Menuai Hasil Kebun!

Bahagianya melihat sayuran yang diternak gemuk. Kemudian dituai beramai-ramai. Memang meriah sangat hihi

IMG_7088

makcik makcik kebun

Inilah rutin masyarakat Jalan Kelubi sejak sebulan yg lepas. Dgn bantuan MBSA, dan sepakat penduduk kejiranan, dapatlah secara rasminya sayuran bayam hijau, bayam merah dan kangkung ni dituai oleh kami dgn total 98kilogram!!!

Yang seronok tu dari pangkat atok nenek sampailah ke anak cucu turun sama nak merewang. Acara dimulakan dengan sarapan secara potluck. Lepas tu satu group menuai tanaman dan satu group lagi timbang dan bungkus untuk diagihkan kepada masyarakah Jalan Kelubi. Ada makcik tu volunteer nak masak kangkung belacan fresh dari ladang sebagai juadah lunch…pergh

IMG_7089

spot my ‘AAQIL!

Lunch ada nasi arab, nasi putih, ayam panggang LOCO, kangkung belacan, sambal tempoyak, sambal belacan dan ikan masin. Memang terangkatttt

Kalau nak ikutkan ada banyak lagi sayuran lain. Sawi, kalian, terung, etc pastu buah2an mcm cermai, mangga dsbg. Memandangkan majority ahli kejiranan kami ni terdiri dari golongan yang sudah bersara, maka sistem gotong royong dan gilir siram pokok dan menjaga tanaman ni telah dibuat. Syoklah jugak tengok semangat kejiranan yang tiba-tiba timbul dgn meriahnya.

‘Aaqil pulak sejak kecik dia suka pergi siram pokok dan kutip siput kat halaman rumah tu. So bila dah ada Kebun Komuniti ni lagilah seronok dia. Ummi kalau balik kerja selalu kena jenguk dulu kat kebun tu ada ‘Aaqil kat situ ke tak. Kadang dgn glove dan topi hijau dia. Tolong cabut sekali sayur. Kadang tu sekadar lari2 antara batas. Untunglah childhood duduk ‘kampung’ atok wan yeeeeee 🙂

Oh ya hasil tanaman tu semua kena timbang dan dilaporkan kepada pihak MBSA sebab fund, air untuk siram pokok, tanah, batas etc semua dari MBSA. Maknanya takde istilah mencuri hasil tanaman la. Katalah kita rasa nak makan sup bayam, petiklah kat kebun lepastu timbang dan bagitau ketua kebun. Untuk direkodkan. Macamtu 🙂

IMG_7087

kanak-kanak pun happy makan kat kebun hehe

Moga usaha ini berterusan dan dapat kumpul saham akhirat kerana berbakti kepada tanah dan menghidupkan semangat kejiranan, amin!

IMG_7086

kelas baja kompos katanya. ahaks!

 

IMG_7085

pekebun import dari seksyen 9 haha

 

IMG_7024

ni lah aktiviti ‘Aaqil petang2. gloves tu dia punya ok

 

FullSizeRender

antara kangkung yg terawal dituaiiii

 

FullSizeRender2

kangkung belacan hasil tanaman kebun komuniti 🙂

 

1 thought on “Menuai Hasil Kebun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.