Produk Shaklee Collagen Powder merupakan antara produk terawal yang saya gunakan setelah saya mendaftar sebagai ahli Shaklee! Tahukah anda apabila seseorang tu mencecah umur 25 tahun, kandungan kolagen akan berkurang dan semakin umur meningkat, kadar pengurangan kolagen semakin meningkat. Inilah penyebab kulit semakin kering, kehadiran garis-garis halus terutama di bahagian mata dan muka, pigmentasi, keguguran rambut, dan kuku yang mudah pecah serta patah.
Yesss kolagen ni bukan sahaja penting untuk kulit, malah untuk rambut, kuku dan sendi juga. Faktor usia dan penuaan akan memberi kesan kepada kandungan kolagen dalam badan. So caranya hanyalah dengan mengganti atau topup kolagen tu agar kita dapat kembalikan keremajaan kulit serta sel badan kita. Haaa
Ramai daripada kita semakin menginjak dewasa, semakin prihatin terhadap penampilan TETAPI lebih pentingkan penggunaan kosmetik ataupun produk kecantikan contohnya SK*II, La*Mer dan sebagainya yang kita perlu sapukan di bahagian luar kulit. Tapi bagaimana dengan dalaman kita? Yang bagusnya kita ambil produk yang tackle masalah tu dari dalam (seperti Shaklee Collagen Powder ini) adalah kita baiki struktur kulit kita semula dengan back to basic, baiki dari ‘akar umbi’.
Zaman sekolah dulu kita ada belajar tentang lapisan kulit epidermis – dermis – hypodermis? Tahukah anda yang Shaklee Collagen Powder ini molekulnya sangat kecil yang membolehkan ia menembusi dari dalam badan kita (apabila diminum) hingga dapat diserap ke bahagian DERMIS kulit! Maksudnya korang bayangkan bila minum kolagen ni kan, segala kolagen tu akan direpair dari bahagian akar lagi. Ini yang dikatakan baiki dari dalam-ke-luar dan bukan luar-ke-dalam seperti penggunaan produk kecantikan.
Banyak produk kolagen di pasaran jadi kenapa perlu pilih Shaklee Collagen Powder?
Penting ya untuk kita tahu keaslian suatu produk kolagen. Lagi ringan jisim molekul, lagi mudah ia diserap ke dalam badan. Jisim molekul Shaklee Collagen Powder ini kira-kira 1000 dalton sahaja, membuatkan ia ringan dan berkesan. Ia juga tidak dicampur dengan apa-apa perisa menjadikan molekulnya kekal di jisim yang rendah!
Sebab itu saya pilih Shaklee Collagen Powder sebagai produk terawal untuk digunakan selepas bergelar ahli Shaklee! Produk kolagen yang premium!
Boleh order di SINI!
Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC