2019 – Hiatus Year

Nak kata writers block tak jugak. Nak kata takde event nak diceritakan rasanya 2019 antara yg paling eventful. Tapi sebab ada sekali tu nak up entry on this blog lepastu error. Dah taip panjang bagai tapi takleh post. Geram. So tak jd post dan sejak drp tu tak jenguk pun blog sendiri. Beberapa bulan lps ada kwn bgtau yg link blog dah takleh pakai. Bila cek mmg betul ada problem dgn domain #facepalm. Nasib baik ada tuan admin 💓 yg tolong betulkan dan akhirnya blog ni ‘dilahirkan’ semula dengan alamat baru hihi

Sepanjang tempoh hiatus saya aktif ber’micro’ blog di instagram sahaja. Instastory to be exact. 2018-2019 has been one of the toughest year for me. Masih berPJJ dgn suami, jaga anak 2org (‘Aaqil baru masuk sekolah dan ‘Arfaan toddlerhood) di tempat baru iaitu Kuching, berjauhan dari family iaitu support system ku. Alhamdulillah kat sana ramai yang membantu terutama kawan2 seofis seapartment. Really miss the moments at Kuching. ‘Aaqil pun selalu ckp rindu kt sana. Maklumlah setahun kat sana Jun 2018-Jul 2019 😌

So entri ni just nak recap momen yang memang takkan dpt dilupakan sepanjang kehiatusan ku dari blog ni ❤️

1. ‘Arfaan masuk emergency beberapa kali kat Kuching. Kalau tak silap sebab demam muntah cirit masa awal2 pindah sana. Kali kedua sebab suspected hfmd. Siap daycare tak terima dia for few days sampai betul2 konfirm bukan bintik hfmd. Kali ketiga pulak sebab ear infection. Yg ni almost 10pm pegi Borneo Hosp naik grab sebab dia takleh tidur tunjuk telinga sakit. Alhamdulillah lepas bg ubat titik n pcm improve sikit. Oh lg sekali tu Influenza A suspect dpt from me yg balik dari China. Including me suffered with Influenza for almost a week suami terpaksa pospon balik KK sebab nak makesure saya betul2 sihat. Phew. Tapi saya suka Normah hosp kat Kuching, staff, nurse dan docs baik2 sgt. Servis pun bagus. Walaupun bangunan luar macam seram sikit he he

2. Eksiden dgn motor kat simpang dkt dgn sekolah ‘Aaqil kat Matang Jaya. Pagi tu dah nak sampai sekolah dah. Memang patut saya masuk simpang tu tapi tiba2 motor ni muncul dari tepi. Bammm!! Masa tu menggigil satu badan dan break kereta mengejut kat tgh2 simpang. Org yg bwk motor tu bangun dan bg sign ajak saya ke tepi jalan sbb kacau trafik. Masa tu ‘Aaqil dah nangis2. Allahu. Lepastu tgk motor tu sidemirror tercabut, dan ada few kerosakan. Motorist tu luka sikit (syukur sgt). Jadi bagitau dia yg saya nak cepat dan takde cash tak sempat nk gi balai bagai so settle kat situ je. Mmg salah dia sebab sepatutnya dia stop sebab kereta semua dah stop. Masa tu just mintak dia hp no sbb nak cepat dan takde cash nak bayar. Dalam whatsapp lepas sampai ofis tu nego2 dan both agree utk byr dia RM200 tak silap kaver motor dia rosak tu. Tu je dan syukur sangat dia tak berkira dan kes setel. Oh my persona calar sikit je takde apa.

3. Lagi sekali eksiden tapi ni sebab ‘Aaqil terlupa nak pakai seatbelt kt booster. Dia tertidur. Dan ada satu simpang kat Wisma Satok tak silap ada kereta tetiba lalu kat tepi dan saya emergency break tetiba bunyi bamm!! Saya pusing belakang tgk ‘Aaqil dah takde kat booster. Pastu panggil dia dan dia terjaga dan nangis sambil duduk kat seat tgh sambil saya gosok kepala dia. Pastu nampak darah! Kepala dia berdarah. Basah. Saya menggigil dan mintak dia nangis je jangan berhenti sebab risau dia pengsan or pitam. Terus set waze pergi hospital. Dalam 5mins sampai emergency. Park je dpn entrance dan dukung ‘Arfaan, sambil papah ‘Aaqil masuk dalam. Tanganku masa tu berdarah. Tak meleleh la tapi. Staff Normah terus sambut dan bwk ‘Aaqil masuk emergency. Sambil reg. Tak silap staff Normah yg tolong park kan kereta. Baik sgt diorang.

One for the memories. Alhamdulillah luka sikit je tak perlu jahit. Mebi terhantuk kt belakang driver seat ada besi.

Yang agak drama lagi sebab terjadi masa ptg Jumaat otw nak balik rumah sebab nak ambil beg dan bersiap nak naik flite ke KL. Ahad tu was my flite to China for meeting with my project managers. Memang masa dekat emergency tu dah fikir tiket China tu burn. Tapi alhamdulillah cuma tiket balik KL je burn. Dan beli baru esoknya Sabtu pagi KCH-KL. Alhamdulillah malam hari eksiden tu ‘Aaqil dah ok takde pening atau muntah. Boleh makan dan main mcm biasa. Sebab tu decide utk proceed dgn KL and China. Kalau dia masih trauma ke memang kensel la semua trip huhu… what a day!

4. ‘Arfaan weaned off masa Ramadhan 2019. Pakai trick limau nipis jugak mcm masa ‘Aaqil. Sebab masa outstation sampai beberapa malam tak jumpa tu susu pun drop. Kebetulan ‘Arfaan pun dah lebih 2tahun pun bf. Cuma hmm ‘Arfaan ni berminggu2 nak settle down without bfeed masa mlm nak tidur. Kena dodoi dukung sejam ke 2jam tiap malam baru lena. Tiap pagi ummi zombie mode. Siang kt nurseri dia ok je sebab mmg bg freshmilk.

5. Lagi insiden pasal kereta. Haha. Kereta habis minyak tengah jalan! Masa tu otw pegi ofis pagi2 lepas hantar the kids. Memang habit suka sgt dah kuar lampu merah masih tangguh isi minyak. Sekaliiii tak sempat nak sampai petrol station yg ada dlm kurang 1km lagi. Tetiba enjin mati. Dah la tengah jem kat roundabout Semariang tu. Tambah lg jem adeh. Kebetulan kereta mati betul2 seberang dengan stesen Petronas. So lock kereta dan pergi sana dan bgtau budak Petronas tu nak kena isi minyak manual. Baik adik tu. Dia bg tips beli air mineral yg 1.5l tu 2 botol dan buang isi, pastu dia tolong isi botol2 tu ngan minyak petrol. Pastu siap tny dia lepastu dik?? Haha. Oklah jom saya tolong kakak. Kami pun ke kereta dan dia tolong isi minyak manually dan pump kat pedal tu stat enjin beberapa kali sampai berjaya stat engine. Dkt 10mins jgk try pump minyak sebab dah kering kontang kan 😝Alhamdulillah sebab sentiasa temukan dgn manusia yg baik2 kt sana. Lepas tu mmg kalau nampak kereta tinggal satu senggat menggagau cari stesen minyak. Lesson learned.

6. Akhirnya kami duduk sebumbung sekali masa Jul 2019 sebab encik suami finally back to KL ofis dan kami pun balik KL lepas raya bila dah settle loadout. Alhamdulillah. Sejak 2012 berPJJ. Dapatlah ke ofis sekali, dinner sekali, weekend pun dah tak perlu berkejar ke airport like for the past few years. Beberapa hari juga settle kan barang shipping dari rumah KK dan Kuching. Back to home sweet home in Setapak.

Puas lah anak2 merasa naik aeroplane sepanjang duk Kuching alhamdulillah. Masa ada sekali outstation kat France tu (Oct 2018), merasa bwk husben n anak2 join the trip. Kebetulan dpt trip yg layover Dubai lama sikit sempat pergi tgk Burj AlArab dan Burj Khalifa. Extend sehari lajak ke Paris lepas settle kerja kat Lyon. Ni semua in between Kuching-KK-KL huhu. Alhamdulillah anak2 sihat dan senang dijaga tak byk masalah. Oh ‘Arfaan pun merasa tumpang sekaki naik biz class ngan ummi sebab dia masa tu infant lagi. Amboi sangat kan. Hehe

Dubai 2018

Semua tu akan jadi segar dan kekal dalam lipatan memori. Allah susun semuanya dengan tepat dan berhikmah.

Thank you Kuching & 2019 for the memories 💜🖤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.