Saya just nak share kenangan manis/pahit sepanjang kat sana. Ada yang pernah pergi beberapa kali Umrah tapi tiap kali pergi tu berbeza-beza pengalaman. So mana tau nanti ada rezeki pergi lagi pengalaman berbeza kan. Kata orang ujian Umrah ni memang berbeza setiap orang. Kena berlapang dada dan bersangka baik sepanjang kat sana, inshaallah.
1. Kami ke sana under agen Tabung Haji. Kalau ditanya bagus ke tidak, saya pun tak boleh nak compare sebab saya tak pernah pergi dengan agen lain. Tapi alhamdulillah bagi saya semuanya lancar dan perfect, no complaint. Cuma flight delay tu memang tak dapat nak elak la kan. Biar lambat asal selamat. Ada juga agen lain yg tak kurang bagusnya seperti Rayhar dan Andalusia. Cara nak book slot? Pergi je ke kaunter TH Travel & Services yg ada di mana2 TH
2. Ada drama sikit masa nak apply visa. At least sebulan sebelum kena prepare dokumen eg birth cert, sijil nikah, gambar etc dan serah bersama passport kepada TH untuk apply visa dari kerajaan Saudi. Cuma kan masa tu suami masih di Ashgabat. Jadi passport memang dia pegang la kan. Lagi 10 hari nak fly baru incik suami serah kat TH. Yang buat saspen tu sebab pengesahan samada visa approve ke tidak cuma 2 hari je sebelum fly! Imagine la kalau Saudi tak sempat proses dokumen suami, kami tiga beranak tak dapat pergi huhu. Sebab suami as mahram & anak ikut emak. Masa dpt call dari TH kata visa approved, rasa macam nak nangis sebab happy sangat. Alhamdulillah ini antara hikmahnya kami ambil TH sebab TH memang dikenali kat kerajaan Saudi so apa2 senang eg late request/submission.
3. Hotel? Saya galakkan kalau plan nak bawak anak kecil atau warga emas, pilih pakej yg hotelnya jarak 50-100m dari masjid (both Mekah/Madinah). Kalau kat Mekah paling dekat sekali Hilton la. Kalau TH takde pakej Hilton. Andalusia ada tak silap around RM8k/pax. Madinah pulak banyak je hotel yang dekat dgn Masjid Nabawi. Cuma depends masuk ikut pintu mana. Kedua2 Mekah dan Madinah kami menginap di Movenpick. Makan sedap, jarak dekat, bilik pun selesa alhamdulillah.
4. Hotel Movenpick ni best sebab speaker Masjidilharam tu ada kat setiap bilik. Kualiti speaker tu superb takde dengar bunyi mic rosak ke apa ke. Cuma takleh la jadi makmum sebab fatwa kata tak boleh walaupun nampak dan dengar sbb tiada sambungan saf. Waktu solat Subuh je yang kami bergilir jaga ‘Aaqil. Jadi bestlah even tak turun masjid tapi suara imam/muazzin tu kuat macam duk dlm masjid. Ada sekali Subuh je kot ‘Aaqil semangat nak ikut turun sekali. Memang pakaikan berlapis2 la sebab sejuk pagi2.
5. Oh ya cakap pasal sejuk. Bulan Nov-Feb tak silap musim sejuk. Tapi sejuk kat Mekah/Madinah ni paling2 pun 19c. So memang nyaman je. Ala2 spring/autumn. Kalau bawa anak kecil saya sarankan pergi musim macamni. Mereka pun taklah selalu cranky kepanasan. Even boleh duduk hotel jauh sikit sebab jalan pun taklah sepenat bulan2 yg panas. Tak perlu pakai sweater pun kecuali malam2/awal pagi sejuk lebih sikit. Imagine sejuk pun boleh berpeluh time tawaf sebab bersesak, kalau musim haji wow ujian lebih hebat sebab musim haji biasanya cuaca panas.
6. Sekarang ni dah ramai orang bwk anak2 kecil umrah sekali. Ada mak arab tu bwk baby dalam sling lagi. Ada yang mcm bwk baby baru habis pantang pun ada. Elok kita studi sikit sebelum bawa anak2 do’s and don’ts. Contohnya semasa tawaf kita dikehedaki dalam keadaan suci tubuh badan dan pakaian. So kalau tawaf sambil dukung anak yg pakai diapers, kena pastikan yang diapers dia baru ditukar dan dia takkan mengotorkan diapers tersebut sampai setel tawaf. Mcm ‘aaqil dah potty trained. Tapi atas factor orang ramai dan toilet jauh dan takut tereksiden, so memang pakaikan dia diapers kat sana. Dia pun dah besar so bolehlah ckp diapers tu kotor ke tak (tapi dia memang jenis penggeli nak kencing/yakyak kat diapers hihi). Ada juga saya tengok sambil tawaf sambil tolak anak kat wheelchair yg disewa (stroller takleh bawak masjid ya). Pernah la terfikir idea ni tapi tak jadi buat. Solat Jemaah pulak lagi la takyah risau sebab mmg ramai sangat yg bawak anak pi masjid. Mcm ‘Aaqil most of the time dia ikut walid dan atok dia solat. Kadang dia duduk je. Kadang dia solat sekali. Masa solat Jumaat je dia ikut ummi. Tu pun dia tidur je masa dgr khutbah sampai la solat hehhe. Kalau anak 2-3orang mungkin kena bergilir jaga anak di hotel dsbg. Saya tak pasti. Apapun berdoa byk agar2 dipermudahkan segalanya.
7. Alhamdulillah kami dapat buat Umrah 3x seorang. Setiap kali tu beza2 ujian dan pengalaman. Kali pertama kami berlima awalsampai akhir. Kali kedua pulak awal2 berlima lepas tawaf berpecah (nanti saya cite). Kali ketiga saya, suami dan mak saya sahaja sebab abah tolong jagakan ‘Aaqil, nak kasi chan suami umrah lebih selesa. So sehari sebelum ke Madinah lepas isya’ tu abah keluar sendiri miqat di Tana’im (5 minit teksi dari hotel) dan habiskan umrah sebelum subuh. New experience jugak untuk abah 🙂
8. Ada riwayat mengatakan lebih afdhal perbanyakkan tawaf sunat berbanding umrah sunat. Tawaf sunat ni saya dan mak buat tiap pagi lepas breakfast, di hari yang kami tak buat umrah. Time ni tak ramai sangat. Lepastu balik hotel gilir dgn suami dan abah saya jaga ‘Aaqil. Cara buat tawaf sunat ni sama je macam tawaf rukun. Niat je la beza. Boleh buat bila2 sahaja sepanjang kat Mekah, tak perlu berpakaian ihram.
9. Amalan bersedekah. Kalau tgh tunggu nak solat tu nanti ada orang hulur2 bekas kurma. Pass around. ‘Aaqil pulak dpt gula-gula, air kotak, biskut. Tetiba je orang lalu nmpk budak dia bagi. Cuma masjidilharam ni takde tabung. Hehe macam masjid kat mesia. So kalau nak hulur duit tu leh bagi kat pekerja2 am macam tukang cuci, tukang refill air zamzam, dsbg. Mereka ni ada kat mana2. Kalau nak bayar dam pun bagi kat mereka ni. Dam yang murah2 la. Dam yang besar2 kena kawtim dgn mutawif ya hehe.
10. Antara perkara yang paling mencabar adalah untuk mendapat tempat di dalam masjid terutama kalau kita selalu keluar masuk masjid. Pintu-pintu dijaga ketat oleh ‘askar’. Semua pintu ditutup antara 30-45minit sebelum masuk waktu solat. Ada la pintu yang masih dibuka tapi kena pandai cari. Biasanya pintu2 yang mengadap Tower clock akan ditutup terlebih dahulu. So kena jalan jauh sikit ke arah Hilton tu untuk cari pintu yg masih dibuka. Tricky kalau musim sejuk, waktu solat dekat2. So lunch in between Zohor dan Asar. Lepastu nak mandi2 semua antara Asar dan Maghrib. Cuma Maghrib je kami biasanya stay sampai Isya’. Lepas Isya’ baru dinner. Kalau dapat masuk masjid tu memang terus menuju ke arah mataf atau kawasan saf yang boleh nampak KaaBAH. Tu memang ultimate la. Paling koman Jemaah solat dalam mall – tapi masih saf bersambung. Pahala beribu kali ganda solat di Masjidilharam tu wallahualam dapat ke tidak kalau saf dalam mall T_T. Tapi sekarang ni pun mataf dah diremove, extension masjid pun dah siap. Mungkin lebih senang nak dapat tempat dalam masjid cuma nak dapat solat mengadap Kaabah tu masih limited.
11. Hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk kat Mekah. Fuh I tell you ramai nya orang lebih dari hari biasa. Semua nak rebut pahala berganda di hari Jumaat, di Masjidilharam. Seawal Khamis malam tu dah start ramai yang sampai berhimpit penyek la keluar masuk masjid. Kalau bawak anak kecil atau warga emas tak cukup pegang tangan. Kena berpeluk sekali supaya tak terlepas. Uncang kasut jangan dilupa nanti balik berkaki ayam pula huhu.
Baru ku tau susah rupanya nak bergambar depan Kaabah sebenarnya sebab ada pak polisi jaga kat setiap penjuru so tak sempat nak setting kamera or ekjas muka beriya kena cepat pantas tuntas hehehe. Belum campur orang ramai yang tolak2. Photobombed tu perkara biasa #lihatmamatyangtersengihtu ?
Ok rasanya cukup dulu setakat itu. Next mungkin saya share sikit ujian yang kami lalui sepanjang disana. Kalau nak cerita pasal Umrah ni memang tak habis 7 entry 7 malam haha. Madinah belum masuk lagi kan. Saya ni pelupa jadi bila tulis blog ni at least nanti kalau ada rezeki nak pergi lagi bolehlah baca balik ye tak hehe. Wallahua’lam…