Alkisah Bulatan Gembira

Beberapa hari lepas diberi kesempatan untuk hadiri bulatan gembira. Sejujurnya sejak kahwin saya lama break dari usrah dan baru tahun lepas kembali mula balik. Tu pun melompat2 naqibah. Kejap ada kejap takde. Alkisah sebab ahli yg sentiasa tak cukup korum. Yelah masing2 bekerja da nada anak kecik.

Kalau ikut Imam Hasan Al-Banna, usrah ni ada 3 rukun tau : Taaruf (kenal), Tafahum (understand each other), Takaful (bantu membantu)… kita takkan dapat ketiga2 ni kalau asik nak melompat usrah. Betul tau. Sebab dengan group usrah lama dulu memang dah sampai ketiga2 ni. Sayangnya terpaksa bubar/tukar group bila masing2 dah berkeluarga dan berpindah luar kawasan.

Selalunya agenda bulatan gembira ni camni;

1. Taaruf (kalau ada ahli baru) – sesi kenal2an
2. Bacaan al-Qur’an dan terjemahan – setiap ahli akan perdengarkan bacaan, yang lain akan dengar/perbetul
3. Tafsir surah/ Hadith pilihan
4. Back to basic. Aqidah. Contoh buku : Apa Ertinya Saya Menganut Islam
5. Seerah nabi dan sahabat
6. AOB (Perkongsian isu semasa, fiqh wanita, munakahat, tasmi’ hafazan etc)

Kemudian akan diakhiri dengan jamuan. Hehe ‘Aaqil suka part ni. Kalau tak, belum apa2 dah “ummi..jom balik rumahh”. Nampaknya lepas ni ‘Aaqil dah kena duk rumah dendiam ye. Kesian orang lain terganggu dengan ‘jom’ dia. Hikhik

Ingat lagi dulu sebelum kahwin kami ada satu group usrah yang fix. Few yrs jugak dengan group ni. Semua dah grad dan masih bujang. Naqibah mcik Ogy pastu mcik Mas. Geng dulu Kak Sarah, Khansa, Hawa, Nik Fatimah, Aisyah, Kak Bee, ada lagi yg lain tapi tak ingat huhu. Lepas sorang2 kahwin dan pindah keluar Shah Alam, dah bertebaran. Usrah jap kat KLCC dengan Kak Anfal tapi ada la dlm 5 sesi je gitu sbb lepastu tak ingat apa yg terjadi. Erkk short term memory loss detected.

Bulatan gembira ni ada silibus sebenarnya. Tapi jujurnya disebabkan melompat2 ni maka saya kira tak mengikutlah silibusnya. Lebih kepada ulangkaji apa yang dah dibelajar masa sekolah dulu. Sebagai peringatan di masa jauh tersasar dari landasan. Manusia dijadikan fitrahnya mudah terlupa kan. Banyak sangat yang kena perbaiki.

Ada masa nanti saya kongsi secebis ilmu yang saya dapat dari usrah ye… inshaallah 

Moga Allah redha…

1 thought on “Alkisah Bulatan Gembira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.