Laksa Cairo

Minggu lepas hangat kat medsoc laksa battle antara negeri. Sape paling ori. Sape paling kayangan. Laksa mana paling perintis. Ikan mana paling mendifinisikan laksa. Haha

Kita yang pemerhati ni terbayang la nak makan laksa. Yang mampu nak buat ikut kapasiti bahan2 mmg laksa sarawak dan laksa kedah je la. Laksa johor tapenah attempt pun. Mebi nnt kalo teringin sangat kena la try buat sendiri hehh

Laksa Sarawak

Resipi letak sini sebagai rujukan in future sebab rasa sedap sengotiiii sape lagi nak puji kan lol

  • Bihun 400g – celur
  • Sepaket pes Hj Manan 200g
  • 2 liter air
  • Isi ayam 200g
  • Udang 500g
  • Santan 200ml
  • Telur, daun ketumbar, taugeh, limau nipis/kasturi
  • Sambal (cili kering+bwg besar blend)’

Cara buat kuah : Rebus isi ayam dan keluarkan. Dalam air yg sama, masukkan pes laksa. Udang kita kupas kulit tinggalkan ekor je. Kepala dan kulit udang tadi rebus atau rendam dlm air panas kemudian blend dan tapis. Air tapisan campurkan dalam kuah yg ada pes laksa tadi. Masukkan juga santan. Garam to taste.

Sambal : Tumis cili blend bsama bwg dlm 3tbsp gitu. Masak dlm sejam. Tambah air few times sampai terbit minyak. Ulang2. Masukkan air asam jawa. Garam gula. Masak sebati siapp

Garnishing : Isi udang di goreng dalam minyak yg sedikit jgn bergenang sangat. Angkat. Guna minyak yg sama utk buat sambal atas ni. Telur buat dadar nipis, gulung dan hiris mcm swiss roll. Taugeh celur. Hirisan daun ketumbar. Isi ayam dicarik macam bua soto.

Laksa Kedah

Cara buat kuah : Rebus blended 2bj bwg besar, 5bj cili api, 1tbsp ikan bilis, 4kpg asam gelugur dan 1tbsp cili blend dlm 1 liter air. Biar sampai masak. Blend 400g isi ikan sardin sampai hancoq. Masukkan dalam air rebusan tadi. Masukkan 2 bunga kantan, 2 tangkai daun kesum. Garam gula. Biar renih at least 2jam bg mesra.

Laksa sepaket rendam at least semalaman pastu rebus kejap. Tos kan.

Garnishing : salad, timun, limau nipis, daun pudina, telur rebus, cili api, bawang besar.

Hehe puas makan laksa bila masak sendiri. Sedap tak sedap tak penting sebab ni je la option yg ada takde gerai restoran jual laksa2 ni sendiri masak sendiri makan konsepnya heh

Bahan2 alhamdulillah cukup so far. Maybe bulan2 mendatang masak ikut bahan apa adanya la. Ikan sardin tu pun kami pakai yg dlm tin punya ada jual kat sini. Ok la not bad takyah nak buang tulang semua tinggal blend ja ehehe

Nota : resepi2 diatas setelah diolah sis selepas beberapa kali try and error. rasanya ini yg terbaik ratio sukatan semua. ikut tekak sis and family ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.