Cerita Raya

Selayang – Rantau – Tampin – Baling – Taiping – Cameron Highlands

Tu lah cerita raya kami secara ringkas. Ahaks. Hasilnya, 5 round basuh baju yang masih belum settle lagi ke saat ini. Haha. Tapi alhamdulillah rasa seronok raya tahun ni sebab dapat jumpa almost all my uncles and aunties daripada belah saya dan suami. Penat tapi seronok.

Raya pertama kami di rumah atok abah di Selayang. Raya kali ni ‘Aaqil sangatlah sporting nak pakai songkok dan samping lengkap sampai ke petang haha. Seronok amik gambar dia. Main dengan cousins. Makan nasi impit sup tulang, nasi beriyani udang etc etc. Kuat makan anak ummi ni alhamdulillah. Mood ‘Aaqil sepanjang raya ni sangat cemerlang dan sihat tak demam so sebab tu ummi walid pun otomatik jadi happy jugak hehe.

Oh kemudian seterusnya macam biasa ikut tradisi beraya di Negeri Sembilan pada raya ke-2. Lompat-lompat rumah tok nek sedara dan berakhir di rumah atok mak di Tampin. Sampai dah maghrib pun. Makan2 mandi2 then patah balik Setapak. Zombie gila sbb smpi Setapak dekat kul 2 pagi! Esoknya nak bertolak ke Baling, kampung suami pulak.

Dari Baling kami tidur di Taiping satu malam sebelum berhoneymoon kali ke-18 di Cameron Highlands. Percaya tak ni kali pertama suami pegi CH. Padahal CH dengan Taiping tu takde lah jauh sangat. Saya pulak dah 10 tahun tak naik CH. Tak teringat betapa mencabarnya perjalanan nak kesana!. Dahlah kitorang bertolak pun agak lewat dari Taiping. Elok nak naik tu hari dah gelap. Tak sangka perjalanan naik ke atas tu hampir 2 jam! Ya Allah dlam gelapnya dgn jalan pulak macam ular kena katok. Huihhh saspen woooo. Doa je banyak2 moga selamat sampai, kereta tak buat hal tengah jalan. Sampai pekan Brinchang dalam kul 9pm jugak. Tapau KFC sebelum check in hotel.

photo 1 photo 2 photo 3 photo 4 photo 5

photo 1 photo 2 photo 3

Ok sambung di lain entri. Kita buat entri CH nanti ya.

Alhamdulillah 🙂

Promosi Ogos 2014 : GLA Complex

Segala-galanya berpunca dari HORMON!

Senggugut?
Jerawat?
Hormon tak stabil?
Period tak regular?
Cyst?
Fibroid?
Ketidaksuburan?
Gejala menopause?

GLA

Bulan ni adalah bulan istimewa untuk anda yang mengalami permasalahan di atas. Inshaallah dengan pengambilan produk ini secara konsisten masalah tersebut dapat diatasi. Bagaimana secara generalnya GLA Complex ni dapat membantu? Fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Haaa bila hormon kita dah stabil, maka permasalahan berkaitan juga dapat dikontrol agar tidak melarat.

Sebagai contoh kan, bila hormon kita tak stabil maka mulalah jerawat timbul, period pun tingtong. Bila period tak menentu sukar untuk merancang kehamilan. Stress juga boleh berlaku yang merupakan penyebab berlakunya cyst. Haaa berkait kan semua tu.

Jadi ‘rawati’ punca permasalahan yakni HORMON anda!

Saya paling suka bercakap mengenai set promosi BELI 6 PERCUMA 1 ni kerana;

1. Boleh stock up untuk 7 BULAN terus sebab sebotol ni boleh tahan sebulan!
2. Atau boleh berkongsi dengan adik beradik, mak, mak mertua, iparduai dan biras. Malah dengan suami pun bolehhh

Penjimatan yang sangat hebat bila ambil satu set promosi terus. Jika fizikalnya wanita perlukan make-up, anggaplah GLA Complex ni sebagai ‘make-up dalaman’ anda. Bila dalaman sihat dan stabil, inshaallah terserlah di luaran anda juga. Silap-silap tak perlu pakai make-up dah. Hehe.

Hubungi saya untuk pesanan!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC