7 Tips Parenting Yang Saya Suka

Its 20’th Jan again! Happy 3rd Birthday anak ummi sayanggggg <3IMG_4788May Allah showers you with his love and eternal blessings. Bagi saya, ‘Aaqil ni mudah nak dijaga. Ada la beberapa time yang ya allah geramnyaaaaa. Tapi saya ambil tu sebagai cara Allah ‘sampaikan’ pahala kepada saya (dan mereka disekeliling dia ahaks). Sempena memasuki tahun ke-4 sebagai ibubapa, ada beberapa poin dari artikel parenting(secara random) yang saya nak share dan boleh dijadikan panduan (selain dari from my mom ofkos) untuk  saya terapkan-tapi-kadang2-emosi-menjadikanku-ngelat;

1. Jadi parents kena rajin
Hah mana taknya. Jaga budak yang sedang membesar ni memang kena banyak bersabar dari segi kemas toys 5x dalam masa sejam. Rajin melukis benda yg sama berulang2. Gigih tunggu anak dari buka baju untuk mandi sampailah siap sikat rambut. Rajin layan persoalan anak macam iklan burung apa tu? Burung murai… Rajin bawak anak keluar playground walaupun rasa macam nak melepak je kat rumah depan tv… buat semua yang anak happy nescaya anda akan rajin (ke sebaliknya hehe). Satgi ada anak pempuan kena rajin masak2, jahit2 haha

2. Penggunaan gadget/tv adalah tanda ‘lazy parenting’
Guilty as charged! The moment I read this article (more than a year ago), saya stop bagi ‘Aaqil iPad. Saya masih ingat dulu-dulu zaman surirumah saya selalu bagi iPad kat ‘Aaqil sebab nak focus masak, nak focus tgk tv, nak focus buat kerja. Term lazy parenting tu tersangat buat saya sentap. Terkenang zaman mak saya dulu, mana ada gadget nak distract anak. Tv pun bukan option ya. Haaa ni berkait jugak dgn poin kat atas tu. Kena rajin layan anak. Talk with them. Bercakap berbual. Ni antara sebab ‘Aaqil lambat bercakap mungkin. Kami kurang bercakap masa ‘Aaqil dgn iPad. Elok saya pisahkan gadget dr dia, terus berderu dia cakap. Dan dia pun mula obsess dgn toys. Subhanallah memang improve sangat motor skills dia. ‘Aaqil juga kurang minat tonton tv (sebab orang kat rumah tu majority dewasa jgn harap nak tgk kartun haha). Masa travel berdua ASB-BKK-KUL aritu bwk la jugak just in case. In the end tak pakai pun sebab ‘Aaqil boleh ulang baca buku Cars dia berpuluh kali tanpa bosan (ye ummi kena rajin ye). Dah setahun lebih tak berpakai iPad tapi sayang nak jual sebab tu hadiah suami utk kami masa mula2 hidup berjauhan dulu huhu…

3. Jangan tipu anak
Walau dah desperate sangat takleh jugak tipu anak. Kadang memang sampai satu tahap tu tak tahan kan uols. I pun selalu buat. Tapi tengah cuba nak kurangkan ni. Contohnya ‘Aaqil berenti nangis ummi takut polis tangkap nanti. Tapi now dah ubah jadi ‘Aaqil berenti nangis, nanti kalau polis lalu dia ingat ummi pukul ‘Aaqil nanti ummi kena tangkap. Oklah kan slow2 haha. Tapi seriously camne nak kasi dia berenti nangis hahhhh. Haha. I know its in the blood but… ya know…
Bab tipu ni jugak kasi kita rajin explain kat anak rasional behind it. Budak2 ni paham je. Contohnya kat shopping mall anak nak sangat naik kuda mainan masuk syiling tu tapi kita nak cepat. Jadi, cerita kat dia kenapa takleh naik ie nak cepat nanti ummi tak sempat solat dsbg. Jangan cakap takleh main sebab benda tu rosak sebab nanti dia nampak budak lain main dia tahu kita menipu and its okay to lie. No no no

4. New toys are only for special occasion
Saya dan suami memang jarang sangat beli toys. Biasa suami beli kalau dia balik Malaysia, singgah airport beli. Kalau keluar shopping malls mmg dalam 10x tu maybe sekali je beli toys untuk dia. Sebab kadang toys ni redundant. The good thing is bila toys tak banyak, dia akan main semua (sbb tak byk kan), walaupun ada lah 2-3 yg dia mmg suka sampai bawak tidur kan hihi. Kalaupun dia nakkkkk sangat kami akan belikan buku yg mahal sikit (ada bunyi2 bagai atau hard papers) supaya tahan lama dan sama hebat macam toys. Alhamdulillah ‘Aaqil so far takde masalah dengan buku. Rajin suruh ummi baca.

5. They’re not going to be toddlers forever
Ini yang buatkan kadang saya sebak. Time flies. Before you know it, he’ll be a teenager, dah taknak ummi peluk kat public. So sekarang peluk puas2. Kalau dia nangis, peluk dia. In few years time, he’ll no longer needs me to fix his meals, to bath him, to do things for him. Kalau tengah penat atau stress melayan dia, dan teringat poin ni, memang terus pandang dia dengan muka sayu dan peluk dia cium dia. Sekarang pun dah rindu masa dia baby. Nanti mesti akan rindu dia time dia toddler. Macam mak cakap,”this too shall pass.tak lama pun dia macamtu.he’ll outgrown in no time.just enjoy the journey.

6. Bersangka baik dengan anak, bersangka baik dgn Allah
Jangan ingat anak nakal, dia akan membesar jadi degil. Jangan ingat anak sukar dijaga membesar menjadi anak yang bermasalah. Bagi saya anak adalah refleksi kepada diri tanpa kita sedari. Hello genetic kot. Haha. So kalau anak kuat nangis (emm again?) tu mesti menurun dari parents kan. So camne mak ayah kita bersabar dgn kita dulu, macam tu lah jugak Allah nak kita sabar. Banyak dah kenalan dan ahli keluarga sendiri yang masa kecilnya nakal atau sukar dijaga masa kecil tapi bila dah besar, dial ah yang paling berjaya atau berjasa kpd parents/masyarakat.

7. Kids are your reason, not your excuse
We use this for travelling. Anak bukan alasan untuk kami teruskan hobi ini. Redah je apa2 walaupun anak mungkin tak ingat. Coz we love travelling so much that we want to share the passion with our kids. Saya perasan ‘Aaqil banyak belajar bila nampak apa yang selalu dia tengok dalam buku atau tv. Tak semestinya pergi jauh2. Pergi tengok burung, ikan, highway yang penuh cranes dan tractors pun kira kembara juga tu kan. ‘Aaqil pergi zoo seawal umur 2 bulan – agak over disitu tapi pergi sana sebab ada event kompeni hihi harung je. Moga Allah kurniakan kelapangan masa dan wang untuk terus mengembara di bumi Allah. Kami ada impian untuk jadi tetamu Allah tahun ni, moga dimakbulkan…amin!

May the above be reminders to me and husband for future reference.

3 years of motherhood and those are my lessons learnt. Share me yours! Moga Allah kurniakan ketabahan untuk istiqamah utk tahun seterusnya (dan anak2 seterusnya juga). Its nothing for some people but its something for me as relatively new mom. Parenting is something you learn along the way, don’t compare your kids with others’ and most importantly, don’t judge others (be it the kids or the parents). I used to judge but now I know its wrong coz I hate people who judge my son or us as parents lol. Jangan jaga tepi kain anak orang, tu… jaga anak sendiri..!

Penutup yang serius di situ ha ha

Wallahua’lam

3 thoughts on “7 Tips Parenting Yang Saya Suka

  1. yup..selalu kena baca tips macamni untuk berada di jalan yg lurus. tabiat kepada anak lagi teruk dr tabiat diri sendiri huhuu

    TQ..

    Happy birthday my sweet nephew :))
    (baru lps hantar dia pi skul)

  2. dorsett pink : inshaallah. thanks for visiting btw

    kaklong : tq kaklong. harus ditulis supaya nanti ada anak2 baru boleh selak balik entri lama sbg rujukan kan kaklong. share lah juga tips parenting dari kaklong. kaedah mendidik anak2 puteri. bolehla bertukar2 idea demi cucu cicit amin rohana hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.