merdekaraya di ashgabat

masa balik sini ada lagi 2 minggu syawal sebenarnya.tapi sbb semua pun dah masuk ofis so tak terasa sangat raya.ada la 2-3 jemputan raya tapi makan2 gitu je la.not so much beraya pun

so jumaat lepas ofis organize sambutan merdeka-raya.sama macam tahun sebelum ni, dibuat kat merdem

foodwise kami bahagi2 sesama mommies untuk masak.antara hidangan, rotijala kuah kari, karipap, popia, nasi tomato, nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, dalca, acar, nasi impit kuah kacang, bihun goreng, bubur gandum, kuih raya dsbg…pastu ada grilled lamb from merdem 🙂

20130913-151259.jpg
majlis bermula jam 7.sebab hari kerja kan jadi kelam kabut sikit la petang tu

btw iols masak bubur gandum & rendang daging for the event

20130913-151420.jpg

lepas speech dari ceo & embassy, majlis tangkap gambar pastu makan le ape lagiiii

sambil2 makan tu ada karaoke session nyanyi lagu raya lagu tak raya hehe

20130913-151550.jpg

20130913-151616.jpg
haha pastu guess whattt.walid & ‘aaqil menang melaram raya ok.kira best dress la.alololo comel.cian ummi tak menang sbb madam2 ramai nau yg glemer malam tu hikhik

majlis bersurai kul 10.30pm

20130913-151807.jpg
amik gambar bertiga sebelum ‘aaqil start makan ifyouknowwhatimean

;p

raya & such

lamanya tak update blog…

alhamdulillah selamat beraya dan kembali ke ashgabat.

kami beraya di baling, kedah tahun ni.raya ke-5 baru bertolak balik kl.sementara tu singgah ipoh sempat beraya di rumah maklong rahimah & rumah pakleh (exskoolmate suami aka my exprojectmate)…

dari ipoh ke selayang, singgah rumah atok.dekat tgh malam baru sampai setapak.esoknya baru ‘beraya’ di shah alam…

penat tak penat balik cuti ni alhamdulillah byk benda tertunggak yg settle 🙂

ok mari layan beberapa gambar raya dan tak berapa raya.tahun ni tak bergambar sgt huhu

20130830-172305.jpg
balik ikut dubai.sbb suami freq traveller emirates maka dpt la lepak lounge sementara tggu flite ke kl jam 2pg alhamdulillah

20130830-172456.jpg
‘aaqil slept the whole 7hrs journey.sbb sblm fly tu mmg dia tak tdo lansung.ktorg sahur ikut jam agak2 je hihu

20130830-172650.jpg
lepas settle shopping raya sikit2 kat alam sentral, tjumpa kedai mamak gunting rambut.belasahla labuu.first time ni sbb biasa pakai mesin je kt umah…

20130830-172828.jpg
otw balik kampung.beli carseat baru sbb yg lama tu takleh front facing…

20130830-172939.jpg
ni masa 1st raya.kat umah pakwa.takmau ikut kitorg balik.lawak haha

20130830-173114.jpg
raya ke3 makan laksa pusing.sedap sgt huhu

20130830-173213.jpg
‘aaqil dgn anak2 pakdin, anya&piya…pangkat makcik2 sebenarnya ni hihi

20130830-173349.jpg
raya ke-5.otw balik kl.’aaqil ada temp sikit masa ni.sian sgt.tidur je dlm kereta.cranky je taknak org lain huhu

20130830-173550.jpg
duit raya ‘aaqil.tinggal je kt rumah setapak tak sempat kira pun hehe.nnt kita masukkan dlm tabung haji ye

20130830-173648.jpg
18months checkup n jab at prince court

20130830-173800.jpg
packing for ashgabat.total of 5 luggages & 2 boxes…97.1kgs!

20130830-174016.jpg
breakfast at lounge before taking off.flite to dubai at 10am

20130830-174108.jpg
husband upgraded our seats to biz class using his miles.alhamdulillah siap boleh tdo baring lg dgn ‘aaqil hihi

lepas amik gmbr atas ni, plane patah balik ke terminal sebab ada salah sorg passanger ada med problem.paramedik masuk dlm plane.the flight delayed for almost an hour resulted we cudnt catch up our flight to ashgabat

so beraya lah kat rumah josey & shida alang2 tersadai kat dubai.beli tiket baru.memang jetlag sungguh mcm zombi naik turun flite amik luggage sampai rumah.esoknya suami mc tak pi keje huhu

ok til next entry!

shaklee anyone?

Bismillahirrahmaanirrahim

We are heading to north! 🙂
Bakal berada di sana hingga isnin ini inshaallah…

Antara bekalan wajib bila travelling di samping ubat2an adalah semestinya cik nutriferon, penguat sistem imunisasi anda!

20130807-141117.jpg
Musim raya, kadang beraya pagi ke malam, cuaca tak menentu, harus standby nutriferon moga terus menten sihat hendaknya
Inshaallah

For now keep calm, moga selamat sampai destinasi…

Oh, saya kini adalah pengedar sah shaklee

SID : 970655

Stay tuned!

memori ramadhan di ashgabat

sebentar tadi selesai sudah sahur terakhir kami di ashgabat.at least for me la sbb taktau lg suami akan sambut ramadhan lg kat sini tahun depan atau tidak…petang ni kami akan bertolak pulang beraya di tanahair tercinta :’)

sungguh ramadhan tahun ni tersangat istimewa dan meninggalkan seribu kenangan manis.alhamdulillah…

pertama kali berpuasa di negara org, dapat terawikh lengkap (wp kadang2 je dpt jemaah), diberi kekuatan utk puasa penuh sampai ke hari ni wp hampir 17j dan masih fully bf ‘aaqil.stok susu dlm freezer tu tak terusik pun.kadang ada hari ‘aaqil kuat mengempeng sampai ummi lembik tp syukur takde la sampai tak berasap dapur tu huhu.30juzu’ juga hampir lengkap, ada berbaki lg 3juzu’…inshaallah sempat habis tahun ni, after so many years….

pastu yg best lg at least 2 hari dalam seminggu tu mesti ada jemputan berbuka.rezeki ramadhan…

jom checkitout gambar2 pilihan sepanjang ramadhan di ashgabat ecewah… ;p

20130802-051556.jpg
menu 14 ramadhan.made this along with mushroom soup 🙂 the mission was to finish our button mushrooms in the fridge.sini cendawan senang jmp.sekilo dlm rm18

20130802-052021.jpg
‘ashgabat chicks’ (thats what we called ourselves kah2) at kakzana’s house for iftar

20130802-052214.jpg
jalan2 malam2 lepas balik dari majlis berbuka di kedutaan malaysia.sempat berfotoshoot dgn geng bitarap127 hihi

20130802-052438.jpg
3 malaysian kids.sebenarnya ada lg satu gmbr with babushka(nenek in russian).ni la fotoshoot nya.khaira nnt da blk raya dah tak balik sini balik sbb mummy dia due end oct…sobs.sbbtu berfotoshoot bagai

20130802-052727.jpg
masa tgh tunggu van nak pegi yimpas beli bahan nak wat biskut raya

20130802-052929.jpg
iftar organized by scomi friends, turkmen style.kat hujung tu tempat amik food & solat.interesting sgt konsep ni hehe

20130802-053156.jpg
saje buat biskut raya nak wat syarat je hehe.buat pastu bawak pi iftar.projek dgn nadia n fariza at my house.alhamdulillah 🙂

20130802-053427.jpg
tu diaaa kompilasi group photo iftar tahun ni di pelbagai lokasi.ashgabat chicks ni mmg mana2 nak bergambar.nasib la suami2 semua sporting tlg jaga anak haha

sedih nak tinggalkan ramadhan.rasa macam kejap sangat dah nak raya huhu.mixed feelings la.happy nak balik raya tapi sedih ramadhan dah di penghujung….

moga diberi kesempatan utk bertemu ramadhan yg akan datang, inshaallah

homemade soya bean & okara

kat sini takde jual airsoya kotak.kacang soya pun kitorang beli 2pkt dari dubai.aritu teringin sgt minum air soya beli la v-soy (import dr msia ok) 2kotak dr dubai.2hari je hbs licin kih2

kelmarin invite kawan2 suami berbuka dirumah.kunun la nak wat special so antara menu pilihan adalah homemade air kacang soya 🙂

so sehari sebelum tu gigih la mensoyabean hehe….

20130719-154644.jpg

pertama kali dalam hidup ni buat air soya sendiri.pat on my back!resepi mcm biasa digoogle la kan.cilok dari jintanmanis.com…

….pakai resepi ni,

200g soyabean (direndam semalaman)
2liter air masak
1cwn gula
stgh tsp garam
3 helai daun pandan

lepas dah rendam, basuh dan toskan kacang soya.ambil secawan kacang dan air dgn nisbah 1:3, blend sampai hancur.tapis guna kain wat tehtarik (ai pakai kain muslin 2lapis).
buat sampai kacang&air habis.letak daun pandan & garam.masak atas api sederhana hingga buih2, kacau selalu.masukkan gula dan kacau lagi hingga gula larut….siap!
boleh diminum panas atau sejuk.boleh tahan 3hari jika disimpan dlm botol tertutup

20130719-155721.jpg
husband likes it hot but i like it cold w ice cubes.yums!!

kacang soya yg dibeli aritu ada 2packs, 400g each.so inshaallah dapatla 8liter air soya.berkira ok hahahhaa

oh oh lepastu hampas soya(okara) tu jangan dibuang!! boleh dibuat vadai.sedappp!lebih sedap dari yg kacang dhal tu,

20130719-155917.jpg
gaulkan hampas dgn sebiji bawang besar dipotong dadu, 2helai cili kering, setangkai daun kari, garam & 2tbsp tepung….bulat2 leper2kan dan goreng tenggelam….

vadai ni pun jadi menu berbuka kelmarin juga.selain nasi tomato, ayam masak merah, kari daging & papadom….

alhamdulillah….

ramadhan during summer

waktu solat di bulan ramadhan yg mulia ini…

20130716-041228.jpg

lihatlah isya’ jam berapa…selalu kul 11 baru setel terawih.kul 12 baru tdo, kul 3 bgn sahur…

i takpe lg boleh tdo siang extra.sian kat suami hari2 zombi pi keja.takpe, pahala lebih sikit inshaallah huhu

tu belum cite ttg cuaca yg makin panas sekarang. temp dah cecah 41-43c …mencabar sangat

p/s : target 10juz/wk ni.moga dpermudahkan…

serunding ikan

pertama kali dlm hidup buat serunding.sempena nak sambut ramadhan kami berempat geng mak2 anak kecik , me nadia fariza & hani gather kat my house buat projek serunding…

resepi ni dpt dari kak daiah, ‘senior’ kami.dia pnh duk myanmar few yrs.ni resepi asal myanmar…

kekdahnya, rebus ikan (apa2 ikan yg byk isi).toskan dan biarkan sejuk.lepastu carik2kan.kitorg pakai garfu mmg senang.pastu goreng dengan chilli flakes.sampai garing…
gaul dgn bawang goreng, siap!!

tapi yg buat lama tu sbb kitorg buat bawang goreng from scratch!

so sambil2 tu kitorg buat moist choc cake & masak lunch sekali.makan2 lunch then kul 4pm balik umah memasing, malam tu dah stat terawikh 🙂

ni la serunding kami posing dgn si cilik2….

20130710-161613.jpg

alhamdulillah dptla sorang sikit…hehe.kek tak sempat amik gambar pulak.ni pun gambar cilok dr fb nadia hehe

jap lg nak buat onde2 dgn nadia&fariza.nak bwk ke mjlis berbuka puasa kat rumah kak ila di molanepes

selamat berbuka semua!

oraza is coming

kat sini tak macam malaysia ie ada pengumuman penetapan tarikh bermulanya ramadhan

tapi pengumuman tak rasmi adalah apabila keluar jadual waktu imsak & bukapuasa…

20130707-213613.jpg

maknanya kami akan mula berpuasa pada 9 julai ni, sehari awal dari tanahair…

mohon maaf atas segala keterlanjuran kata2, dsbg. moga ramadhan kali ni adalah yg terbaik utk kita semua

first time berpuasa di negara orang.moga dipermudahkan bangun sahur

selamat berpuasa!

dubai ver3 : nasi mandy

first time makan nasi mandy ni adalah kat sec 7 shah alam.lebih kurang 2 tahun lps

kat dubai ni ada satu restoran nasi mandy yg ramai malaysian suka makan.in fact masa ktorg sampai sini, ada satu grup malaysian baru sudah makan…

20130624-163023.jpg
tu dia duta nasi mandy uols haha

restoran ni terletak kat abu bakr assiddiq road, near clock tower, old dubai.dlm 20mins naik taxi dari downtown dubai

20130624-163214.jpg
setting ala2 surau.makan duduk.ni utk grup yg ramai.utk privasi ada lebih kurang 10bilik kecik2 macam ni

20130624-163333.jpg
so kalau mai sini nak meeting2 close deal etc boleh lah…haha

pastu tiap bilik ada button utk ‘call’ if nak panggil waiter

kami order nasi mandy sherry fish(mcm ikan siakap) & lamb mandy.dan lentil soup

20130624-163601.jpg

set ikan tu 30dirham, set lamb tu 45dirham kalau xsilap.mmg sedap sgt.portion dia agak besar utk sorg makan.kitorg hampir buat rekod sbb nak habis dah semua tu kitorg makan.tp sedar diri maka tapau la bawak balik hotel.’aaqil pun mkn byk sgtttt.’aaqil mmg suka nasi berperisa (mcm nasi ayam nasi lemak etc) hihi

btw standard dia bg kuah smbl tomato n salads as complimentary

alhamdulillah…