…saya ada blog rupanya haha 😛
tak tahu lah.kebelakangan ni macam tak sempat lak nak berceloteh kat blog.saya lebih gemar apdet status saya di fb daripada bercerita di sini.kenapa?ntah.mungkin mengupdate blog memerlukan masa yang lama dan kosentrasi dan membuka laptop.oh sangat malas.dan lebih menjadikan saya malas adalah kerana sekarang saya sudah ada iPod yang membolehkan saya surfing,bloghopping,byr bil,cek email,fbing dan banyak lagi hanya di atas tapak tangan dan bukan riba (matilah laptop ni mengamuk bila saya taip ni.hi lovely cutesy vaio!i still heart u!hehe aci tak)
ok ok seriously,here are my updates to those yang merindui (korang mmg cool lah*saje bodek*);
1. ok right after i wrote my entry below, we both went to overnite at my parent’s house at shah alam,before going straight to baling,kedah the very next day for raya celebration! raya kat kedah sangat best i tell u.ok despite being away from my parents and siblings for the 1st raya everr, magically, i had a great time.mungkin sebab suasana raya di kg yg sebenar.mandi berkemban air sungai,makan freeflow dan sedap,cool cousins and in laws,alhamdulillah 🙂 paling best, saya belajar makan juadah yang popular disana/kg suami yakni petai jeruk,ketupat palas jagung dan lemang tepung..sedap oh
2. macamana raya sebagai isteri?sebetulnya,pagi raya pertama selepas bersalaman dengan tok,tokwan,MIL etc etc,sampaila sesi bersalaman kami suami isteri.mula2 sengih2.like,jom2.pastu pi la satu sudut kat ruang tamu yang takda orang lain.pastu,ala-awk-la-dulu punya momen lebih kurang 2 minit camtu.pastu senyap lagi 2 minit.akhir sekali,saya hulur tangan dan mintak maaf..peliknya,saya tak rasa apa2.apa lagi nak nangis.apekah.pastu sengih balik mcm sebelum salam.oh tapi rupa2nya air mata tu delay seminggu.nasib baik masih syawal 😛 haaa..jadi,tips kepada pasangan suami-isteri yang baru pertama kali beraya bersama,janganlah contohi adegan sengih2 kami ni.tak berkesan dan feel lansung ok
3. raya ke-3 baru pulang ke tampin,kg belah mak saya.dari baling jam 9.30am.singgah di taiping 2 jam.dan tiba di n9 waktu maghrib,alhamdulillah..:) penat jugak ye jadik co-pilot ni waduh hinggakan saya ofer kat suami utk drive sebab tak tahan mengantuk huuu
4. lagi satu sebab saya tak sempat nak bukak laptop dan apdet blog (ish defensifnya) adalah sebab alhamdulillah ramai yang berkunjung ke rumah kami untuk beraya.oke kami tak buat openhouse.tapi ajakan di fb nampaknya berhasil dan malam hari2 bekerja pun ada yang datang tolong makan.hujung minggu apatah lagi kan,syukur.walaupun penat,tapi saya hepi sgt sbb wp rumah kami ni takda la se’eric leong’ rumah orang lain,tapi bolehla nak jamu2.lapang sebelum sempit,senang sebelum susah.konsepnya
5. ok secara ofisial,saya sudah terjadi peminat fanatik nur kasih.asalnya tak tengok pun kat tv.tapi dah episod 13 camtu, saya tergerak nak tengok sebab review dari teman2 fb sgt memberangsangkan.maka suami pun mendonlodkan la untuk saya marathon.wah sangat suka.sbb ia tak seperti tipikal drama melayu lain ie baru kahwin rumah besar keta besar,hero/heroin adalah pewaris syarikat holding u know what i mean, well u get the picture 😉 its something for me to look forward after scofield mati(tetibe)
6. working life – platform kami masih belum dapat hasilkan gas.sebetulnya cuti raya tempoh hari.tapi macam biasa,masalah cuaca, material itu ini sampai ke hari ini,masih belum lagi.harap minggu depan ada berita gembira inshaallah
7. beberapa hari lepas saya menghidap travel bug. tiba2 saya rasa rindu untuk berjalan2 melihat negara orang.tiba2 saya buka folder gambar bachelor vay-k europe dan.tiba2 saya teringat yang saya belum habis bercerita di blog mengenai trip 9 bulan yang lepas.inshaallah blog ini akan bakal dihiasi dengan entri expired yang banyak(oh tinggi nya angan2).teman2 setrip pun sudah bertanya2.takut lupa fakta katanya.apekah
8. kunci utk apartment kami dah ambil ramadhan lepas.alhamdulillah,luas.duit installment pun dah mula ditolak.tapi saya seakan tak pasti dengan keputusan untuk pindah ke rumah baru.banyak yang saya fikirkan.sedang fikir jalan terbaik.mungkin cari ejen dan sewakan sahaja kerana rumah sekarang pun tidak kurang luasnya.nak masuk rumah baru memerlukan ongkos yang banyak.dan kami sedang fikirkan samada berbaloi atau tidak..mungkin akhir bulan ini kami sudah ada kata putus,inshaallah..fikir lama2 pun,rugi kerana secara teknikalnya,kami sedang membayar untuk kedua2 rumah sekarang,sob..
oke lah.daripada saya terus mengarut,baik saya berhenti menaip.best hari ni lunch kat openhouse,makan malam pula di kenduri kat ipoh.dapur cutiii 😛
ok dah terubat rindu di hati.sebelum tu,terimalah gambar eksklusif dari kami….
wahahaha.sori yang,i tak buat dah T_T lariiiiiii… 😛
till next entry,eid mubaarak!!