Hajat di hati nak menatap masjid ni di waktu terang dan malam. Maka buat plan untuk mai lepas asar supaya boleh solat jama’ ta’khir zohor-asar dan kemudian boleh jama’ taqdim maghrib-isya’. Namun tak berkesempatan. Masa sampai tu dah pun masuk Maghrib, dan dah gelap. Sobs….ada 4 sets of those, membentuk kawasan 4segi seperti padang bola ditengah2
Sheikh Zayed Grand mosque ni antara destinasi wajib kalau anda berkunjung ke Abu Dhabi. Masjid yang pada saya sangat besar dan cantik. Senibina yang sangat highclass menggunakan material yang mewah. Diperbuat daripada marble putih. Cantik gila.
the interior
Selalu jugak tengok orang bergambar kat masjid ni tapi bila pergi dan lihat dengan mata sendiri, memang subhanallah the pictures doesn’t do any justice. Lihatkan ukiran kat dinding, finishing yang takde cacat cela, karpet, lampu, chandelier, glasswalls… nak nangis tengok cantik sangat. Sampaikan saya hamper tak khusyu’ masa solat sebab tak puas tengok sekeliling huhu… Yeah itulah bila masjid dihias secara ‘berlebihan’ kita kena berjaga-jaga lah ye… Patut solat makin khusyu’ pfffttt…
Antara fakta menarik pasal masjid ni (sumber google),
– Ada 82 kubah yg diperbuat daripada white marble dgn Moroccan design
– Karpet yang handmade, terbesar didunia direka oleh Iranian artist, Ali Khaliqi dan di-handmade oleh 1300 orang! ni juga boleh jadi antara punca anda tidak khusyu’. Sila berjaga2 huhu
– Chandelier yang terbesar di dunia, made in German. Ada ribuan Kristal Swarovski. Glasswork dari Italy – mmg marvelous
– Bahan2 terdiri dari marble, batu2an warna warni, emas, kristal, seramik utk pembinaan masjid yang ku rasa paling mahal di donia
– Tempat persemadian presiden UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, di taman masjid ini
– Design masjid ni diinspirasikan oleh this late president tapi hanya dapat direalisasikan oleh anak beliau setelah kemangkatan beliau
Masa kami sampai ni ada beberapa group tour. Tapi kami tak join sebab nak solat etc. Alhamdulillah berkesempatan solat jama’ kat sini. Kalau anda ada masa, join lah tour tu. Sejam setiap tour tak silap. Kitorang buat tour sendiri je. Oh btw tempat ambil wudhu’ pun sangat cantik. Tempat solat wanita sangat spacious dan selesa. ‘aaqil masa ni dah restless sangat sebab kepenatan kat Ferrari World. Nak berdukung je. Pengsan ummi ngan walid haha.
selfie adalah sebahagian daripada itinerary ;p
Tak tau kenapa tapi lawat masjid ni buat lagi rasa terpanggil nak pergi rumah Allah…mesti lagi tersentuh kan bila dapat jejak kaki ke sana.inshaallah…
Moga masjid ni dapat menjadi lebih dari sekadar tempat lawatan pelancong dan menjadi kemegahan orang arab. Amiin
subhanallah…cantiknya masjid ni…