Tolak Tambah

Dunia dan ujian.

Kehidupan orang lain sentiasa kelihatan lebih bahagia dari kehidupan kita. The grass is always greener on the other side. Sebab kita tak nampak ujian yang ditimpa ke atas orang lain. Kita hanya nampak yang best je. Macamtulah fitrah manusia yang sebolehnya impikan kehidupan yang perfect tanpa masalah, bed of roses, segalanya ikut perancangan kita. Plan je jadi.

Allahuakbar tiada seorang pun yang memiliki kehidupan yang perfect. Saya amat tersentuh dengan perkongsian Neelofa berkenaan penghijrahan beliau. So humbled with what she has gone through prior to penghijrahan. Antara yang bagi saya amat menarik adalah apabila Neelofa kata betapa dia dah ada segalanya yang dia nak in life tapi ada satu kekosongan yang belum terisi. Bagaimana media portray kehidupan selebriti itu sempurna, cantik bijak berbakat berharta populariti tetapi pasti Allah TAKKAN BERIKAN SEMUA. Allah uji Neelofa dengan keresahan.

Saya cuba kaitkan dengan diri saya. Betapa saya amat risau jika perjalanan hidup saya perfect kerana saya tau akan datang sesuatu yang menguji. Ada suatu ketika saya rasakan saya dah ada segalanya, I have a loving husband, a son, supportive family, good friends. Bila perjalanan hidup kita tersangat teratur kadang membuatkan saya terdetik apalah ujian yang bakal menimpa saya/keluarga. See saya diuji dengan ‘keresahan’. Hukum alam kan. Bila hujan pelangi akan datang. Bila panas hujan pulak mai. Segalanya akan Allah tambah tolak dalam hidup kita.

Banyak momen dalam hidup saya berkisar tentang tolak tambah. Allah ambil nyawa ibu mertua, Allah beri kami berita gembira kehamilan. Allah beri kami ‘Aaqil, masa tu jugalah Allah takdirkan suami bertugas/tinggal di luar Malaysia. Allah beri saya handphone baru, Dia takdirkan hp lama saya (yang masih elok) hilang. Banyak lagi kejadian kecil tolak tambah yang buat saya berfikir untuk tidak terlalu taksub dengan nikmat dariNya dan banyak muhasabah. Segala pemberian nikmat, ‘penarikan’ nikmat adalah hak mutlak Allah.

Sekadar coretan sebagai peringatan buat diri. Jangan terlalu resah terhadap kesenangan orang lain kerana kita taktau apa yang dia sedang atau telah lalui seiring dengan kesenangan yang Allah beri pada dia. Hatta seorang itu berpendapatan 6 angka sebulan, jutawan, hidup serba lengkap, anak cukup sepasang, tapi little that we know what they been through. Satu nikmat yang kita tak tahu adalah – KETENANGAN HATI. Fizikalnya kita nampak kesenangan orang tapi siapa tahu dia sebenarnya tak tenang dan sentiasa resah. Siapa tahu ketenangan yang kita miliki sekarang adalah sebenarnya nikmat yang (kalau orang tau) semua orang nak jugak.

Kita sebagai hambaNya yang kerdil perlu banyak berdoa dan beristighfar agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian nikmat dan musibah. Sesungguhnya ujian nikmat itu sangat-sangat besar TETAPI halus. Kita sukar nak nampak ia sebagai ujian, berbanding bila kita didatangi musibah. Zikir dan istighfar sahaja penguat jiwa kita.

Bersempena 10 hari terakhir Ramadhan, marilah kita perkuatkan hubungan kita dengan Allah agar Dia berikan kita yang terbaik, dikurniakan kesabaran, menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur. Moga ia menjadi titik tolak perubahan dalam diri kita.

Be thankful, Be happy now, Be happy here 🙂given

“SYUKUR itu lebih sukar daripada SABAR”

P/S : Saya taktau kenapa saya amat terkesan dan ‘cemburu’ dengan Neelofa yang diberikan hidayah yang mungkin kita memang dah lama berhijab ni pun tak dapat lalui. Sebab dia cari, maka Allah beri. Kan?

Wallahua’lam…

2 thoughts on “Tolak Tambah

  1. Salam hi Kausa.

    Thank for dropping by my blog.
    Salam kenal ya. I’m supprise bila ada orang call saya dengan panggilan Hidayah, Which is rare 😀 Selalunya Dayah di dunia cyber ni.

    Anywhere it is good entry 😀 Keep on writing 😀
    Selamat Berpuasa and advance raya 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.