Old fashioned way is always the best! Rindu zaman dulu2 pakai kodak, gambar semua elok tersimpan. Siap boleh cuci berulang kali lagi. Zaman sekolah dulu kalau lepas event apa2 mesti gambar2 photographer akan lekat kat dinding, lepas tu masing2 kena pilih nak cuci gambar mana dan order. Sekeping 80sen. Ingat tak ingat takkk….
Well introducinggggg… my new toy!!! Canon Selphy Photo Printer! Thanks Sayang…..
Best tau sebab sangat praktikal. Pakai wifi je boleh print gambar direct dari iPhone. Kualiti pun memang seakan-akan gambar dalam fon tu. Tak pecah. Warna pun 99.999% sama. Beriya eksaited nih dapat je printer ni terus print gambar2 favourite. Sampai lupa nak mandi kahkah
Dalam kotak tu ada 108keping saiz 4R bersama ink cartridge. So senang dah siap2 sekotak. Once habis paper tu, boleh dah tukar cartridge baru. Kos dalam 80sen je sekeping gambar sebab harga sekotak tu RM90 je kalau beli twinpack. Kedai yang husben beli ni murah sebab kalau beli online sekotak mau sampai RM145 tak termasuk postage huhu.
Maka bermulalah projek memilih dan print gambar yang berkurun lama dalam harddisk dan fon je sejak kewujudan digital camera yakni 10tahun yang lalu. Hahah! Gigih la nak print kan. Ada la dalam ratus ribu keping nak print *lap peluh* Pasni husband kena kasi tutorial camne nak print dari laptop pulak.
p/s : lepas ni kena shopping album gambar pulak. memang kembali ke zaman lampau betul ni hehe