Terutama zaman sekarang dimana ‘perbalahan’ ni boleh berlaku dimana-mana, pakai jari pun boleh. FB, instagram, blog, whatsapp group. Setiap hari akan ada isu tak kiralah politik ke, video viral, trend terkini, artis bercerai, mahupun perbalahan resipi nasi lemak siapa paling sedap (contoh je).
Antara yang popular dan tiada berkesudahan;
– maid vs daycare
– parenting
– breastfeeding vs formula milk
– surirumah vs ibu bekerja
– vaksin anak
– TH vs 1MDB
– makan gaji vs bisnes
– MLM vs nonMLM
– isu rohingya
– GST
– pedophiles
Ya tu belum kira isu artis itu ini yang boleh jadikan pertelingkahan panjang lebar yang saya kira tuan punya badan sendiri tak baca dan ambil tahu pun hujah peminat mereka. Hihi
Dalam bulatan gembira (usrah) baru2 ni ada diskas pasal ni. Nak share kat sini. Beberapa perkara yang kita perlu faham dalam isu berbalah atau lebih sopan ehem BERHUJAH adalah,
1. Elak jadi orang terakhir berikan hujah kerana ia menunjukkan ego kita di tahap mana
2. Nyatakan poin-poin kita dgn hikmah, dan hentikan setakat itu
3. Kita tak boleh ubah persepsi dan pendapat orang sekelip mata. Kalau berhujah sampai tahun depan pun, kalau si A kata dia juga yang betul maka sia-sialah perbalahan itu
4. Objektif awal untuk memberi hujah akan bertukar kepada menegakkan benang yg basah atau siapa punya hujah lebih hebat dan selalunya akan libatkan emosi yang akhirnya semua pihak pun di posisi yg kalah (atau fefeeling menang)
5. Berlapang dada. Terima seadanya. Raikan perbezaan pendapat
Memang media sosial ni ujian akhir zaman. Dari taktau jadi tau. Dari niat nak baca jadi rasa sakit hati. Dari rasa sakit hati rasa nak balas balik. Dari balas sekali rasa nak balas 2-3x. Lagi sedih kalau ada yang hingga mendoakan perkara tak baik berlaku kepada sipolan2 sbg balasan taknak ikut apa yg dia kata, nauzubillah.
Contoh dalam twitter ada term #unmention. Nak perli seseorang yang kita tahu dia akan baca status (hujah) kita. Nanti dapat serangan balas melalui #unmention juga. FB pun selalu juga begini. Si A guna ayat sarcasm dengan harapan Si B akan terasa.
Begitulah hingga tiada kesudahan.
What kind of world we are living in. Lets try as much to respect each other and be kind. Kalau orang takleh nak berbuat baik ngan kita, biarlah kita dahulu buat baik dengan SENYAP atau BERHENTI BERHUJAH.
Moga Allah ampunkan dosa kita dan lindungi kita dari ujian akhir zaman ini…