masa saya kecil2 dahulu.mana ada komputer.siapa ada komputer kat rumah kira hebat.mula berjinak2 dengan komputer pun masa di tingkatan 2.tu pun takut2 pegang keyboard..
zaman sekolah rendah lebih banyak bermain batu seremban.boleh tau lagi mak siapa yang pandai buat batu seremban yang bes.main getah.kat sekolah ada ranking siapa pemain getah terhebat.baling selipar,main gasing,main ting ting,dan pergi ke padang permainan tiap petang memang aktiviti wajib.kalau tak pergi tu kira tak in lah.he he.kemudian main kejar2,main basikal.menjurus kepada aktiviti bersosial..
petang hujung minggu abah akan bawa kami ke pusat sukan.jogging sambil piknik.kadang2 di bukit cerakah.segala2nya outdoor.maklumlah dulu pencemaran kurang..
pernah satu ketika,permainan lego antara yang terhebat dan kool.kami adik beradik pujuk abah untuk beli lego seperti iklan dlm tv.abah pun beli.sekotak sederhana.kami duduk dlm bulatan,dan abah bagi kami sorang 5-10 ketul lego pelbagai bentuk.abah suruh kami buat sesuatu dengan ketulan yang ada.dan nak elak dari berebut haha.kami rasa kool sangat main lego ;p dan lagi bila ada masa lapang,main board game ie saidina/sahibba/dam/chess..permainan lebih kepada membina minda..
beberapa tahun lepas tu, era gameboy.tak lama lepas tu,micro genius.bermulalah episod kanak2 tak keluar dari rumah dan ‘bersosial’ dengan teknologi.abah balik dari jepun dan belikan kami set micro genius.sekali dengan beberapa cartridge game.main mario,tetris,circus,pacman dan sbg.mak dan abah pun join main juga.kira siapa tak tahu tv game tak in la.masa raya pun bawa set game ke rumah atok dan main dengan sepupu sepapat.seronok gila..
zaman sekarang.mana ada main board game.jauh sekali nak main kat playground.main kejar2 dan polisentri tu apa?main getah dah tak wujud kot.batu seremban lagi lah.darjah 1 dah pandai berYM.darjah 4 dah ada blog.facebook dan friendster siapa yang takde kira alien la.permainan juga sekitar playstation,PSP and anything related to technology.aktiviti luar dah kurang.aktiviti menambah kawan di padang permainan juga berkurangan.berlawan basikal dengan anak2 jiran sudah tidak kelihatan.masa lebih banyak tertumpu di depan pc atau di depan tv..
kesimpulan.saya rasa kanak2 di zaman saya lebih adventurous dan mempunyai pendedahan lebih intelektual berbanding kanak2 zaman sekarang.alangkah bagusnya kalau mereka dapat rasa keseronokan yang kami alami dulu.he he.siapa tahu aktiviti ketika zaman saya kanak2 akan jadi trend semula di zaman anak2 saya nanti.kan.ehem
buat entri ni rasa diri tua la pulak.ha ha