raya oh raya

hai kawan2!

sarang semut

ni nak cite pasal biskut raya.ehe.kalau tahun lepas saya buat biskut yang paling leceh di dunia, senario tahun ni pula berbeza :

1. hanya buat biskut yang mudah untuk disediakan yakni tak perlu diterap atau berinti bagai
2. buat di gelanggang yang berbeza.kalau tahun sebelum ni pakai oven mak,tray mak,mixing bowl mak.bak kata semua mak la haha.awal2 tu kekok jugakla nak wat kat gelanggang sendiri huhu
3. berdikari.kalau dulu semua nak refer kat mak.ok ke.bancuhan buat 2x cukup ke etc etc.skrg ikut suka sendiri.susun dalam balang pun sendiri.bak kata a to z lah.oh ade la jugak suami datang tolong2.golek2 kat gula.tabur choc rice.tengkiu dear.dulu leh gak buli adik2 tolong susun,sapu butter kat tray.sekarang semua sendirian berhad
4. buat 4 jenis biskut ie sarang semut,kornflakes bersalut coklat,choc chips dan biskut arab.kan mudah2 tu 😛 tiap jenis tu buat 3 balang.satu L dan 2 lagi saiz S utk mak dan mertua.L tu utk melantak kat rumah tetamu yg bertandang heh

choc chips

dan berikut adalah insiden(wah) yang berlaku sepanjang proses membuat biskut raya tahun ni :

1. mula2 ingat nak buat paling senang dulu yakni kornflakes bersalut coklat.hari sebelumnya dah siap beli coklat masakan 3 bar ok.elok dah panaskan air n periuk sume,bukak2 pembalut tu,rupanya white choc!terus mood buat biskut merudum kejap.huhu.perhatian ye,brand nona tak bagitau kat luar tu white ke choc choc so memang bukan i yang salah beli (defensive tak).so suami terpaksa la membuat damage control dengan keluar membeli coklat masakan yang betul kat kedai runcit berdekatan rumah.hik2.akhirnya plan ditukar dan buat biskut sarang semut dahulu
2. oven elektrik adalah pemberian maklong masa kahwin tempoh hari.biasanya pakai oven gas/pakai api.so kalau pakai elektrik ni macam jakun kejap.berdebar gak sebab tak tau performance oven ni.so tray pertama tu memang selamat la…hangit.so dikira kategori reject jadi leh masuk perut hehe
3. disebabkan hasil adalah agak limited, maka saya perlu mencatu suami saya dari makan biskut lebih2.catu dalam 2-3 ketul je sehari.eh kalu 14 hari dah lebih 30 ketul.ish tak boleh jadik ni.kena tukar polisi jap lagi.haha kidding
4. kat kedai takde jual balang biskut besar.so sehari sebelum buat biskut tu cilok beberapa balang kosong dari rumah mak.tp tak pulang blk la.pulang dengan balang kecik saje.jahatnye i.sob
5. oven elektrik ni bes sebab tak perlu tergesa2 bila nak queue tray pembakar sebab tak pakai api/gas.pakai letrik tak rasa sangat.lagi tak buat kat dapur pun.uli etc wat kat meja makan saje heh

konflek

memang sesungguhnya tahun ni bersemangat tah kenapa.mungkin sebab pertama kali beraya sebagai isteri.heh.tapi keluarga saya memang jenis tak biasa makan biskut tunjuk.mungkin sebab mak surirumah sepenuh masa,jadi semua buat sendiri.

tu dia

ingat kalau rajin lepas raya nak cuba buat kek pulak.inshaallah.sebelum raya ni tak sempat pulak.order je 2 biji choc cake dari teman sekerja.rendang kuah kacang etc pun tak buat sebelum raya rasanya.kalau buat pun mungkin di rumah tok mertua di kedah atau di rumah mak di shah alam 🙂 rendang tak pernah buat sendiri.ish kena belajar nih

raya pertama tahun ni inshaallah beraya dengan keluarga mertua di baling,kedah.excited ada.sedih pun ada.sob.takpelah bergilir dan bertolak ansur itu penting walaupun i takleh tipu dalam hati sebenarnya meraung2. oke lah rerakan..mungkin ini entri terakhir sebelum menjelang raya,jadi..

selamat menyambut aidilfitri mubarak.semoga puasa dan ibadah kita sepanjang ramadhan diterimaNya amiin.mohon maaf salah silap.eid mubarak! 🙂

eh eh caca marba sungguh entri ini.layan~

5 thoughts on “raya oh raya

  1. i like!!!
    congrates kerana membuat kuih raya dgn banyaknya..

    sepanjang dua kali beraya sbg isteri org, x penah pun buat kuih raya…hanya membeli sahaja.

    tp nasib baik en suami x komplen sbb dia tau sy mmg x berseni dlm bidang baking..sy cuma pandai buat nasi tomato, nasi ayam, nasi bariyani, nasi lemak and pelbagai nasi yg senang2 hihi.

    bagus, nnt boleh bg recipe kpd saya ye. hihi. and nnt bolehla saya dtg beraya nk makan kuih yg sedap itu!!

  2. wow menariknye!

    klang, tahun ni nk datang beraya kat rumah umah awak boleh? *muke tak malu* nk rasa biskut2 tu. tempting gler ok! 🙂

  3. sayang : o yeah!:)

    azwa : ye,kte dgr awk pandai masak.tah bila la nak btandang ke villa awak tu (jemput diri sendiri.aci?)

    nurul : datang je.tp call dulu okeh?:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.