9 Perkara Mengenai Frankfurt

Dari Paris kami bergerak ke Frankfurt menaiki train. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ikuti ringkasan pengembaraan kami 3 beranak di kota Frankfurt,

1. Frankfurt merupakan sebuah bandar yang agak kecil. Dan tidak sibuk jika dibandingkan dengan London atau Paris. Boleh kaver seluruh Frankfurt kurang dari 2 hari sahaja.

2. Tak banyak tourist attractions di sini. Jadi hari pertama kami cuma ambil train ke pusat bandar dan berjalan-jalan disekitarnya hingga lewat malam. Hari kedua pula kami ambil hop on hop off bus dan berjalan-jalan di sekitar pelusuk Frankfurt.

3. Walaupun bandar yg kecil, tetapi sistem pengangkutan mereka sangat teratur dan tepati masa. Kami tiada masalah untuk ke bandar dsbg. Stesen tram dan bas juga sangat simple dan praktikal. Dimana laluan tram, disitulah laluan bas. Seawal hari pertama kami sudah dapat memahami sistem pengangkutan disini.

4. Makanan halal – amat mudah didapati di pusat bandar, Hauptbahnhof. Ada banyak kedai arab yang menjual kebab, nasi dan sebagainya. Disinilah juga terdapat surau. Mula-mula tu kami sesat juga mencari tapi rupanya surau tu kat 2nd floor dan di bahagian belakang shoplot. Oh kedai makan Malaysia pun ada cuma tak dapat dipastikan kehalalannya kerana ada tulisan cina.

5. Penduduk Frankfurt oh sangat friendlyyyy. Baik kat stesen keretapi mahupun kat tengah bandar. Sangat helpful. Pernah sekali tu kami hadapi masalah nak membeli tiket di mesin tiket dpn apartment. So ada this guy with his kid kat situ tolong kitorang sampai dapat. Dekat 15mins. Ada orang lain yang kat situ pun nampak masalah kitorang pun tolong jugak. Btw they dont speak nor understand English. So that really amaze me how helpful they are!

6. Masa ni musim luruh. Antara London, Paris dan Frankfurt, pemandangan musim luruh di Frankfurt adalah yang paling cantik. Warna daun kat pokok tu boleh nampak tona kaler dari kuning-coklat cair-coklat gelap-hijau. Memang warna yang sangat cerah. Lagi satu masa kami tiba di Frankfurt cuaca tak sejuk sangat, langit cerah biru. Cantik sangattt

7. Kami menyewa di apartmen melalui tempahan di airbnb. Sangat mudah dan harga berpatutan. Apartmen tu dekat gila dengan tram station Giebener Strabe, green line. Lepastu ada market macam ala-ala Giant kat seberang jalan. Memang sangat convenient!

8. Di airport Frankfurt ada surau okeh. Ada bilik utk agama lain jugak. Berasingan. So takde masalah nak solat etc

9. Bahasa german ni susah sikit nak baca berbanding french. Kalau french boleh lagi agak2 nak sebut camne kan. German ni macam kena teka2 sebab ada huruf yang pelik-pelik.

Jom layan gambar…P1030339 P1030404P1030412 P1030422 P1030425P1030431 P1030442 P1030445P1030448 P1030455

Saya rasa itu sahaja yang dapat saya simpulkan mengenai Frankfurt. Very nice small town with friendly people 🙂

Till next trip! #eh