Oh Vivix!

Atok saya umurnya dah menjangkau 80-an. Semenjak arwah wan takde 3 tahun lepas, atok dah tak tinggal di rumah pusaka keluarga kami di Tampin. Atok akan berpindah dari rumah ke rumah anak-anak atok. Seminggu di rumah kami, 2 minggu di rumah pakngah, hujung minggu di rumah pakcu, minggu depannya di rumah paklang. Pindah dan pindah. Dan setiap kali bertukar rumah tu la atok akan bawa bersama beg ubatnya. Dalam beg tu ada tupperware kecil berisi ubat harian/mingguan atok. Setiap malam mak akan duduk berborak sebelah atok sambil sort kan ubat atok untuk stok esoknya atau minggu seterusnya.photo (2)

Mesti korang rasa atok ku rajin makan ubat kan. Oh tidak. Atok saya adalah sangat liat makan ubat. Pernah tu dia tipu2 kata dah makan sebenarnya tak makan pun. Bila sakit baru kantoi rupanya selama ni atok tak makan ubat huhu. Kadang kasihan jugak tengok. Yelah kalau kita di tempat atok pun mana nak tahan tiap hari kena telan hampir sepuluh jenis tablet (tak pernah ambil tahu berapa bilangan sebenar.im a bad granddaughter). Saiz pun macam-macam. Warna warni. Tapi itu yang membuatkan atok tak sakit. Ya ubat untuk warga emas terutama umur macam atok bukan untuk tambahkan sihat, tapi lebih kepada supaya tak sakit. Atau kurang selalu sakit…

Saya kira atas kesedaran ini, Shaklee perkenalkan suplemen cecair yang sangat premium dan serba boleh iaitu Vivix! Malahan sesuai untuk warga emas kerana kehebatannya memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami penyakit yang berpunca dari penuaan. Penghidap penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang dan lupus(SLE) juga mengalami perubahan positif dengan pengambilan Vivix secara konsisten. Sebab itu Vivix digelar sebagai produk PREMIUM!!photo (3)

Vivix dihasilkan daripada 4 ramuan yang sangat sukar ditemui! Ia adalah campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Korang pernah terbaca tak buah2an dan sayur2an yang berwarna ungu atau merah kaya dengan khasiat? Bayangkan khasiat Vivix ni apabila semua digabungkan dalam satu botol.
Ok berikut adalah antara kelebihan Vivix yang semua orang patut tau,

• Bertindak sebagai antioksidan
Antioksidan ni berkait rapat dengan radikal bebas yg boleh membuatkan kita mudah dijangkiti penyakit dan sebagainya. Persekitaran kita yg tercemar ni banyak menyumbang radikal bebas ke dlm badan kita.

• Mencegah dan mengawal penyakit kronik disebabkan oleh faktor umur
Ni memang stetmen berani. Tapi memang dah terbukti sehinggakan Vivix boleh dikenali sebagai suplemen ajaib yang mampu :
1. Mengawal penyakit DIABETIS
2. Menjadi agen Anti Penuaan
3. Mengawal penyakit JANTUNG
4. Memastikan kesihatan badan secara menyeluruh
5. Mencegah KANSER

Baru-baru ni saya ada share tentang Vivix di fb saya. Kemudian PakDin, pakcik suami saya kongsi testimonial Vivix yang rupa-rupanya diambil oleh Tok suami saya! Kalau tak silap umur Tok dah 70-an tapi masih kuat berjalan ke sana ke mari. photo
Sebelum ni pun memang kuat cuma ada la kadang-kadang sakit sikit-sikit. Nampaknya Vivix serasi dengan Tok suami saya. Alhamdulillah.

Hanya pengambilan 5ml setiap hari, sebotol tu ada 150ml. Memang berbaloi dibeli untuk tok nenek mak ayah atau untuk diri sendiri! Kalau tak sakit nak makan pun boleh sebab Vivix ni juga baik untuk antipenuaan. Lagipun kita tak tahu bila sakit nak datang kan jadi elok dicegah seawal mungkin. Moga kita tak perlu telan ubat bertablet2 di kemudian hari…

Untuk tempahan Vivix secara terus, sila klik sini.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.