Abaikanlah ye tajuk mat saleh tu sebab taktau term apa dalam bahasa melayu. Cemteww.
Sebetulnya memang tak pernah terbang berdua dengan ‘Aaqil. Jadi bila suami tersayang kata tak jadi ikut kami balik Malaysia sebab last minute tiket habis, fuh memang berpeluh-peluh jugak lah. Dua sebab ku saspen adalah,
1. Long journey/flights (total of almost 15hrs journey incl transit)
2. Bukan direct flight ASB-KUL. Tapi ada transit Bangkok. Kena faham selok belok airport, transfer luggage, transit counter blabla
Maka,
TIPS 1 : BERTENANG
Ya, jangan overdrama. Jangan fikir bukan-bukan. Fikirkan yang baik dan indah sahaja hehe walaupun berdebar kan. Sebab anda bukan orang pertama yang travel with kids or toddlers. And its not the end of the world. Jadi, bertenang.
TIPS 2 : PILIH FLIGHT MALAM
Sebaiknya terbang di waktu malam untuk elakkan anak restless. Sekurang2nya malam adalah waktu tidur. Katalah flight 7 jam, maka mungkin 5jam daripada itu anak akan tidur. So dah jimat tenaga disitu hi hi.
TIPS 3 : PASTIKAN ANAK SENTIASA SELESA
Baik dari pilihan baju yang selesa dan santai, perut yang sentiasa diisi dengan snack atau tidbits, hinggalah bawa toys dan buku kegemaran. Jadikan ruang dalam flight tu seakan2 di rumah sahaja (walaupun tak spacious). Cek lampin setiap 2 jam untuk pastikan anak selesa. Sentiasa tanya anak nak apa, panas ke, sejuk sangat ke, nak jalan2 ke. Haaaa… bawaklah anak jalan2 dalam flight tu. Cramp jugak kalau duduk je hihi.
TIPS 4 : PILIH SEAT YANG MUDAH UNTUK KELUAR MASUK
Maknanya kat isle/laluan lalu lalang. Sebab ‘Aaqil jenis yang suka nak berjalan2. Atau kalau anak yak2, maka takyah la excuse me excuse me sangat bila nak keluar hehehe
TIPS 5 : DELAYKAN ANAK TIDUR SEBELUM BERLEPAS
Ni lah yg saya buat untuk ‘Aaqil. Flight kami jam 7pm camtu. Jadi saya pastikan dia tak tidur siang tu untuk bagi dia mudah tidur atas flight. Haha tapi tips ni kurang berkesan buat ‘Aaqil yang sentiasa excited naik aeroplane. Banyak pulak energy dia sampaikan bila lagi 2 jam nak mendarat tu baru dia tidur. Tu pun sejam je. Adoi
TIPS 6 : KURANGKAN HAND LUGGAGE
Cukuplah satu bagpack sahaja. Diapers, sepersalinan, babywipes, books, chargers if possible. Saya bawa iPad just in case. Tapi tak tunjuk kat ‘Aaqil sebab kalau dia tau ada iPad dia taknak buat benda lain T_T. Oh letakkan semua tiket, passport, dokumen perjalanan, boarding pass dsbg di tempat yg mudah diambil, just in case nanti nak kena dukung anak yg dah tidur or yg tengah cranky.
TIPS 7 : FAHAMI AIRPORT(S)
Macam saya, suami buatkan step by step bila dah sampai Bangkok Airport tu nak ke arah mana, kaunter mana, nak transfer kat mana, nak Tanya apa kat kaunter, nak bagi apa kat kaunter, level mana. Fuh mujur. Memang sebelum fly tu kasi hadam betul2 steps tu. Alhamdulillah saya dah pernah beberapa kali jugak transit situ tapi sebelum2 ni dgn suami. So bila baca steps tu macam boleh relate la. Tambah dgn verbal explanations lagi. hehe tq suami. I know u feel guilty kan ;p Untuk airport yang anda tak pernah jejak, mungkin boleh cuba baca blog2 dan tips2 traveller lain. Sebab untuk cemas, panic dan SESAT di airport bersama anak kecil adalah sangat tak kelakar ok.
TIPS 8 : BANYAKKAN BERDOA
Agar segalanya berjalan lancar, anak sihat di hari perjalanan, selamat pergi dan tiba ke destinasi bersama beg2 yang cukup…
———————————————————-
Nak cerita pasal pengalaman saya dan ‘Aaqil, saya siap masak bawak bekal nasi lauk ikan tenggiri masak kicap lagi untuk dia kut la dia tak lalu makanan atas flight. Sekali, selera dia kemain lagi tiap kali meal time. Habis dia makan sorang satu bekas nasi dgn ayam bakar (nasib baik sedap). Lepastu makan yogurt la, roti la cheese la. Enjoy betul.
For the first 5hrs he enjoyed reading his only book, makan, kacau orang kiri kanan depan belakang, main remote seat, yak2, gi toilet basuh yak2. Lepas tu baru la dia mamai dan tidur. Baru lah ummi pun nak lelap jugakkkkk haha. Bangun2 tu alamak tak sampai lagi. So bawak la dia jalan2 kat flight tu depan belakang. Hehe dulu masa dia baby, dia suka tau jalan lari ke depan belakang sampai masuk tempat steward/ess lepak tu. Nak ke pintu pilot tu haha. Ulang alik tanpa penat. Tapi masa tu berdua, take turn dgn suami. Sampai dah segan dah dengan semua passengers sebab asik mukaku je depan belakang… oh btw kami naik Turkmen Airlines jadi memang takde inflight entertainment. So kena lah entertain sendirian berhad hihi..
Apapun ni baru bawak sorang. Saya respek la mak2 yang boleh bawak 2-3 anak kecik handle sorang2. Tabik springggg!