Beberapa minggu lepas saya ada mendengar tazkirah di ikimfm disampaikan oleh Ustzh Norhayati. Kurang pasti tajuk apa tapi berkisar tentang NIAT YANG BENAR.
Niat yang benar ni bukan sekadar niat di hati dan dibibir. Tapi disertakan dengan usaha untuk beroleh apa yang diniatkan tu. Contoh yang ustazah beri adalah sahabat Nabi yang tersangat inginkan mati syahid. Saya sempat google hadis berkenaan kisah ini, haaa eloklah saya kongsikan,
Daripada Jabir katanya, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW pada hari Uhud, katakan kepadaku, kalau aku terbunuh (dalam peperangan ini), di mana aku? Jawab baginda: Di syurga. Lalu lelaki itu segera meletakkan beberapa biji tamar yang ada di tangannya, kemudian dia berperang sehingga mati terbunuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis sohih tu. Betapa niat beliau BENAR maka beliau keluar berperang kerana dengan cara itu, lebih dekat beliau kepada syahid. Mungkin di kalangan rakan-rakan beliau yang lain pun ada niat untuk mati syahid tapi sekadar duduk di rumah bersama keluarga maka ini tidak dikategorikan sebagai NIAT YANG BENAR.
Hehe kenapa tetiba nak sentuh pasal ni. Saje je. Aritu mak buat samosa untuk buka puasa. Sambil makan dan puji memuji kesedapan samosa tu, mak cakaplah mak dari dulu memang teringin nak master dalam buat kuih melayu yg sedia maklum sangat susah. Dan alhamdulillah hasil attempt yang banyak kali, dah boleh kira master la. Seri muka, karipap, kuih lapis,talam ubi antara kuih buatan mak yg juga faveret kami adik beradik. So saya teringat pasal NIAT YANG BENAR ni. Kita boleh cakap kita nak sesuatu tapi kita duduk saje harapkan ia datang dengan sendiri memang tak lah. Kalau kita niat nak buat karipap misalnya, kita kena pergi keluar beli kentang, kena usaha cari resipi, kena usaha luangkan masa, kena usaha tanya tips kat orang yang lebih pakar. Usaha-usaha itu yang menjadikan sesuatu niat menjadi NIAT YANG BENAR. Kerana usaha itu memungkinkan kita beroleh apa yang kita nak, yakni karipap. Haha
Kalau nak kahwin kena ada niat yang benar. Contohnya daftar dgn baitul muslim hihi
Kalau nak anak kena ada niat yang benar. Uhuk. Contohnya kira waktu subur
Kalau nak ke umrah atau naik haji kena ada niat yang benar. Contohnya daftar dengan tabung haji dan pergi kursus dan improve bacaan Qur’an/dalam solat
Kalau nak tolong orang pun kena ada niat yang benar. Contohnya dengan buat terus
Kalau nak kuruskan badan kena ada niat yang benar. Contohnya dengan pergi bersenam
Kalau nak improve kesihatan kena ada niat yang benar. Contohnya kurangkan makanan tak berkhasiat
Kalau nak mula simpan duit kena ada niat yang benar. Contohnya kawal perbelanjaan bulanan
Kalau nak daki gunung Kinabalu kena ada niat yang benar. Contohnya pegi gym/jogging tiap hari tingkatkan stamina
Kalau nak cemerlang exam kena ada niat yang benar. Contohnya study sungguh-sungguh
And the list goes on. Niat akan jadi sekadar niat bila kita tidak letakkan usaha. Inshaallah Allah memandang setiap usaha hambaNya.
Ya. Segalanya bermula dengan niat. Tetapi niat yang benar itulah lebih afdhol. Omputih kata true intention.
Wallahua’lam