istanbul : day 2 (beyazit & aksaray)

hari ke2 kami di sana adalah hari jumaat.dan weather forecast kata hujan sepanjang hari

pagi selepas breakfast di hotel, kami berjalan kaki ke arah blue mosque semula.

Hippodrome
bersebelahan masjid ada satu jalan panjang yg dinamakan Hippodrome yg agak terkenal dikalangan pelancong sbb di sepanjang jalan tu ada 3 structures yg mpunyai sejarah tersendiri.

20130411-153450.jpg
macam tugu la ie the egyptian obelisk, the serpentine column dan the column of porphyrogenitus.jgn risau, sy tak ingat pun exact nama tugu ni sy salin dari buku insight guides tu.he he

nota : saya sarankan la kalau nak ke tmpt2 bsejarah ni bwk sekali buku insight ni esp kalau xde tour guide sbb serius blur okay kalau pi tgk org bkerumun pastu kau taktau knp diorg kerumun tp kau nak kerumun jugak sbb semuaorg buat.so buku tu boleh rujuk kalau perlu penerangan ttg tempat yg dilawati hihi

kemudian kami teruskan perjalanan ke stesyen tram, sultanahmet station.kami lalu taman bunga.malangnya masih di awal musim bunga jadi tulip tak blooming sgt…tapi sgt cantik la warna warni gitu hehe

20130411-153821.jpg

20130411-153839.jpg

harga tiket tram adalah TL3 per trip tak kiralah nak pergi dkt ke jauh ke dewasa ke kanak2 ke.sbb kami nak naik tram, jadi suami sarankan utk babywear saje ‘aaqil sbb susah nak gerak pakai stroller…

stesen yg kami tuju adalah beyazit dimana terletaknya the famous Grand Bazaar!

Grand Bazaar
elok sampai je sini, hujan turun.masa tu dlm kul 10am.bazar ni besar gila okay.macam jalan tar tapi 10x ganda lg besar dan berbumbung.masuk2 ada lorong, kiri kanan kedai2 pastu jalan tu bercabang dan bercabang dan bercabang.konfirm boleh sesat kalau tak tanya locals.kalau tak silap ada berpuluh2 exit dan beribu2 kedai dalam bazar ni.macam2 ada ie tudung, karpet, kedai makan, barang kemas, barang perhiasan, money changer, handbags, you name it!kedai mamak je takde, ok tak kelakar.
kami dtg memang bukan nak shopping so jalan2 je.tapi kebetulan suami nak cari jaket kulit maka terstuck kat situ sampai la nak dkt solat jumaat.alhamdulillah ada satu masjid betul2 sebelah bazar ie Nurusmaniye mosque.suami solat, me&’aaqil lepak cafe berdekatan…kat sini,

20130411-155824.jpg
lepastu sambung shopping(eh pulak?).kami shopping souvenir lah.we bought table runner & cushion covers for family back home.tapiiiii kami beli dari kedai luar bazar sbb dah selalu baca tips traveller yg barang kat dalam GB ni mahal!antara tips berguna,
1.jangan tawar menawar kemudian tak beli.mmg kepantangan mereka
2. kalau mmg nak beli, bargain mula dari half price cth harga tudung TL30.mintak kurang sampai TL15….so atleast dia boleh bg TL20 ke.gitu
oh suami juga berjaya dptkan leather jacket yg diingini

selesai menjelajah GB yg tak brp jelajah sbb tak pergi pun semua ceruk, we were both hungry.plan asal nak pegi spice bazaar tapi terpaksa kensel sbb tiba2 penuh lak tgn dgn plastik.so kami patah balik sultanahmet utk makan.sedap oi kofte dgn cili jeruk ni…rasa mcm nak tapau je bwk balik iskk…

20130411-155838.jpg
dan suami hantar brg2 ke hotel.masa ni lah hujan turun selebat2nya sampai terpaksa beli payung huhu…

suami patah balik ke restoran dan kami naik tram utk ke yusufpasa station dimana terletAknya Historia Mall, mall yg plg dekat dgn sultanahmet

Historia Mall
masa buat itenerary tu memang saje taknak packkan aktiviti hari jumaat sebab suami kena solat jumaat dan mmg tau akan hujan.so pi mall je la yg ok sbb dlm bgnn.punyalah percaya dgn internet kata dkt je mall ni dgn tram station padahal kami jalan dkt 15min jugak nak sampai.dgn hujannya, sejuk lagi iskkk.mall ni takde apa pun yg best.kecik je mcm shah alam mall je saiz.kami smpt solat jama’ ta’khir kat sini.kul 6 camtu kami patah balik sultanahmet utk dinner, we had turkish cuisine again at one of the fine dine restaurant nearby hotel, aloran restaurant.still raining masa tu huhu

20130411-162750.jpg
sedap sgt food kat sini (sbb lapar dan hujan kot haha).layanan pun tiptop.pastu after habis makan dia bg turkish delights w the famous turkish apple tea.

20130411-163620.jpg

double thumbs up!!

sampai hotel dah kul 8+pm, ‘aaqil mcm lesu sikit.rasa badan dia panas sikit.cek2 temp dah 37.2c!alamak gelabah bg pcm dan mandikan dia and put him to bed.mesti sbb letih smlm tak hbs lg, pastu kena hujan, sejuk etc etc…

and then we both had our rest coz the next day we hav full day trip to other side of istanbul!

stay tuned!

misi mendonat semalam

….berjaya!

hehe.walaupun,
• digital scale macam weng sikit.6g pun takleh detect.so estimate je la yis stgh peket.pastu tgh2 weigh boleh hang pulak.padahal baru beli pfft
• gula castor takde pakai gula halus je
• mixer rupanya blade yg jenis spiral tu ttinggal kt msia.bwk yg bulat je.so mmg uli pakai tgn je from a to z

tadaaaaa

20130409-075610.jpg

start 6.45pm.kul 10 baru dpt makan.alhamdulillah worth the waitsss.mmg jadik cuma tak selicin sifu i buat la.ada gerutu2.mebi sbb salah gula (nampak tak permainan i menyalahkan gula hahhahaha)..

so here goes the recipe (make 34pcs);
800g tepung roti
200g tepung superfine/kek
3g baking powder
3g bread improver
12g yis
120g gula castor
410g air sejuk
130g fresh milk
90g kuning telur(equiv to 2eggs)
110g mentega
10g garam

haaa sekarang faham kan knp mgedik pakai digital scale sbb semua pakai gram je sukatan takde cup la tsp la tbsp la

btw semalam buat separuh je adunan kat atas tu sbb nak testing je…tp dpt la suami bwk pi ofis 10ketul…

kaedah membuatnya sila rujuk entri asas meroti sebelum ni ye 🙂 memang terbaik esoknya pun donat masih lembut gebu tak tipu

saya sudah, anda bila lagi? hahahaha

grilled salmon w pasta

rutin hari sabtu adalah pagi2 kul 9 van dah sampai utk ke merdem.husbands ada weekly futsal.the wives pulak potluck.ada rezeki husbands ada la makanan lebih ;p

biasa kul 12.30tgh baru habis.then off to mir bazaar for groceries shopping.wet market ada.runcit ada…yada yada sampai rumah dah kul 2pm gitu

jadi biasanya akan tapau lunch siap2 iaitu lavash(lamb wrap) or corekli(lamb sandwich)…

tapiiiii sabtu baru ni tak rasa macam nak makan semua tu.suami kata masak megi je lah.iols tak rasa nak mkn megi…so dpt idea *tinggg!!*

inilah penyelamat,

20130408-085626.jpg

so sampai2 je terus rebus pasta, heat up grill pan.kebetulan beli salmon kt pasar td.okla 25manat utk 2org makan kenyang hihi…
salmon tu lumur dgn olive oil, salt pepper n the grillmates, then grill rightway.same goes to the timuns and tomatoes
pasta tu pulak dah al dente, gaul sebati dgn prego sauce tu.parsley flakes tabur sebelum makan
potong2 lemon utk diperah atas salmon

tadaaaaaaaa lunch served in less than half an hour

20130408-090143.jpg
sedap dan sihat…gitewwww

kelas memasak (basic roti)

ni semua last minute plan.masa usrah kelmarin ada dgr2 kak mas nak belajar buat pizza&roti dgn kak zana.pastu kitorang yg lain terdengar berita gumbira tu haha maka pun sibuk2 nak join jugak.so dah ramai kitorg tambah lg satu menu iaitu donat.yay!

jadi ada 6 org pelajar kesemuanya.semalam seawal kul 9pg dah keluar ke rumah kakZana.dekat je 10min naik van…

punyalah baik ati tuan rumah aka cikgu ni before kelas mula jamu brekfes nasi lemak ayam bakar lagi.kat sini apa2 yg org lain masak semua sedap sbbtu suka pi makan rumah orang ;p

dekat kul 10 tu baru la kelas mula.kitorang masing2 bwk la apa ada kat dapur masing2 eg tepung roti, cheese, telur, susu, inti kacang merah, yis, gula castor…mcm potluck bahan2 gitu.alhamdulillah semua bahan cukup sampai berlebih…

mula2 buat adunan roti dulu.sementara rehatkan doh, buat adunan donat pulak.lepas semua dah siap baru buat pizza.masing2 bawak balik sorang satu pizza 6″ bakar kat rumah sendiri sebab dah lmbt nak masak dinner suami masing2 kan kihkihkih….3pm baru balik ok!

rupa2nya kakZana ni pernah pi kelas bakery masa kat indon harga riban2.siap ada exam bagai.dengan cert sekali.patutla tiap kali potluck akak ni punya roti ke donat ke mmg makan satu xcukup.sedap mcm boleh bukak kedai…penah sekali tu kakZana buat donat byk2 husben dia bwk pi ofis, husben i pun setuju donat dia maveles.huhu

gadget dia macam2.digital scale, tray sebesar alam, papan uli sebesar meja makan, pemotong doh, pizza pans…wawawaaaa hebattt

ok so sini nak share la apa yg telah dipelajari semalam,

1. ada 3 kategori bahan2 utk buat apa2 doh roti ie dry(tepung, gula, serbuk2, yis), wet(telur, air, honey) & fat(butter, veg oil, evoo) — semua kena bancuh asing2 dahulu.ini adalah asas.pakailah resepi/sukatan apa pun (kat google kan byk resepi) tp kena ikut peraturan ni

2. makanan yis adalah gula.penggalak adalah air sejuk atau susu sejuk atau butter sejuk

3. garam dan suhu panas akan mematikan yis.jgn sekali2 campurkan garam dgn dry ingredients.garam diletakkan di bhgn fat

4. urutan bancuh : dry + wet hingga adunan bersih dari mixing bowl.istilahnya adalah terangkat ;p step ni pakai tgn sudahhh

5. lepas tu fat ditambah dlm adunan td, gunakan mixer utk step ini.hingga doh sebati.kZana mix lebih kurang 5-10min anggaran

6. keluarkan doh dan usap2 bulat2kan doh tu, baru wrap.rehatkan 10minit

7. bahagikan doh 50g tiap satu(utk donut atau roti bun). tp kalau pizza bahagilah ikut resepi/adunan.bulat2kan mcm bola pingpong tiap satu sampai jd licin surface.fuh step ni mmg sgt renyah.tp ni lah yg menentukan kelicinan doh kita.barulah produk cantik/kemas

8. susun atas tray cantik2.tutup dgn cling wrap.rehatkan 25minit

9. kemudian barulah bentukkan jadi donut ke.letak isi bun/roti ke.anything we want to make with the dough.kalau pizza, masa ni lah kita canai jd bulat dan letak topping

10. rehatkan 90minit.haaa time ni lah yg patut tiap2 td naik kembang.kalau donut akan jd gemuk.minit ke-60 kalau nak sapu kuning telur ke apa ke

11. barulah bakar atau digoreng

barulah kitorang tau betapa sukarnya nak dptkan hasil yg hebat.yis ni jgn buat main2, sensitip ye.kalau tak ikut peraturan dia, bantat la jawabnya.atau tak gebu
20130405-194232.jpg

part yg lawak&cemas masa kelas pun ada jugak hahahhaha,
• digital scale tu habis batt so tukar dgn analog(nsb baik ada).
• pastu blackout dkt sejam!dahlah oven & stove pakai letrik.nak dkt 90mins tu, 4 of us (fariza,rina,kMas,kZana) angkutla tray2 ni turun tangga dari tingkat 12 ke bawah utk pi bakar kat rumah rina yg duk blok sebelah—tangga sbb lif pun takleh pakai!
• lagi 3org(me, kAishah, nadia) jaga budak2 kat rumah.imagine melalak2 budak tu mak diorang tiba2 takde!hahhahaha dah macam nurseri pon ada
• tak sampai 5minit diorang turun, tetiba letrik ada balik.mgelabah kitorg yg jg budak2 ni try call yg bwk tray2 tadi.semua tak jwb call laktu haha.so nadia pi turun lif tggu depa kat lobi.rupanya diorang dah seberang jalan dah nak pi blok rina.laju nau turun tangga
• dah naik, panaskan oven.few mins pastu blackout balik bolehhhhhhhhh.terduduk semua haha.tapi nasib baik kejap je dah ada letrik balik

20130405-194259.jpg
(aktiviti budak2 masa mak2 bz salin nota hihi spot ‘aaqil pls)
apa pun memang best la sebab tak penah pi kelas memasak kan.a new experience la kira.’aaqil pun sgt behave main dgn kakak2 dgn abang2 masa ummi kat dapur 🙂

pasni kalau berjaya praktikkan ilmu roti ni ai buat entri lain ye hahaha

istanbul : day 1 (sultanahmet)

kalau nak ikutkan trip ni dah di verbally plan oleh suami sejak tahun lepas.sbb jarak pjalanan asb-ist hanya kurang 4jam flite.rugi kalau tak pergi istanbul bila dah duduk sini.sbb kalau dari malaysia mau makan masa 10jam lebih flite.tu belum kira harga tiket, keselesaan anak kecil etc…

kira ni kali ke-3 la suami dtg istanbul.sebelum2 ni atas urusan kerja.sempat transit dan bermalam lg.so kali ni barulah dpt betul2 jalan2 sbg tourist hehe

flite kami pagi tu jam 8.40am.kul 6pg lagi dah keluar rumah.siap check in semua, sekali flite delay sejam ok!nasib baik tapau nasi lemak dari rumah so bolehla lapik perut huhu.btw kami amik turkish airlines, pjalanan mengambil masa kurang lebih 3jam40min 🙂

yg bagusnya kat ashgabat airport ni, kat boarding tu ada nursing room.so ‘aaqil tertido dah.naik plane pun tdo.takeoff pun tdo.half journey baru bgn.so sempat la ummi walid makan etc.food dia sedap okayyy tak macam ma*s.masa beli tix online tu boleh siap2 pilih nak muslim food ka babyfood ka vege ka…
20130405-112318.jpg

haha lawak x lawak ‘aaqil telah yakyak atas flite.maka bau adalah tettt.mujur takde sapa pengsan ye

so sampai2 attaturk airport tu terus pi cari babyroom mandikan dia kasi fresh sikit.dari rumah mmg tukar diaper n baju je sbb kul 5am pg kottt nak mandi bagai sejukk

setel amik beg semua, suami tukar duit usd kpd TL(turkish lira).btw the day before suami dah siap2 book airport transfer.harga eur19(TL45)/trip dari airport ke sultanahmet

ok istanbul ni spt yg diketahui ada 2bhgn ie oldcity(sultanahmet) dan moderncity(taksim).dipisahkan oleh golden horn, where asia&europe meets.spesel ok istanbul ni dua benua satu bandar.gitu

jadi kami pilih hotel area oldcity sebab tourist attraction byk kt area sini.dan building dia pun byk yg lama2…

perjalanan dari airport ke megara palace hotel mengambil masa lebih kurang 30minit…sampai2 hotel, nasib baik dah ada bilik wp masa tu belum kul 12noon lg.so check in, letak2 barang semua, 12.30pm terus keluar mulakan jalan2 hehe

btw i was incharge by hubby to prepare the 5days itenerary.memang buat agak pack sebab istanbul ni byk gak kena kaver.so day 1 kami dah plan utk,

Topkapi Palace – Hagia Sophia – Blue Mosque

we were lucky because our hotel is just 2 mins walking distance to topkapi’s main entrance.tak tipu dekat gilaaaaa.cuma kena naik bukit je yg buat penat sikit.it was still cold in istanbul tho already in spring.temp below 10c.

20130405-112401.jpg

Topkapi Palace
merupakan istana lama yg dijadikan muzium.kalau tak silap, 24sultan pernah tinggal di istana ni.istana ni berpindah ke dolmahbahce maka ia diabadikan utk lawatan umum.

oh man besar gila ok topkapi ni.kalau nak lawat secara detail makan masa setengah hari!so utk memudahkan, suami sewakan saya audioguide yg mana guide tu akan ceritakan sejarah utk tiap ceruk dalam istana tu, siap dgn map.oh, entrance fee adalah TL25/adult.audioguide pulak TL15…

kat istana ni boleh tgk baju2 sultan, pingganmangkuk, hadiah2, & barang2 sultan2 dulu2.ada jugak tersimpan kunci2 kaabah, pedang2 nabi SAW, sahabat2 nabi, dsbg yg pernah sampai kat malaysia dulu(kat muzium negeri kot).semua tersimpan kat sini…

2jam lebih jugak kami round topkapi.sempat la ‘aaqil makan sebab hujan pulak tiba2.so take5 kejap.

Hagia Sophia
masuk last jam 4pm.nasib baik kitorg sempat.sampai dalam kul 3pm.ala topkapi dgn hs ni dlm 5min je jalan kaki
20130405-112439.jpg

entrance fee sama macam topkapi.cuma hs ni takla besar sgt.macam masjid negeri besar dia.
hs ni istimewa kerana ia berasal dari gereja, kemudian dijadikan masjid.hingga 1935 shj kerana ataturk mengarahkan hs ini dijadikan muzium…

jadi kalau tgk kat dalam belah atas, in between Allah Muhammad, ada gambar2 di dalam gereja2 biasa.sesetengah ukiran pun ada salib.tapi subhanallah memang cantik ukirAn2 dlm masjid2 kat istanbul ni.infact in any historical buildings.oh hs juga dipanggil ayasofya dlm bahasa turki.so jgn kompius tempatnya sama saje.

hs ni 2tingkat.nak naik tingkat atas tu bukan tangga ye.tapi ramp.ya allah penat gila ok tolak stroller pakai ramp yg berpusing2 dan cerun.mengah2 bila sampai atas haha.tingkat atas ni lg byk rupa church dari masjid berdasarkan images kat dinding2.cuma agak sayu la bila membayangkan bgnn cantik ni hanya tinggal sbg muzium sahaja…

dekat2 kul 5pm tu dah lapar pulak.suami bawak pi satu kedai kebab ni yg dia penah pegi.sedap gila kebab dia ok.mmg takdpt la kat mesia ke ashgabat ke.
20130405-112512.jpg

cuma makan kat sini mmg tak murah.sekali makan 2org adult order biasa2 adalah min TL40 huhu kebab je pon
nota : TL1 = Rm1.70

20130405-112548.jpg

Blue Mosque
habis makan kami berjalan ke blue mosque pula.5minit juga dari hs walaupun boleh nampak dah dari jauh.
20130405-112452.jpg

sempat la kami buat jama’ ta’khir zuhr-asar kat masjid ni alhamdulillah.tourist boleh je masuk masjid dgn syarat pakaian menutup aurat sama je mcm masjid2 kt malaysia
kalau tgk dari luar, masjid2 kat istanbul ni semua lebih kurang sama je rupa.so yg speselnya bluemosque ni adalah tower dia ada 6.subhanallah memang cantik interior.suami beruntung pernah solat jumaat disini masa kunjungan sebelum ni…

keluar dari masjid tu dah gelap.dan makin sejukkk.so kami jalan balik ke hotel utk rehat.malam tu makan kat area hotel je.we both tried the turkish cuisine.drama jgk masa dinner tu sbb ‘aaqil tibe2 muntah!kesian sgt!perhaps sbb sgt2 letih dari pagi tak dpt proper sleep.so cepat2 habiskan makan and balik hotel rehat …

sekian hari pertama 🙂

p/s : all pics from my phone so very2 limited.& pls excuse the quality.gambar2 dari kamera akan dilambakkan dlm satu entri lain pabila internet bagus.haha tahbila

belated celebration

its kinda blessing in disguise that my husband was not around when i want to pullout the ‘surprise’ anniversary menus…

since husband will arrive home just in time for lunch, i made these,

20130317-001425.jpg
• beef lasagne
• mashed potatoes
• salsa
• baked beans (re-heat to perfection LOL)
well our usual definition of ‘celebration’ is fine-dining hence the menu selection ;p

and last night i made moist choc cake, only this morning i manage to do the topping hihi.tak reti buat tulisan so buat flag gitu jekkk ;p

20130317-001435.jpg
alhamdulillah semua siap sebelum suami touched down.and he loved it!memang lapar pun sampai2 sebab dia tak makan atas d 7-hr flite, tdo all the way…

20130317-001445.jpg
ni gambar td, dinner at merdem restaurant.i had lamb with eggplant sauce.sedapp

thank u Allah for the blessings.love u husband ❤

home alone

i was about to tambah my nasi(sedak weh make nge budu siak tamboh2) when my husband said this to me,

“nak bgtau sumthing ni.ada good news and bad news.nak mana dulu”

(ai buat muka – sila jgn contohi)

“bad news dulu lah…”

“saya mungkin kena balik kl ada workshop.most probably seminggu…”

fuh terus lepas tu hilang selera makan.yg good news tu pun terus dgr sepoi2 bahasa pergi di angin lalu…

frankly i didnt see that coming.tskkk…sebenarnya ada la dgr wives kat sini husben siap dah balik kl 2x sejak balik raya tp anak isteri tinggal kt sini berdua…

so i had to join the bandwagon then.sobs sangat.apparently all wives yg stay kat bitarap127 ni mmg suami masing2 outstation jugak the same week…

tried as much to fill up the activities to kill the time.so invited the ladies&kids to our house for lunch&dinner on tuesday and thursday.rabu memang keluar sebab ada usrah/potluck 🙂

20130316-111303.jpg
(cilok gambar kat fb)
‘aaqil with ammar(2y5m) & khayra(1y5m)…konon playgroup dgn toys bagai tapi last2 masing2 berebut gadgets

husband went to kl last sunday midnite and return flite on the following weekend(today!)

tho i survived this one week but i secretly wish that this will not be as frequent.tskk.well unless me&’aaqil kat mesia la kannnn silalah balik kl selalu2 haha

first honeymoon

…for our parents 🙂

20130315-161308.jpg

sejak kahwin, pastu dpt anak 11 org, adik bongsu pun dah umur 16tahun, barulah mak abah dpt spend time berdua berhoneymoon hehe.pada kami 11 beradik, ini adalah hadiah yg paling bermakna drp kami buat mereka 🙂

they went for umrah ziarah (cairo) last week! 🙂

hari ni kiranya dah hari ke-2 di tanah suci mekah selepas 3 hari menjelajah mesir cum melawat adik no.8, siddiq yg menuntut di univ al-azhar.takdela kebetulan sebenarnya sbb mmg purposedly pilih umrah ziarah cairo supaya dpt singgah jumpa siddiq.gitteww

moga sampai pesanan doa2, amiin…

moga mereka dikurniakan kesihatan yg baik dan dapat menjalankan umrah yg sempurna/mabrur…

moga ada rezeki kami pula nanti utk menjadi tetamu Allah :’)

missing them much

our first snow!

memang tak jangka langsung akan merasa salji kat sini sebab kalau ikutkan dah nak masuk musim spring…

beberapa hari sebelum snow cuaca dah kurang sejuk so semuorg dah babai winter and everything.sekali tgk forecast temp will drop and snow is coming!!

20130314-162340.jpg
a day before snow, it was raining cats and dogs.kata org mmg mcmtu la sbb nak prepare for cold before snow turun…

kul 9pm camtu 7mac, rintik2 hujan tu bertukar jadi flurries!!subhanallah.we were about to hit the sack when my husband suddenly shouting “ehhhh dah snowww tgkkkkk”

aku pon ape lagi berlari la ke tingkap.jakun katanya haha.subhanallah!!!

20130314-162401.jpg
esok pagi tu sejuk mencucukkkk…jenguk luar tingkap putiiiiiiiiih je…

so dgn tak mandi nye turun la bwk ‘aaqil main snow.nadia(wife staff jugek) dan anak dia khayra pun join sekali…

brrr tak tahan…stgh jam je kot main kt bawah tu terus naik…

esoknya(jumaat) kebetulan suami cuti sempena national women’s day, so kami tiga beranak turun la main snow lagikkk hehhe.siap baring2 lagi haha.temp masa ktorg jalan2 tu -4degcc hokayyy…sejukk

20130314-162419.jpg
petang tu snow dah mencair.sabtu snow dah takde lansung!!

20130314-162434.jpg
alhamdulillah walaupun 2 hari je tapi merasa la jugak snow utk winter kali ni..

next winter teringin nak pergi serda yoly, kat kaki gunung yg boleh nmpk dari depan rumah ni…kat situ cantik gila macam pergunungan swiss matilah overated

welcome spring!!