Seronok tau dengar aktiviti daycare ‘Aaqil sekarang. Tiap minggu ada tema. So far ada tema pejabat pos, polis, bomba, dentist/gigi, dan minggu ni tema ikan!
So tiap minggu ticer akan bagi tengok video berkaitan tema ni. Lepastu salah satu hari akan ada lawatan luar (field trip) ke tempat berkaitan.
Contohnya,
BOMBA
‘Aaqil balik rumah cite kat ummi bomba itu bomba ini. Dengan bahasa dia la kan. Tapi boleh faham la sebutir2. “Ummi…bomba…terbakar..api…wuuusshhhh” bunyi air nak padamkan api siap gaya2 lagi hahaha. Lepastu hari Rabu ticer dah siap2 remind parents untuk pakaikan anak2 gym wear sebab nak keluar pi Balai Bomba! Yes, at less than 3yrs old okayyy. Haha ummi sampai ke umoq sekarang tak pernah jejak balai bomba. So balik dari trip tu lagi lah dia semangat cerita. Now one of the bedtime stories dia adalah BOMBA. Sekarang pantang nampak firetruck dia akan alert dan buat bunyi nenoneno lagi hihi
PEJABAT POS
‘Aaqil ‘tuliskan’ ummi dan walid kad raya lepastu ticer bawak budak2 ni pegi post office ramai2 dan mereka pos sendiri kad tu. Letak stem etc. Few days lepastu kad sampai. Terharu ummi. Hihi
FISH
Ni minggu ni punya tema. Best je tgk gambar yang ticer dia bagi ni. Semua kena pegang dan belek ikan-ikan mentah ni. Lepastu ticer kata ticer basuh ikan dan goreng makan sama2. Alololo. Ticer kata ‘Aaqil je yang berani pegang ikan. Budak lain takut2 sikit. Balik rumah suruh ummi nyanyi lagu ikan. Bila tanya ticer lagu apa dia mintak ni. Rupanya lagu ikan kekek mak iloi iloi. Haha bila ummi nyanyi baru dia ikut iloi iloi. haha.
Kelmarin pegi akuarium kat nearby utk tgk live fish.
Ummi dengar pun seronok. Dulu takde aktiviti macamni. Tapi sejak owner tadika ni balik Shah Alam dia dah rombak silibus dan buat aktiviti macamni. Dengan yuran yang half daripada montessori terkenal di Malaysia, so far sangat2 berpuas hati alhamdulillah. Walaupun dulu kami (baca : suami) pernah frust sebab takdapat tempat montessori terkenal tersebut, mungkin sebab nak berjodoh dengan daycare Little Ones ni kot. Alhamdulillah…
‘Aaqil pun dah nampak perubahan dari pemalu dan clingy dengan ummi kepada seorang kanak-kanak yang sangat aktif, petah dan berani. Moga Allah memberi ganjaran yang setimpal dan kesabaran kepada ticer ‘Aaqil dalam menjaga anak ummi ni sepanjang ummi bekerja di ofis. THANK YOU TEACHERS.
Amiiin
Anak di masa kecil memang zaman yang manis. Mendidiknya memerlukan kesabaran dan kecekapan…
Betul tu. Sebak bila lihat cepatnya anak membesar dan semakin bijak. Pantas betul masa berlalu…