‘Arfaan & Reading

Alhamdulillah ‘Arfaan my 4 year old dah habis complete siri Bacalah Anakmu hingga buku ke-8 semalam! MasyaAllah Tabarakallah yg mengizinkan semua ini…

mukasurat terakhir ❤️

Sekadar rekod, ‘Arfaan mula belajar membaca di KSCC Presint 15. Mula dgn Bacalah Anakku 1. Teknik yg digunakan adalah phonic iaitu bunyi setiap huruf tu yg ditekankan spt a beh ceh deh eh feh… once dah dpt tangkap fonic ni, inshaallah lepas tu senang nak belajar. Thats what i observed from ‘Arfaan. Hikmah jadi stay at home mom di musim covid ni dapat merasa first hand teaching my kindy boy yg selalunya tugas cikgu tadika. Barulah tau karenah anak kecil ni belajar kan. Kadang2 mode hulk tu keluar ya🥲

Masa bulan Mac yang lepas (tiba di Cairo) ‘Arfaan dah di buku 4 rasanya. Kemudian baca setiap hari tanpa gagal – motivasi dia ofcos la reward tgk tv. So sebelum tgk tv kena baca Bacalah Anakku & Iqra’ – itu house rules. Maksudnya tak mustahil anak kecik ni boleh membaca dalam masa 6bulan kan. Konsisten penting supaya momentum tu ada.

apparently he loves the flashcard concept. sukarela susun2 dan belajar lepas terjumpa dalam almari #mogaistiqamah

Lepas ni kita santai2 baca English words pulak. Kebetulan terbeli flashcards LadyBird ni di Shoppee bulan Okt last year. Boleh isi masa sementara nak tunggu masuk skool bulan 8 nanti. Goodluck ‘Arfaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.