‘Aaqil Putus Susu, Akhirnya!

Alhamdulillah akhirnya tamat episod menyusukan ‘Aaqil yang kini berusia hampir 2 tahun setengah. Haaa lambatkan putus susu. Memang agak sukar sebenarnya. Sukar bagi saya, sukar bagi ‘Aaqil…

Apa yang membuatkan saya nekad nak wean ‘Aaqil adalah sebab dia dah mula kuat mengempeng dari sebelum ni. Dulu at least bila mata dah lelap tu dia akan stop. Tapi sekarang taknak lepas2. Malah kalau saya masukkan jari sebab nak bagi dia ‘lepas’kan saya makin kuat dia gigit!! Dah la gigi taring dia tajam. Kadang2 sampai nangis saya dibuatnya… Lagi satu faktor adalah sebab dia dah besar. Cukup besar untuk faham apa itu MALU. So saya nekad untuk wean disebabkan faktor ini. Saya tak la sesayu masa awal-awal dia cecah 2 tahun dulu hihi

Strategi? Saya gunakan limau nipis. Mujarab sangat sampai dia cakap uwekkk pastu termenung panjang. Haha. Mungkin sebab pelik kenapa masam sangat. Sekali tu je lepastu terus dia dah taknak dah sebab masih teringat rasa masam tu. Saya akan ingat tarikh ini, 29 Jun 2014 , bersamaan 1 Ramadhan 1435H sebagai tarikh bersejarah saya berjaya wean ‘Aaqil. Ya, bagi saya ia satu pencapaian seorang ummi. Alhamdulillah Allah beri keizinan 🙂

Bunyi macam mudahkan? Oh silalah baca post-wean withdrawal Muhammad ‘Aaqil iskkk. Malam pertama tanpa susu ummi adalah sangat horrorrrr. ‘Aaqil dah taktau nak lelap sendiri tanpa mengempeng. Untuk pengetahuan semua, sejak saya bercuti tanpa gaji, ‘Aaqil dah tak minum botol sebab dia minum memang directfeed dengan saya. Kalaupun dia minum freshmilk dia akan minum melalui botol berstraw. Kami cuba nak introduce semula botol berputing masa saya kembali bekerja Januari lepas tapi gagal. Sebab dia kekok.

Jadi bayangkanlah malam-malam dia takleh minum botol. So malam first tu memang dia tak keruan. Dia tau dia taknak susu ummi. Ummi pun kena strong takleh menyerah kalah dengan kesayuan dia. Dia mintak lori, milo, vitagen, air kosong, traktor, macam-macam…Saya turun dekat 10x duk amik barang yang dia mintak. Baring kul 11pm kul 2pagi tak tidur lagi buat request pelik2 diselang seli dengan rengekan. isk. Rutin ni berulang setiap malam selama hampir seminggu. Ada beberapa malam ‘Aaqil terpaksa tidur dengan mak abah sebab nak bagi saya tidur sbb esoknya kerja…

Seminggu lepas tu, weekend, saya nak bagi ‘Aaqil tidur petang. ‘Aaqil ‘ajar’ saya step by step macamana nak tidurkan dia macam ticer dia kat skool tidurkan dia! Subhanallah, amaze sgt. Dia mintak ‘susu ticer’ maksudnya freshmilk dalam botol straw yg dibawa ke skool dia. Dia baring mengiring dan minum lepastu mintak ummi peluk. Tepuk sampai tidur. Memang menjadi! Cuma sekarang ni kena tambah dengan ‘bedtime story’ sebelum dia betul-betul lena. Alhamdulillah. Lepas ni ummi kena kumpul dan hafal banyak2 bedtime story. Bila ‘Aaqil dah fasih cakap nanti boleh ajar doa dan surah ringkas inshaallah… Sekarang ni ‘Aaqil dah kurang bangun tgh malam. Kalau bangun pun, bila tepuk dia akan lelap balik.

Withdrawal untuk saya pulak dah tentu saya sedih dan stres awal-awal tu. Hampir giveup sebab penat layan permintaan dia sebelum tidur. Semua serba tak kena. Letih pun sama sebab tak cukup tidur. Jadi zombie pegi ofis. Lagi-lagi bulan puasa, kalau tidur kul 2pg bgn kul 5 nak sahur berapa jam je dapat tidur. Engorge is another thing. Lasts for almost a week. Sampai leaking2 susu. Bengkak yg sakit macam zaman berpantang dulu huhu. Lepas seminggu dah ok…

Whatever it is, I will treasure every moment of breastfeeding. Dan saya berdoa agar saya dikurniakan peluang lagi untuk menyusukan anak-anak saya selepas ini, amin.