europe trip – Paris (Day 2)

Ok tadaaaa saya bagi kesinambungan daripada entri sebelum ini. Hihi pasrah la kan walaupun basi. Sekadar nota di kemudian hari.

Hari ke-2 di Paris kami berjalan-jalan mengikut itenerary saya masa ke Paris tahun 2009. Cuma kami tak ke Disneyland la sebab masa kami agak suntuk. Sebab nak spend masa kat Disneyland kena seharian. Rugi kalau pergi separuh hari. Lagipun ‘Aaqil pun kecik lagi memang takkan ingat lah memori kalau pi sana. So kami proceed jenjalan je di sekitar Paris dengan hop on hop off metro. Cuaca agak mendung the whole day. Infact separuh hari hujan iskkk. Tips nya jangan pergi masa transition musim sebab akan banyak hujan. Kami pergi masa tu autumn nak tukar ke winter…

Kami memang jenis yang melancong bukan untuk shopping. So LV ke apa ke sila tengok dari luar je ye. Kalau masuk pun cuci mata je. Kahkah. Maka beginilah perjalanan kami di hari tersebut…

Sacre Ceour
Rupa dia ala-ala masjid sikit. Walking distance je dari apartment kitorang kat Montmartre. Masa ni dah mendung dah. Hampir-hampir kitorang sesat sebab punyalah tinggi bukit yang nak didaki tak sampai-sampai. Dah sampai atas, amik gambar lompat-lompat sikit. P1030166Kami turun guna Funiculaire. Macam tram gitu lah turun ke bawah. Boleh jugak nak jalan turun ikut tangga tapi taknak buang masa. Bayaran tak pasti lah tapi lebih kurang macam nak metro harganya. Tinggi macam bangunan 20 tingkat gitu..

La Defense
Dari stesen Anvers (biru) kami naik hingga ke hujung sekali line kaler kuning. Tak ingat nama stesennnya. Ada satu monumen berbentuk segi empat yang sangat besar. P1030183Unik sangat bangunan ni. Kalau tak silap ada office kat sini. Technip Paris pun area sini. Masa ni dah renyai sikit. Jadi kami turun ke subway lepak kejap. Subway kat La Defense ni ala2 KL Sentral sikit.

Arc de Triomph
Kalau tengok dari top Eiffel, boleh nampak Arc ni tengah2 kat centre dan ada cabang ke segenap bahagian lain di Paris. Bawah monumen ni ada muzium. P1030197Paris memang banyak muziummmmm. Haa kat sini kitorang stop jap duduk kat bench fefeeling orang perancis makan senwic yg dah ditapau. Haa masa kat sini hujan dah berhenti alhamdulillah. Lepas amik gambar (lompat2 lagi) kami teruskan perjalanan di sepanjang jalan yang terkenal iaitu,

Champs de Elysse
Yang buat femes ni sebab jalan ni tersangat panjang dan pelbagai kedai berjenama spt Louis Vuitton yang sangat besarrrrr along this road. Kalau tak silap kami masuk kat Zara je kot. Oh dan Tag Heuer hihi. Tu pun sebab hujan hihih. P1030211Belilah payung sebatang sebab masa ni hujan dah makin lebat

Grand Palais dan ConcordeP1030227Istana dan monumen yang sangat indah. You all boleh jalan kaki atau naik metro untuk sampai ke destinasi ni semua. Sebab memang dekat antara satu sama lain…

Musee du Louvre
Masa kat sini hujan dah lebat sangat. Sedih gak sebab ni antara tempat yang sangat saya nak bergambar. Oh disinilah dikatakan gambar Monalisa disimpan. P1030249Kami turun ke bawah ‘pyramid’ tu untuk berteduh dari hujan. Orang sangat ramai despite the rain. Kami spend dlm sejam juga disini sebab stuck tak boleh pergi mana2. What an experience…

Grand Mosquee de Paris
Kami singgah makan lunch di area masjid ni dan tunaikan solat jama’ kat sini. Alhamdulillah. Kat area masjid ni juga ada banyak kedai daging mentah yang halal.

Laduree
Macaron yang terkenal tu boleh didapati kat sini. Tak silap metro line hijau. Haha teringin punya pasal maka kami pun menapak ke sini. Jauhnya mak aih sampai nak tercabut kaki. Belilah jugak 6 ketul (sekotak kecil) yang berharga hampir eur40 *nangis*…tapi serius memang sedap. Lain sangat dengan macaron kat tanahair (lupa diri). P1030263Rasa dia tak manis sangat dan lemak2. My fav is pistachio and rose (baru beli 6 ketul dah ada feveret matilahhh inisemuapoyo kah2). Bila otw back baru tau yg sebenarnya Laduree ni ada je kat Champs Elysse tadi. Perancangan kurang bijak disitu ya.

Notre Damme
Masa ni dah gelap. So pergi takat cukup syarat je. P1030265Haa dalam ni ada muzium. Dan kat taman tu patut ada burung jinak macam pigeon tapi sebab dah malam mungkin dah pulang ke sarang. Gitu. Kami dinner di restoran yang sama saya pernah makan dengan the girls back in 2009. Restoran Istanbul ape tah… Lepastu shopping souvenir sikit dan pulang ke apartment…

Balik tu dah kul 10 ke 11 malam. Packing untuk ke Frankfurt keesokan harinya. Alhamdulillah ‘Aaqil pun baik je tak cranky. In fact masa dinner tu still aktif lari2 dlm restoran kacau org lain makan hehe…

Till next entry xoxo

4 thoughts on “europe trip – Paris (Day 2)

  1. Bestnyer…kali terakhir pergi paris kecik lagi, lebih kurang 10 tahun , tak ingat suasananya…harap2 dapat pergi lagi nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.