Cameron Highlands : Of Strawberries, Roses, Butterflies & Tea

Bertolak dari Taiping nak ke Cameron Highlands ni agak-agak nak dekat waktu Asar gak. Saya dan suami memang tak sevey langsung pasal jalan atau duration nak sampai atas jadi bajet dalam sebelum Maghrib mesti dah leh cek in hotel.

Sekaliiiiii

Amikk..2 jam nak sampai Simpang Pulai dan lagi 2 jam jugak nak sampai hotel. Sudahnya sampai pekan Brinchang dalam kul 9pm lebih. Dari pekan Brinchang nak ke hotel ada lah dalam 15minit lagi. Fuh imagine naik jalan yang macam ular kena palu tu dalam keadaan gelap pekat takde lampu. Ish memang doa je banyak2. ‘Aaqil pulak taknak duduk diam. Carseat lagilah tidak kan. So kena pegang je dia huhu. Lagipun dia dah restless kot. Sian lama dalam kereta.

Kami duk kat Strawberry Park Resorts. Hotel ni okay la sebab tak pernah lagi bermalam kat CH seumur hidup jadi tak reti nak compare dengan hotel lain. Cuma agak jauh sikit la kalau nak cari tempat makan. Rasa jauh tu sebab kena tempuhi jalan bersimpang siur tu. The nearest town is Brinchang la kan.photo 2

Satu yang saya suka kat hotel ni adalah Buffet Breakfast dia. Variety sangat dan sedap. Scenery pun cantik. Gambar atas ni kitorang makan kat balcony dia. Angin ala2 masa autumn. Sejuk dingin gitu…

Memang plan nak leisure2 ja trip CH ni. Mana sempat kami pi mana tak kita plan lainkali. So tempat wajib semestinya LADANG TEH, PETIK STRAWBERRY, ROSE GARDEN dan BUTTERFLY PARK (utk ‘Aaqil). Pagi esoknya baru tgk map dan plan iteneraries.

Strawberry Park
Dalam 3km je dari ladang teh BOH. Boleh petik sendiri stroberi secara percuma lepastu dia akan timbang lah. RM40 sekilo tak silap. Tapi memang manis-manis la stroberi dia. Leh petik dan makan terus. Disebabkan kitorang datang masa raya jadi tak ramai orang. Masa petik tu kitorang je ada. Lagipun ada banyak tau tempat nak petik stroberi ni di serata CH. So pilih je nak gi mana. Hehe. ‘Aaqil seronok makan stroberi. “Sedappp. Emm manisss” tu je komen dia haha. Kitorang bawak balik sekilo jugak stroberi. Dapat 3 box camtu.

photo 1 photo 2 photo 3

Butterfly Park
‘Aaqil suka sangat park ni sebab macam mini zoo. Selain rama-rama yang bebas berterbangan, ada ular, kura2, arnab, ayam, itik, insects, ikan, sesui sangat bawak budak2. Lagipun di macam separa outdoor dan tak luas sangat so just nice je tak sempat penat dah habis (makbapak le tew yg penat haha). ‘Aaqil excited sebab semua binatang yang dia nampak tu dia selalu tengok dalam buku je. Atau tv. So jumpa real life happy sangat. Ummi pulak suka cerita arnab dgn kura2 kat dia. So bila dia nampak binatang tu dia macam tersipu2. ‘Aaqil panggil kuwa2 tu turtle. Bolehlaaa hahaha
IMG_7388.JPGIMG_7393.JPG

BOH Tea Plantation Sg Palas
Ni lah tempat wajib org datang CH kunjungi. Dalam Ombak Rindu ada scene Aaron dgn Lisa Surihani bertekak kat sini. Kat CH ada banyak tau ladang teh. Kebetulan kami ternampak exit BOH punya ladang ni dan alhamdulillah mudah je sampai. Nak naik ke atas lagi tu memang lagi almost 10km. Tapi harus diingat tau yang tempat ni tutup hari Isnin sebab KITORANG DAH TERKENA haha. So pegi hari isnin, terstuck kat pakgad. So plan ditunda ke esoknya hari selasa. Amik gambar kat ladang2 je takleh naik sampai Panaromic View/ Factory/ Souvenir Shops tu.

IMG_7336.JPGphoto 3photo 4
photo 5

Pit stop kejap tengok macammana serbuk teh diproses daripada daun, minum2 kat observation deck dan selfie lah kan apelagi. I mean like hello? ;p Dah alang2 panjat tinggi2 nak sampai atas kan. Mak letih tau (sedar diri).

Rose Garden
Taman ni saya pernah pergi lebih kurang 8 tahun lepas. Masa tu ros dia mekar berkembang. Warna warni memang cantik. Tapi bila pi aritu rasa macam frust nye lahhh. Boleh kira dengan jari kot ros yang berkembang. Yang lain semua layu. Ada sorang pekerja kat strawberry park tu kata CH dah sebulan tak hujan. Memang masa kitorang kat sana tak sejuk sgt pun. Ekon pun sejuk lagi kot. Bawak jaket utk ‘Aaqil tapi in the end tak pakai pun hihu. Lengang je Rose Garden ni. Sedih jugak kan sebab it used to be so popular. Macam tourist must visit gitu. Dululah..

photo 1Satu yang saya sarankan kalau anda semua datang kat CH nanti adalah SILALAH MAKAN DAN BAWAK BALIK JAGUNG MANIS DIA. Sedap sangat. Butir jagung dia tak kuning sangat tau. Macam kuning pudar nak ke putih gitu. Tapi manis sangat! Dan rangup. Fresh dipetik dari ladang. Orang selalu cliche bawak balik stroberi, ros, teh kan. Cuba korang try jagung dia serius rasa nak naik lagi semata-mata nak makan jagung dia *pencinta jagung i ni so review jadi macam over sangat padahal tak over pun memang betul*

Cactus Point
Pastu beli kaktus beberapa pot dan pokok bunga untuk mak dan kakngah yang suka gardeing. Kalau anda suka gardening mesti rambang mata tengok pokok kat tempat ni. Cantik sangat. Sejuk mata memandang. Ada dari saiz kecik sampailah saiz besar bonet kereta (untuk beli bawak balik tu lah paling besar kan).

 Kami pulang dengan hati yang gembira dan laundry yang banyak nak ulang jugak tak kira.

Alhamdulillah.

2 thoughts on “Cameron Highlands : Of Strawberries, Roses, Butterflies & Tea

  1. Best! Yang penting jangan naik masa musim hujan khuatir jalan licin huhu. Seronok bawak anak2 berjalan hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.