Nyahbau Peti

Minggu lepas peti sejuk rumah tiba-tiba berbau kuat. Mula2 ingatkan bau sampah. Tapi bau tu datang bila buka peti ais je. Geram sebab baru je cuci peti ais sebulan sebelum. Audit segala mala isi peti ais sebab mco ni kerap masak. Barang dapur pun kena selalu top up. Jadi ruang dalam peti ais tu sangatlah berharga. Sebab tu mmg sure sangat yg takde barang rosak penyebab bau busuk.

So dia jadi unnecessary stress tiap kali bukak peti ais nak amik barang. Sebab bau tu akan linger even kita dah tutup peti ais. Faham tak? Huwaa. So tiap kali buka mmg sniff kat smua sudut peti nak cek bau tu datang dari mana. Semua lauk leftovers or daun2 rosak dah buang. Tapi bau masih ada 😭😭

Maka Sabtu lepas buat operasi. Keluarkan semua barang dalam peti ais, letak dalam besen buat sementara. Lepastu keluarkan satu2 tray dan basuh depan blkg dgn sabun. Dinding peti pun lap guna sponge makesure semua percikan susu ke lelehan cecair ke apa hilang.

Kemudian dah kering sikit, amik air perahan lemon dan sapu dgn tisu. Kat tray dan dinding peti ais. In between tu tutup la pintu peti ais nak kasi bau mesra hehe. Settle step tu, lap pula dgn titisan esen vanilla. Pergh wangi sangattt. Saya dapat tips2 ni dari google btw.

kiri sekali tu deodorization filter – rendamkan cartridge tu selama 4jam dalam air suam

Sesetengah peti ais ada penapis bau busuk dipanggil deodorization filter. Dia macam cartridge lekat kat dinding belakang peti ais. So benda ni la yg sedut all bad odors dlm peti ais korang. Sejak beli 2016 tak pernah servis filter ni.

kecik je tp power la kan efek dia. dlm tu mcm ada jerami ke apa. fungsi mcm arang kot utk sedut bau

So next step adalah cabut benda ni kat belakang dan rendam 4jam dlm air suam, keringkan betul2 sebelum pasang semula. Sepatutnya buat servis ni setahun sekali baru peti ais bebas bau inshaallah. Lagi pulak dlm peti kami ni ada stok tempoyak, petai jeruk, cili jeruk… aduyai. Penat filter tu bekerja agaknya. Ada la hikmahnya peti ais ni berbau kita tau la kewujudan deodorization filter ni 😅

Dah siap semua area sapu ngan esen vanila td, masuk dan susun semula brg dlm peti ais. Filter saya pasang kemudian. Esoknya baru kering betul. Tapi bau peti ais masyaAllah wangi semerbak. Akhirnya!

ni gambar selepas.taklah semenggah mana tapi dah bersih dan wangi 😘

Sebelum ni ada juga cuba tips letak soda bikarbonat dlm bekas terbuka, letak daun pandan, letak roti. Semua tips tak menjadi. Tapi inshaallah buat steps lemon-esenvanila-cuci filter mcm atas ni bau akan hilang. Harapnya berkekalan la tak berbau at least for another few months 😅

Lagi satu cara yang belum sempat buat adalah simpan bahan mentah masakan dalam bekas kedap udara eg sayuran, serai, dedaunan. Cara ni akan kurangkan bau2 pelik dlm peti. Sebab semua terkedap. So far saya simpan dlm ziplock je sebab senang nampak dan capai. Kadang bau daun kucai atau taugeh pun boleh semerbak satu peti kalau letak dlm plastik biasa huhuh

Hope this entry helps whoever trying to figure out how to de-odour their fridge. Selamat mencoba!!🥳

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.