Bersemuih? Berlemuih? Hihi mana-manalah…
Sejujurnya saya sangat kagum dengan mereka yang boleh disiplin dengan facialfoam-toner-moisturizer-masker-nightcream-eyecream-yadayadayada…Fuh bagi saya kalau mereka boleh buat step by step ni setiap hari, memang lah wanita sejati. Ha ha.
Beberapa hari lepas saya duk belek-belek botol Vitamin E Complex daripada Shaklee. Tertulis kat situ “…with Grape Seed Extract”. Wahhh terus teruja nak baca kepentingan ‘biji anggur’ ni terhadap kulit sebab saya ada terbaca ada orang buat produk ni sebagai MASKER. Ho ho harus ku study kelebihan bermaskerkan Vitamin E gituww..
Ekstrak yang diambil daripada grape seed (biji anggur) ni adalah dalam bentuk minyak. Memang proses nak ekstrak tu tersangat sukar dan kompleks TETAPI compare dengan efek dia perghhh mmg marveles ; ia dpt memulihkan jerawat, melembapkan kulit dan banyak lagi! Boleh apply kat kulit melalui banyak cara! 🙂
Jadi berikut adalah kebaikan grapeseed ni yang anda perlu tau,
1.Memulihkan jerawat – grapeseed oil ni mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antikeradangan yang sangat baik untuk merawat jerawat (wah rhyme haha). Minyak ini juga mempunyai asid linoleic yang sangat membantu kesihatan kulit
2.Tegangkan kulit – pergh ni yang paling syiok. Minyak ni bantu kecilkan liang roma jugak maka ia boleh elakkan liang roma tersumbat yang boleh mejurus kepada jerawat. Sangat membantu bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak
3.Mengurangkan lingkaran gelap keliling mata – ni pun best jugak. Terutamanya dialami oleh orang dewasa disebabkan kurang vitamin ataupun kurang rehat. Produk di pasaran yang claim boleh bantu pulihkan masalah ni kebanyakannya mempunyai kandungan bahan kimia yang merbahaya. Sebaliknya dengan penggunaan minyak biji anggur ini setiap hari selama beberapa minggu dapat menghilangkan lingkaran gelap ini secara semulajadi inshaallah..
4.Melembapkan kulit – menariknya minyak ini boleh juga untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia sangat membantu menyembuhkan luka disebabkan jerawat
5. Antipenuaan – pengambilan setiap hari secara konsisten dapat menghilangkan kedutan wajah dan garis halus. Elastisiti kulit juga dapat diperbaiki menjadikan garis halus kian memudar
Bagaimana cara penggunaan minyak Grape Seed ini?
– Urutan di atas permukaan kulit
– Tekap perlahan disekitar lingkaran mata
– Campurkan minyak ini dengan krim pelembap anda untuk ‘lock’ kelembapan lebih lama dari biasa
Haaa semalam saya telah pun eksperimentasi Vita-E Complex Shaklee. Hanya cucukkan sahaja kapsul yang berwarna coklat gelap ini dan picit keluar minyak yang ada didalamnya. Picit sambil sapukan ke kulit muka terutama bahagian yang berbiji2 dan bawah mata. Picit hingga kapsul tu betul-betul penyet hihi. Kemudian biarkan 30 minit sebelum bilas… Anda pun cubalah sendiri, inshaallah mana tahu menjelang Syawal nanti anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda ahaksss
Promosi Vita-E Complex berakhir 30 Jun ini! Pembelian satu set promosi ini melayakkan anda dapat keahlian secara PERCUMA dan rebat tunai!
Untuk tempahan Vitamin E anda secara terus, sila klik sini.
Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC