istanbul : day 1 (sultanahmet)

kalau nak ikutkan trip ni dah di verbally plan oleh suami sejak tahun lepas.sbb jarak pjalanan asb-ist hanya kurang 4jam flite.rugi kalau tak pergi istanbul bila dah duduk sini.sbb kalau dari malaysia mau makan masa 10jam lebih flite.tu belum kira harga tiket, keselesaan anak kecil etc…

kira ni kali ke-3 la suami dtg istanbul.sebelum2 ni atas urusan kerja.sempat transit dan bermalam lg.so kali ni barulah dpt betul2 jalan2 sbg tourist hehe

flite kami pagi tu jam 8.40am.kul 6pg lagi dah keluar rumah.siap check in semua, sekali flite delay sejam ok!nasib baik tapau nasi lemak dari rumah so bolehla lapik perut huhu.btw kami amik turkish airlines, pjalanan mengambil masa kurang lebih 3jam40min 🙂

yg bagusnya kat ashgabat airport ni, kat boarding tu ada nursing room.so ‘aaqil tertido dah.naik plane pun tdo.takeoff pun tdo.half journey baru bgn.so sempat la ummi walid makan etc.food dia sedap okayyy tak macam ma*s.masa beli tix online tu boleh siap2 pilih nak muslim food ka babyfood ka vege ka…
20130405-112318.jpg

haha lawak x lawak ‘aaqil telah yakyak atas flite.maka bau adalah tettt.mujur takde sapa pengsan ye

so sampai2 attaturk airport tu terus pi cari babyroom mandikan dia kasi fresh sikit.dari rumah mmg tukar diaper n baju je sbb kul 5am pg kottt nak mandi bagai sejukk

setel amik beg semua, suami tukar duit usd kpd TL(turkish lira).btw the day before suami dah siap2 book airport transfer.harga eur19(TL45)/trip dari airport ke sultanahmet

ok istanbul ni spt yg diketahui ada 2bhgn ie oldcity(sultanahmet) dan moderncity(taksim).dipisahkan oleh golden horn, where asia&europe meets.spesel ok istanbul ni dua benua satu bandar.gitu

jadi kami pilih hotel area oldcity sebab tourist attraction byk kt area sini.dan building dia pun byk yg lama2…

perjalanan dari airport ke megara palace hotel mengambil masa lebih kurang 30minit…sampai2 hotel, nasib baik dah ada bilik wp masa tu belum kul 12noon lg.so check in, letak2 barang semua, 12.30pm terus keluar mulakan jalan2 hehe

btw i was incharge by hubby to prepare the 5days itenerary.memang buat agak pack sebab istanbul ni byk gak kena kaver.so day 1 kami dah plan utk,

Topkapi Palace – Hagia Sophia – Blue Mosque

we were lucky because our hotel is just 2 mins walking distance to topkapi’s main entrance.tak tipu dekat gilaaaaa.cuma kena naik bukit je yg buat penat sikit.it was still cold in istanbul tho already in spring.temp below 10c.

20130405-112401.jpg

Topkapi Palace
merupakan istana lama yg dijadikan muzium.kalau tak silap, 24sultan pernah tinggal di istana ni.istana ni berpindah ke dolmahbahce maka ia diabadikan utk lawatan umum.

oh man besar gila ok topkapi ni.kalau nak lawat secara detail makan masa setengah hari!so utk memudahkan, suami sewakan saya audioguide yg mana guide tu akan ceritakan sejarah utk tiap ceruk dalam istana tu, siap dgn map.oh, entrance fee adalah TL25/adult.audioguide pulak TL15…

kat istana ni boleh tgk baju2 sultan, pingganmangkuk, hadiah2, & barang2 sultan2 dulu2.ada jugak tersimpan kunci2 kaabah, pedang2 nabi SAW, sahabat2 nabi, dsbg yg pernah sampai kat malaysia dulu(kat muzium negeri kot).semua tersimpan kat sini…

2jam lebih jugak kami round topkapi.sempat la ‘aaqil makan sebab hujan pulak tiba2.so take5 kejap.

Hagia Sophia
masuk last jam 4pm.nasib baik kitorg sempat.sampai dalam kul 3pm.ala topkapi dgn hs ni dlm 5min je jalan kaki
20130405-112439.jpg

entrance fee sama macam topkapi.cuma hs ni takla besar sgt.macam masjid negeri besar dia.
hs ni istimewa kerana ia berasal dari gereja, kemudian dijadikan masjid.hingga 1935 shj kerana ataturk mengarahkan hs ini dijadikan muzium…

jadi kalau tgk kat dalam belah atas, in between Allah Muhammad, ada gambar2 di dalam gereja2 biasa.sesetengah ukiran pun ada salib.tapi subhanallah memang cantik ukirAn2 dlm masjid2 kat istanbul ni.infact in any historical buildings.oh hs juga dipanggil ayasofya dlm bahasa turki.so jgn kompius tempatnya sama saje.

hs ni 2tingkat.nak naik tingkat atas tu bukan tangga ye.tapi ramp.ya allah penat gila ok tolak stroller pakai ramp yg berpusing2 dan cerun.mengah2 bila sampai atas haha.tingkat atas ni lg byk rupa church dari masjid berdasarkan images kat dinding2.cuma agak sayu la bila membayangkan bgnn cantik ni hanya tinggal sbg muzium sahaja…

dekat2 kul 5pm tu dah lapar pulak.suami bawak pi satu kedai kebab ni yg dia penah pegi.sedap gila kebab dia ok.mmg takdpt la kat mesia ke ashgabat ke.
20130405-112512.jpg

cuma makan kat sini mmg tak murah.sekali makan 2org adult order biasa2 adalah min TL40 huhu kebab je pon
nota : TL1 = Rm1.70

20130405-112548.jpg

Blue Mosque
habis makan kami berjalan ke blue mosque pula.5minit juga dari hs walaupun boleh nampak dah dari jauh.
20130405-112452.jpg

sempat la kami buat jama’ ta’khir zuhr-asar kat masjid ni alhamdulillah.tourist boleh je masuk masjid dgn syarat pakaian menutup aurat sama je mcm masjid2 kt malaysia
kalau tgk dari luar, masjid2 kat istanbul ni semua lebih kurang sama je rupa.so yg speselnya bluemosque ni adalah tower dia ada 6.subhanallah memang cantik interior.suami beruntung pernah solat jumaat disini masa kunjungan sebelum ni…

keluar dari masjid tu dah gelap.dan makin sejukkk.so kami jalan balik ke hotel utk rehat.malam tu makan kat area hotel je.we both tried the turkish cuisine.drama jgk masa dinner tu sbb ‘aaqil tibe2 muntah!kesian sgt!perhaps sbb sgt2 letih dari pagi tak dpt proper sleep.so cepat2 habiskan makan and balik hotel rehat …

sekian hari pertama 🙂

p/s : all pics from my phone so very2 limited.& pls excuse the quality.gambar2 dari kamera akan dilambakkan dlm satu entri lain pabila internet bagus.haha tahbila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.