Pelaburan untuk Kesihatan?

Beberapa hari lepas berborak dengan team projek saya berkenaan beli properties. Beli kat mana harga berapa dsbg. Maklumlah sekarang rata-rata rumah berharga jutaan ringgit jika di kawasan KL ni. Kalau nak murah sikit area Nilai, Serdang, Sepang. Boss saya pun ada dalam ‘diskusi’ tu. Pendapat dia apa tau,

“Baik invest in health daripada rumah besar harta banyak tapi asik sakit, asik masuk hospital…”
“Invest macammana tu boss. Makan suplemen ke?” Hihi
“Workout, jaga makan. Wife i memang faham sangat dengan I. Pagi-pagi breakfast mesti kena ada fruits. Lepastu jus delima yang diperah sendiri. Bagus buah delima ni sebab dia kaya apa tuh…??”
“Antioksidan kan boss”
“Haa antioksidan! Tapi ni perah sendiri la. Memang bagus”
“Mesti boss makan ayam organik kan. RM12 kan sekilo”
“Aah i memang amalkan ayam organik. Selalu beli kat pasar borong….yadayadayada”
“So boss memang tak amik la nasi lemak, benda goreng2..”
“Ambil la. Tapi kontrol..You sekarang umur berapa? Nanti dah start 35 tahun ke atas mulalah asik sakit badan, cepat letih, asik nak tidur awal, takboleh stay up lama2. Beza betul dgn zaman 20’s dulu. You mungkin tak rasa lagi sekarang…tu yang I start invest in health..”

Haa stetmen pertama tu yang paling saya tersentak. Ada betulnya. Kalau nak tau, boss saya ni memang nampak muda dan fit. Umur dia dah mid 40’s but he looks younger than his actual age. Rajin workout, jaga makan, eat clean…TAPI it all comes with money. Takyah pergi jauh, kira je kos nak beli ayam organik selama sebulan. Kalau 20 ekor dah lebih RM200 kan sebulan, untuk ayam saje. DAN mereka yang amalkan ini memang seorang yang berdisiplin tinggi dan tahan godaan makanan sedap (tssskkk)…take care of your body

Jika kita tak mampu untuk tukar lifestyle kepada yang disebut diatas, pilihan yang ada cumalah dengan pengambilan suplemen. Saya tahu kesannnya tak sehebat anda lakukan yang di atas kerana ada sesetengah orang, lagi ambil suplemen lagilah sambil lewa bab jaga makan “Sebab saya ambil suplemen jadi saya tak perlu risau..”

BUT thats the least we can do to our body inshaallah…

Antara SEBAB lain mengapa anda perlu invest in health/buat pelaburan kesihatan;
1. Jika anda seorang perokok ataupun ada suami/ahli keluarga yang merokok
2. History family yang menghidap penyakit diabetis, sakit jantung, kanser dsbg
3. Sudah berumur 30 tahun ke atas
4. Tidak mempunyai insuran kesihatan
5. Sukar/Tak suka jumpa doktor
6. Bekerja di tempat yang terdedah dengan pencemaran
7. Sentiasa tertekan dan tak gembira di tempat kerja
8. Gemar makan makanan yang berkolestrol tinggi, manis-manis

Dan list ni boleh jadi panjang lagi. Pokok pangkalnya, dimana tahap kesihatan kita sekarang? Adakah anda bersedia untuk peruntukkan sekurang-kurangnya 5% dari gaji bulanan anda untuk makan secara sihat atau laburkan untuk pembelian suplemen?

Wallahua’lam. Jomlah sama-sama jaga badan kita, yang Allah sudah amanahkan kepada kita 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.