah suami.tumpang sekaki hihi

June
– enroll swimming lessons with kak Sharifah(recommended by Maktam) at bungalow near jln ampang.oke la sebab all girls so no worries.yuran pun reasonable
– gaji naik alhamdulillah thanks to mr president.before:loads of rumors.after:loads of controversy.huhu apa2pun rezeki masing2 dan $$$ bukanlah satu2nya bentuk rezeki.pengertiannya luas bagi mereka yg mahu berfikir inshaallah
– went for the ACD reassessment and yeah i passed it but well yet to be promoted since havent completed my SKG courses..*selamat.still enjoying my E1 cap hoho

July
– went for offshore at kujta.my very first experience to stay offshore for more than 2 weeks!learned a lot alhamdulillah.the experience was priceless-staying on a accomodation barge with few days very bad weather sampai kena pullout few times.whoever get the chance, dont think twice just go for it esp yg belum ada komitmen tuh huhu

Aug
– sahur dan berbuka hari pertama Ramadhan atas kapal
– pulang dari klia balik dari offshore tu,kereta kami kena pecah!masa parking utk pegi bazar ramadhan.sabar je lah.org tu ambil backpack suami kat kerusi belakang.dia ingat ada laptop agaknya.few thumbdrives gone.nasib baik ganti cermin tu ada insuran cover alhamdulillah
– kakcik stayed with us part of ramadhan coz she’s working nearby

Sept
– sambut aidulfitr buat kali pertama di rumah sendiri.so seminggu sebelum raya sibuk menghias rumah ie new cupboard, gantung frame2 gmbr dan hadiah kawen huhu biasa2 je cukuplah asalkan tak nampak mcm rumah sewa hihi
– 2 hari sebelum raya saya dilanda demam+migraine kombo 2in1.raya ketiga baru betul2 sihat huhu
– little that i know that was my last ramadhan n syawal with my mother in law.she passed away at 49yrs old, a week after we return back to kl(cuti raya hbs)..and i was offshore at that time..refer to prev2 entry..took us few weeks to clear up arwah’s house n stuff..
– we didnt do makan2 raya this year.unlike last year

Oct
– a week after my mil passed away,’uwais my 3rd nephew was born.as an anencephaly baby,he did great and survived 10days.i can still remember clearly his face before he was bathed n ‘kafan’…oh miss him tiba2…T.T
– my first niece,izzah was born 5days after ‘uwais πŸ™‚

Nov
– celeb raya haji offshore.ada bbq tapi hujan maka tak best..anyhow first experience celeb raya offshore..merasalah
– celeb birthday offshore.hihi.sedih tp malas nak layan feeling maka redah je lah.best jgk sbb geng team b wat seprais masa dinner kat galley.ada kek lg wp tak sesedap kek secret recipe tp the thought that counts hihi.balik tu celeb dgn hubby 2-3x pulak.amboi kalah budak kecik party sampai 4-5 kali lol
– insiden saya jatuh tangga atas kapal mc1.haha tak kelakar.balik2 darat tak pegi cek kat doktor pun..huhu

Dec
– tak sampai seminggu saya balik dari offshore, adik ipar (yg bekerja di klang) dimasukkan ke hospital kerana gangguan makhluk halus yg kemudian menjejaskan ingatan dia.ct scan,eeg,blood test mcm2 lg dbuat utk pastikan sakit dia.dlm masa yg sama ramai ustaz yg dtg tlg ubat…kesian suami bergilir dgn adik yg lg sorang utk jaga dia di hospital.lepas hampir 3 minggu dlm hospital, dia dibenarkan pulang.jadi tinggal lg 2 minggu di rumah kami di setapak.sekarang dia dah pun pulih sepenuhnya dan minggu dpn blh masuk kerja mcm biasa alhamdulillah πŸ˜‰
—-

2010,its been a colourful year.thanks for the memories..

2011,looking forward to meet u.pls be kind to me;p

whatever it is, wish everyone a joyful year ahead inshaallah.moga kesihatan dan kesenangan yg diberi ini menjadikan kita hambaNya yg semakin dekat dgnNya – reminder to maself amiiin:)

till nxt entry wslm

Location:Jalan Ayer Madu,Kuala Lumpur,Malaysia

azam tertunda

dah nak melangkah ke 2011.sapa rasa kejap je masa berlalu angkat tangan!huhu.anyways ingat tak entri roda impian i tahun lepas?ala yg azam panjang berjela tuh hihi.haaa ni nak habaq mai dari senarai azam2 saya utk 2010 tuh , hanya dua je yg achieve, alhamdulillah.jom
kita layan vt ini~

1. _e_ti_g _ _eg_a_t = carry fwd 2011 jom amiin ramai2 amiiiiiiin:)

2. _ _ a_n 4_h la_ _u_ _e = carry fwd

3. s_a_ _ my _ _n _u_ _ _ _ _ss = suami yg berjaya buat so tak aci

4. saving at least rm15k = syukur ada pun yg achieve mueheehe

5. _ _ed _ _f _o _t _ _ast 4_ _ _ = haha ni kena carry fwd tp kalau berjaya yg no 1 yg no 5 ni blh abaikan lol

6. c_ _ti_ _e _tu_y = tak jadi, takyah carry fwd hihi

7. swimming lessons = alhamdulillah,enroll bln 6 pastu dah nak terer dah tetibe dah ramadhan.lps raya sibuk offshore(alasan) tu ini tak smpt sambung.takpe sambung 2011 hihi.silap2 kena start balik kat tmpt cetek hua3

oklah tahun ni taknak buat azam la.azam yg terultimate masih yg no 1 kat atas nuh.saya sebenarnya ada buat blog khas utk itu sbb saya rasa terlalu privasi nak cerita pengalaman ke arah azam itu.even family pun tak tau.tp blog tu sama je mcm blog ni berabuk mcm hape.awal2 je update pastu tak terupdate2 aduyai..

oklah ni bahagian pertama entri tahun baru 2011.nanti sambung lagi.saja testing pakai blogpress ni πŸ˜‰



(sbnrnye nak testing letak gambar)

thanks hubby sbb hadiahkan ini masa besday ke-18 haritu.senang sikit nak apdet blog (read:dah susah dah nak bg alasan takleh apdet blog)…

ok dah2 esok2 i cerita sorotan(pergh) 2010 i pula ye inshaallah

daa

Location:Jalan Ayer Panas,Kuala Lumpur,Malaysia

notsosweet september & kisah oktober

banyak betul peristiwa pahit manis yang terjadi sejak kali terakhir saya menulis dalam blog ni.semua benda yang signifikan dan sangat terkesan di hati…

pulang dari offshore KUJT-A(spt entri di bawah), saya menikmati masa yang indah berpuasa dan bersahur bersama suami,tahun ni tahun yg kedua, alhamdulillah πŸ™‚

kemudian sambut aidilfitri di tampin, negeri sembilan kg belah mak. raya ketiga baru pulang ke baling. raya ke5 camtu balik taiping. salah satu memori terindah syawal kali ni adalah dapat belajar buat ketupat palas:) inshaallah raya tahun depan boleh la buat sendiri(fuh azam tak agak2)..

raya pertama in maroon

sejujurnya saya rasa sayu sangat bila beberapa hari nak sambut raya. semacam dapat rasa yang syawal kali ini adalah syawal yang sangat penuh dgn airmata. seminggu selepas cuti raya seruan offshore datang lagi. walaupun kena pergi seminggu je tapi rasa berat hati sangat (sebelum ni pergi 2 minggu setengah oke je).kira sejak minggu last ramadhan sampai la pergi offshore rasa semacam ada benda yg tak settle dalam hati ni..tak happy..

tentang ibu mertuaku, Allahyarhamah Norzakiah Ismail
masa kat offshore KAKG-A saya dapat berita yang ibu mertua saya dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.maklum saja kat atas kapal tu orang luar tak boleh call in.jadi tiap hari dekat 5 ke 10 kali saya call suami tanya khabar.saya ke offshore hari selasa, hari khamis ibu mertua masuk hospital.saya berkesempatan bercakap dgn dia.hari jumaat icu, hari sabtu suami saya email saya

“boleh tak sayang cuba balik awal sikit, thanks…

baca email tu terus saya termenung, masuk bilik dan menangis.tak sampai sejam, saya dah ada atas FCB(fast crew boat) dalam perjalanan balik ke darat.perjalanan selama 5jam tu sangat todak menenangkan – memikirkan suami yg keseorangan tiada saya di sisi, mengenangkan keadaan ibu mertua dan membayangkan perkara buruk yg mungkin terjadi sebab saya sorang je naik boat tu dgn 5 org anak kapal yg semuanya lelaki.memang pasrah je la apa2 jd terjun je la laut huhuh.sesampai kat darat, saya terus ke airport cari flight yg terawal.tapi memandangkan hari sabtu, semua flight penuh.masa tu juga la suami call menangis mengkhabarkan yg mak dah tenat.terduduk saya kat epot tu dgn coverall kuning dan beg2 yg diusung kesana ke mari.saya lost sgt.taktau nak buat apa…..berbalik kpd flight td,lepas buat beberapa phone calls, konfirm ada org tolong tukarkan route flight saya miri-kl sebab itu yg terawal utk saya sampai kl.jadi saya pulang ke hotel dulu utk bermalam.saya tak keruan malam tu.macam2 saya fikir.air mata asyik mengalir je.sampai mata dah bengkak.saya baca yasin beberapa kali.dalam jam 9pm tu saya sms suami saya mintak nak videocall dgn mak(masih di icu).alhamdulillah dapat videocall wp tak sampai 5minit.itulah kali terakhir saya melihat mak sebab tepat jam 12tghmalam, suami call mengatakan yang mak dah takde….i can still remember clearly that particular moment and it always give me goosebumps tiap kali teringat…saya menangis semahunya…rasa hopeless..rasa bersalah..sedih…rasa rindu tiba2 dekat mak….she’s the best mother in law one can have,seriously…saya tak tidur sampaila jam 5pg saya kena ke stesen bas utk ke miri memandangkan flight saya ke kl dari miri jam 11++ pg.sesampai di klia mak,abah dan angah dah tunggu utk terus ke baling, tempat mak dikebumikan.btw semasa jenazah dikebumi saya masih di atas bas otw ke miri…sampai baling dah isya’, kenduri tahlil.muka ni tak tahu nak sorok mana dgn sedara mara suami sebab the only menentu yg arwah ada tp tak hadir ketika arwah sakit dan menghembuskan nafas yg terakhir.only HE knows how guilty i was…but things happen..arwah pergi pada 17 syawal – that explains my sayu feelings since few days before syawal….allahualam

hari2 selepas tu terasa sangat kosong.hampir seminggu kami di kampung utk kenduri arwah dan menguruskan hal2 arwah.rumah arwah masih dalam reno lagi.tak sempat arwah nak merasa duduk di rumah yg luas sedikit.besar sungguh kuasa Allah…kami kemas2 rumah dan baju2 arwah.rasa sunyi tanpa arwah di rumah.now being the only woman in the house(my inlaw), i have to take care all house chores bila balik taiping…

tentang anak buahku yg ke3, ‘Uwais
tepat seminggu arwah meninggalkan kami, muhammad ‘uwais b aiman lahir ke dunia, anak abang saya yang ketiga.kelahiran baby yang sangat comel namun mengundang airmata kami kerana he’s an anencephaly baby – tiada tempurung kepala.saya dan suami dari taiping terus ke hospital melawat baby dan kakngah.the baby tak nangis.semua yang ada sayu melihatkan keadaan ‘uwais.

kami bersama baby ‘uwais dan abangnya, 2 hari sebelum diambilNya ;(

alhamdulillah ‘uwais sempat bersama keluarga kami selama 10hari pabila dia diambil Allah di pagi 13 okt.he was a miracle baby indeed to survive more than he supposed to (most anencephaly baby only survive up to a week only)…terima kasih kerana hadir dalam hidup kami muhammad ‘uwais…maklang love u so much…;(

tentang anak buahku yg ke4, Najwa Izzah
latest addition, first niece on the block yo!anak kepada kaklong yang lahir pada 8okt, 5 hari selepas baby ‘uwais lahir.such a beautiful baby.dan comel.dan kecik.dan.suka tidur.boleh tak tiap kali jumpa dia mesti tgh tidur

kalau angkat ke buat apa ke dia tetap taknak bangun.buatla bising macamana pun dia tidoq ja.hehehe..so cute and sooo babyyyy πŸ˜‰

keluarga mertua turun kl dan majlis graduasi Asraf
tok,tokwan,keluarga pakteh,keluarga pakdin dan keluarga suami datang ke rumah hari khamis 7okt sampaila ahad 10okt.memang puas hati la.depa turun kl utk menghadiri majlis graduasi asraf, adik iparku di UMP pahang.alhamdulillah wp rumah sempit bolehla nak muat dkt 15org tuh.tidur lambak pun lambak la kan.paling best, masak apa pun licinnn.biskut raya semua habis.bayangkan sebelum ke offshore tu dah isi siap2 balang biskut raya utk org datang beraya.tapi disebabkan macam2 peristiwa(yang Allah lebih tahu setiap perancangan) yang berlaku, tak sempat nak duduk rumah dan ajak orang datang beraya.sudahnya orang nun jauh di utara yang menghabiskan biskut2 tu alhamdulillah πŸ™‚

tahniah buat Asraf.sudah tentu bercampur baur perasaan dia-hepi sebab dah graduate tapi sedih kerana mak tersayang tak sempat bersama2 meraikan hari bersejarah tu.haih sedih bila bayangkan…lebih2 lagi bila baca post2 yg Asraf tulis kat wall fb arwah mak beberapa hari lepas majlis graduasi tu…

dalam pada berat hati saya utk pergi offshore lg, saya tidak dapat menolak utk pergi lagi.dan disinilah saya, bintulu, esok pagi akan naik bot lagi utk ke KAKG-A….ya allah permudahkanlah urusanku dan urusan kaum keluargaku yg ku tinggalkan amiiin…

cuaca buruk melanda

sudah beberapa hari begini

sampai satu tahap kapal perlu berada beberapa ratus meter dari platform

tidur pun dalam buaian jikalau anda semua faham

kadang buaian tu boleh jadi seganas mungkin sampai semua benda atas meja bergolek jatuh nasib tak jatuh katil huu

hmm


pandangan dari kapal.beberapa minit lepas tu kapal menjauhi platform lebih kurang 100m kerana dikhuatiri kapal akan langgar platform

moga esok sang mentari kan kembali menyinar.amin πŸ™‚

berita dari laut

uhuk uhuk (terbatuk dek sawang blog sendiri.hoho)
adeh banyak sebenanya nak diupdate tapi penyakit malas tu suka je datang mengganggu.draft entry pun ada 2-3 tp tak publish2 lg hoho.haa btw aritu kat epot beli buku kite runner(thx yg memberi suggestion) dan time traveler’s wife.tak sabar nak habiskan buku2 tuh he he
– – –
alhamdulillah dah hampir seminggu dah pun menetap dalam kapal bernama Petra Sovereign ni.so far masih bertahan.mabuk pun dah kurang.kata orang atas ni sebab badan dah immune.kapal masih goyang tapi sebab dah lama sangat duk goyang sampai sekarang ni goyang pun tak rasa ahaha..

berikut adalah rutin selama berada di sini,

0500 – bangun pagi, mandi dan solat subuh
0600 – toolbox meeting bersama para kontraktor,marine dan catering
0615 – sarapan dan permit approval
0645 – cek/send email progress to office team
0800 – wat keje yakni sunbathing sikit2 (mujur electrical banyak dlm bilik maka adalah suka)
1130 – makan tengahari/zuhur/qailullah ;p
1400 – sambung keje
1800 – makan malam
2000 – daily progress meeting
2100 – supper/sambung miting kat galley (haha) sambil makan ikan bakar tangkapan en kontraktor
2230 – biasanya dah tido (kadang2 lambat gak tido sebab semua duk kat ofis csr pastu tau2 dah kul 11 huu)

begitulah.serius keje kat sini memang tak hectic banding dengan platform lagi satu yang ada LQ tuh.mungkin sebab aktiviti commissioning belum start.rabu depan baru mula full swing.itulah tempoh yang paling menarik sebab vendor2 datang dan bolehla menyedut ilmu dari mereka lol.sekarang tengah preparation dan depreservation barang2 sebab platform ni dah belayar sejak tahun lepas lagi.lama kena tinggal..
doakan semoga semua berjalan lancar dan i dapat pulang berpuasa di rumah bersama suami dan family tercinta,amin!dejavu lak rasa sebab tahun lepas pun sempat puasa kat laut juge(malas nak link dengan entri dulu he he.sila cari kalau berminat;p tak minat takpe diam2 sudey~).dgr cite tgh bulan 8 ada lagi satu team nak ganti kami.yippie!

btw kat sini astro putus2, tv dikonker oleh masyarakat lelaki,fb kena block,internet ada tapi hanya ada 2pc yang dikongsi oleh semua orang.nasib baik team projek best2.makan pun 6x-sehari-mmg-konfem-naik-lg-brp-kilo-ntah,so kira compensate la ek huuuu

oke la balik darat nanti update lg yek(kunun).selamat bekerja dan bekerja dengan selamat ;p

facebooking vs bookfacing

talking about ironic,huh?!
;p

eversince the final sequel of shopaholic the series, oh and less travelling (esp time tunggu flite or dalam lrt), i do less reading.like almost non.newspaper, magz and bloghopping does not count ok.what i mean here is real book.be it novels or any boring selfhelp books

oh ok before that, just so u know my husband sometimes stay late at office until maghrib due to his workloads and last minute meetings (hmm).average around twice a week.me on the other hand, since i started working i prefer hit the lrt sharp at 5.30pm (5pm tu tipulah kan).well have some justice la coz the office lights off usually at 5.30pm.’cruel’ kan? πŸ˜›

ok so what did i do after the lights off?eg i’ll go groceries shopping at cold storage,sometimes i treat myself a manicure (which i found quite painful so i…oh wait, yeah i only did it once bcoz of the pain heh.scrap the ‘sometimes’ :P), loads of windowshopping, little shopping (read : little), buy magz and read em while having icecream, forced myself to buy icecream at BK for the sake of wifiing (huhu sbb takkan nak tercongok kat dpn BK tu kan.kena bli sumthing.aiskrim la plg murah pun.eh eh terdefensive pulak),games@ipod and so forth.u get the picture

so one fine day, running out of ideas to kill the time, i plan to go to kinokuniya for a change.ahaha surprise2 coz i found myself heading straight to the magz section.then i said to myself, “NO!NOT HERE!REAL BOOKS PLS!”.well screaming in my head more like it.kesedaran la kunun.walked at slow pace, going to the books sections.i’ve experienced buying novels that i only read few pages then i dozed off.few times on the same novel, same page, then i gave up.so i think not novel for now.now ie books to gain back my momentum.so i bought myself a self help books.ha ha.ok seriously funny sbb mmg patot kena selfhelp pun dah tahap gini.but anyway its not that bad.its about law of attraction btw.still digesting [uh huh].. πŸ™‚

planning to finish at least a book/month.ie by end of the year total of 10books?inshaallah.perhaps i’ll try to selang seli with ustazah bahyah islamic books,novels ke.kan.kasik variety sikit.so goodluck to me.phew..

any recommended books, frens?

p/s : btw tax boleh claim until RM1k kan..oke la tu
p/p/s : my husband even set up a reading lamp beside our bed.hik2.beriye2 mnyokong perubahan isteri ha ha.tenkiu ling (mode semanis kurma)

*i drafted this entry back in april.now i’m on my 3rd book.hurei!berusaha!*

‘back’ to skool

mungkin ramai dah tahu.tapi saja nak cerita..

saya bersekolah rendah di hira’ dan sekolah menengah juga di hira’, di batu belah,klang.11 tahun menuntut di institusi yang sama.agak menarik kerana sekolah ini bukan seperti sekolah2 biasa.ditubuhkan pada 1985, bukan top school pun.bukan SBP.kalau dulu siap ada nasyid “sekolah kami sekolah kampung..sekolah kami terapung2”.he he.mana tak nya tiap kali hujan becak tu penuh kat kain uniform sekolah.memang terapunglah πŸ˜›

masa kecik2 dulu,kalau jiran tanya sekolah mana.bila cakap sekolah kat klang,semua ckp jauhnyaaa.memang jauh.kul 6.45pg bas muthu dah datang hon hon kat hujung jalan.sempat tidur lagi dalam bas (kalau dapat tempat duduk la) sambil mendengar alunan lagu tamil (janggejaccecacececajengjagecaccecca..sapa ingat lagu ni geng bas muthu??haha) dan berita televittar (berita tamil)..

7.45pg bunyi loceng.kalau isnin ada perhimpunan.kalau hari biasa ada kelas mukaddam(masa tu takde iqra’) pagi2.lepas tu baru kelas2 biasa.akademik dan deeniyah eg aqidah fiqh akhlaq seerah.makan kul 10 camtu kot.ibu masak.ibu ni nama glemer tukang masak kat sekolah tu.makan dalam dulang.satu dulang ada 5org.dah ditetapkan kumpulan makan.takleh tukar nama.tiap tahun nama tukar lah tapi.saya hafal lagi menu dia sampai sekarang nasi lemak(isnin), bihun goreng(selasa), mee goreng(rabu), nasi goreng(khamis)-ni feverett, kue teow(jumaat) hehe.itulah menu tak tukar sampai la saya darjah enam.hue hue menu makan je yang kau hafal cis.pastu sambung kelas lagi,solat zohor dan kul 2pm camtu naik bas muthu balik rumah πŸ™‚

sekolah menengah pun lebih kurang macam tu jugak cuma makan je tak dalam talam.kelas tilawah pulak tiap hari jumaat (masa yg lelaki ke masjid).subjek deeniyah masih ada.bezanya sekolah menengah ada solat zohor berjemaah dan pulang jam 4ptg:) pastu tiap hari jumaat kena tidur sekolah sebab ada kem qiadi (ada usrah,qiamullail,hirasah etc) dan sabtu ada syabab&fatayat (pemuda&pemudi dlm bahasa arab.belajar ilmu pengakap) πŸ™‚ oo dan salah satu aktiviti fofuler masa kem qiadi dulu adalah ‘night activity’ di mana dalam kul 2-3pg, kami kena jalan sorang2 kat belakang bgnn hanya berlampukan bulan.ada route dia lah.jalan dari hujung ke hujung about 100m.dlm penakut2 tu buat le jugak.sapa yang berjaya buat tu kira kebal lah sebab sekolah tu terkenal dgn hantu la qorin la histeria la.sekarang ni kalau disuruh jalan macamtu tak berani kot.huhu

batch saya (batch 5) adalah batch terakhir bersekolah menengah di batu belah klang.batch bawah kami dan seterusnya berpindah ke bangunan baru yang terletak di jeram, kuala selangor.asrama penuh.sekarang adik2 saya masih ada 4org lagi di sana.ye,istimewanya adalah kami sebelas adik beradik semua bersekolah di situ.dari darjah satu sampai la tingkatan 5 πŸ™‚ alhamdulillah πŸ™‚

3 april lalu saya berpeluang membawa suami ke majlis sambutan 25 tahun hira’, 1985 – 2010 di salah sebuah hotel di klang, bagi kutipan dana utk pembangunan sekolah kat jeram tu.dan juga utk mengenang jasa guru.disebabkan hanya 60 meja disediakan utk tetamu yang terdiri dari muallim2/muallimah2(guru2), ibubapa2, alumni2, keluarga2, maka tak ramai bekas kawan sekelas yang saya dapat jumpa.tapi ramai muka2 familiar,alhamdulillah πŸ™‚

mlm1

paling terharu dapat jumpa balik guru2 yang mengajar saya sejak sekolah rendah.menitis air mata saya ketika bertanya khabar.tanpa mereka,saya tak mungkin dapat melanjutkan pljrn ke tempat lebih tinggi dan berada dimana saya berada sekarang.dan juga guru disiplin yg mengenali kenakalan saya (oh saya mmg nakal masa sekolah menengah T_T).sempat juga memperkenalkan suami saya kepada para muallim2 πŸ™‚

mlm2

pix source : musaf’s

terima kasih muallimun muallimat atas jasa yang tak terhingga.juga kepada mak abah yang kadang2 sampai ‘korek tabung’ nak pastikan kami tetap disekolah ini…moga hira’ terus cemerlang di mata dunia inshaallah

sempena ulangtahun ke15 batch sekolah menengah suami, hujung minggu ni giliran suami pula membawa saya ke sekolahnya – sbg salah satu aktiviti sempena gathering 3hari2mlm dengan kawan2 sebatch beliau…teruja pulak nak tengok tempat suami menimba ilmu.ceh ceh

penang, here we come! πŸ™‚