Sarapan Mudah dan Pantas

Percaya tak bagaimana kita mulakan pagi kita akan menentukan bagaimana kelancaran hari kita? Sebab tu saya yakin sarapan yang berkhasiat, pantas, mudah dan sedap amat penting untuk pagi dan hari yang lancar. Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) adalah pilihan terbaik untuk sarapan bagi mereka yang sibuk tetapi ingin terus produktif dan masih khasiat!esp

Masa zaman muda-muda dulu saya ‘rajin’ bangun lambat . Sepanjang hari tu saya rasa tak best dan lesu. Dan akhirnya hari saya tak produktif. Cuba renungkan situasi ini;

Situasi 1
Bila mulakan hari dengan awal, jalan pun kurang sesak, tiba di ofis pun awal, sempat tunaikan solat Dhuha, dan bersarapan dengan tenang. Biasanya saya akan ambil ESP sambil menyemak email, calendar harian dan senaraikan perkara yang perlu dibuat untuk sepanjang hari. Boleh pulang dengan lebih awal kerana hari berjalan lancar…

Situasi 2
Jika saya terbangun lewat, saya akan lewat sampai di ofis dan ia akan menyebabkan saya tergesa-gesa membuat semua perkara yang akhirnya meletihkan saya dan perlu pulang lewat dari ofis.

ESP sebenarnya membantu saya utk kembali kepada track asal jika saya berada di Situasi 2. Saya masih sempat untuk ‘kembali positif’ dengan pengambilan ESP. Bagaimana? Sarapan dengan ESP mudah disediakan dan sangat praktikal. Sambil buat kerja mahupun mesyuarat saya masih boleh ‘bersarapan’ dan khasiat yang berpanjangan. Tak perlu spend masa 15-30minit untuk tapau dan sarapan di pentri — hey kan saya dah lewat sampai ofis! ESP ni sesuai untuk mereka yang always on the go atau orang yang mulakan hari dgn lewat. Kaya protein dan kenyang lebih lama, sedar2 dah waktu lunch!

(Resepi ESP saya : 1.5sudu besar ESP + 250ml susu segar sejuk + 2sudu besar Milo)

Saya boleh rasakan perbezaan hari saya dan juga positiviti saya pada hari tersebut. Sebab apa jua yang berlaku di awal hari akan memberi kesan kepada emosi saya. Jika saya happy pagi tu maka happy lah dan positif lah saya sepanjang hari. Jika pagi saya bermula dengan perkara negatif (eg kelam kabut) maka ia akan efek keseluruhan hari saya…

Anda pula bagaimana? 🙂

Untuk tempahan ESP secara terus, sila klik sini.