Menuai Hasil Kebun!

Bahagianya melihat sayuran yang diternak gemuk. Kemudian dituai beramai-ramai. Memang meriah sangat hihi

IMG_7088

makcik makcik kebun

Inilah rutin masyarakat Jalan Kelubi sejak sebulan yg lepas. Dgn bantuan MBSA, dan sepakat penduduk kejiranan, dapatlah secara rasminya sayuran bayam hijau, bayam merah dan kangkung ni dituai oleh kami dgn total 98kilogram!!!

Yang seronok tu dari pangkat atok nenek sampailah ke anak cucu turun sama nak merewang. Acara dimulakan dengan sarapan secara potluck. Lepas tu satu group menuai tanaman dan satu group lagi timbang dan bungkus untuk diagihkan kepada masyarakah Jalan Kelubi. Ada makcik tu volunteer nak masak kangkung belacan fresh dari ladang sebagai juadah lunch…pergh

IMG_7089

spot my ‘AAQIL!

Lunch ada nasi arab, nasi putih, ayam panggang LOCO, kangkung belacan, sambal tempoyak, sambal belacan dan ikan masin. Memang terangkatttt

Kalau nak ikutkan ada banyak lagi sayuran lain. Sawi, kalian, terung, etc pastu buah2an mcm cermai, mangga dsbg. Memandangkan majority ahli kejiranan kami ni terdiri dari golongan yang sudah bersara, maka sistem gotong royong dan gilir siram pokok dan menjaga tanaman ni telah dibuat. Syoklah jugak tengok semangat kejiranan yang tiba-tiba timbul dgn meriahnya.

‘Aaqil pulak sejak kecik dia suka pergi siram pokok dan kutip siput kat halaman rumah tu. So bila dah ada Kebun Komuniti ni lagilah seronok dia. Ummi kalau balik kerja selalu kena jenguk dulu kat kebun tu ada ‘Aaqil kat situ ke tak. Kadang dgn glove dan topi hijau dia. Tolong cabut sekali sayur. Kadang tu sekadar lari2 antara batas. Untunglah childhood duduk ‘kampung’ atok wan yeeeeee 🙂

Oh ya hasil tanaman tu semua kena timbang dan dilaporkan kepada pihak MBSA sebab fund, air untuk siram pokok, tanah, batas etc semua dari MBSA. Maknanya takde istilah mencuri hasil tanaman la. Katalah kita rasa nak makan sup bayam, petiklah kat kebun lepastu timbang dan bagitau ketua kebun. Untuk direkodkan. Macamtu 🙂

IMG_7087

kanak-kanak pun happy makan kat kebun hehe

Moga usaha ini berterusan dan dapat kumpul saham akhirat kerana berbakti kepada tanah dan menghidupkan semangat kejiranan, amin!

IMG_7086

kelas baja kompos katanya. ahaks!

 

IMG_7085

pekebun import dari seksyen 9 haha

 

IMG_7024

ni lah aktiviti ‘Aaqil petang2. gloves tu dia punya ok

 

FullSizeRender

antara kangkung yg terawal dituaiiii

 

FullSizeRender2

kangkung belacan hasil tanaman kebun komuniti 🙂

 

8 Tips Traveling Alone with Toddler

Abaikanlah ye tajuk mat saleh tu sebab taktau term apa dalam bahasa melayu. Cemteww.

Sebetulnya memang tak pernah terbang berdua dengan ‘Aaqil. Jadi bila suami tersayang kata tak jadi ikut kami balik Malaysia sebab last minute tiket habis, fuh memang berpeluh-peluh jugak lah. Dua sebab ku saspen adalah,

1. Long journey/flights (total of almost 15hrs journey incl transit)
2. Bukan direct flight ASB-KUL. Tapi ada transit Bangkok. Kena faham selok belok airport, transfer luggage, transit counter blabla

Maka,

Continue reading

Alkisah Bulatan Gembira

Beberapa hari lepas diberi kesempatan untuk hadiri bulatan gembira. Sejujurnya sejak kahwin saya lama break dari usrah dan baru tahun lepas kembali mula balik. Tu pun melompat2 naqibah. Kejap ada kejap takde. Alkisah sebab ahli yg sentiasa tak cukup korum. Yelah masing2 bekerja da nada anak kecik.

Kalau ikut Imam Hasan Al-Banna, usrah ni ada 3 rukun tau : Taaruf (kenal), Tafahum (understand each other), Takaful (bantu membantu)… kita takkan dapat ketiga2 ni kalau asik nak melompat usrah. Betul tau. Sebab dengan group usrah lama dulu memang dah sampai ketiga2 ni. Sayangnya terpaksa bubar/tukar group bila masing2 dah berkeluarga dan berpindah luar kawasan.

Selalunya agenda bulatan gembira ni camni;
Continue reading

Promosi Shaklee di Bulan Mac

Wooot! Lama dah tak bersiaran dengan Shaklee. Saya masih disini, mengambil orders dari pelanggan setia mahupun teman dan keluarga. Okehhh nak ceritanya bulan ni promosi untuk 3 produk ni tauuu,

SATU

ESP
Minuman protein yang sangat bagus untuk kulit, dan tambah tenaga. Selamat untuk wanita hamil, ibu berpantang, para lelaki. Ewah. Ada beberapa customer saya yang kongsi dengan suami. Suami hijack ESP isteri sampai ngadu kat saya bila lagi boleh dapat stok haha. Ramai yang suka borong time promo ni. Secanister tu boleh tahan 1-2 bulan! Continue reading

Selphy to The Next Level

Old fashioned way is always the best! Rindu zaman dulu2 pakai kodak, gambar semua elok tersimpan. Siap boleh cuci berulang kali lagi. Zaman sekolah dulu kalau lepas event apa2 mesti gambar2 photographer akan lekat kat dinding, lepas tu masing2 kena pilih nak cuci gambar mana dan order. Sekeping 80sen. Ingat tak ingat takkk….

Continue reading

THE Anniversary!

Alhamdulillah..Sedar tak sedar dah pun tamat bond saya dengan syarikat Petronas. 8 tahun berlalu dengan pantas sekali. Masa mula-mula tandatangan perjanjian biasiswa lebih kurang 15 tahun yang lepas, rasa macam lamanyaaaaa 8 tahuuuunnnn. Tapi itu ini appraisal minyaknaik outstation cuti claim ACD minyakturun offshore bonus pung pang yadayadayada, dah habis dah bond…

Hehe kata orang dah habis ni adalah masa penentu nak update cv lah, nak tender surat berhenti lah. Inshaallah belum sampai masanya and the company still needs me here. Cewahhh ;p

Here’s to another memorable year with the company and….

…dear Petronas, you’re welcome 🙂

Haha!

 

 

 

Quick Trip to Dungun!

Percutian yang pendek tapi sangat seronok. Ahaks. 

4 hari 3 malam je tapi rasa macam tak puas. Antaranya sebab tak sempat jumpa sata dan makan lempeng nyior. Boleh tak? Hehe. Dan juga tak sempat terjun laut.

Ke Dungun ni sebab memenuhi jemputan kenduri adik kpd kakngah (my SIL). Alang-alang tu berkonvoi lah dengan mak abah dan adik2…

Kat sini ada banyak homestayyyyy. Selang 10 meter ada homestay. Serius memang toksah risau bab tempat tinggal kalau plan nak bercuti kat sini.

Bandar Dungun ni tak sesibuk Kuala Terengganu. Kita ni kalau cuti-cuti Malaysia ofkoslah tak lain dan tak bukan nak jalan-jalan cari makan ye tak.

Continue reading

Masjid Ter’Mahal’ di Dunia

Hajat di hati nak menatap masjid ni di waktu terang dan malam. Maka buat plan untuk mai lepas asar supaya boleh solat jama’ ta’khir zohor-asar dan kemudian boleh jama’ taqdim maghrib-isya’. Namun tak berkesempatan. Masa sampai tu dah pun masuk Maghrib, dan dah gelap. Sobs….DCIM102GOPROada 4 sets of those, membentuk kawasan 4segi seperti padang bola ditengah2

Continue reading

9 Langkah Langsaikan Pinjaman Rumah!

Seperti yang saya pernah janji, saya nak share step by step untuk jelaskan hutang pinjaman rumah. Ni juga untuk rujukan saya di masa akan dating inshaAllah. Sebenarnya saya memang tak terbayang akan settlekan loan rumah saya seawal ini. Ternyata perancangan Allah itu yang terbaik. Saya perlu jelaskan keseluruhan loan rumah saya untuk membolehkan saya membuat loan untuk property ke-2 saya.

Sedikit latarbelakang mengenai rumah ini,
Tahun beli : 2007
Tahun dapat kunci : 2009
Tahun dpt strata title : 2013
Pinjaman dari : Ambank Berhad
Tempoh pinjaman : 30 tahun

Jom selusuri 9 langkah untuk loan settlement rumah anda,

Continue reading

Resepi Bubur Butir Nangka

Macam dah berkurun kan tak blog pasal masak memasak hihi. Tapi saya rasa resepi ni worth sharing sebab seronok dibuat dan sedap dimakan. Berbaloiii
Saya tak pernah tau kewujudan bubur ni sebab mak memang tak pernah masak. Tak pernah jumpa kat kedai ke rumah orang ke. First time saya makan bubur ni masa Ramadhan tahun 2013, majlis iftar potluck kat Ashgabat. Memula macam tak berani nak makan sebab i mmg tau tak suka bubur chacha. Rupa dia kan macam bubur chacha kan dgn kaler2 etc. Bila dah start makan tak boleh benti camnoooo. Sedap sangat!! Tq Kak Zana sebab memperkenalkanku kepada makanan ini. Gituw sangat! Haha

Ok jom kita tgk camne nak buat bubur yang sedap ni, zasssss!

Continue reading