36-37 weeks

semenjak dua ni…

• tak sanggup tgk perut kat cermin.berkilat2 mcm nak meletup dah hihi
• nesting instinct yg agak melampau.weekend baru ni habis semua yg boleh di masuk mesin basuh tu saya basuh.dari comforter sampai ke alas kaki.tinggal langsir je tak join sekali huhu.lepastu pantang nampak air ke sos ke kuah menitik saya akan tarik muka stres.suami pun dah faham sgt…huhu.harapnya ni kejap je la.bak kata newsletter, allow your house to be dirty when u’re on maternity…uhuk…we’ll c…
• masih clumsy.tapi dah berkurang.beberapa minggu lepas lagi teruk…
• alhamdulillah tidur nyenyak mcm biasa.cuma posisi tu takleh lama2 mengiring.sleeping on my back lagi selesa
• ada tinggal satuuuu je maternity pants yg selesa dipakai.i beli tiga je pun.satu jeans 2 working pants.jeans tu pun dah tak selesa.sebab?jerut dia tu dah melorot ke tgh perut.biasa letak atas perut (bwh breast).ni dah tak sampai.so kena ekjas bagi jerut tu stay bawah perut pulak.mmg tak selesa.pakaian paling selesa sekarang adalah jubah…
• minggu lepas punya checkup baby dah nak engage.so kena jalan lebih sikit.harapnya next appointment minggu depan baby dah masuk laluan,amin3…
• kalau ikut graf tumbesaran baby, dia mcm tak folo seperti sepatutnya.below line.so tanda kena makan lebih sikit la ye…btw as of last week, baby dah 2.7kg…berat yours truly dah naik 10kg…
• rasa2 mcm ada potensi kena seluk next checkup
• rajin minum air kelapa.pantang jumpa.weekend aritu minum sampai kembung perut hohoh
• mimpi mengarut tiap malam toksah ckpla.tp tidur tetap nyenyak..selalu gak mimpi baby.suami pun.neves letteww
• ada beberapa tshirt suami yg jadi fav utk dipakai kat rumah memandangkan baju saya dah ketat metat…berebut tshirt lak tetiba khennnn
• sistem makan stail 1st tri yakni makan sikit tp selalu.bukan sbb nausea.tp sbb cepat kenyang.perut dah sempit gamaknya

ok sekian.esok dah 37wks..full term eh?ke prev week lagi dah full term ek.hihi..

p/s : btw our fren, azwa yg beza 2wks from me dah selamat deliver minggu lepas at 38wks.sonoknya… 😉 dia pun 1st baby, after 4yrs of marriage..

kelas seni keibubapaan

haa berbelit lidah nak baca kan.sebenarnya nak cite pasal pegi parentcraft class sebulan yang lepas.biasanya dipanggil antenatal class tapi kat PCMC ni lain sikit namanya.mungkin sebab ada tunjuk ajar memandikan dan mengurut bayi.juga tentang breastfeeding.lain2 sesi berkait dgn pregnancy dan delivery…

kelas ni dari pagi sampai ke petang.tapi tak terasa pun sebab seronok dan menarik.azwa pipe4 dan gina (kwn scholar) pun ada…

banyak info penting yang rasa2nya memang boleh dapat kat internet cuma bila pergi kelas macamni lagi interaktif dan best.lg pulak suami pun join sekali so secara tak lansung suami pun boleh faham apa yg telah dan bakal dilalui oleh isteri mereka.get them involve kekdahnya…

20120103-225046.jpg

antara yang menarik,
1. talk on breastfeeding
2. food/nutrition throughout pregnancy
3. talk on epidural (ehem). anaestathist tu siap bawak epidural kit tu ;p doc ni kelakar suka buat lawak hihih

20120103-225133.jpg
ni haaa epidural kit…

4. newborn hearing test : will be conducted after delivery, before discharge. to determine the baby’s hearing/talking defect if any
5. senaman ibu mengandung.hihi.selalu dulu joke around pasal ni.ha, ni bersenam la betul2 ;p
6. signs of labour, stages of labour up until delivery
7. melawat2 labour room : time ni bolehla gelak2 dlm labour room kan…

20120103-225231.jpg

terutama buat first time mothers, disarankan utk pergi kelas sebegini.sekurang2nya kita tau apa yg nak dijangka.dan kalau tak faham boleh terus tanya.lain hospital lain kelas yang diberi.tapi inshaallah tak rugi kalau pergi sbb yang beri talk tu biasanya memang orang2 yang expert.bawak sekali suami utk mereka ambil bahagian sekali ok… 🙂

ada satu talk tu diberi oleh my previous gynae, Dr Tan.dia terkejut nampak kitorang kat kelas tu dan tumpang happy sebab i manage to conceive 😉 lepas last appointment dgn dia tu mmg senyap je sepi tanpa berita so dia kata dia wonder juga what happen to me.so cerita berjela2 kat dia lepastu cakap la now I’m under Dr Seri…anyway seronok jumpa dia balik.Dr Tan sgt thoughtful…

ok guess that’s all on the parentcraft class.balik tu takde pun buat senaman ibu mengandung.hishhh hari ni dah 36wks rasanya kena la start exercise kasi senang nanti.inshaallah…

of foodies & drinkies

makanan favorite ketika ini : pisang, jagung, ice cream, roti canai, yogurt, tempe, tauhu, maggi

minuman favorite ketika ini : ribena, orange juice, milo dinosour (ni plg latest), apple w aloevera, juiceworks, air kelapa muda

yg pisang dgn jagung tu buat jadi apa2 pun sedap.kek pisang ka, jemput2 ka, makan gitu je ka.jagung lak yg corn in cup, jagung bakar pasar malam, jagung rebus sendiri, semua ai telan.sedapnyalahhh….

juiceworks tu dperkenalkan oleh zulida.bulan nov aritu jadi member.kebetulan my birthday month.so any drinks 20% off.setiap hari minum juiceworks.rasa sihat sebab minum buah+susu+cereal+eskrem.tapi bulan dec mcm culas sikit sebab tiap hari nak balik awal so tak berjalan sangat kat suria tu #iptimetrack…

20120102-164503.jpg
buah dan air utk breakfast hampir saban hari

20120102-165407.jpg
roti canai mamak tak minat.mesti nak carik yg melayu buat.lagi gebu.kuah pun lebih pekat

20120102-165430.jpg
milo dinosour buatan sendiri.utk stgh cawan air diperlukan 4sudu besar penuh milo.ais lagi separuh cawan.no sugar pls.sedappp

20120102-165501.jpg
kek pisang kukus.guna pisang emas.kukus sebab malas nak guna oven.barang asas je ie pisang,telur, minyak jagung/minyak masak, gula, tepung gandum, sodaB, baking powder…

food galore lah pregnen2 ni.dah aftermath nanti sendiri mau ingat la.mana boleh pantang tu usahakanla yek…huhu

selamat datang 2012 :)

banyak entri tertangguh.nak tulis tapi tak tertulis.tipulah takde masa sebab orang anak 2-3-4 pon boleh je sempatkan nak tulis entri tiap hari LOL…

so ok fine ai taknak beri alasan walaupun sebenarnya ipod ada masalah dgn blogpress bila upgrade jadik ios5.dia macam crash gitu.so nak menepek kat laptop memang nan ado la.tu yg tangguh2…

[ek eleh sempat jugak bg alasan satu perenggan T_T]

———-

dropping by to wish all my readers (kalau ada) a blissfull new year 2012…

looking back, 2011 has been an eventful year to me.4 bulan yang pertama penuh dengan pelbagai kisah pahit.saya tak ceritakan di sini.tapi selepas itu satu persatu berita gembira dan tentunya yang paling menggembirakan kata omputih the cherry on top adalah berita saya berbadan dua dan bakal bergelar ummi tak lama lagi.subhanallah Maha Suci Allah pemberi rezeki…dan bulan2 selepas itu segala2nya indah belaka.yang pahit tu terus tak nampak dah…kata omputih lagi, nothing else matters… 🙂

tahun 2012 bakal menyaksikan saya dinaikkan pangkat dalam hidup inshaallah.tanggungjawab pun semestinya bertambah.dan intuisi saya mengatakan yang tahun 2012 akan menjadi sangat mencabar dari segi kehidupan kami suami isteri dan juga karier kami masing2.seperti tahun2 sebelum ini, cabaran yg datang menguatkan lagi hubungan kami dan saya harap begitu juga dengan cabaran di tahun 2012…yang pasti, rumah kami sudah ada penyeri…qurratu ‘ain..tak lah seperti 3 tahun sebelum ini yakni tiap hari senyaaaaap je masing2 bermain gajet atau melayan hal sendiri ;p inshaallah….

saya tiada azam yang spesifik utk tahun baru 2012 ini tapi saya mohon pada Allah agar menjadikan saya isteri yang lebih baik, ummi yang penyayang&bertanggungjawab utk anak kami, anak yg berjasa kepada mak&abah.saya juga ingin menjadi pekerja yang lebih baik dan berintegriti hihi.begitulah secara general.ada pecahan utk azam2 tersebut tapi biarlah antara saya dan Allah sahaja…nak list2 satu di sini segan pula ;p

saya juga ingin lebih kerap mengupdate blog.huhu.lebih kepada utk tatapan sendiri di kemudian hari sebenarnya…moga diberi kekuatan itu.btw apple sila rectify masalah blogpress yg crash tu.

akhir kata, seperti biasa,

goodbye 2011…thanks for the memories 🙂

welcome 2012…bring it on!!!!

randomness

1. its been 4wks since my 3rd trimester. segala2nya masih ok alhamdulillah. so far the 3rd trimester has been nice to me syukurrr

2. naik flight 2 kali dan tiada masalah alhamdulillah. sekali ke KT(26wks) dan sekali lagi ke Labuan (28wks). minggu lepas balik taiping sempena cuti extra maal hijrah dan mungkin itu last travel sejauh itu.lepas ni jalan dekat2 sudah…sakit wooo bonts duduk lama2 tak bertukar posisi huhuh. alhamdulillah i have no problem on frequent urination coz i try to control my fluid intake prior every long hours travel. malas nak pening2 carik toilet huhuh

3. berjaya melangsaikan beberapa baby stuff semasa baby expo di midvalley tempoh hari. alhamdulillah. walaupun masih berjela2 lagi barang yg belum dibeli tapi sekurang2nya ada lah gaya nak sambut baby. we managed to grab quite a good deal on baby cot, bedding set, feeding bottles set, rompers, breast pads, and then some small2 stuff at pureen booth. maternity cum nursing wear pun i beli 2 pasang kat autumnz.sukaaa

4. my babybump has grown rapidly since 28wks.tak tercapai akalku.baju kurung semua sangkut tang perut.terpaksa mendamagekan kredit kad dgn membeli beberapa pasang blouse dan pants utk pergi kerja.tiap hari ahad lama sebelum nak mulakan sesi menggosok tuh lama tenung almari berharap ada baju2 pregnant yg cantik boleh dipakai secara tiba2…

5. sangat obses dgn air dan buah2an yg kaya dengan vit c!sounds cliche kan.tapi masa pertengahan 2nd trimester adalah pernah borak dgn one of my colleague nih.dia ada 2 orang boys yg sangat comels.told her that i loved air kacang soya tapi bila pregnant memang sori lah tak boleh telan lansung.orang semua pakat duk minum air kacang soya nak anak putih bagai kan.but not me lah.siyes awal2 je minum lepas tu macam tak lalu tengok soya bean.so she said “akak dulu pun ingat camtu.tp doc akak kata, bukan soya bean.tapi orange juice atau apa2 yg full of vit c…konfirm kulit baby cantik..”..katanyalah.tapi bukan la utk kulit putih.so sejak drp tu sgt suka orange juice n ribena.tiap hari tak sah kalau tak minum for breakfast.risau tentang kulit baby sebab takut terturun eczema ke baby.cian dia.so consume vit c product can at least mitigate la this problem inshaallah…

6. talking about vitamins, habit itu datang kembali.i’ve skipped my supplements for wks now.bila ingat je makan.tapi yg selalunya adalah buat2 lupa.some ppl said that baby besar sebab the supplements (ceyy kononla alasan takmo amik ubat.pffttt)

7. so talking about ‘baby besar’ pulak, we did our regular check up last Friday and guess what, at 30w5d this lil miracle has put on weight to a whopping 1.9kg!mak berdebar ok.measure punya measure, kepala  badan and everything as expected la 30-31wks.tapi kaki dia sudah 33wks ok.kata doc “waaa kaki dia panjang ooo..ni iikut daddy dia la ni ye” ooo no wonder la nak dekat 2kg.sebab check up sebelum ni baru 700g ke gitu.terlebih vit c kah??(refer point no 5;p).btw i’ve gained 9kg from my pre-pregnancy weight.masih normal.kot.so masa doc tanya nak ubat ke tidak, i sengih2 mcm kerang busuk pastu husben pecah rahsia ada orang tak makan ubat.ces.tapi doc kata its ok sebab baby membesar dengan sehat, alhamdulillah.so no trip to farmacy this time he he

ermm sambung kendian la mood dah ke laut balik hihih

three targets

….so far

1. Mom’s Care Baby Carnival Sale (28 oct – 7 nov 2011)

things am looking forward to : feeding sets (avent), carseat, stroller, playpen….apa lagi yek?

2. Mydear Warehouse Sale (26 oct – 7 nov 2011)

things am looking forward to : babycot, mosquito net, mattress, err what else???

3. 2nd Maternity and Children Expo (18 – 20 nov 2011)

things am looking forward to : maternity cum nursing wear, baby stuffff…

baju bajan baby masih ku tunggu Pureen Warehouse Sale…bilakahhhhh?? and of course Year End Sale lah kan…so it is official, November and December will be the months of SHOPPINGGGGGGGGGG…yeeehaww

🙂

the 26th week

at 25w5d we went for the detailed scan.it costs us rm300 as its not covered by ING.u can choose not to go for the scan.but as yours truly had had so many surprises when it comes to ultrasound, we chose to proceed with the scan…

alhamdulillah as far as the scan is concerned, everything looks normal. the doctor scanned through the baby’s face, skull, legs, toes, arms, fingers, heart, liver, kidneys…btw this lil miracle showed off his thanggg when the doctor was looking for it.whoaaa baby ni wat malu je depan doktor haha.dahla side view kan lagi la ;p btw we even managed to see his face…#awkwardmoment #surprise

my sugar and BP also appears normal alhamdulillah.tho for the past few weeks i eat those sugary choc/icecream/cakes/desserts/yoghurts nonstop.syukur sangat2 so far semuanya ok *tumbuh tanduk*

apple strudel...ughhhh yummyhhh!!!i actually craved for this last sunday, early in the morning..dah dapat ptg tu, makan sambil leleh airmata..

ooo lepastu doc bg i tetanus jab sebab yg tahun 1997 tu dah expired.mati2 ingatkan macam tetanus tu mcm rubella yakni sekali seumur hidup je amik huhu..

btw i gained 6kg from my pre-pregnancy weight.wooot!!! 🙂 though this lil miracle only weighs 830g so far hmmpphh.selera mencanak sekarang cam hape…

“naik 3kg sebulan normal ke doc?

“i would say still ideal considering u didnt put on weight the first 5 months…tapi 3kg ni agak banyak tau..”

“tapi kan doctor, i’ve read somewhere that its normal when you’re 20wks and above..” (bila manusia in denial)

“thats 28wks and above la darling…kalau <28wks, 1kg per month je tau…ni suka makan apa niiii..”

(the rest are history ha ha)

once i enter week 25, i cant no longer fit to my jeans.i cant zip it off and wear the bellybelt extension.certain baju kurungs and blouses i have to sadly say goodbye..not until 4-5 more months inshaallah.my baby tees which i normally wear at home alraeady tight on tummy area.tapi masih boleh pakai macam nangka busuk lol.so i think 6 months and above you can start to wear maternity uniforms huh?so far i only have 1 maternity jeans which is super comfortable!i have 1 maternity blouse and 2 maternity-cum-nursing (2in1) blouse.thats about it.am still looking for the 2in1 decent blouse but why la so hard to find!!any recommended brand?

oh did i tell u lately i have trouble getting the best position to sleep at night?tak boleh tidoq telentang nanti sakit belakang.so i choose to sleep on my left side…

the baby?oh he’s been practicing kickboxing a lot lately.sometimes its like earthquake in my tummy.lol no joke.but not to the extent that he wakes me up from my beauty sleep la.goodboy…:).ke aku memang jenis tido mati

shopping?tak mula lagi…sape tau bila next pureen warehouse sale angkat tangan!tunggu Y.E.S pun iye jugak.maknanya dah masuk 7 bulan baru shop2.moga masih gagah berjalan ye huuu…

carik nama baby?err belum.sape ada idea angkat tangan!hihi

btw we’ve signed up for the Parentcraft Class organized by PCMC in Dec slot inshaallah.i’ll be in my wk32 – i should look pregnant in any angle of my body by that time kan.hahahha

anyways, on a serious note, i have this intermittent panic attack when i enter my 7th month.*labour pain aside*…will i be a good mom?will we be good parents?will i be able to juggle my baby with my job?will i be independent enough to take care of my baby if my husband’s not around/sick?will we set good examples toward our kid(s)? etc etc….have to start reading about parenthood(esp in islam) u know tanggungjawab ibubapa, hak anak2 dsbg in addition to those pregnancy books/magz …huhuh

my hope is that one day, this lil guy in me will grow as a good khalifah and will feel blessed to have us as his parents…shoot rasa sebak taip macam ni.oklah tanak tulis lagi.incik baby, i love u so much…. 🙂

p/s see you

minggu lepas hantar cik adik sayang ni masuk hospital.mata dia sakit.kalau nak pakai mata dia je mesti satu sistem badan cik adik jadi cramp.takleh buat apa2…


sakitnya sejak 7 bulan lepas lagi.tapi baru nak hantar ganti.tu pun sebab warranty cik adik ni dah nak habis bulan depan.sayang nak berpisah dgn dia tu yg tunda2.sekarang kakak dia la jadi pengganti sementara waktu…

gambar kat atas tu sebagai kenang2an.sebab lepas ni cik adik dah takda.ganti dgn cik adik yg baru…

“amoi aaa…berapa lama boleh ambil balik?”
“lagi 2 minggu macam tu”
“kalau mau engrave sekali macam yg lama bila boleh dapat?”
“itu sebulan atau 2 bulan maa”

hubby kata takyah la engrave tu.sebab lambat sangat 2 bulan baru dapat.dia kata dia pun xkisah.uuu sedih T.T

tu yang last2 amik gambar cik adik sayang cukup syarat *background lagu syahdu*

well anywayssssss next week dapat yg baru.woooot!!!!!!*chicken dance*

nasi minyak menjilat jari

aritu dah bgtau nak share resipi nasi minyak simple tu kan.ok here goes;

(untuk 16pax dewasa)
1kg beras basmathi biasa (equiv to 8 cawan yg mai sekali dgn ricecooker tu)
9 cawan air
1 cawan susu ideal
5 biji bawang merah dihiris halus
3 biji bawang putih dihiris halus
sebatang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tin kecil 125g minyak sapi
daun pandan
1tsp garam
2 tbsp kismis

kaedahnya ye puan2…
1. basuh beras basmathi dan tos kan
2. cairkan minyak sapi dan tumiskan rempah campak dan bawang2 hingga kekuningan.saya suka kalau ada cam coklat2 hangus sikit..sikit je ok
3. dalam ricecooker yg dah di ‘on’, masukkan beras.curahkan bahan tumisan tadi sekali dgn minyak sapi ke dalam.gaul selama seminit
4. masukkan air dan susu yg telah disukat
5. masukkan garam dan daun pandan.kacau sebati
6. tutup ricecooker dan tekan ‘cook’
7. bila dah hampir masak, taburkan kismis dan gaul sebati
8. setelah nasi masak, tutup suis sebab takut kerak (hihi ni kalau ricecooker kurang bijak macam i punya ;p)
9. bila nak hidang, taburkan bawang goreng
10. enak dimakan bersama gulai kurma, dalca, kari atau ayam masak merah.kalau rajin, buat acar jelatah.kalau kurang rajin mcm i, buat salsa sudey.heheee

sorry takda gambar lain sebab aritu kelam kabut masak terlupa nak snap gambar bahan2 dan yg dah siap terhidang.huhu

notakaki :
a. rule of thumb utk sukatan beras basmathi vs cecair adalah 1 1/4.contohnya nak masak 4 cawan beras, gunakan 5 cawan air.tapi kalau nak guna susu cair, buatlah 4+1 ke atau 3+2 ke…yg penting 5 cawan cecair…comprende? ;p

b. beras basmathi ada banyak jenis.ada yg basmathi rebus la apa la.so pastikan kat paket tu sebelum beli ok.kaedah masak dia beza2 ikut jenis…

c. kalau pakai periuk atas api pun boleh.sukatan sama je.tapi kena rajin tgk dan kacau la ye…

sekian, selamat mencuba!:)